Tanjong Malim, 25 Julai - Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Dr Suhaili Yusri b. Che Ngah menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya baru-baru ini telah memutuskan bahawa program Ijazah Pengajian Malaysia dengan Pendidikan telah diiktiraf oleh JPA secara rasmi.
Dalam hal berkaitan, untuk maklumat, program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang Pengajian Malaysia yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pengajian Am yang ditawarkan di sekolah.