Tanjong Malim, 30 Mac - Setelah sebulan memenangi pilihanraya kampus dan membentuk kabinet rasmi, MPP memulakan aktiviti mereka dengan membuat Roadshow ke setiap kolej kediaman. Program tersebut dirangka supaya mahasiswa dapat bertemu dengan barisan MPP dan mengenali MPP dengan lebih dekat.
Roadshow mereka yang berlangsung di dewan kolej Za’ba semalam agak hambar dengan kehadiran wagra kolej yang sedikit. Program tersebut yang dijangka panas ekoran terdapat banyak isu yang membabitkan kebajikan mahasiswa seperti perkhidmatan bas, penginapan kolej dan masalah saman yang sedang hangat dalam perbualan mahasiswa.
Walaubagaimanapun tanggapan tersebut meleset apabila hanya 50 orang mahasiswa yang hadir dalam majlis tersebut. Jumlah tersebut amat mengecewakan kerana warga kolej Za’ba dan Kolej Aminuddin Baki sudahpun mencecah 3000 orang.
Persoalan tersebut menjadi perbualan hangat mahasiswa apabila mereka mengaitkan soal kepercayaan terhadap MPP yang dilantik mengisi jawatan terpenting dalam kabinet tersebut. Upsikini menerima banyak email daripada mahasiswa yang memberi komen terhadap peristiwa yang berlaku semalam.
“ Saya tidak nampak karisma kepimpinan yang ada kepada barisan tertinggi MPP yang berperanan menjadi play maker dalam membela dan memperjuangkan nasib kami. Beliau sekaligus menganggap majlis tersebut sebagai sia-sia dan pelajar mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam program Roadshow tersebut, tambahnya lagi.”
Dalam perkembangan lain, barisan MPP akan melakukan roadshow ke-2 pada 2 April (sabtu) nanti yang akan berlangsung di dewan Kolej Ungko Omar. Mahasiswa dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut disamping mendapat maklumat berkaitan isu-isu yang berlaku dalam kampus.