Calon-calon yang akan menduduki Peperiksaan Khas/Ulangan Januari 2016 pada 26-29 Januari 2016, boleh muat turun dan cetak slip menduduki peperiksaan melalui sistem iTEMS.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mulai semester ini, semua pelajar diwajibkan mendaftar kursus-kursus yang diambil. Oleh yang demikian, semua pelajar PPG dikehendaki mendaftar kursus yang diambil pada semester ini melalui sistem iTEMS sebelum Sabtu, 30 Januari 2016. Pelajar-pelajar yang gagal berbuat demikian boleh menyebabkan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Sila muat turun panduan mendaftar pada menu Muat Turun. Terima kasih. p/s: Sila cetak dan bawa slip pendaftaran kursus anda semasa interaksi pertama pada 30 Januari 2016.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mulai semester ini, semua pelajar diwajibkan mendaftar kursus-kursus yang diambil. Oleh yang demikian, semua pelajar program-program sepenuh masa dikehendaki mendaftar kursus yang diambil pada semester ini melalui sistem iTEMS sebelum Jumaat 15 Januari 2016. Pelajar-pelajar yang gagal berbuat demikian boleh menyebabkan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Sila muat turun panduan mendaftar pada menu Muat Turun. Terima kasih.