"perliharalah kedamaian.. kerana ialah tangga keutuhan masyarakat"
masih terngiang2 lagi semangat gotong royong sesama orang2 kampung pada masa lampau.
abah berpesan, "jika abah tiada lagi hayat dikandung badan.. sambunglah silatulrahim antara saudara-mara, jiran tetangga dan juga sahabat2 abah yang masih ada di dunia ini..."
satu pesanan paling terutama yang slalu terpacul di hujung lidah abah.. seumpama selalu mengingatkan aku atas peripentingnya hidup bermasyarakat dan bersahabat...
"saudara yang paling dekat adalah jiranmu. perliharalah jiran kamu kerana satu hari nanti, kau akan meminta pertolongan daripadanya" ~aku terdengar ustaz ku berpesan~
aku rindukan kedamaian.
aku rindukan keriangan.
aku rindukan sikap gotong royong.
aku rindukan tawa hilai kawan2ku.
tapi di sini, semuanya seakannya pupus.
kedamaian hilang dengan kedatangan porak peranda.
keriangan bertukar dengan tangisan.
sikap bersatu hati seumpamanya mimpi yang lampau.
tawa hilai kamu bertukar dengan kata2 sinis.
di mana persahabatan yang dahulu dipupuk?
di mana sifat 'adik-beradik' yang dahulu kita diajar?
kenapa kita melayan hawa nafsu kita yang kian bermaharajalela di sudut jiwa kita ini?
kenapa mesti ada sifat cemburu?
kenapa kita dipisahkan dengan hasat dengki?
bukankah kita dari yang SATU?
bukankah kita akan kembali kepada yang SATU?
kenapa kita tidak berSATU?
kamu sering ketawa dan kini kamu mentertawakan kekhilafan orang lain?
bukankah kekhilafan hadir di dalam kita yang bergelar manusia? setiap satu dari kita ada kekurangan masing2.
bermaaf2lah sebelum terlewat. walaupun hanya di sudut hati kita yang jahil ini.
esok. lusa. mungkin terlewat.
mungkin dosa kita telah dicatat. dan mungkin akan mula dihisab.. ~na'uzubillah~
~aku mula sedar kekhilafanku dan kekhilafanmu wahai saudaraku~
"paku dulang kayu serpih, mengata orang dia yang lebih" ~bak kata orang dulu2~