salaam semua...
nota terakhir sebelum datangnya Ramadhan dan sejurusnya Eid yang menanti selepasnya. insyaALLAH
ecah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini dan moga2 kesihatan kita semua diperlihara sepanjang masa dalam mengharungi segala dugaan dan cubaan yang akan datang menjemput kita tatkala mendirikan ibadah2 kita semua di dalam bulan penuh barakah ini.
30 hari diantara 365 hari dalam kalendar untuk kita tumpukan perhatian kepada ya Khaliq. (al-maklum sahajalah ekks, fikiran seharian kita selalunya menyeleweng kepada perkara2 duniawi kan?)
ecah selalu akur yang Ramadhan sepatutnya disirami wudhu', dibaja dengan amalan2 sunnah dan disemai dengan doa2 seharian. tapi kadangkalanya ecah juga leka dan lalai dengan kehendak duniawi... *tunduk dengan kesal*
tapi insyaALLAH, ecah akan menyambut hari lahir ecah dalam bulan Ramadhan kali ini.. moga2 ecah dapat mendapat segala taufiq dan hidayahNYA semasa Ramadhan nanti... doakan ecah ya teman2 sekalian?
ecah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta ampun dan maaf atas segala kesilapan ecah, antara sengaja dan tidak. mohon ampun keatas segala kekasaran bahasa dan keterlanjuran kata ecah dalam penulisan mahupun yang lahiriah.. halalkan makan dan minum ecah pada teman2 rapat ecah.
pada semua yang membaca ruangan ini, kerjakanlah Ramadhan ini seumpama Ramadhan yang terakhir.
moga2 apa yang dilakukan diterima ya Khaliq.. insyaALLAH.
salam sayang, ecah alias
salaam people.
pardon me for my hiatus.
and i'm only in here for a short while..
i'll come back when the tide's down a lil..
and since Ramadhan is comin real up.. i'll prolly see you after Shawal... in HIS Grace..
Narrated Sahl:
The Prophet said, "There is a gate in Paradise called Ar-Raiyan, and those who observe fasts will enter through it on the Day of Resurrection and none except them will enter through it. It will be said, 'Where are those who used to observe fasts?' They will get up, and none except them will enter through it. After their entry the gate will be closed and nobody will enter through it." So.. Suria Raya Carnival anyone?
ekekekeke..
love. yours truly.