Sunday, November 9, 2008

Aftermaths; “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari...

“Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bagus untuk Malaysia, rakyat mula menulis, mula mengkritik dengan sinis, mula mengutuk secara terang-terangan, mula menggunakan otak untuk meluahkan berkata-kata. Rakyat di mana-mana mula bersembang, berseloroh secara terbuka kemudiannya disambut gelak ketawa bersama-sama. Adalah bagus untuk rakyat Malaysia mula menempelkan diri di tepi jalanraya. Memegang sepanduk sambil memekik-mekik dan melolong-lolong macam polong. Itu pun kerja beramai-ramai lah. Namun terlalu mem-beta, terlalu meng-kenen, bosan juga. Beri cadangannya…Tidak! “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Cuma, rosaknya kebagusan ini, apabila persoalan-persoalan bodoh pun dipertikaikan. Soal remeh-temeh diperbesarkan. Soal pokok diketepikan, soal-soal asas diabaikan, soal-soal fundalmental disampingkan. Ini bukan soal orang-orang buduh (bukan bodoh) yang demo bantah fatwa anti-tomboy, bukan soal gosip angkasawan nak berceramah bayarannya RM8000/jam. Ini bukan soal Mawi nak kawin kosnya RM5juta. Ini bukan pasal Norman kena tangkap khalwat. Ini bukan soal Razak Baginda dibebaskan penjara. Ini bukan soal Raja Petra dibebaskan dari Kamunting. Ini soal lain. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bagus untuk rakyat Malaysia, bakal mendapat PM baru yang genius, sihat otaknya dan kuat berfikir dan bercakap, berbinikan seorang wanita cun yang gebu dan montok. Bakal PM dan para penasihatnya, otaknya bijak. Sebarapa ramai penasihatnya?OK…Andaikan 20orang penasihat dikelilingnya, tak kiralah di tingkat berapa mamat-mamat pintar lagi bertuah ini dipejabatkan. Tak usah fikir. Tak usah Tanya. Fakta penting orang-orang ini lebih bijak dari kita-kita rakyat Malaysia yang duk membuang masa menulis blog ini. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Rakyat Malaysia, KONONNYA duk bengang pasal isu potong-memotong 3% caruman bulanan EPF. Gegey-nya, seolahnya nilai 3% itu sama dengan RM3juta atau RM300K atau RM30K atau RM3K atau RM300. Fakta…3% maksudnya RM30 untuk yang bergaji RM1000 sebulan. Gandakan nilai tersebut mengikut selera gaji bulanan masing-masing. Employees Provident Fund…Tu maksudnya EPF. Di Singapore, orang panggil CPF. Di India, namanya PPF. Di Hong Kong namanya MPF. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Ada juga rajin buat kira-kira. Buat kiraan sampai 25-30 tahun akan datang jumlahnya. Mana pulak dia dapat tahu dia boleh hidup lama macam tu, entah-entah esok lusa ditalkinkan. Kadang-kadang tak perlu kita tengok terlalu jauh ke depan, kononnya berpandangan jauh, kononnya berwawasan. Adakala kita perlu realitistik (Pinjam ayat Bakal PM kita). Adakalanya kita perlu tengok dan nilai soal hari ini pada hari ini. Ukur baju badan sendiri. Tak mampu pakai Perdana, jangan gasak Merc. Pakai lah Kancil 660 second hand. Isi minyak ron92. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Pokoknya apa. Pokoknya, RM5bil duit EPF untuk Valuecap. Pokoknya, RM200juta duit orang-orang susah yang berhajat nak buat haji. Pokoknya, RM300juta duit orang-orang sesak, menabung bertahun-tahun untuk buat haji, Tabung Haji beli ekuiti syarikat buat roti. Pokoknya ada syarikat dapat duit RM237juta atas angin bila jambatan bengkok dibatalkan. Cukup 3-4 isu yang akan lapok dan akan dilupakan. Belom masuk isu-isu para kontraktor dapat duit free sebab banyak projek-projek mega lain dibatalkan. ECER lah, Koridor Utara lah, Koridor itu lah, Koridor ini lah. Yang tak sekolah tapi nak menulis baca bab Breach of Contract. Laaa…Dah sign kontrak, cancel lah pulak. Takkan nak cancel saja-saja. Bayar lah! Kita sibuk duk merengek dan meroyan pasal 3% yang nilainya RM20-RM50. Kelakar lah pulak tengok riaksi rakyat-rakyat bongok ni. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Mari belajar tulis nombor. 5billion dalam nombor 5000,000,000 atau disebut lima ribu juta. 200juta adalah 200,000,000. 300juta sama dengan 300,000,000. 237juta ialah 237,000,000. Angka 0 ialah sifar atau orang panggil, kosong. 5bilion ialah lima, Kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bakal PM kita, orangnya bijak. Dia tahu apa itu ekonomi. Dalam fail peribadi bakal PM kita, ada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Industri. Belajar kat England, tempat orang pandai-pandai. Muda-muda dah jadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Bukan calang-calang orang bakal PM kita ni. Dia orang bijak. Bijaknya bakal PM kita ini, bijak mengalihkan tumpuan rakyat. Dia bukan semacam orang lain hanya bercakap kosong pasal ekonomi, cakap angin sahaja. Masuk angin, keluar asap. Siapa taknak potong 3% EFP tu, sila isi borang yang telah disediakan oleh KWSP. Yang suka mendapat potongan itu, belanja dengan berhemat. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Sekian, Terima Kasih

Aboo&LadyDark

[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.