Tuesday, July 22, 2008

MB (E200) Oh MB; Apa lah sangat USD1juta++

Prolog; Maaf...Aku selalu keterlambatan dalam mencelah untuk menulis terhadap mana-mana isu hangat, sesungguhnya masa tidak menyebelahi aku dan sesungguhnya tiada imbuhan dan pulangan walau se-sen untuk setiap tulisan aku.

Pokcik Mat Said (terlalu tua untuk aku gelarkan 'datuk'), rasanya Pokcik Mat Said baru 50tahun lebih...belum bercucu. Maka adalah lebih kelihatan muda dan segar aku memanggilnya dengan Pokcik Mat Said. Lagi penting aku pun ada pertalian kekeluargaan (jauh) dengan Pokcik Mat Said (Bonda tercinta sebagai alibi aku!). Lagipun mesra bunyinya...Pokcik Mat Said, Pokcik Mat Said, Pokcik Mat Said...Sebut berulang-ulang best pulak!

Dari Perdana V6 (kelas terbaik) kepada Mercedez Benz E200...?Eh...berapa sangat harga semuanya tu? Kan..Cuma USD1juta++ je (kalau ditulis dalam currency RM macam byk bunyinya!) Apa lah sangat kalau dibandingkan dengan royalti yang bakal masyuk berbillion-billion tu! Setuju kata Che-Gu (KATATAKNAK), 'When you are rich, you must look rich' cuma aku nak ubah, 'Bila anda bakal kaya...belum apa-apa anda mesti bergaya!' Royalti belom dapat nih...

Apa aku nak ulas pasal Pokcik Mat Said labur duit untuk 14 buah Mercedes Benz E200 yang tak seberapa (duit) tu?nak cerita-cerita pasal kos maintenance mercedez murah? Nak cerita kos repair Perdana V6 buruk yang lama cecah RM50K? Blogger lain kritik, kutuk dan maki hamun dah! Ohh...tak perlu, tak perlu... Aku cari modal lain... Lagipun aku sedih, merana, sengsara habis bila aku baca tulisan-tulisan blog yang kutuk Pokcik Mat Said aku nih...Ohh!Kasihannn...

OK...Got! Aku ampu je lah Pokcik Mat Said aku, kalau-kalau duit pinjaman pengajian dipercepatkan! Apa standardnya Perdana V6 untuk para pembesar negeri yang bakal mengurus billion-billion duit? Berapa percent sangat tu?Apa nak kecoh-kecoh...Kalau report balai polis berhampiran pun, nak caj apa? Salah guna kuasa? Seleweng duit kerajaan negeri? Cakap jangan sebarang cakap...Pokcik Mat Said aku beli secara sah dengan dealer yang berdaftar. Pokcik Mat Said aku tak main belakang...

Apa lagi nak diampu?!Ok..next, USD1juta...apa lah sangat?! Apa boleh buat dengan USD1juta?Ya...boleh kasi kat pemenang One In A Million! So..dari beri kat minah-minah dan mamat-mamat yang ntahapahapa, melalak macam orang kena sawan...baik beli 14 buah Mercedes Benz E200kereta. Aku sokong Pokcik Mat Said aku... Naik Mercedes best woooo! Lagi best dari kereta yang iklannya rama-rama boleh date atas bumbung kereta tu! Nissan ke apa...

Takpe...Takpe...takde hal Pokcik Mat Said aku nak beli kereta-kereta tu. Apa lagi untuk pembangunan untuk negeri? Landskap...dah tip top dah! Masjid Kristal..dah siap dah! Stadium untuk SUKMA...dah rasmi dah! Jalan raya...rasanya paling best di Malaysia! Modal insan yang dilaung-laungkan "Generasi Ulul Albab", Terpampang signboard "2010 kanak-kanak khatam Al-Quran", Duit untuk nak anjur Monsoon Cup tak perlu nak fikir dah, sebab dah cancel dah! So..pendek kata, Terengganu tak diperlukan duit sangat dah! Pok Deris dah setel-kan segala macam pembangunan, itu pasal kontraknya tidak disambung...

Untuk apa lagi duit Terengganu? Orang-orang Terengganu sekarang senang-senang belaka. Untuk menilai kesengangan Orang-Orang Terengganu (Kuala Terengganu sebagai 'benchmark'), tengok sahaja muda-mudi remaja di Terengganu...gaya setiap minah dan mamat melepak di Taman Batu Buruk dan Taman Shah Bandar seolah-olah macam anak-anak saudagar. Mana tahu mak bapak diorang betol-betol kaya. Seolahnya takde haluan pun takpe, sebab mak bapak kan orang kaya. Social bukan main...

Sudah lah...Penat aku duk bodek Pokcik Mat Said aku nih! Sebenarnya...aku pun bingung juga, bila kerajaan negeri dapat duit royalti nanti, apa lah agaknya nak dibangunkan oleh Pokcik Mat Said aku nih, yang boleh menyenangkan lagi Orang-Orang Terengganu yang sudah sedia 'senang-lenang'. Apa-apa pun tak kisah lah...Projek sana, projek sini...Cuma mintak revise sistem pembangunan social je sedikit! IKS pun kena bantu dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sistem pembayaran contohnya. Ish..banyaklah juga boleh bikin!Tapi...Tapi...Tapi...Duit pinjaman bebudak yang meminjam di Yayasan Negeri minta disegerakan...Dah sengsara habis nih!

Penutupnya, Selain itu Jepun...Singapore...2 buah negara maju! Setahu aku di 2 buah negara tersebut, setiap kereta diberi hayat selama 5tahun. Kemudiannya di're-corn'kan kereta-kereta tersebut dan dieksport lah kereta-kereta tersebut ke negara-negara mundur atau kurang maju macam...???


Ada 2 Chemistry terhadap Mercedes Benz E200 dengan Pokcik Mat Said. Pertamanya, pilihanraya kita pun 5tahun sekali...So Ok la kot! Cuma lagi 5tahun Pokcik Mat Said dan kawan-kawan diminta berjaga-jaga sedikit kot-kot akan di're-corn'kan juga semacam sebuah kereta di Jepun dan Singapore. Keduanya, Mercedez Benz aku singkatkan kepada MB, Pokcik Mat Said pun MB juga..memang sinonim tu! Memang patutlah dia pakai MB sebab dia pun MB apa...

Ish...Susah juga nak mengampu rupanya!

+Check out more about this article at AL-BANJARI ONLINE!!!

Aboo
[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.