Monday, June 30, 2008

Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia Ke-38



Its finally here!!! USM's 38th Convocation... and this time around, its our turn!! heres the press release which you can also read at http://www.usm.my/v3/berita-penuh.asp?id=5872




PULAU PINANG, 27 JUN: Upacara Konvokesyen Ke-38,
Universiti Sains Malaysia yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 Ogos 2008
dijangka akan menyaksikan penganugerahan ijazah-ijazah kepada lebih 7,000 orang graduan.Sesi pertama Upacara Konvokesyen Ke-38 akan dipengerusikan oleh D.Y.M.M. Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor USM.Para graduan juga boleh menyaksikan aturan sidang bagi ijazah masing-masing seperti yang dilampirkan di bawah ini.


Untuk maklumat lanjut berhubung Upacara Konvokesyen Ke-38, bakal-bakal graduan boleh menghubungi Sekretariat Upacara Konvokesyen Ke-38 di pejabat Perhubungan Awam USM menerusi talian 04-653 3114/3126/3628/2519/3902 atau menerusi e-mel: pro@notes.usm.my or izam@notes.usm.my.




UPACARA KONVOKESYEN KE-38 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


Sidang Pertama, Khamis, 14 Ogos 2008,
9.00 pagi Pengerusi: D.Y.M.M. Tuanku Canselor

Ijazah Kehormat
Profesor Emeritus
Doktor Falsafah
Doktor Pentadbiran Perniagaan
Doktor Pendidikan
Sarjana Sains (Kejuruteraan)*
Sarjana Sains (Kesihatan & Perubatan)*
Sarjana Sains (Tulen)*
Sarjana Sastera*
Sarjana Sains (Sains Gunaan)*
Sarjana Sains (Kejuruteraan)
Sarjana Perubatan
Sarjana Patologi
Sarjana Perubatan Masyarakat
Sarjana Surgeri
Sarjana Sains (Sains Sukan)
Sarjana Sains (Pendidikan Perubatan)
Sarjana Sains (Penyelidikan Perubatan)
Sarjana Sains (Statistik Perubatan)
Sarjana Sains (Sains Transfusi)
Sarjana Sains (Perubatan Intergratif)
Sarjana Sains (Anatomi Klinikal)
Sarjana Sains (Tulen)
Sarjana Sastera
Sarjana Pendidikan
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Pentadbiran Awam
Sarjana Komunikasi
Sarjana Pengurusan Ekonomi
Sarjana Instruksi Multimedia
Sarjana Kajian Antarabangsa & Diplomasi
Sarjana Kerja Sosial
Sarjana Farmasi (Farmasi Klinikal)
SM Seni Bina
Doktor Perubatan


Sidang Kedua, Khamis, 14 Ogos 2008,
3.00 petang Pengerusi: Tan Sri Lin See Yan
SM Farmasi
SM Farmasi (UA)
SM Sains Kemasyarakatan
SM Sains Kemasyarakatan (JJ)
SM Seni Halus
SM Seni Muzik


Sidang Ketiga, Jumaat, 15 Ogos 2008,
9.00 pagi Pengerusi: Tan Sri Lin See Yan

SM Sastera
SM Sastera (Seni)
SM Sastera (JJ)
SM Perakaunan


Sidang Keempat, Jumaat, 15 Ogos 2008, 3.30
petang. Pengerusi: Tan Sri Lin See Yan

SM Kejuruteraan
SM Kejuruteraan (JJ)


Sidang Kelima, Sabtu, 16 Ogos 2008, 9.00 pagi
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail

SM Pendidikan
SM Pendidikan (JJ)
SM Sains
SM Sains (JJ)


Sidang Keenam, Sabtu, 16 Ogos 2008,
3.00 petang Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail

SM Sains Gunaan
SM Sains Kesihatan
Doktor Pergigian

SM Sains dengan Pendidikan


Sidang Ketujuh, Ahad, 17 Ogos 2008,
9.00 pagi Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail

SM Teknologi
SM Pengurusan
SM Pengurusan (UA)
SM Pengurusan (JJ)


Sidang Kelapan, Ahad, 17 Ogos, 3.00 petang
Pengerusi: Tan Sri Razali Ismail

SM Sains (PBP)
SM Sains Komputer
SM Sains Komputer (UA)
SM Komunikasi
SM Komunikasi (UA)
SM Sastera Dengan Pendidikan




i know we are now all broke (and the price hike is sure not helping!) but be sure to be updated on this event so you know when your baju needs to be ready..yay! will try to provide any valuable information as it comes along!



Sophia aka Lady Dark

[ Read More...... ]

Sunday, June 8, 2008

Minyak Oh Minyak; Syukurlah 'engkau' Naik !

4 Jun 2008, aku di Felda Transkrian, Pulau Pinang, tapak yang dibangunkan untuk tujuan melahirkan lebih ramai modal insan, di situ terbinanya USM Kampus Kejuruteraan di sebelahnya MRSM Transkrian. Aku dalam proses transit nak pulang ke Kuala Lumpur sebahagian dari pengembaraan 2500++ km mencari kerja untuk meneruskan hidup di tanah merdeka Malaysiaku tersayang... Kesempatan melepak bersama kawan-kawan lama...Bro Peja, Bro Arip, Bro Najib, Bro Rokib, Bro Syam, Abang Mi (ini special!), Bro Yunus, Bro Syuk dan juga kawan-kawan baru Bro Haikal (Dr.) dan lagi sorang lupa pulak namanya…

Memang best, banyak benda baru...Bro Najib dan Bro Rakib sudah bergelar bapa, Bro Syuk dah beranak dua bakal menyusul tiga... Mereka dan keluarga mereka bahagia, sempurna kehidupannya. Yang bujang bahagia bersama rumah dan kereta barunya. Info menarik untuk aku yang belum pernah sampai ke UK, daripada Bro Haikal (Dr.) kenalan baru aku, aku diceritakan bahawa di UK, setiap stesen-stesen minyak mengenakan harga-harga yang berbeza... Bagus juga tu, ada persaingan sihat yang sedikit sebanyak mengutungkan pengguna. Walaupun harganya mahal dari kita...at least UK tiada minyak di buminya. Logiklah mahal dari kita yang ada hasil minyak!

IKLAN..Bro Haikal (Dr.), aku memerlukan kawan-kawan yang 'educated' seperti hang untuk baca check aku punya tulisan...Apa kata dalam hang duk rilek-rilek santai sambil buat paper hang, hang tulis pendapat berdasarkan intelektual hang di blog aku ini. Aku alu-alukan, Jangan lupa bookmark aku punya blog! WELCOME to UNPUBLISHEDNOTES, Bro Dr.Haikal...Lupa sungguh nak kasi URL hari tu, duk sibuk bertekak pasal nak buat master kat IPTA saja...Dah aku tak layak! Buat MBA dah la kat IPTS je la...

Sambunganya...
Malangnya, stim percutian aku terpotong dengan pengumuman naiknya harga minyak...! Pejalanan dari Parit Buntar ke Pekan Bagan Serai melalui Bandar Bharu yang selalunya memakan masa 10-15minit jadinya 1jam setengah. Hari-hari biasa pada waktu maghrib yang selalunya tenang dan kurang kenderaan merayau dijalanan seolah macam musim raya jadinya. Aku meracau semacam orang sasau seolah orang putus cinta, jiwa kacau ...

Pada tengah bilal mengazankan kalimah-kalimah suci memekik-mekik melaungkan seruan sembayang, aku trap ditengah-tengah Bandar Baharu (Parit Buntar)...Belah kiri jalan Shell, belah kanan ESSO. Semacam pesta kasi minyak free berlaku... Meloloskan Savvy aku untuk 2km, Petronas pula kat situ, aku trap lagi sebab berduyun-duyun berkenderaan baik kereta, lori, moto berbaris dalam que yang tidak mengikut aturan langsung untuk nak join pesta isi minyak free.

Aku pula memang nak mengisi minyak...Kol9pm nak travel 400km ke KL pula nih?! Aku berjaya setelah melakukan kesalahan lalulintas...aku berjaya juga potong que untuk isi minyak. Aku isi RM48.15 untuk penuhkan tank minyak aku! Cumanya, pada waktu itu kepentingan diri sendiri didahulukan...Aku tidak mempudulikan kenderaan lain yg duk berbaris...Peduli Apa aku...Kerajaan tak pikirkan aku...kenapa pula aku nak fikirkan orang...AKU TAK PEDULI! Aku memang pentingkan diri sendiri...

Dalam pada aku bersesak-sesak, sedang aku duk menyumpah seranah pihak yang menaikan harga minyak (dalam hati) 'trit...' 'trit..' bunyi mesej masuk...dihantar oleh seorang kenalan rapat yang berada jauh nun di Kota Bharu Kelantan...
"Pemilik kereta berkapasiti 2000cc ke bawah biasanya menggunakan150liter petrol sebulan. Mengunakan 150liter petrol sebulan (150xRM1.92=RM288 ; Rate lama) Ini bermakna mereka terpaksa membayar extra RM117 sebulan hasil dari kenaikanharga petrol yang kononnya akan dikembalikan kepada rakyat sebanyak RM625setahun. Tapi kalau RM117 didarab dengan dengan 12bulan=RM1404...Hidup Paklah!"

Tapi aku fikir...Aku silap, aku tak perlu bengang-bengang. Apa guna kita beremosi, apa kata aku ajak anda-anda semua berfikiran positif dalam hal ini... Sebelum apa nak teruskan baca apa yang aku nak tulis...Ayuh kita laungkah Hidup Paklah di atas pelaksanaan ke atas perancangan hebatnya dalam mengubah cara dan gaya hidup rakyat kita! Cukup..untuk mukadimah yang tak seberapa!

Jangan kata SEMUA MAKHLUK di Malaysia melenting...Mengancing gigi...Mengerutkan dahi...Menepuk-nepuk dahi...Menggeleng-gelengkan kepala. Ada...Mesti ada yang tak hairan akan kenaikan harga minyak, selain lembu, kambing, biri-biri dan binatang ternak dan makhluk-makhluk Tuhan yang tidak memiliki kenderaan, pertamanya bayi-bayi dan budak-budak 5-6tahun ke bawah yang kerjanya nak main memanjang, hidupnya penuh dengan kebahagiaan. Indah sekali pemandangan alam.

Keduanya...Para pengguna kenderaan yang dimiliki didaftarkan atas nama syarikat. Jangan pelik, ada peribadi-peribadi yang menggunakan kereta atas nama syarikat. Jadinya orang bergini tak merasa naiknya harga minyak. Ramai sebenarnya orang sebegini, kereta antik bini nombor satu pun atas nama syarikat, kereta sport bini nombor dua pun didaftarkan atas nama syarikat, kereta berenjin turbo ekzos besi perempuan simpanannya pun didaftarkan atas nama syarikat...Bijak, income tax boleh dikurangkan...!

Ketiganya...Orang-orang kaya, asal makan mesti bersudu dan garfu yang bersalut bersih dengan tisu. Kalau harga minyak RM100 1liter pun, tak rasa apa-apa.Contohnya macam Albert Kuok Si Raja Gula, Ananda Krishna Si Tauke Maxis dan berpuluh-puluh orang terkaya di Malaysia ini. "Apa susah...kami orang kaya, kami banyak duit, minyak naik?! Kami tak hairan lahhh..." Malah kalau mendiang Goh Tong hidup lagi pun, dia pun akan berkata "Wa manyak luit maaa...Apa wa mau lusah-lusah sama itu minyak loooo..."

Keempat golongan paling jahanam, duk berkuasa atas sana kesan belas ihsan undi rakyat. Gang-gang jahanam ini, terang-terang tak rasa langsung dan yang rasanya tak hairan langsung naiknya harga minyak... boleh terbungkang tidur lena dikatil-katil empuk pada siang dan malam hari sambil memeluk isteri gebu. Si gang-gang jahanam ini...asal naik kereta minyak sudah penuh,driver isikan...Bil serah kat ofis! Nak ke mana-mana di escort tak perlu bersesak-sesak dijalanan. Boleh park depan shopping complex kalau nak shopping. Bila berjalan mendabik dada...So apa susah...ambil sahaja...nanti ada orang bayarkan. Orang yang namanya rakyat. Rakyat diibarat Si bodoh keldai yang duk bayar cukai dan menanggung kos hidup untuk duk nak sara gang-gang jahanam ini. Ops...kenapa gang-gang, bukan konco-konco? Sebab...gang-gang ini merujuk juga kepada mereka dan keluarga mereka... Kalau tak...tak keluar pula ceritanya Si Gemuk begempol berdahi kedut, berjubor lebar membeli belah di Boston memerlukan berpuluh taxi untuk membawa balik barang-barang yang dibeli ke hotel...Khabarnya beli pakaian dalam sahaja kena muat kat dua buah taxi. Macam Emelda Marcus pun ada lagaknya. Sedangkan si suami sedang duk bekerja untuk negara...KONONNYA! Kalaulah orang-orang sebegini jadi kepala negara...Alamatnya muflis lah nagara kita... Satu saja harapan dan doa aku terhadap gang-gang ini...Mintak cepat-cepat mampus!!! Boleh jahanam serta merta... Ops, emosi perlu dikawal... astagharafar banyak-banyak!

Ada baiknya, untuk pendahuluan aku menulis dengan sedikit mengikut mood-mood blogger lain dengan mengutuk perihal kenaikan harga minyak! RM0.80 (baca:Lapan Puluh Sen). Ke'malang'an sungguh pemerintah kita yang dikepalai oleh Paklah dan konco-konconya. Sejak tahun 2004 hingga 2008 harga minyak mentah dunia sudah naik menggila. Kenaikan harga petrol kita pula, dah tak main sen-sen naiknya...Asal naik main puluh-puluh sen...Tapi takpe, gouverment servant dah naik gaji...15-40% (macam banyak sangat!) Tuntutan yang duk tertunggak tu apa macam??? Ada la sedikit-sedikit yang ditunaikan...Pusing sini..Pusing sana, diorang lagi bijak...Bagi RM1 pow balik RM1.50...Bijak2...! Mana ada kerajaan dalam dunia lagi hebat dan dahsyat berbanding kerajaan kita... Kerajaan kita THE BEST lah! Hidup kerajaan...

Katanya...Subsidi yang minyak disalurkan untuk meng-subsidi-kan makanan! Pulangan balik subsidi untuk kenderaan 2500cc akan dipos dalam bentuk voucher sebanyak RM625 yang boleh dituntut dan ditunai di mana-mana Pejabat Pos berdeketan anda. SETAHUN sekali...OK juga boleh menggalakan pengguna kenderaan renew roadtax cepat2...Bagus2! Pemilik kenderaan macam aku yang renew roadtax selepas 1April pun boleh dapat voucher tu. Terima Kasih Pemerintah...Baik sungguh hati kalian...Tak tau bagaimana hamba nak membalas budi baik kalian...Satu Undi untuk kerajaan!

Cukuplah tu, kita fikir positif...Lagi sekali diingatkan kita mesti sentiasa positif! Sekarang harga minyak untuk 1liter adalah RM2.72. Maka...Sesiapa yang nak travel bercuti lepas ni, boleh fikir-fikir balik lah! Kesannya, boleh menggalakkan orang-orang duk kat rumah skit...Boleh bikin anak lagi ramai kearah merealisasikan jutaan rakyat lagi. Bahagia rumah tangga. Banyak pihak yang boleh bikin untung, para peniaga ubat tahan lama semesti golongan paling boleh membikinkan keuntungan. Yang jual-jual jamu, yang jual kosmetik bikin muka tak berjerawat dan berjeragat pun boleh bikin untung. Tonik-tonik 'perapat' pun boleh bikin untung juga. Keharmanonian rumah tangga terpelihara. Ini bab Modal Insan...Salah satu rukun Islam Hadhari. Ini pun sudah lama difikirkan Paklah, ketika mula-mula melaungkan konsep Islam Hadhari lagi...

Mat rempit...Semestinya antara golongan yang bakal berfikir panjang untk merempit lepas ini. Mana tidaknya, selain memifikirkan kos minyak untuk merempit. Standard untuk willie motor selalunya menggunakan gear 2. Minyak paling banyak digunakan ketika gear 1 dan 2. Maka akan ke'boring'an lah Minah-minah rempit kita bila masa para mat rempit dah malas nak 'memonggek' mereka. Seterusnya yang merempit ramai juga yang tak berlesen yang selogiknya makhluk-makhluk yang tidak boleh memiliki kenderaan. Satunya kerugian atas sebab tak dapat rebate RM120 ketika renew lesen! Mak bapak...Para pemilik kenderaan akan dengan sendirinya turun padang untuk renew lesen...Sebabnya akan timbul kerisauan kalau-kalau voucher tunai tadi dipow oleh wakil-wakil yang renew lesen nya...Tengoklah, sehingga Mat Rempit, bapak kepada Mat Rempit malah Minah Rempit pun Paklah ambil kira, Paklah tidak berdiskriminasi. Semua orang diambilkira. Pembangungan mesti sekata. Paklah memang dashyat pemikirannya...

Pengguna lalulintas...Akan lebih berhemat dan bersopan-santun lah kita-kita semua nanti. Lampu merah untuk berhenti, kuning untuk ready, hijau untuk jalan akan sentiasa dipatuhi. Tali pinggang dan topi keledar tidak terkecuali. Semuanya mengikut aturan seperti yang diarahkan.. Bukan apa, tak larat nak menanggung derita proses selepas kena saman dan denda. Gerenti rakyat kita akan lebih bersikap mulia di jalan raya...Lagipun bawa laju-laju minyak akan makan kuat. Kita pun disaran bawa kereta bawah 100km/sejam. Boleh jimatkan minyak...Logiknya kemalangan jalanraya boleh dikurang. Itu pun proses yang menjangkaui pemikiran oleh Paklah dan konco-konconya dalam proses menyopan-nyantun dan menyatasusilakan rakyat kita di jalanan. Paklah memang hebat...Fikirannya jauh lebih kedepan. Lagi depan dari depan...

Suri-suri rumah dan para-para wanita yang sedang bercinta dengan para jejaka handsome Malaya diminta jaga emosi bila berdepan dengan karenah jejaka-jejaka Malaya. Semestinya akan melenting lah mereka-mereka semua para wanita jika melihat para jejaka-jejaka Malaya membazirkan duit contohnya seperti merokok. Lepas dari ini, maka akan berkuranglah masa-masa untuk dating, makan-makan bersama, tonton wayang bersama dan lain-lain. Yang untungnya kat sini, Tauke Celcom, Maxis, Digi dan Telekom (kroni depa jugaaa)...Selepas ini, cakap kat telefon sahaja dah kurang jumpa. Ayat-ayat biasa suri rumah bila melihat para suami hisap rokok lepas ini "Apa ni abang...Isap rokok, lampin anak nak kena beli, yang dalam perut ni nak kena prepare, beras kena beli bla...bla...bla..." Ketahuilah para wanita sekalian...Rokok itu bakal dijadikan medium release tension dan stress! Para wanita tercinta perlu faham akan keadaan ini. Jangan buat-buat tak perasan, Paklah sudah lama fikirkan hal ini...Paklah memang hebat!

Kita sekarang selalu duk dengar hari-hari dari konco-konconya yang tidak kurang juga dashyat dah hebat pemikirannya, menyeru semua umat manusia di Malaysia menggunakan pengangkutan alternatif. Jangkaannya, lepas dari ini...Taraf pengangkutan awan kita pun makin advance sebagai alternatif pengangkutan. Sedashyat bandar-bandar besar hebatnya. Bagus lah, sekurangnya...makin dahsyat la negara kita nanti. Maka bersesak-sesaklah kita menggunakan pengangkutan awam. Wanita-wanita, baik yang tua dan muda, diharap dapat menjaga diri dari penyeluk saku dan lagi penting jaga dan elakkan dada dan bontot anda diraba dan digesel oleh mamat-mamat maniac ketika bersesak dalam pengangkutan awam. Maka selepas ini, para wanita akan lebih berhati-hati, kelas-kelas tae-kwan do akan giat menerima ahli-ahli baru. Gas-gas pemedih mata juga akan laris dipasaran. Paklah memang sudah lama berfikiran sedemikian rupa, fikirkan kemungkinan yang bakal dihadapi oleh wanita-wanita tempatan...Paklah memang fikir jauh ke depan. Paklah hebat!

Dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Terengganu tadi...dalam radio ada juga perihal minyak ini. Menteri yang jaga harga barang yang dulunya pernah bertanding tiket bebas atas nama Parti Anak Kunci (semacam Nenek tua yang bertanding di Parlimen Kuala Terengganu tempoh hari) pun ada mengatakan bahawa kenaikan ini perlu untuk menampung kos pembangunan negara. Bagus la tu, makin membangun negara kita. Dashyat tu... Tibai duit rakyat untuk buat pembangunan. Koridor itu dan koridor ini. Bagus-bagus...Pembangunan negara perlu seimbang dan mesti diagihkan secara sekata. Bahagia rakyat Malaysia dapat pemimpin yang berjiwa memikirkan perihal keperitan hidup rakyat. Konco-konco Paklah memang hebat! Paklah lagi hebat...!!!

Tobat aku tak tipu, pada aku bijak sungguh makhluk Tuhan yang orang duk panggil Paklah ini. Dia ni bukan sahaja berfikiran jauh...tapi melakukan sesuatu perkara yang memang masuk akal sebenarnya. Puji lah dia...ampu la dia. Usaha lah macam mana pun, akan tiba masa...minyak dalam perut bumi tu akan habis juga akan naik juga harga minyak akan datang. Jadi..Logiknya kebijaksaan manusia yang dipanggil Paklah ini memang patut diakui. Melakukan sesuatu perkara yang patut dilakukan di masa hadapan pada masa sekarang. Kita kan biasa duk dengar kata-kata orang bangang harga minyak sepuluh tahun dulu tak sama dengan harga minyak sekarang. Tak kah, Paklah melakukan sesuatu yang melampaui masa dan ketika...Paklah memang hebat!

Sedarilah bahawa kesan kenaikan harga minyak akan mengubah kadar inflasi. Kadar inflasi akan meningkat sehingga dekat-dekat 5% dua kali ganda dari 2.4% sekarang ini...Takpe la! Tahukah anda apa itu inflasi? Sila belek buku mana-mana buku ekonomi maka akan dijumpai definasinya, a general increase in prices and fall in the purchasing value of money. Orang kampung cakap, harga barang naik...Orang dah taknak membeli. Orang sekolah tinggi 6 tingkat cakap produk banyak, belian kurang...Orang MBA melihat yang tersirat dan merumuskan bahawa bakal menyusutnya nilai Ringgit berbanding Dollar US. Yang kita tak terfikir apabila Ringgit jadi murah serendah semacam Rupiah misalnya adalah Sektor Perlancongan akan berkembang pesat. Ramai lah Mat-Mat dan Minah-minah Saleh serta Negero akan datang melawat negara kita nanti. Tak kah hebat dan berpandangan jauh Paklah? Inikan Tahun Melawat Malaysia. Ramai Mat dan Minah Saleh nak datang ke Malaysia nak naik eyes on Malaysia. Hebat tu...Sehebat Piramid di Mesir tuuu.. Idea Nik Aziz untuk bandingkan Ringgit dengan dinar emas patutnya boleh dipakai, Ish...Kalaulah idea itu datangnya dari bekas calon Parti Anak Kunci, Shahrir Samad ataupun bapak segala duri dalam daging Musa a/l Pak Hitam...Gerenti dah lama dilaksanakan! Apakan daya...Paklah memang berpendirian, Paklah memang hebat! Paklah berprinsip...Paklah lah segala-galanya!

Makanan yang dijanakan untuk bikin tenaga dan tahi pun ada subsidinya, RM100juta untuk jana tahi...Takpe, Paklah memang bijak! Paklah memang hebat! Gaya hidup...?! Yang duk isap rokok kasi rosak paru-paru tu, dah boleh tukar dari Peter Stuyversant (RM8.20) kepada Winston (RM6.70), boleh jimat RM547.50 setahun, contohnya...Macam aku! Yang berniat nak pakai kereta besar-besar, nak pakai ekzos beli sebesar buluh betong tu boleh tukar niat tukar kereta yang kecil sedikit...compact car! Pakai Savvy...macam aku juga. Lagipun khabarnya banyak AP akan dikeluarkan untuk kereta jenis compact dan hatchback dari luar. Akan ada yang kaya raya bila dapat AP. Rakyat Malaysia perlu berjimat cermat jangan memboros tak tentu hala. Paklah sudah lama duk fikirkan hal ini...Kan dari dulu lagi dia suruh kita ubah cara hidup secara bersederhana. Paklah pun wasatiah orangnya, berbuka puasa pun makan ubi rebus cicah kopi O sahaja...Ilmu agamanya tinggi, keimanannya juga tidak berbelah bagi, kezuhudannya jangan dipertikaikan lagi...Percayalah! Hidup Paklah !

So, anda fikirkanlah...!Tak kah bijak giler Paklah...Mampu dan berjaya mengubah stigma dan gaya hidup rakyat. Jenis-jenis kita rakyat Malaysia ini bukan jenis pull & push...Mesti push, push dan push! Mesti secara drastik...Ini kan zaman orang naik bas rapid, gaya hidup pun kena diubah secara rapid juga... Siapa lagi advance? Paklah lah yang paling advance! Orang-orang kita pun jenis emosi membara hangat-hangat tahi ayam sahaja. Esok lusa, diam lah kita...Buat macam takde apa-apa. Buat cool sahaja. Kita jangan jadi warga-warga bodoh dan bengong seperti di Perancis, Indonesia, India contohnya, membuat demonstrasi besar-besaran membantah kenaikan harga minyak...Itu tindakan bodoh dan tidak bertamadun. Kita mesti patut dan taat setia pada Paklah. Kita sebagai warga yang perasan bangsanya maju tetapi sebenarnya bodoh dan bengap serta lembik semacam Lembu kena cucuk hidung, marilah kita bersyukur menadah tangan mendoakan kesejahteraan pada Paklah mentadbir. Jangan tegur langsung, kita sokong sahaja apa yang Paklah nak buat. Dia lebih tahu dari kita-kita yang bodoh ini. Paklah lah yang paling bijak diantara yang bijak...Bukan sahaja hebat dalam mengurus Sang Isteri dan ekonomi malah hebat dalam mengurus tadbir minda dan gaya hidup rakyat...Lagi sekali ayuh laungkah HIDUP PAKLAH!

Paklah memang bijak...Paklah memang dahsyat! Dr. Mahathir apa tahu...? Beliau tidak hebat semacam Paklah. Dr. Mahathir kritik saja yang tahu. Semua makhluk kecuali lembu dan kambing ternakan sedar bahawa Paklah dan bini akan bergelar Tun pada masa terdekat ini (sebab dah nak pencen) pasal idea dan rancangannya jauh lebih advance dari kita rakyat Malaysia yang bodoh. Apa pun sebelum dia ini pencen dan dianugerahkan itu dah ini, melancong ke sana dan ke sini...Marilah kita laungkan HIDUP PAKLAH! HIDUP PAKLAH! HIDUP PAKLAH!

Untuk penutup aku ciplak daripada kata-kata sumbang kenalan yang aku duk sembang kat Felda Transkrian tempoh hari. Katanya "Harga minyak dinaikan sehingga 80sen...?Ini mesti kerajaan nak balun balik para rakyat sebab kalah teruk pada election tempoh hari...Banyak duit duk labur kat election ni, depa nak kutip balik duit-duit tu semua...!" Silap..Silap! Kamu Silap... Siapa kamu untuk berkata demikian pada Paklah?Paklah memang hebat! Pemikirannya tak terfikir oleh kita-kita yang bodoh ini. Pemikiran bertamadun yang mengjakaui segala-galanya. Ayuh lah, election akan datang aku seru anda semua sokong secara membabi buta dan serahkan jiwa dan raga kepada Paklah and The Geng...! (if Paklah 'hidup' lagi!) Ish...Nyesal aku tak pangkah BN hari itu...! Nyesal sungguh...! Nyesal sungguh...! Nyesal sungguh...!

Maka aku seru sesiapa yang mengatakan Paklah bodoh, Paklah kuat tidur, Paklah taktahu apa dan bla..bla..bla...Sila bertaubat seberapa segera. Selepas dari tarikh 6Jun 2008 ini, jam 2.38pm aku seru, saran, cadang, paksa diri aku dan anda-anda semua, ayuh...Kita berkerja bersama-sama Paklah dan melaungkan HIDUP PAKLAH!!! HIDUP PAKLAH!!! HIDUP PAKLAH!!!
Read More
[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.