Tanggal 13/9/2009, Satu lawatan di rangka oleh lajnah Kesenian, kebudanyaan dan Rekreasi (DACS) DPPKR bersama Pas Kawasan Kota Raja telah berjalan dengan jayanya pada hujung minggu yang lalu. Kehadiran kami di sambut baik oleh seluruh sesi keluarga Pak Hamid. Kunjungan kami bukan sahaja disertai oleh Ajk pimpinan DPPKR bahkan juga turut disertai oleh DMP dan Unit Amal Kota Raja.
Pak Hamid yang tinggal bersama anak sulung nya yang terletak di Taman Sri Andalas membuatkan tautan ukhwah diantara Pimpinan Pemuda DPPKR dengan golongan seniman seperti Pak Hamid dieratkan sekaligus menolak segala spekulasi yang mengatakan PAS amat menentang dan mengecam golongan Artis.
Sememangnya sumbangan Pak Hamid dalam dunia hiburan tanah air banyak memberi kesan sahingga kemajuan yang di kekecapi golongan seni tanah air kini.
Kami sempat beramah mesra bersama Pak Hamid tetang karier pak Hamid Kini.
"Pak Hamid sekarang ni dalam proses menyiapkan satu drama yang bertajuk Halimah Jongang"
Kami dari AJK PAS kawasan Kota Raja mendoakan agar Pak Hamid senantiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan agar segala usaha yang dilakukan diberkati Allah hendaknya....
Di samping itu juga Pak Hamid ada berpesan buat golongan muda khususnya artis-artis baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan agar sentiasa menghormati golongan Veteran serta menjaga adab-adab ketimuran agar Islam dan bangsa melayu sentiasa disanjung.
DPPKR dan Pas Kawasan kota Raja merakamkan jutaan terima Kasih kepada Pak hamid di atas kesudian menerima kunjungan kami....
Syukran....
Sekali lagi 7 anggota Unit Amal Kota Raja turut serta mengadakan program Ihya Ramadhan anjuran Yayasan Amal Selangor dan Jabatan Amal Negeri Selangor bersama masyarakat Orang Asli di Kg Orang Asli Bt.12, Sg Cincin, Gombak pada 06 September 2009 (ahad). Turut serta dalam program tersebut ialah Sdr Ahmad Zaidy Abd Mutalib selaku Timb. Ketua Pemuda PAS Selangor, Hj Azmi Pengarah Jabatan Amal Selangor, Sdr Jamil Saring daripada Yayasan Amal dan lain-lain.