Followers

Wednesday, November 10, 2010

Program Penerangan & Dialog Bersama Jabatan Amal Indera Mahkota

Program : Penerangan & Dialog Bersama Jabatan Amal Indera Mahkota
Tarikh : 08 November 2010
Tempat : Surau Kampung Seberang Sungai Ular, Kuantan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana program ini telah berjalan dengan jayanya. Walaupun hujan yang turun sejak dari petang agak lebat, ini tidak melemahkan semangat para anggota Amal Indera Mahkota untuk turun ke Kampung Seberang Sungai Ular, demi tidak menghampakan harapan penduduk setempat yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut "Apa Itu Jabatan Amal Indera Mahkota". Sambutan dari ahli jemaah setempat juga amat membanggakan.

Majlis dimulakan dengan kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh ustaz Suhaimi Saad yang merupakan Ketua DPP Negeri Pahang. Para jemaah cukup terhibur dengan penyampaiannya yang mantap dan sentiasa berlapik dengan hujah dalil dan nas.

Selepas jamuan ringan, program penerangan & dialog dimulakan dan ia dikendalikan oleh Ketua Pengarah Amal Indera Mahkota iaitu saudara Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz. Beliau memberi penerangan berkaitan Amal serta melayani pertanyaan dari pihak jemaah. Alhamdulillah, sesi dialog berlangsung dalam keadaan yang cukup harmoni dan penuh semangat ukhuwah.

Program penerangan & dialog ini adalah merupakan program yang kedua diadakan selepas di Surau Kubang Ikan di dalam Cawangan Cendor.

Di dalam program ini juga, pihak Jabatan Amal Indera Mahkota telah membuka kaunter Qurban dan Aqiqah Perdana anjuran Yayasan Amal Malaysia serta memasarkan serba sedikit barangan yang dibawa seperti kalendar, VCD ceramah, buku-buku dan lain-lain lagi, untuk mengisi dana Amal Indera Mahkota.

Insya-Allah, kami harapkan agar program seperti ini akan dipergiatkan lagi di cawangan-cawangan yang lain dalam Kawasan Indera Mahkota agar setiap orang kenal dengan Jabatan Amal yang membawa misi PAS sebagai "Duta Penyelamat dan Kasih Sayang."


Sebahagian anggota Amal Indera Mahkota sedang berehat di luar surau


Ketua DPP Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Saad sedang menyampaikan kuliah.


Tekun mendengar kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Saad


Jamuan ringan yang disediakan pihak surau. "Terima kasih daun keladi, Insya-Allah nanti kami datang lagi."





Ketua Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz sedang mengendalikan sesi penerangan dan dialog. "Ada apa-apa soalan?"





Ustaz Suhaimi sedang kusyuk mendengar penerangan dari Pengarah Amal Indera Mahkota


Anggota Amal Indera Mahkota sedang melayani salah seorang jemaah surau yang ingin membeli barangan yang di jual. "Ini untuk dana Amal Indera Mahkota."

Monday, November 8, 2010

Jabatan Amal Indera Mahkota @Premium Lanes

Pada 07 November 2010 yang lalu, Jabatan Amal Indera Mahkota telah mendapat undangan menyertai permainan bowling di Premium Lanes, Plaza Kuantan. Permainan bowling ini telah dianjurkan oleh DPP Kawasan Kuantan. Beberapa anggota Jabatan Amal Indera Mahkota telah menunjukkan kehebatannya bermain bowling.

Pihak Jabatan Amal Indera Mahkota mengucapkan ribuan terima kasih di atas undangan ini. Saksikan foto-foto yang menceritakan kehebatan kami...

Di antara wira-wira bowling yang mewakili Jabatan Amal Indera Mahkota



Saudara Hafizan



Sebahagian peserta dan penyokong


Saudara Firdauz yang sedang menjampi bola bowling



Yeah.... strike juga akhirnya



Pengarah Amal Indera Mahkota, Sheikh Azlan dengan gaya yang tersendiri



Gaya mesti ada...



Tengok mata ke, strike lagi ke?



Saudara Zubir selaku pengarah program



Ustaz Fadhli sedang menyampaikan ucapan penutup




Sunday, November 7, 2010

Pelancaran Perintis Briged Amal Peringkat Negeri Pahang

Program : Pelancaran Briged Amal Peringkat Negeri Pahang
Tarikh : 07 November 2010
Tempat : Pondok An-Nuur, Penor Kuantan


Para Anggota Briged Amal. "Kamu semua baru kena hujan kami semua dah kena air asid dan peluru pemedih mata," kata saudara Firdauz membakar semangat anggota briged.


Timbalan Pengarah 1 Amal Pahang merangkap Mudir Pondok An-Nuur, Ustaz Fadhli Ibrahim sedang menyampaikan ucapan aluannya kepada hadirin


Orang yang berusaha keras dalam menjayakan pelancaran ini, saudara Firdauz


Setiausaha Jabatan Amal Negeri Pahang sedang menyampaikan ucapan


Sebahagian pelajar pondok yang turut serta bersama dalam program pelancaran ini.


Pasukan perintis briged amal negeri sedang mendengar ucapan dari pimpinan negeri, walaupun di dalam hujan tetapi tetap bersemangat. Semoga semangat ini tetap membara walaupun berbagai rintangan, mehnah dan tribulasi yang dihadapi. Al-amalulillah!!


"3 I yang perlu dipraktikkan oleh kita semua sebagai anggota amal, yang pertama: Ikhlas, yang kedua: Istiqamah dan yang ketiga adalah Itqan." Timbalan Pengarah Amal Pahang, saudara Suhaimi Hasan sedang menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis pelancaran ini.


Setiausaha Amal Pahang, saudara Badillah sedang menyampaikan cenderahati kepada saudara Suhaimi Hasan yang telah merasmikan pelancarab briged amal ini. Turut bersama ialah Pengarah Amal Kawasan Indera Mahkota, saudara Sheikh Azlan


Dari kiri: Sheikh Azlan Sheikh Abd Aziz, Badillah Muda, Suhaimi Hasan dan Wan Raha Abd Rahman, di antara yang hadir memeriahkan program pelancaran ini.


Dua anggota Briged Amal dari Kawasan Indera Mahkota turut hadir memberi sokongan


Bergambar seusai program pelancaran. Semoga mereka semua akan menjadi pelapis dan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan


Wednesday, November 3, 2010

Jabatan Amal Indera Mahkota@Sinar Harian Pahang

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN EDISI 02 NOVEMBER 2010
"Amal Indera Mahkota sedia hadapi banjir"

Tuesday, November 2, 2010

Jabatan Amal Indera Mahkota 'Jejak Tawan Pahang'

Alhamdulillah, pada 31 Oktober yang lalu Jabatan Amal Indera Mahkota telah menganjur satu aktiviti lasak merentasi Hutan Bukit Pelindung dan berakhir di Teluk Cempedak dengan jarak kira-kira 15 kilometer.

Ekspedisi ini membabitkan seramai 40 orang peserta Jabatan Amal Indera Mahkota serta jemputan iaitu jabatan Amal Kuantan dan Jemaah Musolla ar-Raudhah. Sebelum itu, satu penerangan keselamatan telah disampaikan oleh seorang jurupandu bertauliah yang dikenali dengan Koperal Naga, beliau merupakan seorang anggota tentera.

Ekspedisi ini bukan sahaja dapat menguji ketahanan mental dan fizikal tetapi juga untuk mengukuhkan ukhuwah di antara peserta. Para peserta juga dapat menghayati keagungan ciptaan Tuhan dan keindahan flora dan fauna alam semulajadi.

Harapan agar aktiviti dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang di lokasi yang berlainan.


Mendengar taklimat keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Turut bersama menyertai jungle trekking ini ialah Pengarah Jabatan Amal Pahang, Ustaz Rosli Jabar.



Berehat sebentar menghilang letih dan lenguh, perjalanan masih jauh menuju kejayaan dan kemenangan


Wajah-wajah ceria, jangan ada yang pengsan dah la...


Saudara Firdauz, nampak bersemangat


Ulat gonggok 'gergasi' turut menemani perjalanan


Turut bersama wartawan Sinar Harian Pahang


Merenung masa depan atau merenung kemenangan...tawan Pahang


Pemandangan indah kawasan Alor Akar dari puncak Bukit Pelindung


Berhampiran pencawang telekom, puncak yang tertinggi di atas Bukit Pelindung


Penamat di Teluk Cempedak, setelah berpeluh merentasi hutan, lurah dan bukit akhirnya kejayaan menanti. Begitulah syarat kemenangan perlu berusaha dan bersusah payah, jangan jemu berjuang.


Timbalan Pengarah Amal Pahang, Ustaz Saharuddin sedang mengatakan sesuatu kepada Sheikh Azlan (Komander Amal Indera Mahkota) selaku pengarah program.


Bergambar sebelum pulang, wajah-wajah yang berjaya menawan Bukit Pelindung.