Isnin, Mei 20, 2013

Yuya is 12!



Cepat masa berlalu. Yuya tak seperti abangnya yang kuat menangis apabila masuk waktu senja. Pengalaman melihat abang menangis sampai terbeliak biji mata membuatkan aku lebih berhati-hati kali ini. Berhati-hati agar perkara yang sama tidak berulang. Segala macam buku aku baca. Semuanya sebagai persiapan buat Yuya. Tetapi nampak gayanya sangkaan aku meleset sama sekali. Yuya merupakan seorang anak yang senang dijaga sewaktu kecil. Tidak banyak kerenah dan tidak banyak menangis. Aku lega kali ini.
 
Yuya sangat comel sewaktu kecilnya. Berkulit putih dan berpipi bulat. Sewaktu kami kembali ke Tokyo beberapa tahun yang lalu, kami mengambil kesempatan keindahan musim Sakura untuk membawa Abang dan Yuya tinggal di dalam caravan disalah sebuah National Park yang ada disana. Yuya gembira berlari kesana-kemari bersama Abang. Hilai tawa Yuya dan abang sewaktu bermain sungguh menenangkan jiwa aku. Memberi makan kambing yang berkeliaran, melihat kuda dan segala macam binatang yang terdapat disana masih segar didalam ingatan aku. Buat pertama kalinya, Yuya tinggal bersama Abang didalam sebuah bilik yang bukannya bilik.....tetapi berasingan dari aku! Pagi musim 'spring' sungguh indah. melihat pohon sakura dari kejauhan, berada didalam hutan didalam caravan sambil menunggu sarapan pagi siap sambil ditangan secangkir kopi panas, melihat keletah anak-anak bermain didepan mata, masyAllah.....it's just an awesome feeling....a feel good feeling....cuma jika saat itu mampu aku hentikan....aku ingin kembali ke waktu itu...biarlah anak-anak masih kecil....biarlah anak-anak masih merengek menupang dagu menantikan ais kerim yang tak kunjung tiba, biarlah aku masih leka menyuap makanan kemulut mereka, biarlah aku masih mengesat airmata dipipi gebu Abang dan Yuya, biarlah mereka masih menenggek dicelah ketiak aku sewaktu tidur malam.....
 
 
Kasih sayang aku pada Yuya dan pada anak-anak yang lain tak pernahnya berbelah bagi. Didalam 'ketiadaan', aku adakan juga.....didalam 'kesedihan', aku senyumkan juga....didalam 'kepayahan', aku mudahkan juga...supaya Yuya, Abang dan Marina sentiasa ceria sama seperti rakan sebaya!
 
 

 
Kehidupan ini bukannya indah
kehidupan ini bukannya mudah
kehidupan ini bukan semuanya hilai-tawa....
perlahan-lahan aku terjemah dan mainkan
didalam minda Yuya, Abang dan Marina.
 
Apa yang aku ada, semuanya untuk mereka
apa yang aku usahakan, semuanya untuk mereka
biar aku tidak ber 'apa'
asalkan anak-anak lengkap segala!
 

 
Yuya tenang merenung jauh
kaki langit yang tak mampu di gapai
walau keras badai berlabuh
usahalah anakku agar cita tercapai!

 
Dari kecil ku tatang penuh
meningkat remaja ku turunkan pesanan
bila dewasa jalanlah jauh
agar minda tidak ketinggalan
 
 
 Happy 12th birthday Yuya and may all your dreams come true! We love you forever!
 
 
 
 

Khamis, Mei 16, 2013

Anak Bapak! (MStar Online-15/5/13)

Rabu Mei 15, 2013
Victoria Institution Wakili Malaysia Ke Final Serantau MUPC

Pasukan Victoria Institution merai kejayaan selepas dinobatkan juara MUPC peringkat kebangsaan Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Victoria Institution (VI Kuala Lumpur) bakal mewakili Malaysia ke perlawanan Akhir Serantau Piala Manchester United (MUPC) selepas menjuarai perlawanan akhir peringkat kebangsaan menewaskan sekolah Menengah Kampung Chengal A secara agregat 4-3.
Jurulatih VI, Azlan Hussain berkata, kejayaan pasukan itu adalah hasil kerja keras semua pemainnya.
"Mereka teruja dengan kejayaan baru-baru ini. Begitu juga dengan ibu bapa mereka.
"Pun begitu, menjelang perlawanan peringkat serantau ini, kami akan meneruskan latihan seperti biasa selepas mereka tamat peperiksaan nanti.
"Saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada, lebih-lebih lagi di bahagian serangan," jelas Azhar,36,.
Azhar berkata, ini merupakan kali kedua pasukannya mara ke final dan berharap tuah akan memihak kepada pasukannya untuk terus beraksi di Pertandingan Akhir Dunia MUPC pada Ogos ini.
"Sudah pasti kami memang berharap untuk ke Old Trafford.
"Namun saya pasti saingan dari pasukan serantau agak sengit walaupun saya tidak pasti corak permainan mereka.
"Apa yang pasti kami akan cuba melakukan yang terbaik membawa nama Malaysia," tambahnya.
Sementara itu, aksi Peringkat Serantau MUPC akan berlangsung pada 10-14 Jun ini di Pulau Pinang.
Malaysia bakal bertemu dengan wakil dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Singapura.
Tahun lalu menyaksikan wakil dari Thailand meraih gelaran juara sebelum beraksi ke MUPC Akhir Dunia.
MUPC bermula di United Kingdom sebagai satu pertandingan serantau sejak tahun 1993.
Namun selepas beberapa tahun, kelab Bola Sepak Manchester United serta Nike mula bergandingan bahu pada tahun 2003 bagi mengembangkan lagi bakat-bakat muda di seluruh dunia.
Bagi edisi tahun ini, lebih 9,000 pasukan dari 40 negara bakal bertanding merebut tempat ke aksi final dunia 2013.

Isnin, Mei 13, 2013

Ini juga Kejayaan!

Akan mewakili Malaysia ke peringkat ASIA!

Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan kesihatan yang baik kepada kita semua terutamanya pemain-pemain bolasepak B15 Victoria Institution yang mana akhirnya mereka telah berjaya menjadi juara peringkat kebangsaan didalam pertandingan Manchester United Premier Cup yang berakhir pada hari Sabtu yang lalu. Suara masih hilang kerana bersorak dipadang!
Barisan pemain yang selalu terlepas pandang oleh pegawai-pegawai atasan pemilihan!

3 tahun pemain-pemain ini dikumpulkan di sebuah sekolah, sebuah asrama, makan nasi kawah beramai-ramai, sembahyang berjemaah bersama-sama, berjalan menuju ke kelas sama-sama, menghadiri kelas tambahan sama-sama, berlatih bolasepak sama-sama, menghadapi suka-duka bersama-sama....dan akhirnya mereka telah berjaya menjadi JUARA!
Bersedia untuk menentang Perak selepas membelasah Pulau Pinang.

Badan mereka kecil. Tidak sebesar pemain-pemain Kelantan. Tapi determination, discipline serta hungry for victory lah membezakan mereka daripada pasukan-pasukan lain. Ada pemain forward yang hanya setinggi paras dada pemain negeri lain tapi pemain inilah yang mendapat trophy bergelar "Pemain Harapan Kejohanan".
Kecil tapi very2 skillful!

3 tahun bersama dan berlatih 5 hari seminggu selama 3 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Pemain-pemain ini tidak ada waktu untuk menjalani kehidupan santai sebagai remaja. Melihat mereka berlatih setiap hari dan mengambil serta menghantar mereka pulang ke asrama setiap hujung minggu terdetik dihati dan jiwa aku yang mereka membuat pilihan yang tepat sejak dari kecil lagi.
Juara Kebangsaan

Kini pasukan ini telah bergelar juara. Kesemua mereka telah terpilih untuk mewakili negara pada kejohanan peringkat Asia yang akan berlangsung di Pulau Pinang dari 11hb Jun sehingga 14hb Jun 2013. Jika mereka berjaya diperingkat Asia nanti, mereka akan terpilih untuk berada di Manchester United pula untuk kejohanan yang lebih besar lagi! Ahirnya NIKE telah sudi untuk menjadi penaja utama poasukan bolasepak ini. Tahniah..
Anak bapak...hahahahaha...

Kami sebagai ibubapa sentiasa berada dibelakang para pemain sekelian, menyokong dan terus menyokong. Kami juga sedang berusaha membantu mencungkil dan menjual raw talents ini ke luar negara. InsyAllah!

Sabtu, Mei 11, 2013

Puas!

 
Alhamdulillah aku telah berjaya melaksanakan tugasan aku untuk mengundi pada hari minggu yang lalu. Semua teka-teki sudah pun terjawab. Aku tak mahu mengulas panjang perihal keputusan tersebut. Yang penting undi aku mungkin merupakan undi penentu samada seseorang calon itu menang mahu pun kalah. Penting bagi aku menjalankan tugas sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat berbilang kaum dinegara ini yang cintakan keamanan dan kestabilan dari pelbagai segi. Aku ke tempat mengundi dengan menunggang motosikal kerana sangkaan aku akan berlaku kesesakan yang teruk. Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Jalanraya di KL amat lengang. Sekali-sekala terasa yang aku menunggang di pagi Raya! Jalan Tun Razak lengang. Depan IJN lengang. Jalan Maarof lengang dan begitu jugak di Damansara. Aku mengundi di Damansara kali ini. Sesampainya aku di pusat mengundi, tidak kelihatan pun orang berbaris panjang. Mungkin awal lagi. Aku masuk ke perkarangan SRDJ untuk menyemak nama aku. Ada....sewaktu beratur aku sempat bersembang dengan 2 orang senior citizen didepan aku. Rasanya kedua-dua mereka berpangkat. Ini hasil daripada tinjauan aku selepas berborak dengan mereka selama 1 jam. Seorang akan berangkat ke Warsaw pada malamnya untuk bertugas manakala seorang lagi akan ke Hatyai pada malam itu jugak. Mereka akur beratur bersama-sama aku. Segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang cacat-cela. Suasana seakan-akan pesta! Semuanya sangat mesra bersembang walaupun kesemuanya berbeda pendapat!

 
Selesai mengundi, tepat jam 11 pagi aku memecut motor menghala ke Bangsar dengan tujuan untuk ke gym. Didalam perjalanan aku sempat melihat "kawasan panas - Lembah Pantai" yang juga sunyi....aku lantas memecut laju ke gym. Gym kosong seperti ada perayaan besar! Tapi kelas Zumba masih berjalan seperti biasa. Sambil menunggu selepas workout aku sempat minum kopi secawan di cafe yang terletak di tingkat 2. Sempat jugak posing bergambar. Kali ni aku tak segan sebab yang ada hanyalah beberapa orang saja. Aku jeling ke jari hantu mereka dan ramai yang tidak bercalit dakwat. Aku jadi meluat....kalau bercerita, mereka ini mungkin lebih pandai daripada politikus. Tapi bila perihal tanggungjawab, ternyata "nol!"

 
Sewaktu di gym, kebiasaannya aku akan mendaftar masuk dahulu sebelum terus ke locker room untuk bersalin pakaian. Setelah berpakaian sukan, aku akan terus ke treadmill ataupun meregangkan otot dulu selama 10-20 minit. Jika mood aku baik, aku akan berjalan laju ataupun jog diatas treadmill selama 40 minit. Memang meletihkan tapi azam aku kuat untuk kembali membina otot-otot badan yang dah sangat terbengkalai selama berpuluh-puluh tahun. Sewaktu dizaman remaja dulu berat aku hanyalah didalam lingkungan 65-70 kilogram. Saat badan aku terabai adalah setelah aku meninggalkan permainan rugby dan mula bekerja di Hilton. Tugasan yang tak berkesudahan membuatkan aku terleka dengan makanan dan minuman yang tersedia didepan mata. Diwaktu itu berat aku melonjak ke 90 kilogram. Menjadi penat sentiasa walaupun aku hanya berumur dilingkungan awal 20-an! Walaupun seberat itu, kesedaran masih belum timbul! Sewaktu melanjutkan pelajaran aku masih lagi dengan habit lama yakni makan dan minum sentiasa! Timbul kesedaran untuk mengurangkan berat badan apabila ayah aku meninggal dunia. Tapi setakat keinginan tanpa keazaman sahaja tidak memadai....hanya setelah aku berada di KSA barulah aku mula terfikir yang berat badan merupakan musuh pertama aku. Keinginan untuk mengurangkan berat badan tetap ada tapi usaha pula yang tidak kunjung tiba!



 
Kini aku kembali didalam "mode sihat" dan alhamdulillah, hampir 9 bulan aku ke gym dan sedikit demi sedikit perubahan sudah mula kelihatan. Di saat aku menaip entry aku yang ini, abang sedang behempas-pulas dipadang Shah Alam di peringkat separuh akhir pertandingan bolasepak Manchester United Premier Cup dan kini sedang menentang NS! Aku doakan semoga abang dan rakan-rakan yang lain akan berjaya didalam pertandingan ini dan terus mewakili negara keperingkat Asia selepas ini bagi mengejar cita-cita menjadi juara MUPC! InsyAllah!
 

Jumaat, Mei 03, 2013

Anak-anak dan kejayaan!

 
Seperti yang aku katakan dulu, kejayaan anak-anak merupakan sesuatu yang aku tak sabar-sabar ingin lihat. Ini bukan bermaksud yang mereka harus berjaya sentiasa, tidak. Ini bermaksud setiap apa yang mereka ceburi akan sentiasa mendapat perhatian aku. Dan bagi aku sesuatu yang mereka lakukan dan dapat dihabiskan, juga merupakan kejayaan. Dalam waktu yang sama, aku mahu mereka tahu yang aku sangat sayangkan mereka. Tak ada seorang bapa pun didunia ini yang tidak mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Berjaya bagi aku tersangatlah "subjektif". Khatam Al Quran merupakan kejayaan. Mendapat keputusan baik didalam peperiksan juga merupakan kejayaan. Bangun diawal pagi dan bersolat Subuh juga satu kejayaan.... Demi melihat anak-anak "berjaya" didalam bidang masing-masing, aku telah cuba berfikir dan berfikir bagaimanakah caranya aku dapat membantu bukan saja abang tetapi rakan-rakan sepasukan abang untuk sama-sama bersemangat bermain bolasepak dan juga belajar.
 
Aku bernasib baik kerana mempunyai ramai rakan-rakan yang sama batch, juniors mahupun seniors yang telah berjaya didalam karier masing-masing. Dalam aku duduk termenung memikirkan cara untuk membantu abang dan rakan-rakan, aku teringatkan seorang teman lama aku sewaktu dibangku sekolah dulu yang bernama Haji Fairus Shidi. Beliau merupakan Headboy aku ditahun 1984. Kami juga bertemu sewaktu aku di Mekah dulu ketika beliau melaksanakan umrah dan aku masih bertugas disana. Aku hubungi Fairus Shidi yang aku panggil "Perez" dan menyatakan bahawa aku memerlukan seorang pakar motivasi untuk aku bawa berjumpa abang dan rakan-rakan bola abang. Sekali lagi aku bernasib baik kerana Perez juga merupakan pakar motivasi yang telah menyuntik semangat kepada Datuk Malik Mydin (english channel), Commonwealth Games athletes dan juga ketua motivasi PLKN seluruh negara. Alhamdulillah, sebagai rakan, beliau sedia membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Aku bersyukur. Tarikh dan waktu pun ditetapkan. Perez membawa bersama beliau "credentials" yang sangat hebat. Beliau merupakan salah sorang pelajar terbaik SRP dan SPM negeri dan terus melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Universiti terbaik di UK (top 2 in UK dan top 4 in the world) didalam jurusan Undang-Undang. Walaubagaimanapun bidang motivasi lebih menyerlah didalam dirinya selaras dengan keinginan beliau untuk membantu mempertingkatkan lagi prestasi mereka yang mengikuti program beliau. Sessi berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada para pemain bolasepak dan begitu juga ibubapa yang sama-sama berada di sessi tersebut termasuklah aku! Selang 2 hari, anak-anak ini terus menghadapi perlawanan akhir bolasepak MSSWP dan dengan semangat yang tinggi hasil daripada latihan bolasepak sepanjang hari dan kursus motivasi yang diberikan, pasukan bolasepak VI B15 tahun berjaya muncul sebagai juara Kuala Lumpur! Alhamdulillah.....Nah...ini merupakan KEJAYAAN untuk abang, bagi aku!

 
Pasukan ini telah mula dibentuk beberapa tahun yang lalu sewaktu mereka masuk ke tingkatan satu. Pada waktu itu semua pemain terbaik yang ada di lembah klang dan mempunyai keputusan yang baik akan dipanggil untuk menjalani latihan dan seterusnya dipilih untuk mengikuti "program projek bolasepak". Mereka bersekolah di VI dan tinggal diasrama VI. Mereka dijaga dengan baik dan mengikuti latihan keras bolasepak yang telah diatur. Mempunyai seramai 3-4 jurulatih, pemakanan mereka dijaga rapi. Menu sentiasa bertukar setiap hari dan mereka akan makan sebanyak 5 kali sehari. Latihan berlangsung setiap hari selepas waktu "prep petang".

 
Kejayaan demi kejayaan telah mereka lakar. Dan selepas ini mereka akan mewakili KL untuk pertandingan "Manchester United Premier Cup" yang bakal diadakan pada 11/5 nanti di padang SUK di Shah Alam. InsyAllah aku dan ramai ibubapa lain dari VI akan berada disana untuk menyokong mereka sekali lagi.


 
Pada cuti hari Buruh yang lalu, aku telah membawa anak-anak ke PWTC untuk melihat Pesta Buku Antarabangsa. Aku teruja kerana diwar-warkan bahawa Pesta Buku ini merupakan yang terhebat. Anak-anak bersemangat nak pergi. Walaubagaimanapun aku kecewa apabila faktor "keselamatan" sangat terabai. Aku "sangkut" di entrance selam 10 minit tidak bergerak disebabkan pengunjung yang terlalu ramai. Layout gerai-gerai yang menjual buku tidak dirancang dengan baik. Tidak ada peta yang menunjukkan gerai yang dicari ada dimana (personally aku tak nampak). Security aku tak nampak. Anak-anak sekolah duduk dipinggiran gerai sambil membaca ataupun berehat dan jumlahnya juga mencecah ratusan kalau tidak ribuan. Ini merencatkan lagi "flow" para pengunjung. Yang aku takutkan ialah jika berlaku kecemasan. Kebakaran, anak hilang, dan sebagainya. Aku pasti jika berlaku kebakaran senang-senang beratus-ratus nyawa akan melayang....jika tidak ribuan! Ini sedikit merencatkan niat aku untuk berada disana lebih lama! Yang aku dapat beli hanyalah sebuah buku untuk Marina yang dibacanya sepanjang perjalanan balik ke Ampang dengan LRT! Melihatkan Marina gemar membaca dan sangat khusyuk walaupun terpaksa berdiri didalam LRT, aku tersenyum puas....bagi aku ini juga "KEJAYAAN!"

 
Setiap hari selama 2 minggu, Yuya tersangat sibuk dengan latihan bolasepak bagi memilih pemain-pemain yang akan mewakili negeri Selangor B12 ke kejohanan MSSM tak lama lagi. Yuya berlatih di Kajang. Setiap hari pulang lewat. Mandi, makan dan terpaksa pula menelaah matapelajaran yang telah terlepas dengan pemantauan rapi dari aku setiap malam pukul 8! Yuya mengeluh. Yuya letih. Yuya tak bermaya. Yuya lesu. Tapi aku katakan pada Yuya, "kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras!". Yuya mengukirkan senyuman walaupun sedikit sumbing! 3 hari yang lepas, Yuya pulang lewat ke rumah dengan muka sedih dan langkah yang sangat longlai. Aku tanya, kenapa Yuya berwajah sedih? Yuya menjawap, "Yuya gagal dalam pemilihan akhir untuk mewakili Selangor!". Aku turut sedih mendengar kata-kata Yuya. Aku bingkas bangun, pegang bahu Yuya dan berkata, "Yuya, walaupun Yuya tidak dipilih untuk mewakili negeri Selangor di peringkat umur 12 tahun, mendapat panggilan untuk menjalani latihan akhir menjangkaui ratusan lagi pemain di negeri Selangor ialah satu KEJAYAAN yang tersangat besar bagi Papa...". Yuya salam tangan aku, tersenyum puas dan terus ke bilik...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...