Followers

Monday, July 4, 2011

KeTua NeGaRa PaLiNG LaMa MeMeRiNTaH.....


Hari nie aku nk kongsi dgn korg suma satu pengetahuan pasal ketua negara kat dunia nie yg perintah negara diorg dgn sgt lama.....kira2nyer diorg nie wat kuasa perintah negara tue macam mak bapak diorg la yg punya.....xmo lepas2 kuasa smpai dh tua ganyut......kalu kat Malaysia kita de Tun Dr. Mahathir yg berkuasa slama 22 tahun.....kat negara laen pn xkurg juga de spesis2 cmnie......jom kita layan je artikel nie......




Maumoon Abdul Gayoom, Maldives - sejak 11 Novenber 1978. Memerintah sehinggalah kekalahannya dalam pemilihan presiden pada Oktober 2008. Beliau kalah kepada pembangkang yang diketuai oleh Mohamed Nasheed dari Parti Demokratik Maldive. Pembangkang terpaksa menunggu selama 30 tahun untuk menewaskannya. Beliau adalah lepasan Al-Azhar dalam pengajian syariah.



Ali Abdullah Saleh, Yaman - sejak 17 Julai 1978. Merupakan presiden pertama Republik Yemen sehinggalah sekarang. Seorang pengganut fahaman Syiah Zaidiyah dan tidak berpelajaran. Memulakan kariernya sebagai tentera sejak muda naik dan naik hingga menjadi presiden.



Kolonel Muammar Gaddafi, Libya - sejak 1 September 1969. Tak perlu diperkenalkan lagi yang menggelarkan dirinya Putera Afrika. Mengambil alih pemerintahan dari rampasan kuasa pada tahun 1969. Selepas kematian Omar Bongo Gaddafi yang masih hidup ini terus memotong tempoh jangka lama memerintah tak tahu sampai bila akan berkesudahan.



Fidel Castro, Cuba - sejak 2 November 1976. Nama sebenarnya adalah Fidel Alejandro Castro Rutz. Seorang yang berfahaman Marxist meletakkan jawatan pada 19 February 2008 lima hari sebelum tamat tempoh mandat pemerintahannya. Dilahirkan dalam agama Kristian Roman Katolik tetapi mengaku bahawa dia tidak pernah mempercayai Tuhan dan beliau percaya hidup hanya sekali, tiada kehidupan lagi selepas mati.



Omar Albert-Bernard Bongo, Gabon - Memerintah sejak 14 April 1947 sehingga 8 Jun 2009. Ini contoh pemimpin yang berkuasa sehingga ke akhir hayatnya. Beliau memeluk agama Islam pada tahun 1973 dan menukar namanya kepada El-Hadj Omar Bongo.






uNcLe DeeN: xkira berapa lama kita berkuasa pn jnji kuasa yg kita diamanahkn oleh rakyat tue dijalankan dgn baek aku okey je......pemimpin la yg mencorakkan sesebuah negara tue....kalu zalim pemimpin, rosak le negara tue.....kalu adil pemimpin, aman la negara tue....