Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu suka, sayang dan cinta
tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki...
" Misi kita telah Berjaya di Turki. Kerajaan Turki Uthamaniyah telah pergi dan tidak mungkin akan datang kembali, kerana punca kekuatan sebenar Islam kita sudah hapuskan iaitu Khilafah Islamiyah. “ – Lord Qiruzon , 12 Oktober 1923 –
Derapan sejarah telah berlalu namun masih segar di benak ingatan tarikh palitan sejarah hitam buat seluruh saentero dunia Islam apabila pada 3 Mac 1924, Kerajaan Turki Uthmaniyah pimpinan Sultan Abdul Majid II secara rasminya telah jatuh ke tangan pemerintah sekular pimpinan Mustafa Kamal Attarturk Laknatullah alaih.
Seluruh dunia Islam terjaga dari lenanya dengan kejutan yang amat besar, setelah dilamun mimpi ngeri dan menakutkan. Mereka seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku, apa yang didengar dan apa yang dilihat hingga timbul pelbagai persoalan : Adakah masih ada Kerajaan Islam Uthmaniyah? Adakah betul kerajaan yang kuat telah tumbang? Kerajaan apakah selepas ini yang mampu mempertahankan Islam dan umatnya? Tragedi ini merupakan sejarah hitam dan pahit bagi setiap insan yang bergelar muslim.
Dalam masa yang sama, dunia Kristian dan Yahudi juga tersedar daripada suatu mimpi yang amat indah, seolah-olah telah mendapat apa yang dicita-citakan sebelum ini iaitu kejatuhan Khilafah Islamiyah. Kegembiraan disambut segenap lapisan masyarakat Kristian di seluruh dunia. Seorang jeneral tentera bernama Al-Alambi dengan bongkak berkata setelah memasuki al-Quds : “ Sekarang telah tamatlah peperangan Salib “. Begitu juga dengan jeneral tentera Perancis yang bernama Goro. Beliau pergi ke makam Salahuddin al Ayyubi yang berada di Damascus dan berkata sambil memijak-mijak makam tersebut : “ Bangunlah wahai Salahuddin ! Sekarang kami telah kembali ! “
Sabda Rasulullah SAW :
“ Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah sampai masa orang-orang Yahudi memerangi umat Islam lalu umat Islam memerangi mereka sehingga mereka lari bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok. Batu-batu dan pokok-pokok lamtas berkata : Wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada orang Yahudi, maka datanglah dan bunuhlah dia.”
Mari semua ! Bangit dan sedarlah tanggungjawab kita yang sebenar. Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa. Usah lalai dan biarkan umat Islam terus menerus dihinjak dan dicaci. Kini kitalah mata rantai dan pendukung kepada perjuangan Islam yang akan menggegarkan saentero dunia dengan kalimah agung ALLAH AKBAR !!!
Kamu sayang Rasulullah? Sungguh? Betul? Tak tipu? Boleh percaya ke ni?? Hhhmmm.. sebenarnya soalan tu untuk ana sendiri. Hari-hari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.(Bila? Dalam solat kan kita ada selawat... sedar tak?)Tapi, cukupkah dengan berselawat itu sebagai bukti kecintaan kita kepada rasul kita? Kenapa bila disuruh untuk boikot barang yahudi, berjela-jela alasan diberi, malah alasan itu lebih banyak dari jumlah barang yang perlu diboikot? Kenapa disuruh amalkan sunnah nabi, masing-masing buat muka? Itukah bukti cinta kamu??? Kenapa bila ditanya salasilah nabi kita, semua orang mulalah tergagap-gagap.. tak tahu hendak cerita..
Hhhmmm.. penting ke semua itu? Cinta pada rasul...selawat tu tak cukup ke tanda cinta dan kasih ana pada rasul?
Okeylah, kita buat perbandingan sikit eh...
Kalau anda cintakan kekasih si pengarang jantung anda, apa buktinya bila kekasih anda soal tahap kecintaan anda? Takkan nak jawab belahlah dada, operatelah jantung... Haish..buat si kekasih anda ambil kapak belah betul-betul baru tahu...
Mestilah anda sanggup tolong top-up kan untuk sidia, sanggup belanja makan dia, beli hadiah ke dia.. Tapi, lepas tu anda minta dia bayar balik ke? Mestilah takkan... Takkan nak suruh bayar? Apalah... Kedekutnya.. Tapi, walau anda tidak minta dibalas,(walau dalam hati berharap juga kan..kan..kan..)sibuah hati anda mesti akan balas juga, bagi hadiah ke anda dan macam-macam lagilah..
Haa... macam itulah konsep cinta dan kasih kepada rasul kita, Nabi Muhammad SAW... Nabi sayang kita? Masyallah... Kalau anda tahu tahap sayangnya rasul kepada kita, mesti anda dah tak cari kekasih lain dah.. menangis air mata anda bilamana terpaksa memadukan kasih dan cinta anda pada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Tahukan, di akhir hayat baginda pun, baginda masih menyebut-nyebut " umat aku..umat aku..umat aku..." Bahkan ketika baginda sedang menahan sakit tatkala nyawanya sedang ditarik pun, sempat lagi baginda minta ke malaikat Jibrail supaya biarlah rasa sakit menghadapi sakaratulmaut umat-umatnya ditanggung dia seorang.. Menangis malaikat Jibril mendengar permintaan kekasih Allah itu. Bayangkanlah betapa agungnya cinta dan kasihnya baginda kepada kita umatnya di akhir zaman ini. Adakah anda mampu mencari pencinta terhebat selain Nabi Muhammad SAW? Masyallah, sampai ke akhir hayatnya pun baginda tak pernah sekelumit saat pun terlupa pada kita. Kita? Hendak tunggu Maulud Nabi baru hendak ingat ke nabi? Baru hendak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW?
Nanti, suatu hari, kita akn ke PAdang Masyar. Itu pasti!Menunggu giliran untuk dihisab di Padang Masyar sangat lama.Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.
Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.
Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.
Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad SAW dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi dan Rasul,berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." Jawab Nabi Muhammad SAW,"Aku akan tolong kamu semua."Rasulullah SAW pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH SWT pun berfirman,"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.Aku akan kabulkan permintaanmu."Rasulullah SAW menjawab, "Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."
Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah SAW yang mengucapkan kalimah," Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."
Lihat..betapa Nabi Muhammad sayangkan kita.. Sampaikan umat-umat baginda yang sombong dan takbur pun baginda kasih.. tapi, takkan kita mahu tergolong dalam golongan itu? Masih tidak mahu sayangkan Rasulullahkah?
Tahukan, neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad SAW yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah SAW mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah SAW yang sombong, baginda pengsan. Bila sudah sedar, baginda bersabda, "Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?Jibrail menjawab,"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."
Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama. Masyaallah... Agungnya cinta dan kasih baginda kepada umatnya dikhir zaman.. Umat yang seringkali alpa dan leka dari mengingati Allah dan baginda. Umat yang seringkali melakukan kemungkaran. Umat yang....
Persoalannya,adakah kita sayangkan Rasulullah SAW sebagaimana Rasulullah SAW sayangkan kita??
Suatu ketika beliau sedang sibuk dengan satu pekerjaan yang penting. Pada ketika itu, datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal kecil agar beliau dapat menyelesaikannya. Umar r.a lalu memukul bahu pemuda itu sambil berkata:
“Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut, kamu tidak datang menemuiku tetapi apabila aku sibuk dengan lain-lain perkara yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh”.
Pemuda itu pun pergi dari situ. Tetapi Umar r.a memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata:
“Pukullah aku dengan cemeti ini supaya kesalahanku terbalas”.
Pemuda itu berkata;
“Aku maafkan kamu kerana Allah”.
Umar r.a pulang ke rumahnya lalu bersolat taubat dua rakaat serta mencela dirinya sendiri:
“Wahai Umar! Kamu dahulukan hina maka Allah mengangkat darjatmu, kamu sesat tetapi Allah telah memberikan kamu hidayah kepadamu, kamu dulu sangat mengaibkan tetapi Allah memuliakan kamu serta mengurniakan kamu kekuasaan terhadap orang lain. Sekarang apabila salah seorang datang kepadamu mengadu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya untuk diselesaikan, kamu memukulnya? Apakah jawapan yang akan kamu berikan di hadapan Allah kelak?”.
Beliau menangis begitu lama seperti tangisan kanak-kanak kecil.
Suatu hari Umar membuat rondaan biasanya ke Harrah bersama hambanya Aslam. Nun jauh di sana kelihatan suatu cahaya api. Beliau berkata:
“Mungkin di sana ada sebuah khemah. Mungkinkah suatu khalifah yang tidak dapat memasuki Bandar kerana waktu telah gelap. Marilah kita melihat hal mereka dan menguruskan keselamatan yang perlu untuk mereka”.
Apabila tiba di sana didapati seorang wanita dan beberapa orang kanak-kanak sedang menangis. Sebuah periuk berisi air sedang terjerang. Umar menyapanya dengan salam dan dengan keizinan daripada wanita itu beliau datang menghampirinya. Lalu Umar bertanya:
“Mengapa kanak-kanak itu menangis?”.
Wanita itu tidak mengenali Umar dan dia menjawab pertanyaan Umar dengan sedih:
“Mereka lapar”.
“Apakah yang ada dalam periuk?”. Umar bertanya.
“Hanyalah air dijerang bagi mendiamkan kanak-kanak itu agar mereka pergi tidur dengan harapan makanan sedang disiapkan untuk mereka apabila meraka bangun nanti. Ah! Allah akan mengadili Umar pada hari kiamat kelak kerana membiarkan aku dalam kesusahan”, kata wanita itu.
Umar menangis apabila mendengar kata-kata wanita itu.
“Semoga Allah merahmatimu. Bagaimanakah Umar dapat mengetahui kesusahanmu ini?’.
Wanita itu menjawab:
“Apabila dia menjadi amir kami, dia perlulah tahu mengenai kami”.
Umar pun kembali ke Bandar dan terus ke Baitul Mal. Beliau mengisi tepung, kurma, lemak dan pakaian serta wang dinar ke dalam karung. Apabila telah siap diisi beliau berkata kepada Aslam:
“Sekarang letakkanlah karung ini di belakangku wahai Aslam”.
Aslam enggan lalu menjawab:
“Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku sahaja yang memikulnya”.
Umar enggan mendengar kata-kata Aslam malah beliau mendesaknya agar membenarkannya memikul barang itu di atas pundaknya sambil berkata:
“Apa! Mahukah kamu memikul beban dosaku pada hari akhirat? Aku mesti membawa karung ini kerana aku akan disoal mengenai wanita ini pada hari akhirat kelak”.
Dengan perasaan yang berat Aslam meletakkan barang tersebut di atas belakang Umar lalu bergerak pantas ke khemah wanita tadi. Aslam mengikut beliau dari belakang. Beliau memasukkan sedikit tepung, kurma dan lemak ke dalam periuk dan mengacaunya. Beliau menghidupkan api untuk memasaknya.
Aslam berkata;
“Aku lihat asap melalui celah-celah janggut Umar yang tebal”.
Seketika kemudian masakan tersebut siap. Beliau sendiri yang melayani keluarga itu. Setelah kenyang beliau menyimpan bakinya untuk kegunaan mereka di kemudian hari. Kanak-kanak tersebut sangat gembira setelah memperolehi makanan dan mereka bermain dengan riangnya selepas itu. Wanita itu sangat gembira dan berkata:
“Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu kerana kebaikanmu. Selayaknya kamulah yang mengambil tempat Umar sebagai khalifah”.
Beliau duduk seketika di suatu penjuru yang berdekatan sambil memerhatikan kanak-kanak tersebut. Kemudian kembali ke Madinah. Dalam perjalanan pulang beliau berkata kepada Aslam:
“Tahukah kamu Aslam, mengapa aku duduk di situ? Aku telah melihat kesusahan mereka, maka begitulah juga aku mahu melihat mereka riang dan ketawa untuk seketika”.
Dikatakan bahawa tatkala Umar mengimami solat Fajar, beliau selalu membaca Surah Kahf, Thaha dan lain-lain surah sambil menangis begitu kuat sehingga kedengaran tangisannya sehingga ke beberapa saf di belakangnya. Suatu ketika beliau membaca Surah Yusuf dalam solat Fajar sampailah beliau ayat 86 yang bermaksud:
“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui”.
Lantas beliau menangis bersungguh-sungguh sehingga tidak boleh meneruskannya lagi. Dalam solat Tahajjudnya kadang kala beliau akan jatuh dan mendatangkan keuzuran disebabkan terlampau banyak menangis.
RENUNG-RENUNGKANLAH BERAPA KALI KITA MENANGIS AKAN SATU KESALAHAN YANG KITA LAKUKAN... BERAPA KALI KITA MENANGIS MEMBACA AYAT CINTA DARI ALLAH... BERAPA KALI KITA MENYEDARI APABILA KITA MELAKUKAN KESALAHAN... DAN BERAPA KALI KITA BETUL-BETUL KHUSYU' MENGABDIKANDIRI KITA YANG JIJIK DAN KERDIL INI KEPADA PENCIPTA KITA?????