Monday, April 27, 2009
C.U.I.T Sikit..
1)anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang
2)bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...
3)tag 10 people
1. Tu la kertasdinding laptop saya.Belajar dengan bakal Tuan Duktur Baem cara2 nak printscreen wallpaper. Sabornya cikgu melayan murid tua ni.. :)
2. Suka sebab nampak ok. Tak pernah terfikir pun nak tukar2 kertasdinding laptop ni sbb kalau bukak pun bknnya lama kat situ.
3. Kali nak la cuit ..
1. Aida
2. Benludin
3. Bro Ubi
4. Shima
5. Eyna
6. Mas
7. Dalila
8. Jackie
9. Tuan TJ
10.Limo Vogeh
Thursday, April 23, 2009
Monday, April 20, 2009
What Is...
Selagi bukan "cinta terlarang" kita akan mendapat pahala atas rasa kecintaan itu, InshaAllah.
Cinta monyet, cinta pandang pertama, cinta sehidup semati, cinta hati ( :D), cinta lautan api sanggup ku renangi.... tapi cinta teragung, cinta kepada "pencipta" cinta itu sendiri.
Kalau hati tersandung .... How could you stop the affectionate that you feel inside you? Which is most ardently...
Silly me..... :)
Friday, April 17, 2009
Di Cuit Dalila
Dah masuk zaman IT ni cara main cuit pun dah beruboh. Deme dah tukor ke main soaljawab pulak. Macam2 lah soalannya. Macam kena soalsiasat la pulak... :D
Tapi macam Aida kata, semata2 untuk menjaga hubungan sesama sahabat blogger, saya ikut jawab sama... :)
Tag kali ni berkenaan gambar profile blog. Gambar wanita berpurdah/berniqab jadi pilihan saya. Sebab nampak mata wanita tu cantik sekali, dengan bulu mata yang lentik tambah lagi dengan celak yang hitam tebal.
Kecantikan wanita hanya untuk mahramnya sahaja. Suami, ibubapa, datuk, nenek (bukan merujuk nenek yang kdg2 dtg menyapa di kotak borak), anak2, adik-beradik, pak sedara, mak sedara, anak sedara, panjang lagi lah senarainya...
Bukan untuk ditontoni oleh lelaki ajnabi. Rambut, tubuh badan, kaki, kecuali muka dan kedua tangan, wajib ditutupi dari pandangan mata selain dari mata2 mahram kita. Wajib. Kalau tak ditutupi, hukuman sedia menanti di akhirat nanti... Na'uzubillah. Semoga kita semua muslimah tidak merasakan beratnya menutup aurat....ameen.
Berpurdah ada 2 pendapat, ada ulamak mengatakan wajib, dan ada ulamak lain mengatakan ianya tidak wajib tetapi sangat2 lah digalakkan (recommanded).
Kalau tanya pendapat saya, berpurdah adalah lebih baik. Sekurang2nya akan lebih mengurangkan "pandangan kedua" dari mata2 atan bin man... :). Nak tengok apa lagi, semua dah ditutup kecuali 2 mata sahaja. Kalau di beberapa negara lain, mata pun tak nampak. Bila pandangan kedua dapat dikurangkan, maka kuranglah masalah sosial negara yang dihadapi anak2 atan bin man dan nine binti man. Dan juga kuranglah keresahan is3-is3 akan kemungkinan suami2 mereka diluar sana "bermain mata" yang akan menukar is3-is3 ini menjadi "mata-mata".
Dah melalut ke saya? Hehehe....sekali -sekala...
Kali ni sape pulak insan bertuah patut saya cuit? Kalau kena cuit jangan melatah ye.... :D
Tak de sape lah...kita stop main cuit2 sini jeh.. :)
p/s: G... kak tak jumpa tag G tu... maaf. Kalau G lapang, ltk link please...
Tuesday, April 7, 2009
April Snow
Semalam dan malam tadi salji turun semula. Alhamdulillah, tak tebal macam dalam video itu. Sejak datang ke sini seingat saya belum pernah lagi salji turun dalam bulan April, tapi pagi tadi sekretari doktor psikologi anak kata, dah ada sebelum ni. Dia ingat sebab anak dia lahir hari itu, 16 tahun lalu, bulan April. Jauh memutih tanah dari hari ini.
Monday, April 6, 2009
Semalam dan Hari Ini...
Saya jadi hampa. Letak saya dalam level2 itu bermakna, jalan saya untuk sampai ke destinasi akan jadi panjang dan kosnya juga akan jadi bertambah. Nampak gaya "lampu merah akan terus menyala"...
Tetapi, alhamdulillah, 'ala kulli hal...
La tahzan ya Ummzaid.
Semalam, bertungkus lumus saya dari pukul 2 petang sampai 10 malam. 8 jam...uih! lamanya....... Orang lain boleh siap sekurang2nya dalam 4jam je.
1st time saya buat ni. Dah 3 suku siap kena bukak semula sebab terlalu tebal. Tak boleh masuk bawah jarum. Gara2 felt yang saya guna untuk interfacing. Bila dah buka semula, maka bertambahlah cacat-celanya. Tapi masih ok lagi untuk saya guna sendiri.
Anak dara saya nak jugak satu. Hari ni, buatlah satu untuk dia. Kecik sikit saiznya.
Dia suka sangat kumpul duit Canadian Tire. Bila nampak je kat atas meja atau atas almari tv, cepat je dia mintak izin baba, nak simpan.
Saya ada plan. Kalau dah terer nanti, saya nak jual. Ada siapa nak beli?
Sunday, April 5, 2009
Dah Siap.
Minggu lepas dah siap tapi sebab Vitamin M bermaharajalela, baru hari ni upload gambar ke laptop. Butang nak sangkut loop tu belum jahit lagi.
Anon KK, ada cacat-cela tu mintak maaf ye.. Beg ni lain sikit dari beg2 yan lepas... nak tau sila skrol ke bawah.... :)
.....?
->
........?
-> ->
..........?
-> -> ->
..............?
-> -> -> ->
skrol lagi laa..... :)
lagi...................
...........................sikit lagi -> -> -> -> ->
amboi cepatnya skrol.............. hehehe....
Tak de mende pun sebenarnya. Saja je nak buat gempak... :D.
Beg ni 2 dalam 1. Boleh terbalik-terbalikkan. Jemu warna biru, boleh tukar warna merah.. :).
Harap suka dengan corak kain yang akak pilih.
Anon, alamat?
Wednesday, April 1, 2009
Menjawab Tag Akhi Rdhanz..
Second Tag
Adakah anda suka blogging? Kenapa?
Ya, kerana ..
1. nak cuba ilmu IT.
2. nak keep in touch dgn kawan2 cyber.
3. nak menyampaikan ayat walau pun 1 huruf...ameen.
Blog siapa yang anda selalu skodeng? Nyatakan 5:
5 mana cukup. Saya gandakan lah se..
1. Aida
2. Sis Purple
3. Limau
4. Dalila
5. Benharper
6. Bro Ubi
7. Tuan TJ
8. Gg
9. Angah
10.Kaca - tak nampak owang nampak bumbung pun jadilah...
Upload 5 gambar followers yang anda suka.Dan describe it.Tidak semestinya orang yang anda nyatakan di atas:
Saya upload semua follower saya buat masa ni. Tambah 2 je...
1. Aida AKA Intan rh AKA Aishwarya Rai Temerloh. Kenal dari forum. Adik koi yang nama dekat2 sama, jauh2 lain ... :D . "Sarung tinju" dah tanggal ke lom?
2. Ayem. Bakal duktur, InshaAllah. Ingat lagi, last sekali jumpa, pandang dia duduk bersandar tepi dinding berborak dgn Abang Zaid. Rasa macam baru semalam je...
3. Az. Cikgu. Kenal dari forum juga. Suka campuur sedih baca tulisan liku2 hidup Az. Juga suka tengok gambar Az. Raut muka yang lembut. Dulu2 sekali-sekala bersidang di YM sampai awal pagi (waktu Malaya) dengan Nenek dan Syaze.
4. Takdir Rahmat Allah, mula dari blog Aida, lompat2 blog sampai ke blog Dalila. Bila sampai blog orang koi, saya suka selak2 page mana tau terjumpa rodong2 lama ke woreh2ke. Selak punya selak, skrol punya skrol, nampak lah gambar rodong Al-Khairiah dulu. Dengan izinNya, dan dgn pertolongan Dalila, dpt la bercakap walau sekejap je dgn Mak Long Dalila. Dalila pulak asal Bohor Baru. Bohor Baru tu hala masuk ke Batu Papan, Bukit Rok tapi sebelah hilir lagi Sungai Pahang. Saya pernah duduk sekejap di sebelah hulu. Sebelum jambatan dekat masjid Kuala Triang.
5. Najihah aka GG. Adik sepupu. Tengah belajar di UKM. Mula tinggalkan Malaya, dia kecik sangat lg. Balik jumpa semula dah besar panjang. Tinggi pun ye. Ikut abah dia la tu... :)
6. Bro ubi AKA alubino. bukan albino. al ubi no. Satu kampung. Kampung blogger je.. Bro ubi, seniman, geniusman, falsafahman,yang pasti bukan postman.. tapi tak suka makan ubi.Gurau jek bro..sori.
7. Nak kena perkenal jg ke yang ni? Benharper, sape tak kenal? Seluruh dunia kenal. Dunia je la, orang2 kat dalam/atasnya tak semua kenal pun.. :D.Saya dulu pun tak tau ujud nama benharper ni. Kalau sebut nama benharperbenludin lagilah. Rodong Bro ubi tu. Orang Lepih AKA orang City (siti) Kuala Lipis.
Taken or single? Mana lebih bagus?
Taken la. Single ni masa bebudak je bestnya.
Pernah tak cinta anda tak dibalas?
Tak de..
Ciri-ciri idaman gf/bf anda. Nyatakan 5:
No more bf bf... Dah tawin, dah jd mak budak2 dah...
Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?
Dah selamat...dah SAH!
10 orang bertuah yang anda ingin tag?
Ni the best part...
Saya malas lah nak tag sesapa..
betul kata limo vogeh, "letih jawab tag ni"..