Tuesday, July 31, 2012

Nik Aziz Menangis Bila Moscow Atasi Rekod Hebat PAS Di Kelantan.



Ini puncanya.....


Sedangkan Nik Aziz yang memimpin kerajaan PAS Kelantan telah bersusah payah mencipta rekod membiarkan sepasang suami isteri dan 3 anak mereka tinggal dan hidup merempat direban ayam.



Mujurlah 3 orang anak pasangan tersebut yang masih kecil tidak sampai sempat berkokok dan berketak untuk berkomunikasi...selain tidak sampai ketahap meniru cara ayam makan kerana mereka serta ibu bapa mereka sempat diselamatkan dan dibantu oleh pemimpin UMNO yang prihatin.

Jika tidak...apa yang berlaku di Moscow itu hanyalah perkara kecil dan langsung tak akan mampu mengatasi rekod terbaik Nik Aziz yang mengayamkan rakyatnya di Kelantan.





Monday, July 30, 2012

Wow! PAS Kata UMNO Bakal Gigit Jari...



Bersorak sorai PAS Pulau Pinang bila Lim Guan Eng akhirnya bermurah hati mengrekemenkan Salleh Man menjadi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Kata mereka, UMNO akan gigit jari atas perlantikan Salleh Man itu. Tang mana UMNO akan gigit jari seperti yang mereka dakwa...wallahhu a'lam.

Kasihan. Jelas disini betapa bodoh dan sempitnya pemikiran pencacai PAS. Mereka bersorak dan memuji Lim Guan Eng sampai kelangit yang ketujuh..sedangkan sebenarnya Lim Guan Eng sedang mengula-gulakan mereka dengan jawatan tersebut.

Apa sangatlah kuasa politik yang ada pada jawatan yang bakal disandang oleh Salleh Man itu jika mahu dibandingkan dengan kuasa jawatan EXCO Agama Islam Pulau Pinang yang disandang oleh Malek Kassim dari PKR?

Walaupun Salleh Man dilantik menjadi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang...namun kuasa sebenar dalam menguruskan hala tuju dan hal ehwal agama Islam dinegeri itu tetap mutlak berada ditangan Malek Kassim.

Salleh Man sekadar duduk dikerusi YDP untuk memantau hal ehwal MAIP sahaja.

PASlah yang sepatutnya menggigit jari mereka sampai putus kerana sehingga kini masih tidak mendapat kepercayaan dari DAP dan PKR untuk menduduki kerusi EXCO agama di Pulau Pinang walaupun pelbagai jilatan sudah mereka berikan kepada pemimpin kedua-dua parti berkenaan. Bukannya UMNO.

Dan sepatutnya pemimpin dan pencacai PAS gigit sekali jari kaki mereka kerana di Selangor, Khalid Ibrahim yang bukan berlatar belakangkan pendidikan agama mengenepikan sekian banyak pemimpin PAS yang ada kerana yakin bahawa dirinya lebih layak menjawat jawatan EXCO Agama Islam.

Untuk merawat luka hati PAS kerana tidak diberi kerusi tersebut...Khalid Ibrahim minta PAS jaga hal ehwal adat dan sosial di Selangor. Tersengih-sengih dan tersipu-sipu PAS menerima tanggungjawab tersebut.

Bukankah itu satu penghinaan pada pemimpin PAS dan pencacai mereka sedangkan selama ini mereka mengaku merekalah yang paling Islam kalau mahu dibandingkan dengan orang Islam lain dinegara ini.

Jadi pihak mana yang sepatutnya mengigit jari? PAS atau UMNO?

Kasihan PAS....selamanya tak akan dipandang oleh DAP dan PKR.




Info Santai: Surat Pengusir Jin Dari Rasulullah SAW.

Seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Abu Dujanah Radiallahu anhu pernah mengadu kepada Baginda tentang perkara aneh yang dialaminya ketika di tempat tidur.

Abu Dujanah telah mendengar bunyi kisaran dan dengung seperti bunyi lebah serta percikan api.

Ketika mengangkat kepalanya dia melihat bayangan hitam tinggi mencecah atap rumah.Beliau memberanikan diri menyentuh makhluk tersebut.Tiba tiba dia terasa seperti menyentuk landak yang berduri.Makhluk itu melontarkan percikan api ke mukanya.

Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah ,baginda mengatakan itulah jin penunggu rumah. Baginda lantas meminta kertas dan dakwat serta menyuruh Syaidina Ali menuliskan satu ayat yang bermaksud:

“Ini adalah surat daripada Muhammad Pesuruh Allah Tuhan Semesta Alam kepada yang datang ke rumah daripada kalangan jin,penghuni dan pengunjung kecuali yang datang berkunjung dengan baik. Adapun selepas itu.. Sesungguh terdapat bagi kami dan kamu kelapangan, sekiranya kamu amat mencintai dan menyukai atau kamu adalah penjahat dan penceroboh atau kamu adalah penggembala yang melakukan perbuatan salah, maka ini adalah sepucuk surat daripada Allah yang bercakap ke atas kami dan kamu dengar benar (Sesungguhnya kami akan menghapuskan apa sahaja yang kamu lakukan). Dan utusan utusan Kami (para malaikat) yang sentiasa berada di sisi mereka akan mencatat apa sahaja yang mereka lakukan...

Tinggalkan pemilik surat ini dan pergilah kepada penyembah-penyembah berhala dan kepada sesiapa sahaja yang menyangka bahawasanya ada bersama Allah tuhan-tuhan yang lain (Tiada tuhan kecuali Dia (Allah). Semuanya akan musnah kecuali zatNya (dan sifat-sifatNya), milikNya segala hukuman dan kepadaNya kamu akan dikembalikan {HaMim} mereka tidak akan diberi pertolongan {HaMim} kamu akan ditewaskan {HaMim - Demi kitab yang menjelaskan} berpecah belahlah musuh-musuh Allah dan telah sampai hujah Allah serta tiada daya upaya kecuali dengan izin Allah. {Maka Allah akan mencukupkan kamu (wahai Muhammad) daripada kejahatan mereka (musuh-musuh) dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui}


Abu Dujanah kemudiannya meletakkan surat Rasulullah itu di bawah kepalanya ketika tidur. Tiba tiba dia terkejut daripada tidur apabila terdengar jeritan suara:

“Wahai abu Dujanah,kamu telah membakar kami dengan kalimat kalimat ini. Demi kebenaran sahabat mu(Rasulullah) angkatlah ia (surat) dan jauhkan daripada kami. Kami tidak selamat kecuali kamu mengangkatnya. Tidak ada lagi tempat untuk kami di rumah kamu, jiran jiran kamu dan di mana mana tempat yang terdapat tulisan ini”.

Abu Dujanah menegaskan beliau tidak akan mengangkat surat tersebut melainkan dengan izin Rasulullah. Pada malam tersebut kedengaran teriakan tangisan dan jeritan jin jin yang menumpang di rumah beliau hingga ke Subuh. Mereka seperti kesakitan apabila surat Rasulullah itu berada di dalam rumah Abu Dujanah.

Selepas Abu Dujanah menceritakan kisah ini kepada Rasulullah,baginda lalu bersabda:

“Maka demi jiwa yang mengutusku demi kebenaran sebagai seorang nabi, sesungguhnya mereka itu(jin) akan merasa azab sehingga hari kiamat nanti”.

Wallahu a'lam.....

Kisah ini adalah bersumberkan kitab kitab rujukan:

At Tazkirah:Imam Qurtubi
Dala ilul Nubuwah:Imam Al Baihaqi
Kazinatul Asrar:Syeikh Muhammad Haqqi an Nazili
Daru’ul Wiqayah:Syeikh Dr Sayyid Muhammad b. Alawi al Maliki al Hasani

Sumber: islamikduniaku.blogspot.


Sunday, July 29, 2012

Meriahnya Malam Ramadan Di Negeri Serambi Mekah.

Kalau ikut kata Nik Aziz dan pencacai PAS, tiada maksiat dinegeri Kelantan.

Kata Nik Aziz dan pencacai PAS...maksiat hanya ada dinegeri-negeri yang diterajui UMNO/BN.

Rupanya Nik Aziz dan gerombolan pencacai PAS hanya nampak kuman diseberang laut.

Gajah terkangkang berak didepan mata sendiri PAS pakat sorok dicelah kangkang didalam jubah....






Ratu Elizabeth Terjun Dari Helikopter Rasmikan Olimpik London. Mr Bean..?

Video ni dah tak boleh share. Jadi hak cipta terpelihara Komiti Olimpik London. Untuk menontonnya...rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini dan disini



Hambik kau! Mr Bean pun ambik bahagian....hahhahaha...




Saturday, July 28, 2012

PAS Ibarat Jantan Selebet Yang Gila Talak.




Dulu, sekitar tahun 1999, PAS begitu lantang mahu menjual Putrajaya.

"Kalau tak dapat jual....kita lelongkan sahaja". Itu kata segelintir pemimpin PAS

Bencinya PAS kepada projek membangunkan Putrajaya hanya Allah yang tahu. Ada sahaja berita buruk yang mereka sebarkan tentang Putrajaya. Kompleks JPM mereka fitnah itu adalah mahligai Tun M.

Pembangunan Putrajaya satu projek yang maha membazir kata mereka. Pagi petang, siang malam...hasrat mahu menjual dan melelong putrajaya mereka zikirkan. Dan dalam setiap ceramah politik mereka...mereka zahirkan hasrat tersebut.

Tapi itu dulu. Kini PAS tidak begitu lagi. Dulu PAS amat benci Putrajaya. Dulu kalau dengar sahaja nama Putrajaya...Mat Sabu boleh pitam.

Kalau dulu zikir mereka, 'lelong Putrajaya'...'lelong Putrajaya'...'lelong Putrajaya'..kini zikir mereka sudah berubah kepada 'hijau ke Putrajaya'..'hijau ke Putrajaya'. PAS kini amat dambakan Putrajaya.

Yang ada dalam fikiran PAS kini hanya Putrajaya.

PAS kini ibarat jantan selebet yang gila talak. Bukan gila talak pada tahap biasa...tapi gila talak pada tahap yang paling kronik.

Segala kahak yang PAS ludahkan pada Putrajaya dulu...kini sudah habis licin berkilat dijilat balik.

Ghairah PAS pada Putrajaya semakin tak tertahan. Tak dapat tawan guna politik...PAS berimaginasi tawan guna belon panas..muahahahhaahaha...









Thursday, July 26, 2012

Pasti Berdenyut Urat Kepala Lebai PAS Bila Menonton Video Ini.



Dan mungkin ada kalangan mereka yang dah memanjatkan 'doa' dengan penuh khusyuk sambil berlinangan dengan airmata buaya...memohon agar perut Ustaz Kazim pecah terburai dengan kadar segera....









Video: Ulamak Baru PAS.

Bila Ustaz Fathul Bari bacakan hadis Rasulullah SAW...pencacai PAS pakat boooooooo...
Pencacai PAS pakat booooooo hanya kerana Ustaz Fathul Bari bukan dari kelompok mereka.

Tapi bila kafir dalam video dibawah ni....walaupun melintang pukang menafsirkan ayat suci Al-Quran...pencacai PAS pakat sahut dengan takbir.

Pencacai PAS pakat sahut dengan takbir semata-mata kerana kafir tersebut berada dalam kelompok mereka.

Sampai bila lah agaknya PAS akan terus sanggup melacur dan melelong agama demi sedikit keuntungan politik?

Sampai bila lah agaknya PAS akan terus sanggup membiarkan agama kita terus berada dibawah telapak kaki kafir?

Percayalah, kafir dalam video ini memetik dan membaca ayat suci Al-Quran bukan kerana dia percaya akan kebenaran ayat tersebut. Dia membacanya semata-mata kerana mahu menarik perhatian dan kepercayaan PAS demi keuntungan politik kaum yang diwakilinya.

Dalam erti kata lain, dia sebenarnya sedang memperbodohkan ahlul PAS dengan agama yang kononnya mahu dimartabatkan oleh ahlul PAS sendiri.

Sumpah!.... Horas! tak sabar-sabar untuk melihat pelelong yang melacurkan agama ini melingkup dalam PRU13 nanti.

Dan Horas! harap, rakan-rakan pembaca sekalian turut mempunyai pendirian yang sama....




sumber: masterpiece


Tolonglah Abby! Sembunyikanlah Sedikit Kebodohan Anda...



Dah ramai sebenarnya rakan-rakan blogger yang menulis artikel tentang Abby Abadi (bukan nama sebenar yang diberikan oleh ibu bapanya) semenjak dia menyertai PAS.

Rata-rata mereka menghentam Abby atas, bawah, depan dan belakang.

Mereka menghentam dan mengkritik Abby pula bukan kerana suka-suka melainkan kerana mulut artis tersebut yang begitu cabul dan laser tak menentu arah semenjak berjinak-jinak dengan PAS.

Horas! pula tak berminat untuk menulis tentang artis tersebut. Sekadar membaca artikel berkaitan beliau diblog rakan-rakan.

Tapi hari ini Horas! tidak dapat untuk menahan diri dari menulis sedikit tentang artis berstatus ibu tunggal yang seorang ini. Horas! tiada masalah dengan sikap lantang Abby yang mengkritik apa yang dia rasa tak betul. Lantak kau lah. Kita semua masing-masing ada hak untuk menyuarakan pendapat kita.

Cumanya Abby ini lain daripada yang lain. Sepanjang pemerhatian Horas!...dia jarang menggunakan otaknya untuk berfikir sebelum bercakap. Atau dalam bahasa mudahnya, dia main pakai hentam keromo sahaja cakap apa yang dia nak cakap.

Abby seolah-olah tidak peduli jika kebodohan tahap piang bergandanya terserlah dalam setiap perkara yang diperkatakannya.

Buktinya....

Terkini...kata Abby, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Benarkah apa yang dikatakan Abby itu?

Tak perlu Horas! menulis panjang untuk membuktikan yang Abby adalah salah lagi bodoh. Lihat sahaja beberapa klip video dibawah, yang dihasilkan oleh anak-anak seni di Kelantan setelah lebih 20 tahun PAS mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Serambi Mekah itu dari UMNO.

Dan kalau rajin mencari...ada berlambak-lambak lagi klip video seperti dibawah ini di youtube.




Islamik kah seni yang dihasilkan dinegeri yang ditadbir oleh ulamak yang paling dikagumi Abby...Nik Aziz dan konco-konconya?

Bodoh kan Abby tu.....










Tuesday, July 24, 2012

Amal Ibadah Rafizi Ramli Sempena Ramadan.



"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan Parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah..." 

Itu antara alasan utama Rafizi Lembu semasa ditanya apa sebabnya dia melepaskan jawatan sebagai CEO, Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Rafizi Lembu kata dia nak tumpukan perhatian pada amal ibadah sempena bulan Ramadan. Muktamad...!

Dan ini adalah contoh amal ibadah yang Rafizi Lembu katakan itu.



Esok, ketika muslimin dan muslimat di Subang Jaya berpusu-pusu menuju ke masjid dan surau bertarawih mengumpul pahala dan mencari redha Allah SWT....Rafizi Lembu pula akan 'bertarawih' bersama Tony Pua dan Hannah Yeoh...membelit dan menipu rakyat tentang isu air dan hutang Talam.

Kalau tak bercabang lidah....bukan biawak namanya.




Sunday, July 22, 2012

Projek Langat 2: Telahan Horas! Tentang Kegampangan Kerajaan PR Selengor Tepat.



Tahun 2010 Horas! pernah menulis yang kerajaan PR Selangor akan terus main tarik tali dan akan menangguh-nangguhkan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat (Projek Langat 2).

Apa yang Horas! tulis hampir 2 tahun yang lalu tepat. SYABAS adalah kunci kepada kelancaran projek berkenaan.

Lihat sahaja bagaimana kini Khalid Ibrahim begitu bersungguh-sungguh berkuntau dan bersilat bersama konco-konconya mahu mengambil alih SYABAS.

Klik disini.


Thursday, July 19, 2012

Saiko Murahan Penganut PAS.



Ini antara usaha terdesak penganut PAS untuk menyucikan imej parti mereka yang tercalar teruk akibat memberi jilatan melampau kepada DAP.

Gambar dibawah mereka jadikan sebagai modal politik murahan. Mereka menempelkan gambar ini dimerata-rata tempat. Di FB...diblog, diportal-portal dan juga di ruang-ruang sembang maya milik mereka.

Kononnya parti Ikhwan Muslimin dari Mesir amat mengagumi dan menyanjung tinggi akan perjuangan PAS dalam persada politik negara ini hinggakan wakilnya yang berucap dalam Himpunan Hijau PAS menuju Putrajaya menyatakan kalaulah dia rakyat Malaysia...dia akan menjadi ahli PAS.



Kasihan, wakil Ikhwan Muslimin itu. Tertipu hidup-hidup dengan penampilan warak dan islamik PAS. Dia terpedaya apabila melihat serban sebesar bakul dan jubah meleret-leret penganut PAS.

Pendek kata...dia terpedaya serta tertipu dengan penampilan zahir dan kata-kata lemak manis PAS.

Sedangkan....

Kalaulah dia tahu yang PAS sanggup menjilat tapak kaki kafir harbi yang anti Islam dan memusuhi saudara seagama sendiri pada tahap maksima....

Kalaulah dia tahu PAS pernah cuba melelong kalimah Allah dan melacurkan agama demi keuntungan politik....

Kalaulah dia tahu PAS pernah buat tak tahu malah mengcover sekumpulan umat Islam yang mahu murtad...

Kalaulah dia tahu PAS membiarkan sekutu politiknya mengarahkan agar arak dijual dikawasan majoriti Islam dan membalun pemimpinnya sendiri yang tidak setuju dengan perkara itu.....

Kalaulah dia tahu PAS hanya menutup mata tanpa berbuat apa-apa bila sekutu poltiknya melambakkan Selangor dengan pusat maksiat dan pelacuran....

Kalaulah dia tahu ada kalangan pemimpin tertinggi PAS yang menyokong dan mengagumi komunis yang tak percayakan kewujudan tuhan..

Dan kalaulah dia tahu 1001 macam lagi sifat dajjal PAS yang sanggup melakukan apa saja demi sedikit keuntungan politik.....

Horas! yakin...jangan kata menjadi ahli PAS, menyebut nama PAS pun wakil Ikhwan Muslimin tersebut tak hingin...



Ronnie Liu Melatah Bila Periuk Nasi DAP Disentuh.



Marah dan melompat-lompat Ronnie Liu apabila Datuk Warno Dogol (BN–Sabak Bernam) mengajukan soalan berhubung kelulusan lesen rumah urut, pusat spa serta hiburan, beberapa hari lalu.
Melatah-latah Ronnie Liu ketika cuba spin semasa menjawab soalan tersebut. Lain yang Datuk Warno soal...lain yang Ronnie jawab.

Datuk Warno tanya tentang kelulusan lesen rumah urut, pusat spa dan hiburan, tapi Ronnie konar baring dan tak semena-mena cabar pulak BN tarik lesen rumah urut diseluruh negara.

Kata Ronnie, mengapa nak kecoh-kecoh dan sibuk-sibuk mahu ambil tahu pasal rumah urut di Selangor sedangkan di Johor Bahru sendiri ada lebih 70 rumah urut.

Hello Ronnie! mengapa melatah macam beruk kena belacan? Orang cerita pasal Selangor, yang kau melelong sampai ke Johor mengapa?

Memang ada rumah urut berlesen di JB, tapi jumlahnya setakat itu sajalah. Itu pun terpaksa diadakan bagi memenuhi keperluan bukan Islam, sama macam apa yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim bahawa Nik Aziz luluskan berpuluh lesen arak di Serambi Mekah bagi memenuhi hak dan kehendak bukan muslim.




Sepatutnya Ronnie Liu jawab sahaja soalan yang diajukan itu kerana rakyat di Selangor dah mula pening dan risau dengan kewujudan rumah urut yang jumlahnya dah beribu-ribu (ada yang mengatakan berjumlah hampir 5000) dinegeri tersebut dan bukannya setakat 70 macam di JB.

Dan yang kelakarnya, ketika melatah dengan soalan Datuk Warno itu, Ronnie masih sempat coverlinekan hotel-hotel bajet yang diketahui banyak terlibat dengan aktiviti pelacuran di Selangor.

Kata Ronnie, hotel bajet merupakan tempat pelancongan kerana tidak semua orang mampu tinggal di hotel lima bintang.

Kita tak payah pelik bila Ronnie Liu pertahankan hotel-hotel bajet yang menyediakan khidmat pelacuran ini kerana itu memang pendiriannya sejak dahulu. Kalau tak, takkan lah dia sampai mengamuk dan menghalang bila sebuah hotel bajet yang menyediakan pelacur diserbu dulu.



Sungguh celaka perangai pemimpin DAP ini. Tapi aneh, penganut PAS tanpa segan silu masih sanggup menjilat tapak kakinya.




Polis Pukul Pekerja Hotel, Siapa Yang Salah?



Heboh benar puak pakatan haprak memainkan isu seorang anggota polis berpangkat inspektor memukul seorang pekerja hotel di Seremban baru-baru ini.

Dari pemimpinnya, sampailah kepencacai-pencacainya...mereka manipulasi isu tersebut secukup-cukupnya. Seolah-olah polis Malaysia ni lah yang paling jahat, paling buas dan paling ganas didunia.

Horas! bukanlah mahu membela anggota polis terbabit. Pada Horas! dia wajar menanggung kesan dan risiko akibat dari perbuatannya itu. Tapi membuat andaian dan tuduhan melulu sesedap rasa seperti yang dilakukan puak pakatan dan pencacai mereka juga adalah tidak adil.

Percayalah, anggota polis berkenaan tidak akan hilang kawalan emosi jika tidak diprovokasi secara melampau.

Ada sesiapa yang ambil tahu sudah berapa jam anggota polis berkenaan bertugas sebelum itu?
Ada sesiapa yang ambil tahu sudah berapa lama anggota polis berkenaan tidak dapat tidur kerana bebanan tugasnya?
Ada sesiapa yang ambil tahu sudah berapa lama anggota polis itu tidak mendapat rehat yang cukup dan meluangkan masa bersama keluarganya?

Horas! yakin pemimpin pakatan dan pencacai-pencacai mereka yang memanaskan isu tersebut tidak akan ambil tahu. Dan mereka langsung tak minat mahu tahu.

Rakan-rakan pembaca sekalian boleh lihat sendiri gaya lenggok tubuh pekerja yang dipukul itu. Nampak kurang ajar, loyar buruk dan merasa dirinya bagus-bagus. Dan lihat juga aksi pekerja terbabait yang tak sudah-sudah memprovokasi anggota polis tersebut.




Jika begitulah caranya...jangan kata anggota polis itu, Horas! sendiri pun silap-silap boleh menghadiahkan penyiku dayak kedahi pekerja hotel tersebut bila melihat aksinya yang loyar buruk dan bagus-bagus seperti itu...tambahan lagi apabila badan sudah penat, mengantuk dan tertekan akibat bebanan kerja.

Begitukah cara pekerja hotel berurusan atau menyelesaikan masalah yang timbul dengan pelanggan yang menginap dihotel tempat mereka bekerja. Dah lah pelanggan kena keluar duit..layanan pulak macam tahi, siapa tak angin?

Biasanya...yang berkelakuan kurang ajar, loyar buruk dan tak tahu hormat orang lain ini adalah pencacai-pencacai pakatan. Mereka memang diajar untuk kurang ajar...terutamanya pada anggota polis.


Anthony Loke pun bukan main cepat lagi memuat naik rakaman CCTV diatas kelaman facebooknya. Dia mahu membakar hati rakyat biar benci sebenci-bencinya kepada PDRM. Biasalah...itu memang sudah jadi perangai pemimpin pakatan.

Tapi percayalah...jika ada rakaman CCTV yang memaparkan pencacai pakatan membelasah anggota polis sampai menyembur darah sepertimana yang berlaku dalam perhimpuna BERSIH 3.0 tidak lama dulu...mampus hidup balik 2 kali pun Anthony Loke takkan masukkan dalam facebooknya.






Monday, July 9, 2012

Kanak-Kanak Hilang, Bantuan Anda Amat Diperlukan.


Kanak-kanak ini dilaporkan hilang di sekitar Bandar Tun Hussien Onn, Kajang.

Sekiranya ternampak kanak-kanak ini, atau mempunyai maklumat berkaitan dengan kehilangannya...harap dapat hubungi balai polis berdekatan dengan anda atau hubungi nombor yang terdapat didalam gambar.



Bukti Anwar Pencacai National Endowment for Democracy (NED).

Asalkan sanggup menjadi proksi dan tunduk patuh kepada Amerika, NED akan sentiasa bersedia untuk menyalurkan  wang ringgit bagi menaja pemimpin pilihan mereka dinegara yang disasarkan.

Dan Anwar adalah pemimpin tajaan NED di Malaysia.



Celaka sungguh Anwar!!!



Thursday, July 5, 2012

Terbaekkk! Ini Hasil Perjuangan Demi Islam PAS Di Selangor.



PAS menikus dan langsung tak berani membantah bila DAP mahu arak dijual dikawasan majoriti Islam.

PAS jugak langsung tak bangkit membela mantan YDP Majlis Perbandaran Subang Jaya, apabila teruk dihentam DAP akibat cadangan mahu menghalang umat Islam bekerja di pusat hiburan yang menyediakan arak.

Jadi, sebagaimana dalam dua kes diatas...rakan-rakan pembaca-pembaca sekalian jangan haraplah PAS akan berani bersuara atau bertindak apabila melihat gambar dibawah.

Sekarang sudah ada pula promosi jualan arak sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi Selangor.

Tahniah PAS!!!...Islam semakin dihormati semenjak PAS berkongsi kuasa mentadbir Selangor bersama DAP dan PKR.




sumber: klik disini


Inilah Akibatnya Bila Sampah Diangkat Menjadi Ahli Parlimen.

Selama ini memang kita tahu yang standard ceramah-ceramah politik pemimpin PR memang kebanyakannya boleh dimasukkan dalam kategori sampah dan hampas.

Tapi ceramah politik yang disampaikan oleh MP Kuala Langat dari PKR ( Abdullah Sani Abdul Hamid) ini lebih teruk dari itu hingga kalau mahu disamakan dengan sampah pun jauh dari layak. Sumpah!...seumur hidup Horas!, tak pernah lagi Horas! mendengar kualiti ceramah politik yang seteruk ini.

Ceramahnya penuh dengan maki hamun, sumpah seranah dan mengeji serta menghina rupa bentuk kejadian tuhan sambil diselang seli dengan penipuan dan fitnah yang tak beragak-agak...klik disini

Inilah akibatnya apabila seorang yang tidak layak diangkat menjadi Ahli Parlimen.

Horas! yakin, ceramah penjual ubat di Chow Kit jauh lebih berkualiti dan jauh lebih berinformasi jika mahu dibandingkan dengan ucapan Abdullah Sani.

Kasihan Ahli Parlimen PKR yang seorang ini.....





Pengkaji Paranormal Yang Nampak Macam Kurang Normal.


Pagi tadi masa sedang bersarapan, sorang kawan Horas! memberitahu yang kononnya pengkaji paranormal 'terhebat' negara telah ditahan polis di Negeri Sembilan.

Menurut kawan Horas! itu, dia terbaca tentang penangkapan mamat yang lebih dikenali dengan panggilan uncle seekers itu disebuah blog.

Maka topik mengenai uncle seekers lah yang menjadi isu utama yang dibualkan ketika sedang bersarapan itu. Horas! lebih banyak mendengar daripada menyampuk. Entah mengapa rasa kurang berminat pula untuk bercakap tentang pengkaji paranormal berkenaan.

Mereka tidak bersetuju kalau ada mana-mana Sultan atau kerabat-kerabat mereka yang beraja dimata bersultan dihati....tapi rata-rata teman-teman Horas! itu juga amat tidak bersetuju dan tersangat menyampah dengan sikap uncle seekers yang terover-over dan melampau-lampau mengaib dan memalukan DYMM Sultan Johor serta TMJ didalam blognya selama ini.

Tak wajar kita sebagai orang Melayu derhaka dan kurang ajar tak menentu arah kepada Sultan-Sultan yang selama ini menjadi lambang kedaulatan dan payung bangsa dinegara ini. Bukan begitu cara dan adab kita sebagai orang Melayu kata mereka.

Tambah mereka, bukan setakat DYMM Sultan Johor dan TMJ sahaja yang diaibkan, malah bekas Permaisuri Agung (Siti Aisyah) turut pernah diaibkan dengan begitu teruk oleh uncle seekers.

Kata mereka lagi...kalau diikuti apa yang ditulis oleh pengkaji paranormal itu didalam blognya...seolah-olah dialah yang paling sempurna, baik dan suci murni. Walhal track record dirinya sendiri bukanlah elok sangat. Jadi padanlah muka mamat tersebut kalau benar dia telah ditahan polis.

Berdasarkan perbualan rakan-rakan itu...sebelum membuat posting ini, Horas! cari serba sedikit maklumat mengenai mamat tersebut di Google.

Rupa-rupanya sebelum ini mamat tersebut pernah ditahan oleh pihak berkuasa kerana menyamar sebagai anggota polis.
KUALA LUMPUR 20 Okt. – Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan Ketua Penyelidik Paranormal Seekers Malaysia, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan setelah dikatakan menyamar sebagai anggota polis. 
Majistret Manira Mohd. Nor mengeluarkan perintah terhadap Syed Abdullah, 46, yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers supaya ditahan sehingga 22 Oktober ini untuk disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Mengikut seksyen itu, seseorang boleh ditahan tanpa waran dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda ataupun kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Memetik laporan akhbar hari ini, Syed Abdullah ditahan di rumahnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pukul 6 petang semalam. Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk disoal siasat.
Isnin lalu, Syed Abdullah mengetuai kumpulan Seekers mendedahkan dalam akhbar KOSMO! mengenai penipuan ‘Ustaz’ yang mendakwa dapat menyembuhkan penyakit dengan kuasa ‘kebatinan’ yang dimilikinya.
Sebelum ini kumpulan Seekers juga aktif mengkaji fenomena aneh termasuk ‘bigfoot’ di Johor dan ‘jenglot’ di Pameran Alam Misteri di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya (UM).
Dan disebuah blog (klik disini), Horas! terjumpa pula dengan lebih banyak maklumat mengenai siapa uncle seekers sebenarnya. Antaranya :-

SURAT PEMBONGKARAN
PENIPUAN SYED ABDULLAH
OLEH WARTAWAN...



klik untuk imej yang lebih besar

PROGRAM SEEKERS TIPU
PENONTON KATA LANDO..!!


klik untuk imej yang lebih besar


LAPORAN SALAHLAKU
UNCLESEEKERS YANG
DIBUAT OLEH LANDO..

klik untuk imej yang lebih besar


Hutang adalah wajib dibayar. Jika tidak, ia pasti akan dituntut hingga ke akhirat! Hutang ini adalah milik uncleseekers yang masih belum dijelaskan. Bak kata pepatah: bagai melepaskan anjing tersepit, bila lepas... kita digigitnya balik!!

klik untuk imej yang lebih besar


EGO DAN BERLAGAK...


Tapi bab mamat ini teramat besar lagaknya memang tak dapat dinafikan. Meluat benar melihat lagaknya dalam video dibawah.


Benarlah kata pepatah...'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'






Tuesday, July 3, 2012

Khalid Ibrahim Bagi 'HINT' Mengapa Rafizi Lembu Perlu Lepaskan Jawatan Dalam Kerajaan Negeri.



Sebelum ini ada bisik-bisik yang mengatakan Rafizi Lembu ditekan untuk melepaskan jawatan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana sikapnya yang berlebih-lebihan dalam isu PTPTN.

Khalid Ibrahim khabarnya amat-amat tidak bersetuju dengan ke'over'an Rafizi Lembu yang menjerit-jerit mahu kerajaan pusat memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPTA dinegara ini.

Ini kerana Khalid tahu yang dia sendiri juga tidak akan mampu melaksanakan apa yang dicanang Rafizi itu kepada pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di universiti yang dimiliki kerajaannya.

Dan yang paling penting...Khalid dapat membaca, jika tidak kena dengan caranya...senjata 'pendidikan percuma' yang digunakan oleh Rafizi Lembu untuk menyerang dan menikam BN serta UMNO itu boleh memakan diri. Termasuk dirinya sendiri.

Akhirnya apa yang merisaukan dan amat ditakuti oleh Khalid menjadi kenyataan.

Ramai pemimpin PR, termasuk Rafizi Lembu sendiri yang sebelum itu beriya-iya dengan formula matematiknya mengatakan kerajaan mampu memberikan pendidikan percuma menggelupur tak keruan bila PTPTN membekukan pinjaman pelajar-pelajar di UNISEL yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Khalid.

Rafizi Lembu kantoi besar disitu kerana sebagai penasihat ekonomi disebuah negeri yang paling kaya selain mempunyai simpanan tunai yang besar, dia sendiri gagal untuk mencari jalan penyelesaian dan memberi pendidikan percuma kepada hanya 1000 orang pelajar di UNISEL.

Dan kebengangan Khalid bertambah meluap-luap kerana gara-gara kebodohan Rafizi Lembu itu, dia pula terpaksa menebalkan muka berkuntau dan bersilat sambil mengugut kerajaan pusat bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk menjual aset-aset yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor bagi menanggung kos pendidikan 1000 orang pelajar UNISEL itu sekiranya PTPTN terus membekukan permohonan pinjaman mereka.

Bagi Khalid, Rafizi Lembu harus bertanggungjawab dengan kebodohan melampau serta keterlanjurannya itu. Dan bagi Khalid juga...orang yang perasan terlebih cerdik seperti Rafizi Lembu yang dikhabarkan menggunakan lubang dubur (klik sini) untuk cepat naik dalam PKR itu perlu diajar.

Akhirnya, kerana tidak tahan dengan tekanan dari pihak-pihak tertentu...dengan berat hati terpaksalah Rafizi Lembu meletak jawatan lalu memberikan alasan mahu menumpukan kepada amal ibadah sempena bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Itu hanya alasan bodoh yang sempat difikirkan oleh Rafizi Lembu setelah menerima tekanan untuk melepaskan jawatannya.

Mustahil benar bunyinya kalau Rafizi Lembu yang dikatakan dibayar sebanyak RM30 ribu sebulan itu senang-senang mahu melepaskan jawatannya kerana sepanjang yang kita tahu...pemimpin-pemimpin PR cukup suka dengan duit. Bukan sedikit penyelewengan melibatkan duit dikalangan pemimpin PR yang berjaya dikantoikan sebelum ini.














Video : Hairie Othman Tak Nak Jadi Hantu Lagi. Tiket Ke Syurga Dalam Genggaman.




Monday, July 2, 2012

Al-Quran Dan Sains: NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat.



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. 

Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang keduanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ketiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Keempat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

sumber horas! :  http://www.harian-metro-online.com 
sumber asal : nazaru.com