Terkejut juga Horas! apabila terbaca kenyataan Ketua Penerangan Dewan Muslimah PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi yang mendakwa polis pernah mengugut mahu merogol dirinya dan juga rakan-rakannya yang lain ketika mereka ditahan didalam lokap.
Dakwaan polis mengugut mahu merogolnya itu diselitkan oleh Aiman Athirah dalam penjelasan berkaitan tindakannya mengetuai sekumpulan muslimat PAS yang terpekik terlolong yang dipertikaikan oleh banyak pihak ketika meraikan kekebasan Anwar dari tuduhan liwat tempohari.
Berikut Horas! copy paste kenyataan yang dibuat oleh Aiman Athirah diakaun FB miliknya.
Sekadar Perkongsian.
Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan “Mampus UMNO” pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…..
Ini jawapan spontan saya….
Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan pas yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yg pi salam Polis…..
Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan para alim ulama....
Wording “Mampus UMNO” tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....
Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : …… dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.
Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa “bertempur” dengan Kedzaliman Regim.
Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah didzalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kedzaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..
Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang didzalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap 3 hari 2 malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....
Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentas yang direbana musuh…
Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...
Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....
Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...
Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....
Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim Dzalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan “Mampus UMNO” pada ketika itu. UMNO – Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan Dzalim itu….
Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.
Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….
Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
12 Januari 2012
sumber : disini
Secara peribadi, apa yang Horas! nampak Ketua Penerangan Mulimat PAS Pusat ini masih tetap mahu menegakkan benang basah dan sedaya upaya cuba menghalalkan perbuatannya tempohari.
Kononnya apa yang dilakukannya itu adalah kesan dari penderaan fizikal dan mental yang dia dan rakan-rakan-rakannya hadapi ketika berada didalam tahanan polis.
Pada Horas! kenyataan yang dibuat oleh Aiman Athirah ini hanya dengan tujuan untuk melepaskan dirinya sendiri dengan menjadikan polis sebagai kambing hitam. Bukankah taktik ini biasa digunakan oleh puak-puak Pakatan Rakyat baik dari DAP, PAS mahupun PKR?
Seperkara lagi, jika benar Aiman Athirah dan rakan-rakannya pernah didera mental dan fizikal dengan begitu teruk, mengapa pula ketika meroyan tempohari dengan mudah pula beliau memuji-muji anggota polis?
Bahkan salah seorang daripada mereka, dek kerana terlalu gembira...bukan main tergedik dan terkinja-kinja lagi bersalaman dengan beberapa orang anggota polis lelaki yang bertugas.
Sudah lupakah Aiman Athirah dan rakan-rakannya dengan pengalaman pahit yang kalau dibaca dan difahami dari penjelasannya itu seolah-olah sudah terpahat dan membara menjadi dendam yang teramat sangat.
Berbalik pada kenyataan yang dibuat bahawa polis pernah mengugut mahu merogol dia dan rakan-rakannya tadi...jika benar perkara tersebut berlaku, Horas! cabar Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat ini membuat laporan kepada pihak berkuasa.