Thursday, September 29, 2011

Lawak Pakatan: Hormati Pendirian Pas Yang Mahukan Hudud, Hormati Juga Pendirian DAP Yang Bermatian Menentang Hudud.



Itulah antara rumusan kabur dan jalan penyelesaian berbelit yang dapat dicapai dalam  mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan isu mahu melaksanakan hudud yang dicanang oleh Nik Aziz di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi.

Maksudnya PAS boleh terus berjuang untuk melaksanakan hudud dan DAP juga boleh terus berjuang menentangnya dari dilaksanakan sampai kiamat. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan hormati kedua-duanya. Bukankah itu lawak namanya?

Yang jelas, DAP tetap menang disebalik konklusi kabur itu kerana didalam mesyuarat berkenaan tiada sebarang keputusan menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud dibuat.

Malah seperti yang dilaporkan oleh agendadaily, Anwar sendiri dalam sidang media selepas itu memberikan jawapan 'No' apabila seorang wartawan tempatan bertanya samada PR menyokong hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Wartawan tempatan: Does that mean Pakatan Rakyat support hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu? 
DSAI: No, we made it very clear. We support their aspirations. We respect their right to articulate and take the initiative but our decision is clear. Certainly now it is not in the policy of the Pakatan Rakyat and DAP’s objection has to be respected and considered. Therefore the decision is quite clear. There is nothing stopping us from discussing. I have difficulty in appreciating some of the concerns raised, why this cannot be discussed? Why the strong prejudice without understanding the aspect of legislation. So let them discuss. Hadi Awang dan Datuk Taqiyuddin, representing Kelantan did explain and some of us, including myself, the aspects of the Islamic Law that needs to be understood. Not as a part of the incessant negative Islamophobic propaganda by the UMNO media which is clear blatant insult to the aspects of the Islamic Law. We don’t share that view.
www.agendadaily.com
KP PAS Pusat pula cuba berlakon serta mengelirukan ahli PAS dengan menggambarkan seolah-olah mesyuarat lewat malam tadi benar-benar membuahkan hasil walhal tiada satu apa pun keputusan yang dibuat memberikan hasil positif yang memihak pada perjuangan PAS mahu melaksanakan hudud.

Kata Nasruddin dilaman twitternya,



Itulah nasib PAS didalam Pakatan Rakyat. Suara dan kehendak mereka selalu diperlekeh dan dipandang remeh oleh PKR dan DAP. Tapi jilat tetap jilat. 

Yang sedihnya, dalam keadaan begitu pun mereka masih tetap tidak sedar diri.



Wednesday, September 28, 2011

Video: Anwar Baru Cuba Untuk Meliwat Saiful Bukhari - Saifuddin Nasution.


Inilah akibatnya kalau terlampau kuat sangat menipu semasa berceramah membela Anwar. Akhirnya tanpa sedar, Setiausaha Agung PKR yang selalu perasan bahawa dia adalah seorang yang hebat terlepas cakap.

Rakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri apa yang boleh difahami dengan maksud kata-kata Saifuddin Nasution, "Cubaan...belum berlaku lagi...cubaan!. Kalau baru cuba...kenapa sudah tuduh dan dakwa Datuk Seri Anwar?".

Tentang penipuan dan tuduhan Setiausaha Agung PKR yang bangang ini kononnya Dr Siew Sheue Feng mengaku bahawa dia hanya mengisi 3 muka surat borang pro-forma (muka surat 3,5 dan 6) dan mengatakan muka surat yang selebihnya diisi sendiri oleh polis...mari kita baca apa sebenarnya penjelasan doktor berkenaan apabila disoal oleh peguam Anwar berkaitan perkara tersebut.

"Ketika kejadian, tiada pro-forma yang spesifik disediakan di HKL untuk kes liwat sebaliknya borang yang ada membabitkan kes rogol". 

Tambah Dr Siew Sheue Feng lagi, beliau hanya mengisi muka surat 3, 5 dan 6 dokumen itu kerana beberapa muka surat lain membabitkan butiran maklumat bagi wanita yang menjadi mangsa rogol. (laporan Utusan Malaysia bertarikh 15/02/2011)

Lihatlah betapa celakanya perangai Saifuddin. Doktor berkenaan menyatakan dia tidak mengisi muka-muka surat yang lain kerana ianya melibatkan butiran wanita yang menjadi mangsa rogol, tapi dia pusing cerita dan mengatakan kononnya doktor tersebut sendiri mengakui bahawa keseluruhan muka surat lain dalam borang pro-forma berkenaan diisi oleh pihak polis.

Tapi seperti biasa, puak-puak Pakatan Haprak takkan nampak putar belit dan penipuan Setiausaha Agung PKR berkenaan dalam video diatas. 

Kerana apa tak nampak Horas!

Kerana kebangangan puak-puak Pakatan Haprak yang memang suka dan sentiasa merelakan diri mereka ditipu hidup-hidup oleh pemimpin mereka sendiri.



Monday, September 26, 2011

Jalan Pintas Menuju Syurga PAS.



Mengenai gambaran keadaan didalam syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT, Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (HR At-Tirmidzi).

Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (HR Bukhari & Muslim).

Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (HR Bukhari)

Ketika Rasulullah SAW di isra'kan, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (HR Bukhari & Muslim) - dipetik dari one-ummah.net

Bagaimana pula agaknya gambaran keadaan didalam syurga yang dijanjikan PAS...yang memecah-belahkan serta mengkafirkan saudara seagama sendiri hanya kerana politik?

Bagaimana agaknya gambaran keadaan didalam syurga yang dijanjikan PAS...yang lemah lembut serta amat sayang terhadap kafir yang anti Islam tapi kasar dan keras terhadap saudara seagama sendiri?

Adakah keadaannya seperti didalam pusat-pusat hiburan disempadan Thailand (yang didalamnya ada bidadari-bidadari Siam) yang mungkin menjadi sebab mengapa Kelantan menjuarai anugerah 3 tahun berturut-turut sebagai negeri yang paling ramai rakyatnya menghidap HIV?



Saturday, September 24, 2011

Hudud AlagaPAS: Cukup-Cukuplah Menipu Dan Mengelirukan Wahai Nasrudin Hassan!



Semenjak soal pelaksanaan hukum hudud yang kononnya mahu dilaksanakan oleh PAS dinegeri Kelantan kembali heboh diperkatakan kebelakangan ini, ramai pemimpin PAS amat bernafsu dan gelojoh untuk bercakap mengenainya.

Tapi seperti biasa,  dipenghujung komen masing-masing mereka pakat tuding jari menyalahkan UMNO. Kata mereka ianya tidak dapat dilaksanakan kerana ditentang oleh UMNO. Itulah alasan mereka semenjak dahulu.

Biasalah, kalau dalam hal-hal menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan, kebusukan dan keburukan diri dan parti sendiri, pemimpin dan juak-juak PAS amat mahir melakukannya. 

Lantaklah apa yang mereka mahu cakap sekalipun. Mana mungkin kita boleh menutup mulut mereka yang memang terkenal suka memaki hamun dan membuat fitnah itu. Yang penting perangai sebenar serta keburukan PAS semakin terdedah hari demi hari dan perkara itu pasti akan dilihat dan dinilai oleh rakyat.

Apa yang Horas! ingin perkatakan ialah tentang kenyataan memutar belit berkaitan punca hudud kembali diperkatakan yang dibuat oleh KP PAS diharamkahdaily.

Kata Nasrudin, 
"Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya".
Kemudian KP PAS Pusat itu menambah lagi,
"Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya".
Rakan-rakan pembaca sekalian nampak apa yang cuba diputar belit olehNasrudin Hassan? 

Nasruddin cuba mengatakan pihak yang sebenarnya menimbulkan kembali isu perlaksanaan hukum hudud berkenaan adalah pemimpin dan mantan pemimpin UMNO.

Apa sudah jadi dengan KP PAS Pusat ini? Sanggup menyembunyikan perkara yang sebenar dan kemudiannya mencipta pula cerita baru semata-mata kerana mahu dijadikan modal untuk menyerang dan memburuk-burukkan UMNO. 

Walaupun perkara yang cuba diputar belit dan ditipu oleh Nasruddin itu nampak remeh, tapi pada Horas! tidak ada sebab mengapa ianya wajar dilakukan oleh Nasruddin yang berimej alim lagi warak itu.

KP PAS pusat berkenaan jangan buat-buat pekak atau buta. Bukankah Nik Aziz sendiri yang sebenarnya mula-mula sekali membangkitkan soal perlaksanaan hudud berkenaan?

Nik Aziz membangkitkannya kembali kerana terdesak untuk mencari alasan bagi menutup malu setelah Majlis Aids Malaysia membuat satu laporan yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010.

Kata Nik Aziz punca yang menjadikan negeri Kelantan menjadi negeri yang paling ramai rakyatnya mengidap HIV adalah disebabkan PAS gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan kerana dihalang oleh Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih lagi menjadi Perdana Menteri.

Sudah tentu kenyataan Nik Aziz itu akan dijawab oleh bekas Perdana Menteri berkenaan kerana ianya melibatkan diri beliau. Dan sudah tentu juga pemimpin-pemimpin UMNO yang lain akan turut mengulas dan membuat kenyataan kerana tuduhan itu melibatkan parti mereka.

Tapi mengapa KP PAS Pusat cuba membelit dan menipu dengan mengatakan isu perlaksanaan hudud berkenaan sebenarnya dibangkitkan oleh UMNO dan bukannya partinya sendiri?

Begitulah perangai kebanyakan pemimpin PAS. Dari yang tua hinggalah yang muda, sama saja. Bayangkan, perkara atau isu yang umum sudah tahu hujung pangkalnya pun mereka boleh putar belit dan tipu, inikan pulalah perkara atau isu yang samar-samar atau tidak diketahui....lagilah mudah mereka lipat dan belit.

Kepada Nasrudin Hassan, cukup-cukuplah membuat perkara-perkara bodoh seperti itu. Anda tidak akan nampak hebat kerananya.

Lebih baik kalau ditumpukan sepenuh perhatian pada cadangan Pemuda PAS yang berhasrat mahu menghimpun sejuta ummah untuk selamatkan akidah seperti yang diwar-warkan macam nak rak sebelum ini.

Jangan sampai ianya turut gagal seperti mana gagalnya hasrat anda mahu menghimpun 10 ribu orang pemuda PAS bagi menggempur kasino di Genting Highland yang kononnya mahu dilaksanakan atas tujuan dakwah dulu.



Thursday, September 22, 2011

Hudud AlagaPAS: Liwat Isteri Itu Syokkah?


Kebelakangan ini puak PAS kembali berkokok membangkitkan isu perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Mereka mahu hukum hudud dilaksanakan dinegeri Serambi Mekah itu.

Bukankah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS sendiri pernah berkata bahawa hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen?

Begitulah perangai PAS.

Setiap kali hampir tiba PRU, mereka akan berkokok dan menjerit-jerit kembali membangkitkan soal pelaksanaan hudud. Bila PRU telah berlalu, hudud yang mereka kokokkan itu seperti biasa akan mereka simpan semula didalam stor menunggu untuk dikeluarkan kembali menjelang PRU berikutnya.

Dan Hadi Awang seperti biasa juga akan kembali mengatakan hudud hanyalah 0.001% daripada keseluruhan penekanan di dalam al-Quran.

Horas! malas nak mengulas atau menulis panjang lebar tentang sikap hipokrit dan berpura-pura PAS itu. Sudah banyak blogger-blogger hebat mengulasnya.

Pada Horas!, hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS itu bukanlah hudud sebenar yang berpandukan hukum Allah.

Hudud PAS dirangka sekadar untuk mengaburi mata penyokong totok mereka, kononnya PAS benar-benar serius mahu melaksanakannya. Tidak lebih dari itu.

Jika PAS benar-benar serius mahu melaksanakan hukum Allah berkenaan, sudah tentu mereka akan mengkaji sedalam-dalam dan seteliti-litinya draf perundangan hudud berkenaan sebelum ianya diluluskan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu.



Ini tidak, sampaikan meliwat isteri pun boleh jadi halal dalam hudud PAS. Bukankah itu menampakkan hudud yang dibuat oleh PAS sekadar untuk melepaskan batuk ditangga?

Bila kerajaan pusat pertikaikan hudud PAS itu, mereka menjerit-menjerit dan membuat fitnah mengatakan UMNO menolak hudud. Walhal lihatlah sendiri betapa kucar-kacir dan lintang pukangnya hudud yang mereka buat. 

Itulah akibatnya bila hukum Allah sekadar dijadikan bahan untuk mengaburi mata rakyat bagi mendapat sokongan politik.

Allah tutup mata dan hati pemimpin PAS daripada dapat melihat kekurangan dan kecacatan hudud yang mereka mahu laksanakan...tapi atas niat yang salah.



Wednesday, September 21, 2011

Audio: Mari Dengar Kebiadaban Ahli Majlis Dari DAP Terhadap Kakitangan MPKj.



Lee Kee Hiong merupakan salah seorang pemimpin DAP yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kajang.

Perempuan biadab ini adalah Ahli Jawatankuasa Pengindahan Bandar, Ahli Jawatankuasa Kewangan, Ahli Jawatankuasa Infrastruktur dan Ahli Jawatankuasa Tender dan Sebutharga di MPKj.

Dia dikatakan sebagai sangat berpengaruh dalam DAP Selangor kerana mengusai Ean Yong Hian Wah (Pengerusi DAP Selangor) selain merupakan orang kanan kepada Lim Kit Siang.

Baru menjadi Ahli Majlis, sudah berani memperlakukan kakikatangan Melayu di MPKj sampai begitu sekali, jadi cuba bayangkan apa yang dia sanggup lakukan jika sudah memegang jawatan tinggi diperingkat negeri. Tentu lebih teruk dari itu kakitangan awam kerajaan negeri akan dibangsatkan.

Untuk mengetahui latar belakang dan siapa sebenarnya perempuan biadab ini, para pembaca sekalian boleh klik disini.



Tuesday, September 20, 2011

Sejarah Ringkas Bekas Perdana-Perdana Menteri Malaysia Dan Sejarah Moden Seorang Pemimpin PAS.

Berikut adalah sejarah ringkas tentang Perdana-Perdana Menteri Malaysia serta jasa-jasa yang telah mereka curahkan sehingga digelar 'Bapa Kemerdekaan', 'Bapa Pembangunan' dan sebagainya.

Sungguh besar jasa-jasa mereka walaupun cuba dinafikan oleh juak PAS, DAP mahupun PKR dengan pelbagai cara.


'BAPA KEMERDEKAAN'

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Febuari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1995, dan Perdana Menteri pertama selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 hingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah salah satu pencapaian terhebatnya.. 

Dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".


'BAPA PEMBANGUNAN'

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Mula berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau masyhur dengan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971) yang matlamatnya untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 

Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".


'BAPA PERPADUAN'

Tun Hussein bin Dato' Onn

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Febuari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-3. Berkhidmat dari tahun 1976 hingga 1981, beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.

Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".


'BAPA PEMODENAN'


Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925; juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det) adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.

Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme.

Beliau juga merupakan seorang tokoh poltik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. 

Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. 


'BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN'

Tun Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi

Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. 


'BAPA PHONESEX'

Mohamad Sabu

Mohamad Sabu (lahir pada 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor juga dikenali sebagai Mat Sabu dan Mat Sabu 121) merupakan seorang ahli politik dari parti PAS. Selain hebat dipentas ceramah, beliau juga hebat dengan perempuan sehinggakan pernah ditangkap berkhalwat bersama isteri sahabatnya sendiri dibilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

Sebelum menjawat jawatan Timbalan Presiden, beliau juga pernah menjawat beberapa jawatan penting didalam PAS seperti jawatan Naib Presiden PAS, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Ketua dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat.

Baru-baru ini 'phonesex' diantara beliau dan Normah Halim yang berlaku pada tahun 1994 telah didedahkan kepada umum. Beliau tidak pula menafikan perkara tersebut apabila ditanya oleh wartawan melainkan sekadar berkata 'no komen', 'no komen' dan 'no komen'. 

Memandangkan Mat Sabu adalah seorang ahli politik yang mempunyai nama serta telah lama pula mempelopori dan berkecimpung dalam aktiviti 'phonesex' maka wajarlah gelaran 'Bapa Phonesex' diberikan kepada beliau. Tahniah PAS.

Horas!: Kecuali mengenai Mat Sabu, perihal sejarah ringkas tentang bekas Perdana-Perdana Menteri diatas Horas! petik dari smkrajaperempuanipoh.com



Rumah Mat Sabu Dilempar Bom Petrol.

 
Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar. 
Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran. 
"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu. Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu. 
Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad. Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.
Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu. 
"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungiMalaysiakini hari ini. 
Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat. 
"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya. 
Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya. (malaysiakini)
Seperti biasa pencacai-pencacai PAS pasti akan melalak dan menuduh itu perbuatan UMNO.

Maka berbakul-bakullah maki hamun dan fitnah yang akan mereka lemparkan kepada UMNO. 

Tapi jangan tak tahu, PAS biasa buat perangai sebotaj diri sendiri apabila sudah terdesak. Tujuannya untuk memburukkan pihak yang menjadi musuh politik mereka dimata rakyat. 

Klik disini untuk membaca bagaimana PAS mensebotaj diri mereka sendiri ketika PRK Merlimau, Melaka.

Ada sesiapa yang bersimpati dengan apa yang menimpa rumah Timbalan Presiden PAS yang bermulut celupar  itu?

Kalau ada, bolehlah pakat bergilir-gilir berkawal didepan rumah beliau nanti.



Monday, September 19, 2011

Bekas Pelacur Jadi CEO Kelab Bolasepak.



Dia diambil menjadi CEO kelab bola sepak Mansfield Town FC mungkin kerana kepandaian dan kecekapannya 'menguruskan' keperluan ramai pemain bola sepak profesional England...kah!...kah!...kah!...kah!...

 Kisah ini Horas! petik dari Harian Metro.
LONDON: Wanita termuda dilantik menjadi ketua eksekutif dalam sejarah kelab bola sepak England, Carolyn Still, didakwa pernah menjadi pelacur. 
Akhbar tabloid Britain melaporkan, Carolyn, 29, pernah menjalin hubungan dengan ramai pemain bola sepak profesional negara itu sebelum dia diberikan jawatan berkenaan.

Akhbar berkenaan melaporkan, Carolyn pernah bekerja dengan dua syarikat pembekal ‘pengiring sosial’ dan dikatakan “bertemu ramai lelaki pada siang dan malam.” Carolyn menjadi perhatian selepas diumum sebagai Ketua Eksekutif Mansfield Town FC pada minggu lalu.

Dia ditawarkan ke jawatan berkenaan oleh pengerusi kelab berkenaan, John Radford. Pasangan Radford dan Carolyn mendakwa, ‘hubungan akrab’ mereka tidak ada kena-mengena dengan pelantikan berkenaan.

Dipercayai berasal dari Lancashire, Carolyn didakwa mula menjadi pelacur ketika masih belajar kira-kira 10 tahun lalu.

Dia bekerja dengan sebuah agensi dikenali sebagai Lucy Brookes dengan menggunakan nama samaran Luella. Wang diperoleh hasil pekerjaannya itu digunakan untuk membayar hutang.

Carolyn kemudian berpindah ke London untuk bekerja sebagai pengurus akaun bagi syarikat Bulgari dan Gucci sebelum kembali ke Leeds.

Di situ, dia bekerja dengan sebuah syarikat pengeluar makanan ringan.

Menurut sumber, Carolyn kembali ke kerjaya asalnya pada 2009 dengan mendaftar sebagai pekerja satu daripada agensi pembekal pengiring sosial terbesar Britain, McKenzie’s.

Kali ini, dia menggunakan nama Brooke dan laris di kalangan lelaki kerana memberikan layanan memuaskan.

Disebabkan itu, kata sumber, Carolyn sering disewa untuk tempoh lebih lama berbanding pekerja lain.

“Cara Carolyn memberi layanan kepada lelaki membolehkan dia memperoleh pendapatan lumayan,” katanya.

Carolyn dipercaya meninggalkan kerjaya itu tahun lalu. - TS
Tapi kisah Carolyn Still tidak sehebat mana jika mahu dibandingkan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Di Malaysia, pelanggan pelacur dan juga sipenagih dubur lelaki diangkat lebih tinggi daripada itu.

Dia diangkat sebagai Ketua Pembangkang diparlimen oleh parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Rakyat.

Lebih daripada itu, dia digambarkan pula sebagai seorang lelaki warak yang memiliki akhlak terpuji tapi sering dianiaya dan difitnah. Dia dipuja dan dipuji sebagai insan yang akan membawa perubahan dalam politik dan urusan pentadbiran Malaysia.

Ditakdirkan jika lelaki dari Malaysia ini dapat menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, tidak mustahil dia akan melantik bekas pelacur ataupun gay yang pernah ditutuhnya sebagai CEO dalam mana-mana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Simpang malaikat 44 perkara tersebut berlaku.




Friday, September 16, 2011

Gempar! Betulkah Hasan Ali Bakal Keluar Dari PAS?


Ketika ini heboh di blog-blog pro Pakatan Haprak yang mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali bakal meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

Horas! tidak tahu sama ada berita ini betul atau pun tidak, tapi melihat daripada cara maki hamun dan sumpah seranah blogger-blogger pro Pakatan Haprak kepada Dr Hasan Ali, mengambarkan perkara tersebut seolah-olah benar.

Kononnya perkara berkenaan telah dibincangkan oleh PAS Meru dan kini sedang didebatkan diperingkat PAS Pusat.

Apa-apa pun, satu tamparan yang hebat kemuka PAS kalau memang benar perkara tersebut berlaku. PAS bakal kehilangan seorang yang banyak menyumbang tenaga dalam usaha merampas negeri Selangor dari BN dalam PRU12 dulu.



Jika Keluar Dari Mulut Pemimpin UMNO, Pasti Sudah Dituduh Munafik. Tapi Jika Keluar Dari Mulut Nik Aziz?



Ramai diantara kita yang membesar dan menjadi dewasa dibawah kegemilangan era pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Maklumlah, beliau adalah Perdana Menteri yang paling lama memegang tampuk kekuasaan dinegara ini. 

Bukan beliau tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan...tapi pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang masih belum bersedia untuk menerimanya.

Kononnya mereka masih memerlukan kepimpinan Tun Dr Mahathir. Dikalangan rakyat yang amat mengagumi beliau juga begitu.

Cuma yang paling kuat dan beriya-iya mendesak Tun Mahathir meletak jawatan ialah penjaga serambi Mekah dan 'kota suci' dari dari Kelantan.

Mulut puaka Nik Aziz tidak pernah lekang daripada menuntut agar Tun melepaskan jawatannya. Alasannya, Tun sudah terlalu lama memegang jawatan berkenaan.

Pernah pada satu tahap, Nik Aziz dengan lantang mengatakan bahawa dia juga akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Tun melepaskan jawatannya.

Apa kata Nik Aziz? "Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan".

Tapi kini, selepas 13 tahun Tun Mahathir meletakkan jawatannya, namun sipenjaga serambi Mekah dan 'kota suci' masih tidak menunaikan janji dan masih tetap menyandang jawatan Menteri Besarnya.

Dia seolah-olah lupa dengan apa yang dia sendiri janjikan.

Bahkan tidak lama dulu tanpa memikirkan usianya yang telah lanjut dan sering uzur itu, Nik Aziz membuat pengumuman untuk terus bertanding dalam PRU13. Bercabang betul lidah Nik Aziz.

Bayangkan kalau janji seperti itu dibuat oleh pemimpin UMNO tapi tak ditunaikan, pasti berebut-rebut juak PAS memaki hamun dan menjatuhkan hukum munafik. Tapi bila Nik Aziz sendiri yang mungkir janji...puak karat hijau hanya diam tak berbunyi sedikit pun.

Kalau ada mana-mana pihak yang mempertikakannya, juak PAS akan keluarkan 1001 satu alasan untuk membela Nik Aziz. Atau kalau sudah terdesak sangat...katakan saja Rasululullah SAW pun pernah melakukan perkara yang sama...habis cerita.

Itulah perangai juak PAS, lidah mereka tidak pernah berhenti daripada membelit.

Jika orang lain mungkir janji salah...tapi jika mereka sendiri yang mungkir janji, itu tidak salah.




Thursday, September 15, 2011

Hebat! Nasruddin Nak Himpun Sejuta Ummah Pula.



KP PAS Pusat, Nasruddin Hassan berhasrat nak himpun sejuta ummah untuk selamatkan akidah. 

Kata Nasruddin, "Menyedari keadaan ummat Islam yang kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka, pula keadaan ummat Islam yang sering disogok dengan aktiviti yang meletakkan mereka leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah" - sumber haramkahdaily.

Kalau bab-bab cakap berdegar nak himpun berpuluh ribu atau berjuta orang ini bagilah pada Nasruddin. Dia memang amat arif untuk melakukannya. Tapi sayang...satu pun tak pernah menjadi.

Dulu berapi-api bercakap mahu menggempur kasino di Genting Highland dengan 10 ribu pemuda PAS. Kononnya proses mengumpulkan 10 ribu orang pemuda PAS sedang giat dijalankan. Akhirnya sampai sekarang satu habuk pun tak ada dan sudahnya senyap sunyi begitu saja.

Niat Nasruddin untuk mengumpul sejuta ummah untuk selamatkan akidah itu memang baik. Demi kesucian agama Islam, Horas! tanpa ragu-ragu akan menyokongnya. 

Tapi apalah gunanya dihimpun 1 juta atau 5 juta ummah sekalipun jika sudahnya bila berlaku percubaan memesongkan akidah umat Islam, PAS pakat salahkan dan hentam pula agensi terlibat yang cuba sedaya upaya mahu mencegahnya?

Bila Nasruddin cakap keadaan ummat Islam kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka, sering disogok dengan aktiviti yang meletakkan mereka leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah, ada baiknya beliau cuba perbetulkan apa yang berlaku di Selangor dahulu.

Nasruddin jangan buat-buat buta. Di Selangor sekarang ini rakyatnya secara terang-terangan dilingkari segala macam jenis maksiat semenjak Pakatan Haprak mengambil alih tampuk pentadbiran dari UMNO/BN. 

Rumah-rumah urut haram serta spa-spa yang dikhabarkan turut menyediakan khidmat pelacuran, pusat-pusat hiburan yang menyediakan arak selain penjualan minuman keras berkenaan kepada umum secara meluas serta iklan-iklan ubat kuat yang turut menyediakan pakej seks berlambak-lambak di Selangor. Baca disini dan disini.

Jangan lupa, ketika umat Islam sedang bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang baru lalu, satu konsert yang menampilkan artis-artis bertaraf berdunia turut dianjurkan dengan gilang gemilang di Shah Alam.

Apa yang Pemuda PAS mahupun PAS sendiri buat? Setakat mampu bantah gitu-gitu saja. Dengarnya hasrat Pemuda PAS untuk berjumpa dan berbincang dengan Khalid Ibrahim bagi mengkaji dan membatalkan penganjuran konsert tersebut tidak dilayan oleh MB Selangor berkenaan. Malu beb!!!

Sebenarnya angkara daripada kelemahan pentadbiran Pakatan Haprak yang disertai PASlah yang menjadi penyebab berlakunya perkara- perkara yang disebutkan oleh Nasruddin itu.

Jadi ada baiknya jika beliau dapat kumpulkan pemuda-pemuda PAS (kalau mampu) untuk berhimpun dan mendesak agar Pakatan Haprak perbaiki kerosakan yang mereka bawa dan lakukan dinegeri-negeri yang mereka tadbir.

Pakatan Hapraklah yang menjadi punca ummat Islam kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah, sering disogok dengan aktiviti yang melekakan dan menyebabkan mereka alpa dari tanggungjawab dan amanah.



Tuesday, September 13, 2011

Isu Mat Indera: Wartawan Haramkah Disiasat Polis.



Mayat 2 anggota polis yang dibakar oleh pejuang dan hero ciptaan Timbalan Presiden PAS

Berita ini Horas! petik dari lidah syaitan nombor wahid (haramkahdaily). Nasib baik semasa disoal siasat polis, kedua-dua wartawan tersebut tidak meniru gelagat Suhardi Mat Isa yang berpura-pura kojol masa rusuhan BERSHIT 2.0 tempohari.
Dua wartawan Harakahdaily hari ini diambil keterangan oleh pihak polis ekoran penyiaran satu artikel berhubung isu Mat Indera. Pengarang Azmi Yusof dan Pengarang Berita Mohd Nazri Abdullah disoal siasat berikutan artikel yang disiarkan 5 September lalu bertajuk "Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor".
Pegawai polis berpangkat ASP dan sarjan daripada balai polis Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur itu tiba di pejabat Harakahdaily kira-kira jam 11.30 pagi ini. Soal siasat bermula serentak terhadap kedua-dua mereka kira-kira jam 11.40 hingga 12.30 tengahari tadi. 
Menurut pegawai polis tersebut, siasatan dilakukan ekoran satu laporan polis yang dibuat seorang individu terhadap Harakahdaily yang mendakwa artikel yang disiarkan tersebut palsu dan berunsur fitnah. 
Artikel tersebut, antara lain memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat sebagai berkata Umno telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera adalah pengkhianat bangsa. Sedangkan kata Suhaizan, buku Pengukir Nama Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang bangsa. 
Selain itu artikel tersebut juga turut memetik rencana berkaitan Mat Indera dalam buku tersebut yang berbunyi: 
"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. 
Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". 
Dalam perenggan terakhir pula, Harakahdaily melaporkan Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan di rumah pasung Bukit Kepong "tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina". Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.
Nampaknya juak-juak PAS terpaksa beriya-iya mengangkat komunis sebagai pejuang gara-gara mahu membela dan menunjukkan apa yang dikatakan Mat Sabu dalam ceramahnya dulu adalah benar. Suka atau tidak PAS terpaksa melakukannya kerana Mat Sabu adalah Timbalan Presiden mereka.

Yang kelakarnya, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat secara tiba-tiba bangkit bercerita pasal pejuang dan pembela bangsa. 

Pelik!..bukankah PAS selama ini yang paling suka dan yang paling kuat mengenepikan soal bangsa? Itu sikap assabiyah kata PAS. Mengapa dalam isu Mat Indera ini tiba-tiba pula PAS mahu bercakap soal perjuangan  dan membela bangsa?

Itulah perangai juak-juak PAS. Kalau tak berbelit lidah bukan PAS namanya. Hari ini mereka cakap begini, esok mereka cakap begitu...lusa pula mereka cakap cenggitu.

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama doakan agar Mat Sabu kekal lebih lama memegang jawatan Timbalan Presiden PAS. Bukan apa, mulutnya yang celupar dan suka bercakap tanpa berfikir itu bakal menjahanamkan PAS secara perlahan-lahan.



Monday, September 12, 2011

Kasihan Si Suami, Isteri Cantik Cari Kepuasan Diluar.

“Suami wajib menceraikan isteri jika betul isterinya sudah tidak dapat diselamatkan (daripada melakukan dosa), apatah lagi nusyuz,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Noor.
Beliau berkata, Islam menyebut isteri yang menggauli lelaki bukan suaminya adalah haram dan hukumnya berdosa besar, malah suami yang mengetahui kegiatan isteri itu wajib menceraikannya jika sudah tidak dapat diperbetulkan.

“Islam adalah agama syumul yang membenarkan perceraian berlaku walaupun Allah tidak menyukainya. Hukum cerai pun ada yang wajib, makruh dan haram tetapi dalam kes ini wajib kepada suami jika isterinya tak mahu bertaubat.
Itu ulasan Dr. Noor Aziah mengenai kisah beberapa isteri cantik yang mencari kebahagian diluar dengan lelaki bujang mahupun lelaki yang sudah berkeluarga sebagai tempat memuaskan nafsu.

Tapi pada juak-juak PAS yang jadi wakil rakyat lain pulak halnya. 

Walaupun si isteri taat, tak menduakan mereka, tak membuat apa-apa kesalahan, nusyuz dan sebagainya, tapi tetap boleh jatuh talak 3 pada si isteri kalau mereka cuba bertindak meninggalkan parti.

Itulah cara gila juak-juak PAS yang mengaku kononnya parti mereka bergerak dan berjuang diatas landasan Islam. Untuk mengikat wakil-wakil rakyat atau pemimpin parti mereka daripada bertindak meninggalkan parti, isteri dijadikan barang cagaran.

Berlandaskan Islam apa kebendanya begitu? Khaikkkkk ptuihhhhh!!!...



Friday, September 9, 2011

Kias Gila Hadi Awang, Adakah Maksudnya Perjuangan Komunis Sama Dengan Perjuangan Rasulullah?


Pedang Rasulullah SAW

Kalau memang benar begitu maksud Hadi Awang, maknanya PAS sekarang ini betul-betul terdesak mahu membela Mat Sabu yang sudah terlanjur kata mengangkat dan mengiktiraf perjuangan pengganas komunis yang mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah Republik Komunis.

Nampaknya untuk menegakkan benang basah dan demi membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh Mat Sabu itu adalah benar, PAS sanggup mengaitkannya dengan apa sahaja hatta dengan sejarah perjuangan Rasulullah SAW sekalipun.

Mari kita baca petikan khutbah Eidulfitri Hadi Awang di Masjid Rusila seperti yang dilaporkan oleh Haramkahdaily.
"Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair. Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian". 
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom." 
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.”  
"Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri".
Adakah Hadi Awang cuba mengatakan anggota polis yang dibunuh di Balai Polis Bukit Kepung itu sama keadaan mereka seperti jahiliah Arab? Dan pengganas komunis yang diketuai Mat Indera yang menyerang bangsanya sendiri sama pula keadaannya dengan perjuangan Rasulullah SAW yang mahu membebaskan Mekah?

Jika memang benar begitu maksud Presiden PAS berkenaan, maka memang amat sesuai benarlah Mat Sabu digandingkan dengan beliau untuk memimpin PAS.

Rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri apa sebenarnya maksud Hadi Awang itu.



Thursday, September 8, 2011

Terima Kasih Mat Sabu!



Lama blog ini tidak Horas! update. Maklumlah, bercuti panjang sempena Eidulfitri dikampung isteri. Ada juga niat nak tulis cerita-cerita politik terbaru, tapi line brodband sekejap ok...sekejap tak ok.

Nasib tak baik, langsung tak dapat line sampai 3-4 minit. Betul-betul potong stim.

Ingat lepas ini tak mahu lagi pakai broadband dari syarikat [sensored] tu lagi. Nak cuba broadband dari syarikat telekomunikasi yang lagi satu pula.

Seronok betul beraya dikampung. Dengan udaranya yang segar, pagi yang berkabus, kicau unggas dan jauh dari hiruk pikuk kota benar-benar merehatkan kepala otak Horas!.

gambar hiasan

Semua itu tak ada ditempat tinggal Horas!. Bangun pagi bukan disambut kokokan ayam jantan, tapi disambut suara salakan anjing jiran-jiran yang semenjak Pakatan memerintah Selangor, makin galak memelihara haiwan tersebut sampai 2-3 ekor.

Nak nampak kabus pagi-pagi? Jangan harap lah. Kalau jerebu...InsyaAllah, hari-hari boleh disedut dan dinikmati.

Beraya dirumah sanak saudara sebelah isteri juga menyeronokkan. Maklumlah, bukan selalu dapat berjumpa...jadi macam-macam cerita yang disembangkan. Daripada cerita mengenai keluarga masing-masing, kerjaya, politik, cerita lawak, gembira, sedih...semuanya ada. 

Kadang-kadang meleret daripada cerita yang senonoh sampailah kecerita yang tak berapa nak senonoh.

Yang sebelah perempuan tak tahulah pula apa ceritanya. Mungkin ceritanya berkisar pasal anak masing-masing, kuih raya, artis tanahair, gosip-gosip dan Horas! yakin pasti ada mengumpat sedikit sebanyak. Biasalah, perempuan, kah! kah! kah! kah. 

Pembaca wanita jangan marah ok.

Tapi yang paling menarik ialah apabila bercerita kisah politik tanah air. Terutamanya kisah Mat Sabu  mengangkat komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong, membunuh berbelas anggota polis Melayu serta membakar hidup-hidup beberapa wanita dan kanak-kanak sebagai perjuang dan hero sebenar.


Setiap kali berkunjung kerumah sanak saudara atau pun ketika mereka berkunjung kerumah mertua Horas!, cerita tersebut pasti menjadi antara topik utama yang tidak terlepas untuk dibualkan.

Pada saudara mara yang selama ini memang diketahui penyokong tegar PAS, air muka mereka pasti berubah dan nampak tidak selesa setiap kali kisah Mat Sabu mengangkat pengganas komunis yang memang terkenal dengan kekejamannya itu mula dibuka.

Tambahan pula bila pakcik dan makcik yang sudah tua becerita dengan penuh perasaan tentang kekejaman dan keganasan yang pernah dilakukan oleh komunis sambil menjeling-jeling kearah mereka...lagilah menjadikan mereka resah gelisah.

Setakat yang Horas! perasan, mereka langsung tidak mampu menyanggah cerita pakcik dan makcik tua tersebut dan jauh sekali membela Mat Sabu atau PAS.

Yang mampu mereka lakukan hanyalah mengangguk-angguk lemah dengan muka yang kelat.

Sepupu sepapat isteri Horas! yang dulu selalu berapi-api bercerita pasal politik dan memuji-muji Pakatan Haprak dan mengutuk UMNO pun nampak sudah tidak secelupar dahulu. Mereka akan cuba mengubah topik bila nampak bayang-bayang kisah Mat Sabu akan dibualkan.

Tapi macam mana pun mereka cuba mengalih cerita, Horas! akan tetap cuba pusingkan kecerita Mat Sabu semula. Pada Horas!, peluang yang diberi oleh Mat Sabu itu wajar digunakan dengan sebaiknya untuk menyedarkan mereka tentang siapa pemimpin dan apa sebenarnya perjuangan Pakatan Haprak serta siapa sebenarnya dibelakang mereka.

Dan yang paling mengembirakan Horas! apabila ada dikalangan sepupu sepapat isteri Horas! itu yang mengakui mereka terkilan dengan kenyataan Mat Sabu yang menafikan pengorbanan orang-orang Melayu terdahulu yang sanggup berkorban nyawa menentang komunis. 

Ada juga yang berkata mereka rasa menyesal kerana memberi undi kepada Pakatan Haprak pada PRU12 dahulu.

Bukankah itu satu petanda yang baik?

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut Mat Sabu, PAS bakal binasa.


Mungkin kisah Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai perjuang dan hero sebenar itu berjaya mengembirakan sesetengah pihak yang datuk nenek atau ibu bapa mereka pernah terlibat dengan komunis tapi tidak pada majoriti Melayu yang mampu untuk berfikir dengan waras.

Kesimpulannya, dalam pada kita menghentam Mat Sabu kerana kenyataan bodohnya itu, ada baiknya diucapkan juga terima kasih kepada Presiden PAS berkenaan kerana keculaparannya itu telah menyebabkan ada yang melahirkan rasa kesal kerana pernah memberi undi kepada PAS dahulu.

Harap ramai lagi diluar sana yang turut merasa seperti mana yang sepupu sepapat isteri Horas! itu rasa,

Terima Kasih Mat Sabu!.....terima kasih....