Harini kelas biostatistic start pukul 2 sampai pukul 4. Kelas start pukul 2 tapi masuk kelas pukul 2.40 boleh? Masuk kelas lewat 40 minit memang mengagumkan. Like a boss! okay, bukan niat dihati pun nak masuk kelas lambat. Ingat aku suka sangat masuk kelas lambat-lambat ni? #libas rambut.# Kalau boleh alang-alang dah lewat 40minit baik tak payah pergi teros. bhahaha.. Kelas pukul 2 tapi pukul 12 dah kena siap-siap ke kelas dah sebab nak ke kampus kena naik bas. Dalam 30 minit jugak la nak sampai. So, pukul 1 camtu dah kena keluar rumah tunggu bas. Tengah iron-iron baju perot pulakkk meragam mintak kena maki kan. Dahla iron baju aktiviti aku tak suka sepanjang zaman tambah pulak sakit perot mencucuk-cucuk. Ada rasa macam nak hirup oksigen dengan teratur ke time camtu?
Oh, lupa pagi lepas bangun solat subuh lapar sangat pastu makan biskut expired atas katil.
Tetiba nak salahkan perot.
Nasib perot tak boleh mencarot.
Kalau tak dah lama perot mencarot.
hoh.
pantun dua kerat.
Then ambik phone cuba nasib main candy crush level 23. Empat hari main level 23 tak lepas-lepas. Orang buat game candy crush memang mintak kaki. Buat aku tension. Malam sebelum tu try buat konon nak lepas tension buat esaimen biostatistics. eh, lagi tension pulak main candy crush ni. Sakit hati itteww. Sape yang lepas level 23 candy crush memang main bomoh. #fitnah terbesar.# hiks. Sebab berkat lepas solat subuh kot, sekali main teros pass. then tertido dalam iman sampai tengahari. #makcik-makcik pliss skip ayat sebelum ni.#. lepas ni, nak main kendi krash ni kena main lepas solat. Jiwa tengah tenang.
oh ye cerita ni macam tak de arah tuju. Hilang pedoman. Jangan risau, ceritanya still berlaku dalam Malaysia lagi. Then, pukul 1 keluar rumah pergi tunggu bas. tunggu punya tunggu dengan perut sakitnya nak balik pergi jamban takot bas sampai. Indahnya dunia bila bas sepatotnya pukul 1 sampai pukul 2. Nampak bas macam nampak masa depan. Nampak semangat nak pergi kelas kat situ?thihi.. Bila tengok driver pulak rasa nak bagi lesing. eh, hello, Takde orang pernah cakap dekat korang yang penantian tu satu penyeksaan?
then, sampai kampus dalam pukul 2.30. Nak pergi jamban pikir seratos kali. pergi taknak pergi taknak pergi taknak.lastly tak pergi.
Time tu aku dengan member cina. so, aku suruh dia masuk kelas dulu. sebab zohor aku tak solat lagi. Jadiiiiii tu la sebab kenapa saya lewat 40 minit ke kelas. Rugi orang takde blog sebab tak boleh buat explaination cenggini. booo die booo.. sape suruh takde blog. ahak.. tak kelakar langsung.
Macam lecturer bace blog engkau! ceit.
Bermotif sangat update blog cenggini. bhahaha. Bye everiwan. Have a nice day!
owh ye everiwan bukan pakwe aku. Pakwe aku nama Baim Wong. A ah. Die curang dengan Elfira Loy.