pEeps!

Sunday, December 30, 2012

Pengakhiran tahun 2012 yang mengharukan.

Ayah saya sapu sampah. 





Munculnya....































































keajaiban dunia ke-8.




-..-










Sunday, December 23, 2012

Tips: Perkara wanita/gurgirl perlu ambik tahu.

Warning : Entry ni maybe meleret-leret dan memerlukan ketahan mental dan fizikal untuk sampai ke penghujung. wanita hamil, bakal hamil, dan belum hamil sila ambil perhatian. 


Disebabkan Malaysia sekarang ni macam dah tak selamat even takdelah bom jatuh sana sini macam kat semenanjung Gaza hari tu kan tapi tetiap hari belek surat khabar ada je berita bunuh sini, sembelih sana, ragut sini, rogol situ. Ngeri sangat dengar macam lepas baca berita tu rasa nak campak surat khabar terus nak keluar dari Malaysia. #dramatic sangat.#

Dalam keadaan tak selamat macamni, apa kita nak buat? Buat karipap? Buat rajin? Foine foine, lawak sangattt. Disebabkan keluar rumah memang rasa tak selamat gila even nak pergi kedai pun takot kena culik sebab perasaan jelita habis ni. Takot nanti kang kena culik kena paksa jadi model majalah Mangga kena posing-posing tepi kolam renang  ha.. cane? cane? #pitam.#

So, saya terpanggil untuk bagi sedikit tips dan peringatan untuk kalian diluar sana. Bukan nak tunjuk macho, tapi ini sangat penting! Bukan ayat biasa-biasa saya guna ni. Ayat mahakarya agung habis bila baca macam nak ambik SPM lagi sekali dengan harapan akan dapat A1+ untuk bahasa melayu sekaligus akan membanggakan sekolah saya. (Proud.Of.Your.Own.). Ahak!


1) Bawa senjata yang bukan senjata. (khusus untuk wanita dan Nyah.)

Maksudnya kat sini apa-apa barang bukan senjata yang korang rasa boleh dijadikan senjata. Contohnya Minyak wangi dan high heel atau dalam bahasa melayu kebanggaan kita semua ialah kasut tumit tinggi. eh macam mana minyak wangi boleh jadi senjata?

Contohnya, korang tengah jejalan sorang-sorang feeling-feeling model buat catwalk atas pentas then tetiba ada van berhenti sebelah then ada sorang mamat keluar nak tarik korang masuk dalam van hitam cermin gelap tak nampak jadah apa pun kat dalam. #percayalah ni pengaruh cerita Gerak Khas.# . kahkah. Ok masa ni memang tak sempat kau nak carik minyak wangi dalam handbag kan? Handbag wanita adalah black hole okay? it takes forever kalau nak cari purse or thingy whatsoever kat dalam handbag. -.-'

So, sementara tangan masuk dalam handbag carik pepium (perfume) boleh pijak kaki penjahat durjana dengan high heel korang. Angkat kaki 90 darjah hentak kuat-kuat kompem berlubang kaki kalau kena pijak. Bila dah pijak sembur minyak wangi dua-ratos-spuloh pam kat lubang hidung. Tapi kalau boleh tepat, jitu dan padu mesra lagi cermat pada mata lagi bagus. Kadar kemasukan minyak wangi dalam lubang hidung melebihi kadar kemasukan Oxygen boleh buat diorang tak boleh bernafas dengan betul. #ayat haruslah melambangkan student sains uitm cemerlang tetiap sem.# kehkeh. Lepastu bolehla korang blah sambil menjerit mintak tolong. Good job!




Selain tu bawak payung. Fungsinya untuk melibas selain dari pelindungan dari matahari. Ultraviolet tak bagus untuk kulit tau. Walaupun korang pakai bedak dengan SPF30, 40, 50 sampai 100 pun tapi lagi better kalau pakai payung. Ini untuk mengelakkan sinaran terus kepada kulit. See, boleh dipanggil combo tips. Tips keselamatan+tips kecantikan. Sape boleh bagi combo tips free-free macamni? Kat blog aku je tau.. ewahh.. :p

Tapi sesetengah orang tak suka pakai payung, nak-nak tengah panas. Katanya tak cool. Rela berpanas. Kalau lelaki apa lagi kan. Katanya macam pompuan kalau pakai payung. Eh, hello takdenye orang yang buat payung cakap payung untuk pompuan je. Lelaki pun kena jugak protect kulit diorang dari UV ni. barulah muka tak hitam menawan gara-gara  matahari. Sukati koranglah. Masing-masing dah besar. Tetiba pulak ayat macam makcik-makcik frust.



2) Jangan mudah percayakan orang.


Tengah tunggu bas panas-panas tetiba ada orang tegur then kasik air ke jangan berani ambik. Mak-mak korang tak selalu pesan ke? Nak aku jugak yang pesan kan. #lempang.#

Lepas bagi air, dia nak tolong hantarkan ke tolongla jangan ikut walaupun muka dia ensem tahap skali pandang mimpi sampai 40 hari 40 malam. We don't even know people intention. Baik ke buruk. so, tanamkan sedikit perasaan was-was. Banyak pun takpe. Selalunya adik-adik selalu je terpedaya dengan muka-muka mamat ensem ni kan. Akak pesan ni jangan wat dunno je.

Sekarang ada taktik baru untuk masukkan ubat khayal dalam minuman.

image rembat dari facebook.

Kita kadang-kadang tak tepikir sebab yelah, nak masukkan celah mana ubat khayal kalau air kotak kan? So, please, please,please be careful. Nyawa dan maruah takde jual dekat kedai Ah-Seng,mahupun Jusco, Giant apatah lagi Tesco.

Even kalau dengan kawan lelaki or boipreng sekali pun.
kalau dia tanya.. "yu tak percaya dekat ai eh?

Pandang tepat ke mata dia just jawab.

YES.

kalau dia mintak clash jangan cari aku. kehkeh.


So, tu je some tips yang aku boleh bagi. Even tips ni dah lama dah orang tau. Yang kat atas sekali macam sangatlah drama kan..? macam senang je aku ajar then senang je nak buat kan. Memang rasanya time-time panik kita tak terpikir nak carik perfume ke kan.. keluar nak pergi pasar pun takkan nak pakai high heel kan? so, pandai-pandailah hadam cerita tu. Masing-masing dah besar. #ewah ayatt..# padahallll....

Tips ni more kearah gugirl.  Sebab kaum pompuan selalu dianggap lemah. Senang dibuli, senang diayat dan senang digoda. We need more protections. Sape nak lindungi diri kita kalau tak diri kita sendiri kan?


Kesimpulannya, jaga diri baik-baik. Dunia makin tak selamat. Keluar rumah jangan lupa baca Ayat kursi dan surah An-Nas. Tawakkal pada Allah sesambil tu kita kena usaha kan?. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Just take care everybody! =)

Bye sayangs..


Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.