pEeps!

Thursday, September 27, 2012

Kisah jantung, jantung hati Part 3.

Bila dah masuk hospital, doktor suspek pulak ayah ada pendarahan dalam perut sebab tahik dia berdarah. Ayah aku cakap tahik dia hitam. Hitam memang hitam macam arang. bau pulak tak bau tahik tapi bau lumpur. Eh ada yang jijik ke cakap pasal tahik-tahik ni? Sorry aku better sebut tahik dari najis sebab it sounds cool sangat dari sebut najis. ye, aku memang tak sopan. kehkehkeh. Sorry citer pasal najis-najis ni sebab ai just nak bagi information kalau NAJIS korang hitam macam arang tu maknanya NAJIS tu berdarah. Motip sangat caps lock najis sebab nak cakapnya mampu sopannn macam menantu kesayangan. hakhak.

Innalillahiwainilaihirojiunn.. Lepas satu satu pulak ujian menimpa. Walaupun ayah dah masuk wad tapi badan dia masih lemah. Hospital tu aku boleh conclude tak cekap and nurse pun macam kerja sambil lewa. Doktor pulak sanggup keluarkan ayat ''Saya tak tahu nak buat macam mana ni." Boleh? Nurse pulak cakap dah 3 tahun saya kerja kat sini takde lagi jumpa kes macamni." . So, tak pernah jumpa kena buat apa? study la at least. 3 hari ayah aku masuk wad and kena serangan 2 kali. Kes pendarahan dalam perut, hilang darah tapi tak masukkan darah. Alasan bank darah takde darah. Anak-anak nak menderma macam-macam alasan. Cakap darah nak sampai pulak. last-last tak sampai. Bangang. Sape tak marah kan. 4 september ayah aku kena serangan kali ke 2. Masa tu aku takde kat hospital sebab giliran abang jaga. lepastu baru dapat satu darah. dah masukkan darah baru macam bermaya sikit..

bersambung. Ada lagi kes lainnnnn.. okay, Aku Busy. sangat-sangat busy. bye sayangs.

Tuesday, September 25, 2012

Kisah jantung, jantung hati part 2.

Dalam keadaan menangis-nangis aku bawak kereta. Klinik terdekat dalam 3KM macamtu. Lebih kurang la aku main agak je sebab kau-ingat-aku-kerja-ukur-jalan? kahkah. Ehem. entry ni entry serius so plis okay  Ck? #lempang.#

Kalau nak hantar hospital dalam 20KM. Jauh sangat bagi aku dalam keadaan macam tu. Sampai je klinik emosi aku still tak stabil. Menagnis pun memang satu klinik la boleh dengar. Semua orang duk pakat tengok. Pastu staf klinik bawak keluar bed yang troli tu nak ambik ayah aku. Aku terkejut sikit sebab BERHABUK. Dah lama sangat ke orang tak datang klinik ni kan. Dah sampai dalam bilik, doktor pulak takde. Nurse dengan Medical assistant je yang ada. Aku tak tahu la yang laki tu MA. Nurse cakap doktor takde sebab bercuti. Pastu aku macam terkejut la. dengan sedu-sedu menangis lagi so suara aku terkuat sikit. Aku dengan gelabah tanya nurse dengan MA tu " doktor takde ke???"  Tau la emosi tak stabil macam mana kan..

Pastu MA tu macam sentap la aku agak. Macam dia rasa aku nak cakap dia tak boleh diharapla. Macam dia tak boleh buat apa-apa. Aku tanya macamtu takde niat pun nak cakap dia macamtu. Yela.. Aku terkejut. Aku just nak yang terbaik untuk ayah aku. Aku tak yakin sikit je. sikit je ponnnn.. nak-nak tengok bed tadi berhabuk. -..-'' pulak tu emosi tak stabil lagi kann.. Tak habis-habis emosi tak stabil engko. ahaks. Memang, okay. Macam mana nak stabiL keadaan macamni?? ewah.. emosi pulak engko.

so, diorang bagi treatment semua ayah aku macam dah okay sikit. Dia dah sedar. dah boleh bercakap. Lega.
Lepastuuu... MA tu mintak tolong ape ntah. lupa pulak. YAng aku ingat ayat belakang dia cakap macamni..
"takpe doktor takde ponnn."

okay.. aku macam rasa diperli. Kepada MA tu kot-kot terbaca blog ni walaupun aku tahu dia takkan tahu pon ada blog ni, Apa kau ingat kau femes sangat ck sampai MA-MA nak baca blog kau? hihi..
kepada dia.. Sorry sebab takde niat pun nak pandang rendah ke apa. Saya hanya nak yang terbaik untuk orang yang saya sayang. Sorry okay.. :)

Lepas tu.. ayah aku kena masuk hospital. and ada kes lain. Bersambung lagiiii...


bye sayangss.. :)

Sunday, September 23, 2012

Kisah jantung, jantung hati part 1.

Pagi 30 Ogos haritu mak ketok-ketok pintu bilik aku jerit-jerit cakap ayah aku sakit kat dapur. Kelam kabut keluar pergi dapur tengok-tengok ayah aku dah pucat, sesak nafas. Ayah aku kena heart attack. Jangan risau kalau tak tahu heart attack tu kejadah apa. Takpe-takpe jangan risau saya bagitau. Heart attack tu adalah serangan jantung.



Aku dan mak aku memang gelabah gila la time tu tak tahu nak buat apa nih. pastu dengar ayah aku tak berhenti-henti sebut "Allahu Akbar Allahu Akbar". Lagi gelabah bila dia dah start mengucap macam dah takde nafas nak hembus. Badan dia dah berpeluh-peluh, muka toksah cakap pucat macam takde darah. Lepastu badan dia macam menggeletar sebab tak boleh nak nafas. Nampak dia dah nazak. Masa tu Allah je tahu macam mana aku rasa. Aku dengan mak ajar dia mengucap sekali. Aku dah start menangis time ni.  Rasa macam ayah aku dah nak haihh tak sanggup nak taip. =,(




Aku tak sanggup tengok ayah aku macam tu. Terus capai selendang berlari keluar pergi panggil jiran nak bawak ayah pergi hospital. Berlari meraung-raung, menangis pergi cari jiran. Time tu pagi so jiran-jiran ramai yang takde kat rumah sebab pergi kerja. Alhamdulillah ada seorang dua yang ada kat rumah. Diorang keluar sebab dengar aku menangis meraung semua. Kuat okay.. -.-" Tapi time tu tak kesah langsung malu dengan muka meraung macam pontianak harum sundal malam hilang anak. Seriously!


Jiran dah sampai diorang angkat ayah aku masuk dalam kereta. Aku berlari start kereta dalam garaj. dari garaj aku nak undur laju-laju sampai depan pintu so senang diorang nak masukkan ayah aku. Tapi sebab aku pon dah menggigil, emosi tak stabil sampai side mirror kereta langgar tiang depan rumah. Jiran-jiran dah kalut tanya aku boleh drive ke tak. Yela, tengok keadaan aku aku macamtu siapa tak risau kan..

Okay, bersambung.


Nak kena packing baju sebab dah nak masuk sambung belajar.. Sikit takde semangat nak sambung belajar sebab dah setahun tinggal buku. Here we go... 28-years-old-nenek-CK-nak-sambung-belajar. what the fuhhhhhhh.... semput! >..<''


bye sayangss..







Sunday, September 16, 2012

update asalkan ada.


lately ni hidup macam kacau bilau sikit. diri sendiri pun tak terurus apatah lagi blog kann.susah netolla updaye pakai phone. taip.berterabot. ahh aku malas nak taip balik. start 30 ogos sampai sekaramg aku beeulang alik hospital sbb ayah aku sakit. sakit ape? banyak snghtla sakitnya. nak ceeita satu satu phone ni macam mwnyakitkan hati. macam mana entry ni berterabor macamtu la hidup aku sekarang. jangam cakap perangai aku macam jahanam sebb buat entry macam ni. bukan aku yang jahanam tapi phone ni yang buat perangai. oh trtiba teringat phone ni pun phone pinjam. aku kan tak berharta mana la mampu nak pakai phone touch sekering ni. nokia tigatiga spuloh bolehla.. k la. sesape baru first time baca blog ni nak bagitau yg BM time SPM aku dapat A1. time kasih membaca luahan hati camsampah ni. bai.

Sunday, September 2, 2012

Tips : Pasangan merajuk? HUK ALOH SMOL DE METER..

Merajuk tu sebenarnya olololo sweet sangat tapi kalau dah macam makan ubat sawan sehari sampai 5,6 kali tu dinamakan menyakitkan hati tauk? Ceaa.. ayat intro dah emosi nih. hihi



so, dari pasangan korang merajuk sekali jangan dibawak melarat sampai dia nak merajuk lagi 5 kali macam minggu depan dah tak boleh merajuk. Tak kira la pasangan korang pompuan ke lelaki. yang pompuan tu normal la kan nak merajuk-rajuk sebab pompuan ni dia semulajadi manja. Hal kecik pun nak merajok.
Lelaki suka buat lawak sebenarnya comel. Macam ustaz Azhar. :p



Tapi kalau manja dari pagi harini bawak ke pagi lusa nak merajuk sebab tak dapat makan Baskin Robbins free Lee Chong Wei, pastu pujuk-pujuk tak makan pujuk sebab dia makan nasik je, tu mengada dia tuuu. :p


Yang lelaki toksah cakap kalau merajuk dia kalah pompuan. Jangan percaya sangat lelaki ni kalau depan orang  kemain macho macam Aaron Aziz, ewah bercakap suara rock macam Ramli sarip. Sebenarnya diorang ni kalau merajuk mengadanyaa Ya Allahhhh je yang tahu. #habisla blog kena ban dengan readers laki pasni. hihi.# okay, tak semua. #ayat cover line.# haha..

Meh nak bagi tips sikit macam mana nak pujuk orang merajuk ni.Aku bagi satu dua dah. Korang ingat aku teror sangat ke nak pujuk-pujuk orang?? tetiba emo kann..  #tak teror tapi ada hati lagi nak bagi tips.teehee..#


Alah senang sangatla kalau orang merajuk-merajuk ni.





1]   Menyanyi - Menyanyi kat sini bukan maksudnya pasangan korang merajuk dekat rumah dia korang pulak menyanyi kat rumah korang. Kurang akal?

ehem.


Contohnya korang call pasangan korang lepas tu nyanyi la lagu kegemaran dia. suara sedap tak sedap belakang kira. Walaupun kau sedar diri suara kau macam nobita (aku la tu) tu kemudian cerita sebab sekarang kau nak pujuk orang bukan nak masuk Vokal bukan sekadar rupa. Kalau boleh lagu slow-slow la.. bagi cair sket hati kan..

ehem, aku tak pernah buat lagi keje macam ni. buat geli bulu hidung.

kalau tak jalan jugak korang azan kat telinga. Mengada-ngada sangat kannn,kasik insaf sikit. Dia ingat senang nak pujuk-pujuk sampai terpujuk?? #emosi-emosi.#

2]  Merajuk balik.

sekarang kompius kan sapa merajuk? so, dua-dua tak payah pujuk. Senang cerita. hikhikhik.


3]   Merajuk sebelum dia merajuk.

Agak-agak dia nak merajuk, cari topik supaya korang boleh merajuk dulu. Contohnya macam kalau korang tersentapkan hati dia, korang cepat-cepat alih topik yang boleh buat korang merajuk. contohnya..

si suami ajak si bini pergi makan dekat hotel tapi si bini terover mekap sebab neves nak pergi makan hotel first time ni haaa makan kat hotel. Si suami pulak pergi tegur si bini cakap dia kompius mana satu muka bini mana satu traffic light. so, si bini tertusuk sampai nak mengalir air mata dan mulut dah muncung macam perempuan-perempuan ambik gambar buat profile picture dekat facebook. eh.  :p

so, kat sini la si suami kena cepat-cepat cakap..

Selalu macamni tauuuuu..


 # biarla first time pun dia buat perangai macamtu.# pastu kasik jelingan maut sikit, muncungkan mulut lagi panjang dari si bini.

Small the matter kan?

hiks!

4]   Cakap...

awak merajuk ke ni? nak merajuk sampai pukul berapa? nak set alarm nih..jangan lebih sesaat pun tauuu.. #sambil buat muka habis kiut.# kalau rasa tak kiut jangan buat. kahkah


5]   Jangan dilayan.

KAU MERAJUK LA SORANG-SORANG. TAK KOSSERR NAK LAYAN.


TETIBA CAPS LOCK KANNNN.. HIHI




Till then, bay sayangggss...   
Banyak love-love kan kat entry ni? apa ingat aku takde side romantik? #jeling sikit..:#



^^p

Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.