pEeps!

Sunday, October 30, 2011

aku tau dulu aku jahil..

tahun 1997++
ni lesen untuk perempuan.



dan ni lesen untuk lelaki.

 sadis rasanya bila ingat kejahilan zaman lampau. 

ingat motor, 



kereta,



lori, 



bas kilang, 




bas ekpress, 




bas bawak pelancong, 




bas mini, 




bas skolah,  




bas-segala-bas-apa-lagi-kau-nak-sebut tu ada jantina ck oi??

konon motor , kereta pakai plat P orang perempuan je boleh bawak.
yang plat L laki je boleh bawak.

kalau perempuan yang naik kereta ada plat L pulak dipikirnya perempuan tu gatal, salah pilih jantina kenderaan lah apa lah.

oh. tragis betol pemikiran aku time kecik-kecik.

dah. tanak cite dah.

-tamat cerita kenderaan ada jantina.-

.....

motif sebenarnya nak cerita harini aku dah masuk kelas memandu. 

bangun awal2 setengah jam termenung dalam bilik air. pikir nak mandi ke tak nak. air sejuk mengalahkan sirap limau ais kat warung cik kiah. eh.

musim-musim hujan ni kalau mandi pagi mau boleh beku segala bendalir dalam badan.

ok2. aku mandi. tolong percaya dengan sepenuh hati. ahaks!






serius ok. -.-


aku mandi.



ehem.



...


ok.kelas kurikulum pendidikan pemandu atau orang ada lesen sebut kelas KPP memang bosan kalau cikgunya bosan.

2 jam pertama YA Allahhh... engkau je la tau betapa bosannya, mengantuknya aku.

dah la bosan.

mengantuk.

duduk pulak dalam ekon time hujan-hujan.

memang dah macam spesis beruang kutub dah sorang-sorang dalam dewan tuh. memasing kemaen kental menahan kesejukan.

pulak tu hakak kat sebelah punya minyak wangi ambui... boleh buat menantu..

wangi...

kalau sejam tu wangi lagi..

dah 2 3 4 jam duk sebelah penin saya hakak,..penin penin! 

sabo jelah..

jam ke 3 lepas tu tukar cikgu..
cikgu lawak..pe lagi.. tibai gelak tak hengat dunia..

moral of da story:- kelas KPP 5 jam bes kalau dapat cikgu lawak tahap gelak hentak kaki. terima kasih.





ada orang tanya :-

ck:- esok masuk kelas memandu. nak ambik lesen kete.

aaron azis :- umo awak dah berapa?

ck :- 21.

aaron azis:- umo kalauu dah 21 orang dah ambik lesen lori ok.

wah gitu ayat die.. menusuk kalbu.



ok fineeeeee..


umo 21 xde lesen kete memang buat malu. -____-"











;p

gambar mak nenek jampi bola bowling jugak die nak letak. siap ade effect bunga bersinar2.
xpaham.xmengena dgn entry langsung.
LOL.
:P


bye korang!..


hepi sunday ols!


Saturday, October 29, 2011

budak peng-skip kelas dan cerita bulannya.

Korang pernah tak rasa time sekolah dulu punya malas pergi sekolah tahap nak berenti sekolah?*melampo.* 

lepas tu dah habis sekolah rindu la apa la nak pergi sekolah balik. 


Pernah? 


Ni la 2 potong ayat kalau cikgu-cikgu seMalaysia baca senyum senget sebelah push angin keluar ikut hidung sambil mata jeling blog ulardaun.blogspot 45 darjah.  *ce buat ce buat.*

Sekarang ni tu la yang aku rasa. Rasa rindu kat kolej.


Teringin nak masuk kelas pukul 7.50 pagi.


Dengan buku terbuka, tangan pegang pen sambil muka tak menahan nak salin nota kat whiteboard.*ok. Kalau bekas lecturer kimia aku baca ni mau dia pitam sedar pitam sedar balik..*

jangan percaya dengan spek nerd beliau.
peng-skip kelas professional.
skala lambat masuk kelas antara 15-20 minit.

jumpa application edit gambo cik amirah bagi, mengedit tak hengat..
keh keh keh..




Dah berminggu habis belajar, rindu pulak kat kelantan. 3 tahun setengah aku kat kelantan tau..mau tak rindu..

hari-hari terakhir kat kelantan aku habiskan dengan sebaik mungkin. *ayat nak gud –gud je. -____-“ *


aceh, kak mira dah macam sailormoon nak bertukar dah gayanya. 


Bulan malam-malam terakhir aku kat kelantan cantik sangat.

Skip ayat kat bawah kalau tak nak geli geleman.

“bulan, awak tahu saya sedih sebab nak tinggalkan kelantan.tu pasal awak tunjuk diri awak cantik-cantik kat saya kat sini kan?awak nak saya tengok awak dengan orang2 yang saya sayang buat kali terakhir kan?”

POYO LAH HENGKAU CK.




Serius cantik bulan tu kan?

….

Cerita bulan.

Ck :- wah~ santiknye bulan. bak henfon!

Mr E :- nak buat apa?

Ck :- ceklik ceklik! ß bunyi kamera. Pastu save nama “bulan malam terakhir ck kat kelantan.”
                                     nah, buat kenangan!

Mr E :- weh! Aku rasa nak nanges! *muka konon nak comel masa ni. Nak tacing2 pulakkk.. sampai aku pun tertacing. Haishhh…hilang macho.*

Mr E seorang yang takde taman dalam hati. Bila dia tacing-tacing macam tu rasa nak bagi pelempang pun ada.

 Buat Mr E. awak kawan saya dunia akhirat. 3 tahun setengah kita kawan, awak banyak tolong saya.
 insyaAllah, selagi saya xhilang ingatan, jasa awak saya kenang sampai bebila. ada jodoh, kita jumpa lagi.


Jaga diri ye.


Saya tahu awak selalu stalk blog saya..^^p




-tamat cerita bulan-




....

 dah terpesong jadi entry dedikasi ke ape ni. 







epi thursday ols..

bye!







Friday, October 28, 2011

apa motif sebenarnya ni??!

harini bawak kucing jalan-jalan naik motor sambil  makan karipap.



saja nak tunjuk yang aku ada blockqoute merah mak ngah.

nak dekat lapan ratus kali *tipu.*  buat blockqoute ada background gambar comel tapi haram dia tak keluar.

kecewa betol.

macam tu pun jadi lah. jangan nak comel sangat lah ck. tak matang. <--- ayat jeles blog orang lain comel. keh keh keh.

mood :- #jakun-tak-hagak.

lepas ni nak try lagi tutorial kasi blog ni comel-comel biar korang jeles sikit. mana tau boleh masuk Remaja. *berangan!*  LOL.

eh, blog ni ada fesbuk tuan tanah. kalau berani add lah! ^^p


p/s: sebelum ni add kengkawan skolah n kolej. skrng tambah untuk bloggers.  :)


epi friday ols!

bye!
^^,


sah rujuk 28 oct 2011. 
keh keh keh.




Wednesday, October 26, 2011

wordless wednesday #5



jangan terlampau berlagak.




creadit to:- ustaz zamri

Monday, October 24, 2011

nak taip pun macam mencarut.

ok. tajuk entry sebenar macam tak sanggup nak taip.

kalau taip kompem mak cik-mak cik sebelah rumah kengsel buat aku bakal menantu.<--bajet mak cik sebelah rumah kau ada blog. -___-"



....



selepas entry ni di post, kementerian pelajaran perlu ambil perhatian.

silibus baru harus ditambah dalam buku teks geografi tingkatan 3.

cikgu-cikgu harus mahir dalam bab ni.

selain musim sejuk, 




musim bunga,




musim luruh,




musim panas,




murid-murid perlu tahu bahawa ada satu lagi musim.






ye baiklah, saya cakap.









musim manusia mengawan.






ok2. 






jangan nak cakap aku mencarut.


sabar dulu. 

tengok gambar kat bawah dan tak payah kompius siapa yang mencarut.

ni gambar analytic nuffnang aku.



kata kunci yang orang taip then sampai kat blog ulardaun.blogspot.com.


oh, aku rasa ni bukan manusia yang dapat gred F sains tingkatan 3 yang taip. 
 bukan jugak manusia yang gagal subjek geografi bab negara-negara empat musim.

aku rasa bukan manusia yang taip.

mungkin serigala jadian a.k.a GUMIHO yang taip ni.



ok2. kita think positive.

mungkin budak-budak yang sedang membesar dengan naluri ingin tahu yang membuak-buak yang taip.

-____-"


behave ye korang. jangan nakal-nakal. 

epi monday ols! 

bye!

^^,

Saturday, October 22, 2011

hantu nanges?

tadi tengah syok on9.. mak aku datang..

ma: tak takot ke tido lewat-lewat malam?

ck : takk.. nak takot ape..takut hantu? *aceh, muka kemen eksyen time nih.*

ma : mana la tau.. ade bunyi pelik-pelik ke. xtakut?

ck : bunyi ape? ma takot hantu ehhhh... penakot jugak ma ni kan.. keh keh keh.. *gelak nak keji je..*

ma : ye la. aritu masa bog (ni panggilan ayah aku.) pegi kolumpo,ma duk sorang, ma dengar ada orang duk nanges tepi bilik ma kat luar.

ck : dan-dannnn.. nak suruh ck tido awal letteww...haha..*gelak gelak jugak.tapi badan dah seram sejuk.*

ma : betol la. pastu ma tegur cakap ma tak takot.pastu "menda" tu stop nanges.

ck : erk! yela..sikit je lagi ni. t ck tido. ma ni... time malam la nak cite.

ma : keh keh keh. *gelak boleh tahan jugak ma ni.buat aku kompius.betol ke x cite ni.*

ok. aku da rasa len macam duk sorang-sorang kat ruang tamu ni. 

malam ni tahan kencing sampai pagi.

-_____-"


nite ols!


wash ur face and wash ur feet!

n

have a nitemare!

keh keh keh.







life aku bukan life engkau.

assalamualaikum...


ok. harini nak cerita pasal...




pasal life aku sekarang. *macam-ade-org-nak-tau-life-kau-macam-kau-primadona.* ^^P


F  wai ai , sebelum ni aku belajar kat KPTM kota bharu kelantan. ambil kos diploma in science. under UiTM programme.


perlu ke kau bold pastu besarkan UiTM programme tu?

eh..perlu.. down kot cakap blajar kat kolej je.
at least kalau orang tanya..

halimahtakjongang :- student mane ni?



budaktaktaumalu :- student UiTM. *sambil sengeh buat muka mintak penyapu.*

see.. bangga sejenak jawab student UiTM. even hakikatnye kau belajar kat kolej bersekutu UiTM je kan. tapi still tak tipu kan? akekeke.. keji punya pangai. bangga lettewww boleh jadik student UiTM??

puh-lis.


eh, ade yang tak tau KPTM tu ape?

ok. kptm tu kolej poly-tech mara. it's ok kalau korang tak tahu pun. aku tak sentap sebab kolej aku bukan glemer sangat mcam MSU yang buat iklan kat tivi pkai model student-student cun. eh, ye ke?

ni la kptm.
saya sayang kolej saya.

puh-lis buat statement camni ck!
-____-"


..... 


f wai ai lagi.. aku dah habis diploma. syukur alhamdulillah.

sekarang tengah berbahagia di rumahkusyurgaku.

aktiviti seharian..

makan, <-- berjaga 16 jam, 14 jam boleh dikatakan aktif mengunyah.

tido, <-- kat rumah berazam nak jaga tido dengan harapan nak hilangkan mata panda. konon nanti boleh pakai eye shadow blink-blik warne-warni. *macamcantiksangat.*

tengok korea, <--dah habis tengok my gf is a gumiho, sekarang tengok secret garden. wah~~ hero kemen hensem kau! boleh bawak termimpi.*ko-memang-gatal-kan-ck?* -_____-"

aku dah stedi kalau ade orang nak panggil aku debab dalam masa 2 bulan lagi.

nasib takde pakwe.

kalau ade?

tengah jalan-jalan dengan pakwe dengan muka bahagia..

zabedahtepirumahpakmat :- eh, ck? amboi...berisi sekarang.. khawin x ajak kan. anak sulung eh?
*sambil gosok-gosok perot aku.*


ck-dengan-muka-senyum-plastik :- eh.. x..kami masih berusaha.
*sambil jeling konon zabedahtepirumahpakmat takot.*

see? aku dah plan dah.. smol de pises lah!


so, tu la serba sedikit pasal life aku sekarang.
bagitau lebih-lebih kang ade plak tetibe feeling akulah-pramugari-terhangat-sume-org-nak-care-pasal-life-kau.

bila abang nak balik ni.

monolog dalaman seorang isteri disayangi suami.

gelimat mat mat!!!


sekian wassalam..



p/s :- title entry nak hot je kan? :P




hepi saturday ols!


bye!


:)

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday#4

credit to :  ustaz zamri 

Sunday, October 16, 2011

doa untuk dia.



bagi lagu bunyi dulu baru start baca tau..bagi feel..haha









1 aaronn aziz,







2 aaron aziz,









3 aaron aziz..











lambat ye?








ok fine,.... tenet rumah kau lambat..bace je la tanpa lagu. aigooo~~~ -___-"






ya Allah ya tuhanku..


Terima kasih, 
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya. 

Terima kasih,
untuk saat - saat  yang dapat kami nikmati bersama.

 Terima kasih,
 untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama. 

ku bersujud padaMU... 
Sucikanlah hatiku ya Allah,
 agar aku dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMU dalam hidupku. 


Ya Allah, 

jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, 
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya.. 
kikislah pesonanya dari  mataku dan jauhkan dia dari relung hatiku... 

Gantilah  kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari dan padaMU yang tulus,
 dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat. 

Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah... 
satukanlah hati kami... 
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya... 
berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya... 

Redhailah dia ya Allah, 

agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana telah Engkau ciptakan... 

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh - sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya... 

Ya Allah Maha Pengasih, dengarkanlah doaku ini... 
lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU... 

Allah yang Maha kekal, 
aku mengerti bahawa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untukku... 
luka dan keraguan yang aku alami, pasti ada hikmahnya. 

ya Allah..

Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan....






dan ya Allah.., tolong jaga dia.

 amin..


......








*lama aku tak update blog kan?  update2 tetibe share doa cinta2.*

sayangi mata anda dan skip ayat di bawah.

nidipanggilbuangtebiattapientrynitakdekenamengenadenganyanghidupatauyangsudahmeninggaldantidaklebihdarisekadarperkongsianacehpoyobetolayatkau.terimakasih.

julingla mata kau nak baca kan. 

kan dah cakap suruh skip. -___-"
tsk tsk tsk..







p/s: masih xde mood nak merapu menulis.:p



bye!


Wednesday, October 5, 2011

entry perempuan gatal.

tak kenal maka tak cinta.



















bila dah  kenal,



eh...

















jatuh cinta pulak.


^^,




gatal ko ye ck men cinta2..








sekian, wassalam..
yang benar,
blogger gatal.
:p



notakepalalutut :- esok last paper. weeeeeeeee....booom! *sound effect burung marah.*



bye!

Sunday, October 2, 2011

ada menda menegur.

dikala pagi yang sunyi.

bunyi cengkerik kedengaran.
bising macam sedang buat kenduri.
tapi jika diamati betul-betul ada kedengaran macam lagu bruno mars.

cicak disiling berlari berkejaran.
bercanda  sesama sendiri.
dilamun cinta barangkali.
bahagianya.
cemburu datang bertandang.

bunyi kipas panasonic didinding kedengaran.
sudah 2 minggu berkerja tanpa henti.
tak penat ke dia?
tapi rasanya kalau dia boleh bercakap mau dia sound suruh tutup switch.

semut hitam tepi pintu berjalan dengan khusyuk tak pandang kiri kanan.
gigih mencari rezeki.
aku kagum.
rajin betul.

bunyi motor dan kereta balakang rumah kedengaran.
belakang rumah hospital bersalin.
mungkin si suami datang menjengguk si isteri lepas bersalin.
mungkin juga sedang gelabah isteri mahu bersalin anak pertama.
mungkin.
siapa  tahu.


suara orang mengaji di masjid kedengaran.
sayu dihati macam dengar takbir pagi raya.
tiba-tiba teringin peluk mak kat rumah.
dia pakai  telekung nak solat subuh.
kalau peluk mau tertido atas riba dia.
selesanya macam tido atas sofa Lorenzo.



tiba-tiba, ada menda menegur.



rindu : hey, khadijah.







khadijah : .....













lama tak jumpa tiba-tiba rindu menyapa.




*sigh.*








cuba teka apa yang menegur?








yup.















rindu.


Saturday, October 1, 2011

cerita taylor swift ke cerita aku?

assalamualaikum.. hey korang..saya bangun awal  harini.

tido pukol 10.30 malam bangun pukul 12.00 pagi..awal sesangat kan?

bangun pon sebab kawan lama kol. kacau sangat sleeping beauty *nak jugak...* tido, sembangla kau sampai habis kredit. 

dah habis kredit dia, hantar pulak mesej suruh aku kol nak sambung cerita zaman skolah dulu yang  tak habis.


dengan  kredit-student-terdesak pikir doblas kuasa dua kali nak kol balik ke tak.

pikir punya pikir rasanya ending cerita dia tak sepenting ending cerita rosalinda yang cikgu2 aku dulu sanggup cancel meeting semata-mata nak tengok last episod.


so, tak payah kol.
biarkan. nasibla ko dapat kawan macamni. ;p



duk sembang kencang,huha-huha, mata dah segar balik macam baru kena spray dengan febrezz. 

coi! 


tadi punya la susah nak lelapkan mata  ko tau nyah, akhirnya macamni endingnya. ingat bangun la pukul 6.30 pagi esok.. bangun-bangun pastu solat, pergi jemur kain kat luar pakai kain batik. serius bunyi macam keanakdaraan kan. sejuk hati mak mertua kalau baca ni. 
ehem.


pukul 12.30 pagi sampai 1.00 pg. breakfast.

setengah jam kau breakfast kan ck. 

kunyah patploh kali per suap memangla.. ikot formula matematik bab empat buku teks darjah enam, 40 kali kunyah ambik masa 3 minit. 20 kali suap?? cepat bukak buku halaman 30,tekan kakilator sendiri! * ada gaya cikgu berdedikasi tak?* 
ehem-ehem.



1.00 pagi masuk bilik tutup mata .

ok, time ni mata macam ada spring. aku tutup, dia terbuka balik. tutup, dia buka balik.biadap.


satu  aaron aziz, 



2 aaron aziz, 



3 aaron aziz, 



4 aaron aziz...

haih... 

dah tak boleh tido.

main game.

tik-tok-tik-tok

 5.35 pagi

update blog.

see, entry da macam kronologi anak merdeka. 

ade jugak blogger camni. -__-"

motif gambar: saya-suka-stalk-perempuan-santek! :P



k.bye!
heva great day. epi saturday yaww!
:)

adasesapekelirulagikeniceritasape??
ahaks!
credit to google
Copyright@ All Rights Reserved ulardaun.blogspot.com. Setiap entry adalah hasil pemerahan otak tahap maksima kerut-kerut-dahi-kening-bercantum. Sekiang.