KADANG-KADANG PENCERITAAN BOLEH MELEGAKAN PERASAAN.
Showing posts with label kamu. Show all posts
Showing posts with label kamu. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

Tiba-tiba Rasa Diri Aku Pelik

Salam Kembali Kawan-kawan!! :)

Alhamdulillah. Aku masih bisa menaip di ruangan maya ini lagi. Terima kasih kepada pelawat yang sudi hadir ke sini. Kepada Kak Nabilah, terima kasih atas tag untuk BLOGLARIAN itu. Hehe. Akan cuba diselesaikan secepat mungkin. Cam best. :)

A'ha! Berkenaan kepelikan diri aku ni. Entahla. Melalui pemerhatian aku, rata-ratanya, semasa cuti dirumah (bagi pelajar yang duduk di hostel) mereka mempunyai masa yang banyak untuk blogwalking, menulis entry, dan online selalu.

Tapi, aku?? Masa di rumah la aku sibuk. Kadang-kadang bukan sibuk mana pun, cuma masa luangku telah beralih ke televisyen. Hal ini mungkin disebabkan kalau aku online, macam tak kena la pula. Puan Ummi menonton tv, aku sibuk di bilik (sebab laptop aku berada di bilik). Sudahlah aku pulang ke rumah jarang sekali. Bila sudah pulang ke rumah, masih juga mahu menghadap laptop. Tidak cukupkah aku menghadap laptop di USM selama keberadaan aku di sana? Macam tak manis kan? Itu pendapat aku. Korang rasa?

Hehe. Bukan aku tak rindu nak menaip-naip di sini, tetapi, kekangan waktu juga seakan mencemburui aku. Eceh!

Pelikkah aku?

Selain itu, aku kehilangan kata-kata untuk memotivasikan diri melalui penulisan sekarang ini. Kalau korang baca entry aku awal-awal dulu, banyak berkisar luahan hati disertai motivasi untuk diri. Tapi kini, ayat-ayat itu, tak mampu ku taipkan. Mungkin sebab aku sudah banyak mengeluarkan kata-kata itu secara lahiriah. Bukan lagi monolog dalaman. Serasa macam blog aku kehilangan arah tuju diri sahaja. Huhu. Sedih tau!

Isyh. Aku pun tak faham. Pelik sangat ke aku?

Rindu betul nak menghidupkan motivasi diri melalui penulisan. Duhai hati, sabar dan bertahanlah!

Dimana teman muhasabahku?

Diari ringkas: Dapat tahu sesuatu yang menggembirakan Kak Ai dan aku juga. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. Aku tumpang gembira bila kawan aku juga gembira. Ukhwah itu sungguh indah. Rindu pula pada kamu semua, wahai temanku. :)

Wednesday, December 1, 2010

Sepanjang 3 Hari.

27 NOVEMBER 2010


~~MEMBELAH AWAN~~


Assalamualaikum w.b.k.h

Ingat lagi tanggal 10 November 2010? Ya! Besday aku yang ke-21.

Alhamdulillah. Tidak kusangka, rupanya ada sequel. Aku pulang ke Johor dengan menaiki kapal terbang. Hadiah besday dari kakakku. Hehe. Alhamdulillah. Selalunya perjalanan mengambil masa 10 jam untuk sampai ke Johor, tapi kali ini, hanya mengambil masa selama 1jam5minit. 10 kali ganda kecil dari nisbah yang asal.

Tak sangka kan? Dapat hadiah selepas tarikh hari lahir. Hehe. Oh! Bukan itu sahaja. Sebelum aku melepasi boarding pass, Cik S masak spagethi untukku.

Seriusly, terharu giler. Dia memecut laju motosikalnya sebab waktu itu, panggilan terakhir penerbangan ke Johor. Terima kasih banyak-banyak Cik S. Kamu selalu buat kejutan begini. Dan, spagethi yang dimasaknya, memang sedap. Sampai licin aku makan. Huhu. Thanx a lot yar! :)

Terdapat peristiwa yang lain berlaku. Mungkin aku cerita lain hari sahaja ye. Sabar. :)

*** ******* ***** *******

28 NOVEMBER 2010

~~KEJUTAN DARI KAK NABILAH. :)~~

Sesampainya di rumah, Puan Ummi dan Incek Abah menyambut kepulanganku. Puan Ummi memasak Ikan Jahan Asam Pedas. Subhanallah! Sedap sangat. Aku bertambah-tambah nasi dalam pinggan. Memang rindu betul dengan ASAM PEDAS Puan Ummi yang satu ini. Masamnye, pedasnya, semua ada. Two thumbs up! Terima kasih ye Puan Ummi!! :)

Kemudiannya, Incek Abah memberikan hadiah yang ku terima dari Kak Nabilah sempena giveaway AKH pada 6 November 2010 yang lalu. Korang nak tahu, aku dapat special sikit dari yang lain. Waaah!! Terkejut dan terharu aku. Aku dapat apa? Nak tengok? Tapi jangan berasa jeles tau. :P

Taraaaaaaaaaa!!!!

[gambar akan diupload kemudian]

Haaa comel kan?? Hahaha. Hadiah ini pun sempena besday aku yang lalu. Hadiah selepas hari lahir juga. Terima Kasih Kak Nabilah! :) Hehe. Kebetulan, masa aku melihat hadiah aku tu, anak sedaraku ada di sebelah. Dia nak ambil ikan ni. Isyh! Mana boleh. Kalau barang aku, aku tak kisah. Tapi, ini merupakan hadiah dari someone. Mana boleh bagi orang lain. Hehe. Kejam kan?

To my niece and nephew, nanti mamabila bagi dan belikan yang lain ok? Hehe.

Coklat itu pula, aku berkongsi dengan semua. Sedap-sedap!! Hehe. Dah habis pun makan.

Seperti yang dijanjikan, aku turut dapat melihat Maher Zain. Keh3. Dah dengar pun. Waah! Semua best-best lagu dia. Cuma agak terkilan sedikit. Ingatkan beli yang original dapat semua lirik lagu yang terdapat dalam album tu, rupanya tidak. Takpelah.

*** ******* ***** *******

29 NOVEMBER 2010

~~HATI TERTANYA-TANYA~~

Tet…tet….tet… Telefon genggamku berbunyi menandakan ada satu mesej diterima.

Cik F??? Waah! Rindu?? Macam tahu-tahu sahaja. Hehe.

Oh! Sedang enak duduk merelaxkan diri selepas itu, dapat panggilan telefon dari seseorang yang meminta aku datang ke pejabat courier untuk mengambil barang.

Dalam kepala sudah berfikir yang macam-macam. Barang apa pulak? Rasanya, aku tiada buat sebarang pembelian barang masa ni. Aku meminta bantuan Incek Abah untuk mengambil barang tersebut kerana kebetulan Incek Abah berada di bandar.

Sesampainya di rumah…….



Storm Readers?? Buku apa ye??



Subhanallah!!! Biografi Muhammad bin Abdullah! Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya.

Terasa air mata bergenang di tubir mata. Syukur yang teramat. Memang tidak menyangka pun.

Di situ, tiada tertulis nama pengirim. Aku mengesyaki Kak Ai. Lantas, telefon genggam ku ambil dan terus menghantar ucapan terima kasih di atas pemberian buku yang sangat berharga ini.

Rupanya, bukan kak Ai. Tapi seorang pengirim yang tidak mahu dirinya diketahui. Surprising heh? Hehe, Tak sangka ada secret admirer. Perempuan ye yang pastinya. Hehe. Syukur! Syukur! Syukur! Dah habis pun membaca. Hehe. Nanti saya review buku tu. Meremang bulu roma seperti berada di zaman itu.

Kepada pemberi hadiah,
Terima kasih banyak-banyak. Tidak sangka akan dapat kejutan sebegini. Terharu sangat-sangat. Kalau lah aku tahu siapa pengirimnya, mahu sahaja aku menelefon beliau. Sehingga begini kejutan dia berikan kepadaku. Sememangnya, dia tahu kecintaanku kepada buku. Terima kasih yang tidak terhingga. :)

Kak Ai kata, buku ini sempena hadiah besday aku yang lalu juga. Waaah! 3 hadiah dalam masa 3 hari. Terima kasih ye semua. Korang memang the best!! =)

Tak dapat memiliki buku Bicara Pedusi dari Puan Insyirah. Mungkin sebab itulah Dia gantikan dengan yang lebih baik.

Terima Kasih ya Allah atas segala nikmatMu kepadaKu serta orang-orang disekelilingku. Terima kasih kepada si pemberi hadiah. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat olehNya. Amiin ya Rabbal A'lamin.

Oh ya! Hari ini juga merupakan tarikh lahir seorang sahabatku yang berada di Johor.

SITI MARIYAM BINTI ABDUL RAZAK
selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-21!
Semoga sentiasa dirahmatiNya dan sentiasa bergembira.
senyum selalu ok?
kerana senyumanmu begitu berharga.
hehe.

*** ******* ***** *******
1 DISEMBER 2010

~~ONLINE SEBENTAR~~

Salam Ceria kawan2!! :)

Ada yang rindu saya tak? hehe. Saya ingatkan tiada. huhu. Sebentar tadi, buka sahaja FB, terdapat dua nama yang merindui saya. Huhu. Terima kasih ye kamu! Ye kamu! Cik 'Aieen dan Cik Harifa.

Terima kasih banyak-banyak kerana masih merindui saya. Saya juga sentiasa merindui anda. :) Walaupun, bantal peluk itu sudah kempis dan beg Mickey Mouse itu terkopek sedikit. Hehe.

Kepada teman alam mayaku juga. Terima kasih tidak terhingga. Terharu melihat anda singgah dan meninggalkan jejak di blog ini. Mahu lihat? Anda boleh lihat terus ke shoutbox saya di sebelah kanan screen dekstop masing-masing. Haaa nampak kan? Cikgu SR, Ayu, TZ, dan Hadi. Terima kasih ye! :)

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. (n_n)

Nota Hati yang sedang Berbunga: Subhanallah! Begitu banyak kejutan kepadaku selama beberapa hari ini. Terima kasih semua! Love you fillah! =)

p/s:
  • maaf. saya tidak online selama beberapa hari yang lalu.  Berkemungkinan juga, pada hari-hari yang mendatang. Mungkin selepas seminggu keadaan akan menjadi tenang.
  • saya doakan kalian sentiasa sihat sejahtera dan sentiasa ceria ok.
  • gambar-gambar hadiah akan diupload kemudian. saya pun tak sabar nak share gambar hadiah-hadiah itu dengan anda semua. hehe
  • selepas habis exam pada hari Jumaat yang lalu, terus diserang demam, selesema dan pening kepala. Sekarang sudah semakin baik. Harap dapat sembuh dengan cepat.
"ujian adalah tarbiyah dari Allah"


Saturday, October 2, 2010

'Typical man'. Gelaran yang diberikan oleh seseorang.

Hey! Jangan cuba mempermainkan hati perempuan boleh?

*********

Salam.. (-_-")

Aihhh! nampak Emoticon itu? Sesedih hati saya.
Cuti yang lepas, aku mendapat panggilan telefon dari seorg sahabat.
Amat menyentuh hati bila dia berduka kerana seorang lelaki. Ya. Dulu, aku pun pernah terluka kerana lelaki. Aku ambil sebagai hikmah untuk mematangkan diri. Tapi, kali ini, dia pula. Aku tak pernah sekali-kali mendoakan sahabat aku menerima nasib yang sama seperti aku. Tidak!

Dunia kan? Terlalu banyak pelakon.

Lelaki. Haruslah akui, bukan semua lelaki seperti ini. Hanya ingin memainkan perasaan kaum perempuan. Meh! Aku nak tanya sikit. Ape yang korang dapat kalau perempuan itu terluka kerana sikap dan perbuatan kamu? Seronok? Bangga? Megah? Aihh tolonglah.

Adakah itu salah satu dari 'part time' kamu? Sila 'letak jawatan' untuk kerja itu ye. =D

Pergi. Datang lagi. Untuk apa ye? Memberi harapan yang pasti atau sekadar melepaskan kebosanan diri? Ah sudahlah! Boleh tak, kalo berterus terang. Kalo suka, katakan suka. Kalo tidak, luahkan sahaja. Mungkin aku sangat terluka, tapi untuk sementara waktu sahaja. Jangan perasan bahawa kamu adalah lelaki idaman Malaya dan aku hanya tunggul kayu yang lama. Sila hentikan segala sandiwara.

Jangan lafazkan "Aku Cinta Padamu" bila hati tidak benar-benar peduli.
Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan disentuh hidup seseorang, jika hanya berniat main-main dengannya.
Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang dilakukan hanya pembohongan .
Jangan membuatkan seseorang jatuh cinta, sedangkan kamu tak sanggup menerimanya.
Mesej dari Cik Fiera =)

Kepada kawanku yang mengalami nasib seperti ini, kamu harus kuat ye kawan. Cinta itu fitrah. Tapi, jangan terlalu berharap kepada cinta yang tak pasti lagi. Kalau boleh, lupakan segala kisah yang menyakitkan hati. Benda itu tak harus ada lagi. Carilah cinta hakiki. Nescaya kamu diredhai oleh Dia yang Maha Mengetahui.

Benar: Jika ada seorang lelaki yang layak dan telah ditakdirkan untukku sedari Lauh Mahfuz lagi, semoga kamu dapat menerima kekurangan diri ini. Maafkan aku yang lemah ini.

p/s: Maaf. Aku mungkin beremosi. Tapi ini "Bingkisan Hatiku". Pendapat dan pandangan aku sahaja. Aku tak tujukan pada semua ye. Mungkin, hanya pada yang terasa. Itu korang harus tahu. Again, maafkan aku.

p/s/s: Ingat kawan. Live your life. Jangan susah-susah untuk jadi susah. Jadikan susah itu untuk jadi senang pada suatu hari nanti.

Senyum. =D

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku suka untuk berkongsi apa yang pernah Abah katakan pada aku sebelum ini. Sesuatu yang aku pegang sehingga kini setelah musim percintaan telah meninggalkan hati aku yang kini lebih beku dan hanya memikirkan kerjaya serta masa depan sendiri.

"Along, kalau cinta itu datang dan disandarkan kepada Allah, jauh mana pun ia pergi, pasti akan datang kembali. Kalau cinta itu setakat main-main, suka-suka sebab hawa nafsu, mula-mula memang akan terasa sakit, tetapi lama-lama akan dilupakan sepenuhnya"

Dan aku memilih untuk percaya kata-kata Abah kerana aku tahu, kalau hanya sebelah pihak sahaja yang mengharapkan sebuah perhubungan diakhiri dengan ikatan pernikahan, itu tidak akan menjadi apa-apa. Sebab aku selalu mengingatkan diri aku, kalau aku mahu bercinta, biarlah lelaki itu menjadi suami. Bukan sekadar melepaskan rasa.

Dan, moga kekuatan kamu bertambah wahai gadis.
Aku mungkin bukan siapa-siapa untuk memberikan nasihat, tetapi sekadar terjumpa kamu di dunia maya yang sebenarnya kecil sahaja.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
petikan satu entry dari Cikgu ini. =D Seperti bisikan hatiku.

Tuesday, July 20, 2010

stop! Fikir jap..

Salam.... =)


Saje nak share gambar ini. Kata-kata kat pic ini sangat benar. Aku terjumpa kat photo FB kawan aku. Betul kan? Kadang-kadang itu, kita tak sedar yang kita juga melakukan kesilapan. Kita asyik ingat kita je yang betul. Tak kesian ke kepada kawan kita??

Masa kita susah,
siapa yang beri semangat?
siapa yang menceriakan keadaan?
siapa yang banyak berkorban?
siapa yang tahu kisah?

Masa kita senang,
kita ada ingat kat dia tak?
kita ada share tak?
kita ada beri dia sedikit kebahagiaan itu tak?

ya Allah...kerdil betul diri ini.

Kepada kawan-kawanku sekalian, maafkan aku jika aku tidak dapat jadi kawan yang baik untuk kamu. Aku cuba, masih mencuba dan akan terus mencuba untuk jadi yang THE BEST untuk mu.

Friends Forever!! (n_n)V

p/s: please do remember that, aku sentiasa sayang kat kawan aku..

Sunday, July 18, 2010

haruslah kuat..

Salam untuk Ceria.. =)

mood: antara sedih atau bahagia...

Aku tak sangka. Sangat tak sangka. Aku sedih, tapi aku tak nangis.
Think positive Nur. Be cool. Nobody is perfect.

Kau teruskan langkah kau. Dia dengan hidup dia.
Dia pernah berjanji. Itu dulu. Tapi sekarang, dia juga memberi pengharapan.
Aku jadi keliru.

Enough!

Aku pilih bahagia. Aku akan jalani hidup seadanya. Tak perlu lagi berharap. Dan taknak lagi berharap. Aku redha. Aku pasti, terkandung seribu satu hikmah yang telah tertulis di Lauh Mahfuz. Aku takkan berdendam. Sebab aku tidak tahu dan tak mahu tahu lagi apa motif kamu berbuat begitu. "Lebih baik tak tahu dari tahu" kan? Semoga Allah sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupku.

Kepada kamu,
Semoga berbahagia.. =)

Peace! (n_n)V

**********

tetibe air mata nak kuar lak..hahaha. Cik Ladybird tulis, "tears, please hold on". Yes! I must do it!
*thanx yar! =) walaupun, entry itu untuk kamu*
Cik Aieen sangat tabah. Saya pun mesti tabah kan? Ehehe. =)
jangan berharap pada yang tak pasti.
kalau benda itu pasti pun, jangan meletakkan harapan yang tinggi. Bila jatuh, sangat sakit.
Bahagia ada pada setiap orang.

semoga kita semua temui kebahagiaan.. ^^

Thursday, July 15, 2010

I'm as a follower...

Salam Bahagia untuk semua.. =)

Alhamdulillah. Sudah hampir seminggu kelasku berjalan seperti biasa. Cuma tinggal satu kelas sahaja pada esok hari sebelum cuti mingguanku bermula. Gebarku a.k.a selimut sudah dijumpai. Yippppiiiiiii!! Terima kasih kepada yang bertanya di dalam kotak komentar aku itu. Hehehe sape lagi kalau bukan Cik Nabilah_2908 dan Incek Fuz. Cik Nadirah Othman juga tidak dilupakan. Beliau terpaksa menungguku pulang dari meeting untuk mencari kotak tersebut. Terima kasih daun keladi. (hahaha da macam ucapan ape je =P)

Cerita aku bermula begini.
Orang yg memperkenalkan blog kat aku masa mula-mula dulu ialah Cik Nur Imtiyaz. Ehehe pastu, akk senior aku buat blog juga. (actually aku baru tahu dia ada blog waktu tuh..ehehe). Masa Cik Nur Imtiyaz ajar aku buat blog ni, roommate aku (sekarang da ex-roommate dah.uhu) pun ada sekali. Kitorang pun belajar bersama-sama macam mana nak buat sesume tu. Hahaha tidak sah kalau Cik Yon tak join sama. Kitorang memang kena bersama-sama. Dimana ada Cik Yon, disitu ada saya dan Cik Ladybird. Ehehe.

Pastu, melalui jalan-jalan tengok blog orang lain, disitulah terjumpa dengan Cik horlicky, Cik Epalphye, Incek Ahmad dan Cik Uniqika. Memang x expect pun dorang nak follow blog aku semula. Uhu~! Pastu, satu pagi, aku buka je blog aku, tetibe Incek Luzfiq follow blog aku ini. Dari mana dia dapat link aku pun aku xtau. Kemudianya, blog aku di'follow' oleh Cik Hana, Cik Mas, Cik Nabilah_2908, Incek fuz, Incek Aiz dan Cik Bukhen. Terima kasih ye semua =)

Ok-ok. Tutup cerita itu. Sekarang, aku nak share pula kenapa aku jadi follower pada sesebuah blog itu.
  1. Aku nak tahu update pasal kawan-kawan aku. Memanglah sesetengah benda tuh, kawan aku lebih suke cakap in direct je. Tapi, bila dorang dah ada blog ni, mungkin dorg leh kurangkan sedikit bebanan yang dirasai itu. So, aku sebagai kawan, x salah rasanye untuk follow blog dorang kan?
  2. Ada gak daripada blog yang aku follow ini diperkenalkan oleh kawan aku. Depa kata besh! So, aku try r usha. Then, memang confirm best! So, aku follow.
  3. Selain itu, ada gak aku try blogwalking kat page-page orang yang aku follow itu. Manala tahu ada senarai blog list yang best ke. Aku leh la baca-baca. Bila aku terjumpa dan aku rasa interesting, aku follow.
Ada beberapa sebab kenapa diorang di'follow' oleh aku:
  • Karangan dorang bersahaja.
  • Karangan dorang gile-gile.
  • Karangan dorang macam dalam novel.
  • Karangan dorang menginsafi diri aku yang kerdil nih.
  • Karangan dorang mampu memberikan inspirasi dan semangat yang jitu. Eceeeewaaah!
  • Karangan dorang boleh buat aku rasa perasaan dorang itu.
  • Karangan dorang mengikut selera aku.
  • Karangan itu daripada kawan aku. ehehe..
Bila aku dah suke kat karangan dorang, memang aku akan baca setiap entry yang dorang tulis. Tak miss. Kalo ter'miss', aku akan baca gak walopun karangan itu dah basi bagi orang lain.
Secara jujurnya, dulu, aku suke baca je karangan dorang. Tak mahu tinggalkan komen. Malu. Kenapa? Anggapan aku pada waktu itu, yang tukang komen itu semua, hanya kawan-kawan blogger itu jer. Ahahaha apedaaa!

Tapi sekarang ini, aku belajar dari Cik Nabilah_2908 dan Cik Hana itu. Tinggalkan komen selepas membaca. Thanx to both of you. Ehehe. Tapi kan, kekadang itu, aku tak tahu nak komen apa. So, mungkin aku just tinggalkan sedikit tanda yang aku datang kat page depa.

Papepun, terima kasih kepada semua! salam.. =)

peace! (n_n)V

p/s: aku tak pernah pun bermimpi entry aku dikomen dan di'follow'.
p/s/s: entry ini hanya sedikit penghargaan daripada aku kepada kamu. <3 <3 <3