Salam....
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yan g mempunyai empat isteri. Dia mencintai isteri yan g keempat dan memberikan harta dan kesenangan yan g banyak. Sebab, isteri keempat adalah yan g tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yan g terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yan g ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yan g lain.
Begitu juga dengan isterinya yan g kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yan g sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yan g kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi su aminya melalui masa-masa yan g su lit.
Sama halnya dengan isterinya yan g pertama. Dia adalah pasangan yan g sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yan g merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si su ami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sa yan g kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya
pada isteri keempatnya, "Kaulah yan g paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yan g indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yan g keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yan g terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yan g sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut
dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku?aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yan g indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yan g menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu su ara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah su ara itu dan mendapati isteri pertamanya yan g berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yan g kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu mela yan mu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, se su ngguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yan g kita keluarkan untuk tubuh kita su paya
tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yan g tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yan g lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yan g pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peri bad i. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yan g mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yan g mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita
menyesal kemudian hari!