Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, March 20, 2012

Sistem Analisa peperiksaan- kekuatan dan kelemahan


Salam....

Kalo zaman mula2 koi ngajo sekitar ujung 90-an, nak kira markah peperiksaan bapok le siksanyer. Kena buat manual.


Guna pakai calcilator, pembaris, dan pensel untuk menentukan markah tertinggi, peratus dan kedudukan dalam kelas.

Dua tahun pastu pulok, wujud sistem peperiksaan menggunakan program excel. Mudoh sikit, keknye kalo tersilap key-in, habis punoh semuanyer. Kena buat semula.

Kemudian, kementerian mewujudkan satu sistem off-line yang lebih memudahkan. Headcount pelajar boleh dijana secara automatik iaitu SAPR.

Yg ni, kena SU peperiksaan key-in markah sebab sistem tu mesti dalam satu komputer. Kalo nak key-in dlm komputer lain, SU kena pandai gabung pulok.

Dan bermula tahun lepas, satu sistem secara online diperkenalkan iaitu SAPS. Sistem yang dijana berasaskan web dan setiap guru perlu ada login sendiri untuk key-in markah subjek yg diajar.

SU peperiksaan sebagai main kpd sistem, bertindak memantau, menyemak, mengesahkan serta sebagai induk kepada sistem nih.

Banyak kelebihan yg terdapat dengan wujudnyer sistem online nih.
1. Tidak membebankan SU peperiksaan utk key-in markah setiap kelas.
2. Boleh key-in di mana2 dan bila2 masa sahaja, janji ada komputer dan lain internet.
3. Sistem yg stabil untuk headcount murid.
4. Org lain boleh lihat analisa jika ada password admin.
5. Ada menu semakan ibubapa untuk melihat pencapaian anak tanpa merujuk kepada guru.

Keknyer beberapa kelamahan yg didapati:
1. Kalo serentak key-in markah oleh guru2 seluruh Malaysia, jawabnya nunggu le semalaman kerana server kementerian masih belum boleh menampung trafik yang tinggi.
2. Untuk menjana analisa, SU peperiksaan perlu mengesahkan dulu semua markah. Masalahnya pulok, semua subjek teras perlu diisi dulu baru boleh disahkan markah tersebut. Masalahnya kena semua guru key-in markah dan pastikan dah signal hijau baru analisa keseluruhan boleh dilihat.
3. Masalah talian internet, kalo takde atau slow, puas le cikgu tu nak siapkan key-in markah.
4. Boleh digodam kalo org luar tahu password admin.


Jadinya, bagi koi, kewujudan sistem ni lebih memudahkan berbanding sistem lama sebab kalo koi kena key-in markah di mana2 mesyuarat, tak perlu hello ke sekolah. Janji di tempat mesyuarat tu ada line internet.

Sekian....

Sunday, March 18, 2012

Jalan oh jalan...

Salam...

Pagi tadi masa tgh buat keje kat kebun tu, nampok 2 buah lori menghala ke kwsn pembalakan.

Dlm hati, ni mesti nak repair jalan balak yg tak tiada kesudahannya. Apakan taknya, bila hujan je, ratusan kebau lalu jalan tu, rosak le jadinya.

Tekaan koi betoi, lepas habis buat keje, koi meninjau jalan mana yg direpairnya.

Rupa2nya jalan yg tala hala ke seberang sungai dan kawasan yg paling teruk betoi2 sebelah sungei.

Dlm hati, lantok aoklah....janji jalan kat situ jadi elok. Paling tidokpun jalan ke kebun koi tu pun tak le teruk sgt.

Kayu yg dah 9 bulan tak diangkut tu, tokey tu punye pasal....

Manalah tahu, kot2 tokey balak tu bubuh kasaran kat jalan utama tu....Alhamdulillah....




Tokey baru le pulok. Lesen tamat 5/5/2012 nih.....makakan kayu kayan byk yg dah ditebang tapi tak diangkut....

Sekian....

Saturday, March 17, 2012

Antara satu tanda hati yg mati...

Salam....

Menurut apa yg koi dengar, secara kesimpulannya ada 3 tanda hati yg mati.

Yg pertama apabila seseorang itu terus menerus melakukan maksiat dan hatinya sudah tertutup menerima hidayah Allah SWT.

Yg kedua, apabila seseorang itu berterusan memakan dan memberi makanan kepada keluarga daripada sumber yang haram.

Dan yang ketiga menjauhi diri daripada majlis2 ilmu.

Untuk penerangan lebih lanjut, kenalah tanya ustaz2 yang arif bab tersebut.

Yg nak diceritakan di sini, kisah masyarakat di sini yang ada segelintirnya menunjukkan tanda2 tu yg agak jelas.

Tak berani nak tuduh bukan2 takut apa yang disangkakan meleset, akibatnya dosa yg dapat. Tapi melihat kepada apa yang koi dengar dan lihat ialah kesungguhan menafikan dosa seolah2 merupakan perkara yang tidak ada kaitan dengan dosa dan pahala.

Ceritanya pasal judi nombor. Betapa ralatnya apabila mengena tetapi duit tak dapat disebabkan balaci entah ke mana.

Selain tu, bab nombor juga seolah2 sudah menjadi satu rutin hidup yang mesti dilakukan. Katanya pelaburan.

Adahalnya pula si emak menyokong anak dengan memberikan wang untuk menikam nombor apabila anak mengatakan ada nombor cantik untuk dibeli dan kebetulan pula berada berhampiran kedai nombor...

Nauzubillah............koi sekadar diam tak berkata apa2 apatah cuma berharap siapa yang terlibat dikurniakan hidayah Allah SWT selain daripada jangan perkara tersebut berlaku kepada diri sendiri dan keluarga.

Yg sudah hanyut, tak boleh buat apa2 melainkan diri sendiri yang bertaubat......

Jadinya, kalau di lihat sudut "Hati Yg Mati".............ohhhh alangkah ramainya penduduk di sini yg terlibat.........itupun dilihat hanya satu tanda saahaja......

Nauzubillah.....semoga janganlah kita tergolong di dalam golongan seperti di atas...

Friday, March 16, 2012

Harga segelas susu.

Salam...

Kisahnya seorang budak lelaki miskin menolong ibunya menjaja kuih muih di sekeliling kampung. Setelah penat menjaja, tiba di sebuah rumah lalu meminta segelas air kosong untuk menghilangkan dahaga.

Si tuan rumah seorang perempuan lebih kurang 40-an merasa kasihan melihat kesungguhan budak tersebut lalu memberikan segelas susu.

Setelah habis minum, si budak lelaki itu tadi bertanyakan berapa harga susu yang diminumnya tadi. Si perempuan mengatakan tak perlu, hanya ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih.

Balas si budak, ibunya berpesan jangan mengharapkan ihsan orang untuk hidup jadi dia perlu membayar harga susu yang diminumnya.

Si perempuan sekali lagi mengatakan, kalau nak bayar juga, bayarlah dengan ucapan Alhamdulillah dan terima kasih.

Si budak itupun berlalu dan merasa begitu bersemangat meneruskan kerjanya untuk menjaja.

Selang 20 tahun kemudian, si perempuan itu tadi dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit yang serius.

Secara kebetulan pula doktor pakar yang merawatnya merupakan budak lelaki pernah diberikan segelas susu dahulu.

Si doktor merawat perempuan tersebut dengan bersunguh-sungguh hingga sihat.

Tibalah waktu perempuan tersebut keluar dari wad lalu diberikan bil hospital yang diberikan oleh jururawat.

Tercatat jumlah bil RM 5,000 dan terselit nota kecil di belakangnya berbunyi.............


TAK PERLU DIBAYAR KERANA SAMA HARGA DENGAN SEGELAS SUSU YANG SAYA MINUM DAHULU......CUMA UCAPKAN ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH SAHAJA.

Kesimpulannhya ....ada masanya sifat ikhlas dibayar cash oleh Allah SWT tanpa kita jangka.....

Sekian.....

Thursday, March 15, 2012

Hakikat Iman


Salam....

Bolehkan kita mencapai keimanan tahap maksimum dengan berdasarkan hakikat seperti berikut:

1. Ingat jasa orang pada kita dan lupa jasa kita pada orang.

2. Ingat salah kita pada orang dan lupa salah orang pada kita.

Kalau boleh....Subhanallah.....memang kita betul2 beriman...

Tapi, tak salah kalau kita mencuba, manalah tahu terbuka hati kita untuk menerima cahaya keimanan yang begitu tinggi tahapnya...

Insyaalah...

Tuesday, March 13, 2012

Petua menghalau hantu dalam rumah


Salam....

Betol ke tak Allahualam, kabornye ade satu petua yang diceritekan dek sorang rodong mengatakan petua menghalau hantu paling mudoh seandainye ade hantu menginap di rumah kite.

Sedei sgt bendenyer, cume cari pokok tepi jalan kemudian cari pulok botol. Nak cantik botol nescafe yg saiz sedang2 tu.

Pokoknyer pulok bior le yang ade akor tunjang, tak berape besor dan tak berape banyok cabangnyer.

Pokok yg dicari tu tadi letakkan secara terbalik ( pucuk di bawah, akar di atas) dalam botol nescafe tu tadi. Seelok2nyer dalam satu botol tu muatkan 2-3 batang pokok tu tadi.

Kemudian letakkan di bahagian penjuru rumah. Dapat 4 penjurupun dah kira ok dah.

Nescaye, hantu yg melihat kejadian pokok terbalik tu akan terkejut lalu lari meninggalkan rumah yang didiami tersebut.

Akhir cerite, koi bertanya segi logikal petua tu....jawab si pencerite, hantu tu lari sebab membayangkan dunia akan kiamat melihat kejadian pokok terbalik...

Begitu le adenyer...betul atau tak petua ni, tak dpt dipastikan. Tapi kate dek rodong tu, petua tu penah diamalkan dan berjaya menghalau hantu tegar di sebuah rumah walopun dah bermacam2 bende dibuat utk menghalau hantu tu namun petua pokok terbalik jugaklah yang berjayanyer....

Sekian le adenyer....

Monday, March 12, 2012

Hakim, Nenek Dan Ubi Kayu


Salam....

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.


”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semua hasilnya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

xxxxxxx

Teringat masa koi kena saman 14 tahun yg lalu kerana kesalahan lesen tamat tempoh. Ada seorang pakcik yg sama hari kena saman turut dibacakan pertuduhan .....diakhir pertuduhan, mejestret akan bertanya adakah anda ingin membuat rayuan?....

Maka pakcik tupun rayulah dengan macam2 rayuan menagih simpati majestret...

Tengok gayanya memang pakcik tu orang susah, pakaiannya begitu lusuh, naik pulak honda cup buruk...

Tapi keputusan majestret tetap tegas.............RM200 setiap kesalahan, 2 kesalahan RM400 pakcik tu kena bayar.

Koi tengok menitis air mata pakcik tu...........

Dalam hati koi................baik takyah tanya kalo nak denda banyak tu.....tahap maksimum ke tu namanya....

Nasib yg samapun menimpa koi.....RM400 terbang hari tu.............


Sekian....

Monday, March 5, 2012

Sama pahala dgn membunuh seorang kafir.

Salam...

Susulan drpd ceramah abang koi ustz Shaharudin bin Abd Mubin di Masjid Purun pada 3 Mac baru2 nih.....diolah serba sedikit utk disesuaikan dlm blog nih....


Alkisah seorang hamba Allah baru balik drpd mendengo ceramah agama kat masjid kg beliau. Menurut kata si penceramah, jika seseorang muslim itu bersama dengan isterinya, maka pahala yang dapat sama seperti membunuh seorang kafir.

Selesai ceramah sesampei je kat rumah, si hamba Allah itu tadi ni bercerita le perihal pahala seperti membunuh seorang kafir tu kat si isterinye.

Mendengo akan besarnya pahala, si isteri mula berfikir, mudoh amat yak nak dpt pahala spt bunuh kafir nih, hanya dengan bersama dgn si suami. Senalo amat le dilakukannya, tak sangka pulok sebesar pahala tu.....dalam hati si isteri....

Habis kisoh di situ, .......................

Pukul 11.00 malam, bang.....jom bersama.....nanti dapat pahala spt mana yg abang cakak kat saya tadi...pinta si isteri...

Emmmm....boleh gak....sambut si suami penuh semangat...

Jeng, jeng, jeng............

Pukul 2.00 pagi.....

Bang..........jom bunuh kafir....pinta si isteri lagi...

Errrrr......ngantuk le yang yang....kata si suami..

Ehhh rugilah bang, besor pahala tu....

Errrrr.....yelah.....sahut si suami dengan kelayuan disebabkan ngantuk..tapi disebabkan sebesar pahalanya , layan jugaklah...

jeng, jeng, jeng.....

Pukul 4.00 pagi....

Bang....bang....jomlah bunuh kafir lagi....sambil menggerak badan suami...

Bang.....bang.....jomla bunuh kafir.....rengeknya lagi...

Arrrrrr.....dah2lah bunuh kafirnya, habis dah mati semua kafir tu...

Orang ngantuk ni...

Cukup le 2 orang semalam kita bunuh.....

Esok le pulok kita sambung bunuh si kafir tu....

Marah suami dengan nada yang kuat disebabkan gangguan si isteri mase tengah syok tido...

Hehehee...............

Sekian....