Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, August 30, 2010

Kisah si anak kecil dan seketul batu..

salam...

Bulan yg mulia nih marilah kita berfikir sejenak ..............

Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Sekian.....

Sunday, August 29, 2010

Puasa Si Miskin

Cerita yang diceritakan kembali....


Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Friday, August 27, 2010

Paderi Melayu ada di sini...

SALAM....

SILA BACA INFO INI JIKA ANDA CINTAI ISLAM...

PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG -
SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:-

1. AL -BARAMKAH
2.AL-MANSORI
3. AL-BISTARIA

P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

SEKIAN,,,

Thursday, August 26, 2010

Ilmu batin & Dendam...

Salam....

Koi macam tak percaya, zaman moden sekarang ni masih ade lagi pengamal2 ilmu kebatinan yg menghantar sesuatu kepada seseorang hingga menyebabkan kematian dalam tempoh lebih kurang seminggu.

Ini kisah benar yg berlaku di sini. Kisah yg menimpa seorang penagih tegar ( dulu rodong yg koi boleh harap buat keje2 kebun) yg berusia lebih kurang 28 tahun.

Ceritanya lebih kurang begini...
( mengikut apa yg disampaikan oleh rodong2 yang lain)

Suatu hari, 3org malbat ( gelaran bagi penagih) telah menyamun sorang indon dalam perjalanan pulang ke rumah.

Modus operasi mereka ialah dengan sengaja meletakkan motorsikal di tengah jalan dengan memberi alasan rosak.

Kebetulan pula si Indon tu lalu dan bertanya kabar dengan sopan santun bertujuan memberikan pertolongan kepada 3 orang malbat ni tadi.

Dengan tidak semena2 salah sorang malbat ni tadi terus mengacukan pisau ke leher indon tadi dengan niat untuk menyamun.

Barang yang disamun termasuklah duit tunai lebih kurang RM 1000, handset baru beli bernilai lebih kurang Rm1000, dan paspot antarabangsa . Mungkin agaknya si Indon ni tadi baru balik ambil duit gaji .

Si indon ni taklah melawan dan membiarkan sahaja barang dia disamun kerana andainya melawan takut menjadi kes polis dan boleh menyebabkan kelewatan atau pembatalan terus proses penerimaan IC penduduk sementara di sini.

Nak dijadikan cerita, lebih kurang dua hari selepas tu, salah sorang dari malbat ni tadi jatuh sakit akibat tersandung ke tanah sewaktu hendak memakai selipar.

Bermula dari itulah, sakit si malbat ni tadi semakin hari semakinserius dan apabila dibawa ke klinik kesihatan, doktor mengesahkan tiada apa2 komplikasi atau senang cakap tidak mengidap sebarang penyakit kritikal..

Si Indon ni tadi pula berpesan kepada seorang penduduk sini meminta malbat yang menyamunnya memulangkan balik barang2 yang disamun....dan kalau tidak dia akan bagi tempoh seminggu untuk hidup.

Adik beradik si malbat niipun berjumpalah dengan indon tu untuk memulangkan barang yang disamun cuma yang menjadi masalah besarnya paspot indon tu dah tak tahu dibuang ke mana.

Si indon ni tetap berkeras. Selagi tidak cukup syarat, selagi itulah dia tidak akan mengubat penyakit si malbat ini tadi walaupun adik beradik si malbat ni tadi telah menawarkan RM2000 utk mengantikan paspot indon tersebut.

Dan akhirnya...................si malbat ini telah menghembuskan nafas terakhir pada malan sabtu yg lalu dengan keadaan yang amat dasyat dan amat malang kerana perbuatan sendiri.

Manakala dengar pula cerita terbaru, orang yg kedua pula sedang sakit sekarang ni dan hanya menunggu masa untuk mengikuti jejak org pertama itu tadi....

Dan apabila yg kedua menerima nasib yg sama, sudah pasti org yang ketiga tidak akan senang duduk kerana pasti apa yang diungkapkan oleh si indon itu adalah benar iaitu akan menghantar sesuatu kepada mereka andainya barang yg disamun tidak dikembalikan semula....................


Bagi koi...kisah ni ada yang positifnya dan ada yg negatifnya.

Yg positifnya.......kejadian tersebut menjadi satu pengajaran kepada mereka yg suka menyamun hak orang lain dan jangan menidakkan kuasa Allah SWT terhadap doa orang yg terinaya.

Sekurang2nya andai ketiga2 malbat ni mati, secara tidak langsung, berkuranglah bilangan ahlinya dan sisa2 yang ada pun mempunyai jangka hayat yg tidak berapa lama.

Yg negatifnya...............cerita tersebut tidak boleh dipercayai seratus peratus kebenarannya kerana mungkin si malbat ni tadi secara kebetulan mempunyai penyakit yg serius akibat dari bahan kimia yg diambil setiap hari.

Itu semua ketentuan Allah SWT dan kita sebagai hambanya perlu beringat bahawa setiap perbuatan yang jahat pasti akan menerima balasannya sama ada segera mahupun kemudian...

Kesimpulannya............pengamal2 ilmu kebatinan nih, rupa2nya masih ramai terutama di kalangan orang seberang yang merantau mencari rezeki cuma mereka tidak menggunakan untuk jalan yang tidak baik sahaja kecuali jika terdesak melakukannya seperti kes yang berlaku sekarang ini.

Sekian..............

Wednesday, August 25, 2010

Bulan Pose & Judi...

Salam...

Koi tahu ade group di kalangan anak2 peneroka bertaraf otai serta beberape peneroka yg cukup minat melakukan dosa ini di sebelah malam hingga menjelang sahur.

Yg koi peliknyer asei bulan pose je, mase tulah sibuk nok berjudi.

Rase koi tabiat ni dah menjadi satu budaye pulok dari koi jaman kecik2 dulu hingga ke jaman kini, aktiviti haram tu masih terus dilakukan oleh segolongan orang yang mengaku dirinya Islam.

Yg koi herannyer, sorang dua peneroka yg turut terlibat tu, kalo nampok ke gayenyer popalih orangnyer. Kopiah ade sokmo kat kepala kalo berjalan ke kedai kopi malam2.

Tapi yg peliknyer, habit suke berjudi ni tak dapat deme lupakan dan terus menerus melakukannyer.

Se lagi, golongan generasi yang tidak mempunyai keje tetap nih pun satu hal. Dah le duit payoh nok dapat, bile ade sikit digunakan untuk berjudi. Che gone gayenyer....

Sian ke anak bini kat umah ter...toh makan, toh tidok anak bini tu...tak tahu lah koi pulok...

Puak2 ni, walaupun tak buat terang2an di hadapan khalayak, tapi melihat kepada gerak geri dan gelagat mereke, koi tahu, isyarat2 tertentu dan cara percakapan sebenornya ade niat nok berjudi di ladang2 sawit.

Cume nasib baiknyer, tok ramei orang sini yg terlibat. Dan aktiviti ni pulok bukannyer terang-terangan seperti yg penoh berlaku semase koi berumur belasan tahun dulu di mana, kome berjudi kecil2an hanya di atas jalan raya di hadapan umah peneroka dalam 3-4 kumpulan kecik........

Itu dulu.....jaman koi jahiliah .....ni dah tua bangka.......bior koi korbankan nyawa dari berbuat dosa sebegitu......

Harapan koi bior satu hari nanti aktiviti sebegini berhenti selama2nyar dan harapan koi jugak mudah2an Allah SWT memberi hidayah kepada rodong2 yg terlibat...


Wassalam....


Tuesday, August 24, 2010

Rezeki tak disangka...

Salam....

Dekat nak balik sekoloh tadi tetiba koi dapat panggilan ngajok pegi melapoh lembu.

Rupa2nyer ade sekor lembu jatuh dalam lubang belakang umah orang kampung dan tokleh keluar.

Jadinyer, tuan punye lembu tu gamoknyer malu sebab banyok lembu dier berkeliaran di kawasan kampung, telah memberi kebenaran supaya sembelih ajelah lembu tu tadi.

Dan dagingnyer pandai2lah kome buat camne...

Jadinyer dengan semangat berkobar2, kome yang ade dalam belas2 orang tadipun memulakan keje yang mulia tadi untuk menjadikan lembu tadi sebagai lauk berbuka posa.

Itulah rezeki namanyer....

Lama dah koi kenen kat kawasan perniagaan Purun ni kot2 ade org juei daging lembu segor, tapi sokmo takde.

Jadi dengan rezeki kurniaan Allah SWT yg tak disangka2 , maka hari ni berpestalah kome menyembelih dan melapoh lembu tadi dengan semangat berkobar2 sebabnyer sudah pasti berbuka posa nanti dengan sup tulang lembu....




Sedak weh sup tulang lembu nih.. nok2 pulok rebus bagi lama sikit bagi daging tu betoi2 empok.....

Apa2pun......kome amat2 mengucapkan terima kasih atas sumbangan tuan lembu tu tadi, dan harapan agar ade lagilah lembu yg tetiba jatuh lubang di kawasan kampung ni...supaya kome boleh tolong menjadikannyer lauk....

Wassalam...

Sunday, August 22, 2010

LIMA SYARAT BERBUAT MAKSIAT

Salam.....

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.

Saturday, August 21, 2010

10 Perangkap Syaitan..

Salam buat rodong2 semua . Koi cume tolong panjangkan aje....

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Friday, August 20, 2010

Kisah Lima Perkara Aneh

Salam...

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi, yang diperintahkan berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:

1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah,
2. Engkau sembunyikan,
3. Engkau terimalah,
4. Jangan engkau putuskan harapan,
5. Larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.

Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula daripada tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku daripada rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan daripada dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.

Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa:

1. Engkau makan itu ialah marah.
Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang).
Maka larilah darpadai orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."

Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Thursday, August 19, 2010

Berkongsi kampung dengan lembu..

Salam....

Seingat koi le jaman koi bebudok dulu kerap sgt lembu2 berkeliaran di kawasan kampung nih sehinggakan ada rumah yang buat pagar sendiri semata2 menggelakkan dari tanaman dingap oleh lembu2 ter.

Tapi jaman menuju alaf baru ni, kejadian lembu masuk kampung semakin hari semakin teruk jadinye.

Baru2 ni, hampir tiap2 malam puluhan lembu mula membanjiri kawasan kampung mencari makan.

Impaknye, habislah tanaman yang diusahakan peneroka kat kawasan2 rumah dimakannye. Begitu juga sisa buangan dari perut lembu tu tadi di taburnye merata2...

Paling sedihnya, tuan lembu tu tahu yang lembu die masuk kampung, tapi buat2 tak tahu je.

Lepas tu pulak, pengurusan kampung gamoknyer suke dengan senario begini sebab tiada tindakan diambilpun dan hanya membiarkan saje.

Paling koi sakit hati, kawasan kompleks guru inipun tidak ketinggalan diziarahi dek lembu2 yang sememangnya tak berakal dan bertuankan pulak manusia yang tak ade otak ...

Kesimpulannya...sama je lembu dengan tuannya...2X5.....hehehee


Lambakan periuk api di atas jalan hadapan kompleks....


Wassalammm...


Wednesday, August 18, 2010

Kambingpun minum soya bulan posa nih...

Salam....

Cerita ni lama dah berlakunya. Lebih kurang 4 tahun yg lepas tapi apabile menjelang bulan Ramadan aje, pasti cerita ni menjadi topik paling menarik dan paling hangat untuk menyakat sorang pakcik yang duduk kat Purun nih.

Kisahnya bagaimana pakcik yg dah menjangkau status warga emas masih lagi tak reti2 posa. Dan tiap2 kali bulan posa, pasti akan mencari jalan untuk makan.

Biasanya sasaran untuk melepaskan kelaparan ialah di ladang2 sawit yg ada didirikan pondok.

Nak dijadikan cerita, pakcik ni kebetulan sebelah petang lebih kurang pukul 4 lebih singgah di pasar ramadan untuk membeli air soya dan kuih karipap sebanyak singgit.

Siap2 beli, pakcik nipun start motor menghala ke kandang kambing dia yang berada kat ladang sawit.

Di tengah2 jalan terserempak dengan sorang mamat yang kebetulan lalu jalan yang sama tapi arah bertentangan.

Ditahannya pakcik nih tadi sekadar bertanya khabar.....

Ditengoknya dalam raga motor ada air soya dan kuih karipap.....sedangkan jam masih menunjukkan pukul 4.30 petang...

Tanyalah dek mamat tu tadi, kone pulak bawak air ngan kuih ni ke ladang ......

Disebabkan otak pakcik tu tadi dah tak reti nak fikir sebab kantoi, selamba je dia jawab..........

"Ahhh..........kambing koi minum air soya dan makan karipap kalau di bulan posa nih," sambil berlalu dari situ dengan muka yang merah padam....

Hehehehehe.............

Yg koi nak sukenyer, dekat2 ramadan aje , si mamat tu tadi akan menyakat pakcik tu tadi dengan ayatnya berbunyi.........

" Untung le kambing kat kandang nun, tak lama lagi merasa la minum air soya dan makan karipap"

....dengan sindiran yang menusuk kalbu.....

Tapi hakikatnya...kalo diambil berat, kisah orang tak berposa nih memang banyak kat sini. Sesetengah tu umur dah nak masuk senja, pun masih tak mampu berposa sedangkan cucunya yg bersekolah rendah cukup sebulan berposa.

Apatah lagi golongan muda yang kurang didikan agama.......lagilah ketaranya tak berposa hinggakan mereka berasa bangga dapat merokok di hadapan orang ramai.....

Astarfirullahalazim.........

Keletihan berganda

Salam....

Terlebih dulu koi ucapkan selamat berpuasa pada hari yang ke 8 buat semua rodong2 dan semua umat Islam di dunia nih...

Semoga puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun2 lalu..

Kira punya kira, sedo tak sedo dah 8 hari kita berposa dan dalam 8 hari tu macam rase sekejap je. Maklum le bumi kan semakin laju putarannyer...

Yg koi paling suke kalo tibanyer hari cuti sekoloh...lepas sahur, solat dulu dan pastu sambung tido selagi terdaye....itu yg behnyer. Tak yoh fikir pasei keje, pasei kebun, pasei aktiviti outdoor dan aktiviti lain2 yg memenatkan..

Bangun je tido, pegi kedai cari lauk, balik cari lauk, layan intenet kejap...pastu belah2 petang, sambung tido balik.

Pastu...pegi pasar ramadan cari kuih....

Tapi tu kalo hari cuti, ni hari keje...lain lah sikit jadualnya.

Nak pulok tahun 6 sekarang ni laksana jadual anjal.....ade masenye koi kena duduk dalam kelas sampai 3 jam deret....

Popalih......bapok le jemunyer. Dah le ngadap sekor2 kat kelas tu yang payoh nok pandeinyer, pastu jangka masa yang lama pulak....

Nok ke nunggu hingga ke 4 Sept nanti.....bapok le cemusnye ....tapi gonekan....dah disuruhnya gitu. nak wat camne.....sape suruh jadi cikgu...

Tapi, kot manepun...mana yg boleh koi buat, koi buat, hok tak berape boleh tu......ikut mana yg mampu jelah....

Nak2 pulak sewaktu bulan yang penuh dengan dugaan ni....

Wassalam...

Tuesday, August 3, 2010

Dengan Korea pun kalah...

Salam...

Nok tergelok koi dengo Buletin Utama tadi menyiorkan berita yg Skuad Takraw Malaysia boleh kaloh dengan Skuad Takraw Korea Selatan..

Ngape weh jadi gitu....ke ade masalah dalaman.

Sebelum2 nih, jarang sangat kalohnyer dengan pasukan yg tak hebat, tapi kali nih boleh kaloh....koi kira fakta tu amat memalukanlah jugak.

Kalo bola sepak tu, tak heranlah, ni sepak takraw yang memang negara kite nih hebat dengan tekong, killer dan piddernyer...

Entaoh la.....gamoknye gaji tak lumayan kot jadi pemain kebangsaan ni, sebab itulah mboh kaloh....hehehee...

Teringat jaman muda2 dulu jadi killer......sampai sekarang terasa sakitnya urat peha....disebabkan suka melipat.....

Sekian...


Sunday, August 1, 2010

Letih lalu dibuatnye...

Salam....

Kalo keje manusie, lama dah koi sengkeh kepala. Tapi ni keje si jahanam tu. Nak buat gone.

Kalo mboh datang hari siang. wajib koi luku dengan parang, tapi tengah2 malam datangnya ngerjakan sawit koi tu. Tak sanggup pulak koi ke sana malam2 buta.

Latih betoi le dibuatnye. Dulu mase kebun tu penuh semak samun, takde pulak pokok kene ngap.

Nih bila dah terang kena racun.......tiap2 hari, ade je pokok mati.

Kalo setakat korek pangkal cari cacing, koi tak kesah sangat. Bior pun pokok tu tumbang, boleh koi tanam balik. Nih terang umbut dimakannya. Che gone.

Tak pasei kene kuar modal dan kederat repair balik pokok mana yg berpotensi nak kene ngap....

Memang babi si babi tu............






Pandei pulak pilih pokok yg subur je. Hok pokok yg tak berape nak idup tu, takmboh pulak dikerjakannya...

Aduh............pening betoi kepala koi mikirkannya.....

Kalo boleh koi berdialog dengan celaka tu, mboh koi pesan bior pokok tu tunggu besar dulu, pastu kalo nak makan buahnya....makan la....koi tak marah lalu........

Wassalam....