Pejuang Berani Mati.
Monday, November 25, 2013
Tuesday, October 8, 2013
Thursday, August 1, 2013
Peluang pertama-fursotul awwal
(sweet pasangan suami isteri yang berjihad demi negara tercinta,jatuh cinta,masuk syurga,syahid bersama,dimanakah kita??)
Jika kita pernah melukakan perasaan seseorang,
kemudian muncul peluang untuk meminta maaf,
janganlah tangguh peluang yang pertama datang itu,
kerana jika peluang yang terhidang didepan tidak digunakan,
kerana perasaan ego diri sendiri,
percayalah kita akan sangat menyesal,ya sangat menyesal,
kerana memperbaiki kesilapan pada peluang pertama yang muncul itu,
kesan dan kepedihan dalam hati orang yang kita sakiti itu mudah sembuh,
bahkan hubungan kita dengannya akan bertambah rapat dan erat,
jika kita mensia-siakan peluang pertama meminta maaf,
kita tidak akan tahu dan pasti samada akan bertemu peluang kedua ataupun tidak,
malang sekali jika kita mendapat peluang yang seterusnya selepas sengketa terpendam lama,
kesan dan kepedihan serta parut hati orang yang kita sakiti itu mungkin sembuh,namun tidak akan dapat mengeratkan hubungan menjadi rapat wal nauzubillah mungkin akan bertambah parah dan teruk.
ini kerana luka yang kita telah guriskan telah lama tercarit dan lambat kita datang untuk menyembuhkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.
TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM.
^_^
Tuesday, July 30, 2013
Laylatul Qadr:Rahsia hanya MilikNYA
Antara hikmah Allah menyembunyikan malam Laylatul Qadr adalah:-
*menyeru ummatnya lebih kuat beribadah dan merebut tahajjud setiap malam pada 10 ramadan terakhir.
*nak memberitahu pada ummatnya yg berpuasa bahawa pengakhiran ramadan harus ditingkatkan lagi lipatganda ibadah.
*nak memberi bonus terakhir yang lebih lumayan pada mereka yang mungkin terlepas kelebihan ramadan yang lepas.
*nak menunjukkan kasih sayang Allah pada ummatnya dengan ganjaran kemenangan 'hari raya' ibadah yg pertama sebelum kemenangan fitrah aidilftri.
*nak menunjukkan bahawa malam adalah waktu paling privasi bagi hambaNya menjalin cinta dengan Al-khaliq, dan dirahsiakan waktunya kerana hanya sang kekasih dengan kekasih sahaja mengerti nilai Al-qadr itu.
*nak menunjukkan pada kita bahawa hadiah suprise dari Allah itu tersangat istimewa sehingga perlu dirahsiakan waktunya agar hanya mereka yang dapat sahaja mengerti betapa istimewa nya hadiah itu kerana ia waktu paling mulia pada malam yang paling mulia dan pada hari yang mulia dan berada pada bulan ramadhan yang mulia dan pada keadaan manusia yang paling mulia iaitu sujud padaNya..
Wallahua'lam. .jom dating lama2 dengan Allah!!!! ♥♡♥
Friday, July 26, 2013
kenapa hajat dan doa kita tak dimakbulkan Allah?
kalau boleh,
ataupun lebih tepat mesti buat,
buatlah solat di awal waktu,
jika kita jaga hak Allah tepat pada waktu yang Dia kehendaki,
Allah pasti akan beri apa yang kita minta TEPAT pada waktu kita memerlukanNya.
itulah kunci kita,
jangan kecewa jika Allah melambatkan hajat kita,
tapi kecewalah apabila kita,
lewat tunaikan HajatNYA maha Kuasa.
Astaghfiruka ya robbi.
:)
Tuesday, July 23, 2013
P.E.S.T.A
Ramadan,
Ramai Mengejar pesta MAKAN,
Sedikit Mengejar pesta QURAN,
Ramai gembira pesta BAZAAR,
sedikit sedih rejim BASYAAR,
Ramai menyambut pesta ADAT,
Sedikit berpuasa pesta IBADAT.
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)