Selasa, 21 Jun 2011

Kek Lapis Mengandungi DNA Babi...

Aku tolong sebarkan dari blog sahabat Tendang terajang......Gempar! Aku baru dapat emel dari kawan yang memberikan maklumat tentang "mentega" dari New Zealand. Mengikut daripada Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor, terdapat DNA Babi dalam mentega yang diimpot dari negara tersebut!

Lebih hebat lagi mentega ini banyak digunakan di dalam Kek Lapis Sarawak (bukan kek lapis dari Sarawak). Sila rujuk isi kandungan/ramuan yang ditulis pada kek-kek tersebut kerana kebanyakan resipi kek lapis ini merujuk kepada mentega berjenama yang dinyatakan


Nota: Kehebatan anak tempatan dan Jabatan Agama Islam Johor menyelidiki DNA telah terbukti! Ilmu yang diizinkan Allah ini adakah diharamkan untuk digunapakai sebagai mencari bukti dalam sesuatu kes?

Isnin, 20 Jun 2011

Apakah Negara Bertambah Aman?

Kedaulatan Undang-Undang semakin dicabar....Apakah Negara sudah tidak boleh aman.Apakah semakin ramai bijakpandai semakin negara bakal huru-hara..Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar dari negara-negara yang terus bergolak...Apakah hala tuju PERKASA ini benar?.Apakah kita harus  mengikut rentak mereka yang senget..maka kita semua jadi senget.....

Perhimpunan 'Gerak Aman' pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan.

perkasa launch anti-bersih campaign 190611 3Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut.

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.
"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis bertindak apa cara sekalipun untuk menjaga keamanan
"Kalau (perhimpunan BERSIH) tak dibatalkan, kita teruskan... Kalau nak tangkap, tangkap semua, asalkan negara kita aman. Jangan buat kekacauan," kata Ibrahim yang mendapat tepukan kira-kira 500 penyokong PERKASA dan NGO Melayu yang berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman.

Kalau Ambiga dengan ego dan haluan sengetnya seperti diketahui umum..Apakah PERKASA juga menghala haluan sama....?.Datuk Berahim perlu lebih bijaksana...

Selasa, 19 April 2011

TRIO DATUK T BAKAL DIDAKWA?

 TRIO DATUK T Tak perlu gentar jika mereka didakwa...kerana dengan cara ini kebenaran akan terserlah.Bila mereka dibicarakan segalanya akan terjawab.Mereka akan didakwa mengedarkan video itu...NAMUN FOKUSNYA BUKAN SIAPA YG MENGEDAR TAPI SIAPA PELAKU DALAM VIDEO ITU?....

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi......

"Tak adil... Kalau betul kita nak sebarkan, kita boleh buat 10,000 salinan. Itu barulah boleh kata sebar (bahan lucah).

"Tapi kalau polis kata kita salah, kita tanggunglah," kata Shuib Lazim salah seorang trio Datuk T......
 
Siasatan rakaman video aksi seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu disiasat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya dan disiasat atas kesalahan mengedar bahan lucah.

"Ketiga-tiga “Datuk T” dijangka didakwa dalam waktu terdekat kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelakunya, dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan hubungan dengan seorang wanita dipercayai asing."


'Emmm Bila Nak Dakwa mereka Bertiga? Kami semua memang menantikan bahawa ketiga tiga mereka di dakwa dalam isu Video Seks ini. Bukan kerana apa tapi apabila mereka bertiga di dakwa maka lebih senanglah rakyat Malaysia melihat Kebenaran yang akan keluar semasa mereka di bicarakan kelak.

Sudah pasti dalam pembelaan mereka bertiga Video Seks yang di kaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim akan Keluar maka Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikannya....sedutan dari blog PAPA GOMO..'


Emmmm..Aku pun lihat begitu..Trio Datuk T bukan nak fitnah sesiapa,mereka nak tunjukkan kebenaran supaya rakyat tak tertipu.Jika mereka terpaksa didakwa dan memberi keterangan mereka adalah pejuang sebenar demi kelangsungan penjelasan terhadap ISU SEBENAR.......

Sabtu, 2 April 2011

Pasti Laris Jika Di Pasarkan....

TULEN   Bukan Cetak Rompak...Itulah yang dikhabarkan mengenai video sek yang ramai telah pun maklum.Nampaknya jumlah kehadiran 10,000 orang semasa PAS buat solat hajat atas dasar nak mengetahui tentang cerita video sek yg hangat itu bukan jaminan memberi sokongan kepada yg terlibat...MALAH mereka yg hadir kerana ingin tahu cerita lanjut tentang video itu....

KUALA LUMPUR 1 April - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) hari ini mengesahkan rakaman video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen.
Katanya, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik oleh pihak polis minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.
Menurutnya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Saya telah mengarahkan pasukan penyiasat yang ditubuhkan itu agar menjalankan siasatan secara menyeluruh dan terbuka," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini.
Pihak polis, tegas beliau, akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan dan setakat ini tiga individu ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, pihaknya menimbang menghantar rakaman video tersebut ke luar negara untuk dianalisis pakar asing.

SELAMA  ini ternyata pengikut dan penyokong PAS yg memberi komitmen terhadap ceramah dan majlis penerangan anjuran pembangkang...orang PKR tah mana-mana.Semakin longgar pakatan mereka.Pasal tu lah orang PAS mula bengang dan curiga dengan PKR,kerana yg berjuang selama ini mereka sedangkan PKR semakin hanyut dengan pelbagai masalah dan kontroversi...


MAKA puak PAS kenalah fikir-fikirkan..APAKAH mereka masih perlu berkawan dengan parti yg merosakkan dan membawa mereka terpalit dengan pelbagai ONAK dan DURI menjelang PRU 13.....

Ahad, 20 Mac 2011

ZAID MEMANG SILAP MENYERTAI PKR.....

'Anwar sepatutnya menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat beliau sebab itulah bukti yg menolongnya kalau dia tak buat kerja tu...'Kata Zaid Ibrahim,Ketua Parti Kesejahteraan Insan (KITA)....

Kedatangan beliau di dalam PKR dahulu disambut dengan penuh puji-pujian, Pemergian beliau dari PKR disambut dengan penuh kehinaan.Begitulah Dato' Zaid Ibrahim yg menjelaskan beliau tak pernah menyokong kes liwat Anwar semasa masih menjadi anggota PKR.Beliau juga menyatakan semua bukti  yg ada pada pihak polis dalam tahun 1998 berhubung dakwaan salahguna kuasa adalah benar dan bukan konspirasi pihak kerajaan.Oleh itu komen-komen beliau adalah tentang kelemahan pihak pendakwa  bukan sokongan terhadap Anwar...

Bertambahlah bengangnya orang PKR terhadap Zaid...Mana taknya Karpal makin menyingga kepada Zaid dan memberi amaran kepadanya bahawa kenyataan Zaid itu satu kesalahan besar dan boleh mempengaruhi Mahkamah...

Dulu, Mohd. Sayuti Omar di dalam blognya yang bertajuk "Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara ini". Mengibaratkan Zaid sebagai tukang berak di dalam PKR dan selepas selesai berak terus keluar dari PKR.

BUKAN Zaid sorang yang sempat berak dalam PKR malah ramai lagi..tetapi PKR kena ingat mereka tu yang kena berak dengan PKR.Sebagai contoh Gobala yang nampak begitu ikhlas berjuang dalam PKR untuk masyarakat India tapi rupanya PKR lebih teruk dari jangkaannya.


Hari ini Zaid kena buka tembelang dalam PKR demi kebenaran.Zaid keluar dari PKR memang pilihan yang betul.Kesilapan Zaid dulu ialah memilih untuk menyertai PKR....

Sabtu, 12 Mac 2011

KIT SIANG ,KARPAL KETAR LUTUT NAK SAHUT CABARAN ZULKIFLI...

Apa pun, teman cabar Kitsiang & DAP, perjelaskan pendirian kamu tentang sikap Karpal yang hipokrit terus mahu menjadi loyer Anwar sedangkan dia yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Teman juga mencabar Kitsiang & Karpal supaya pergi bertanya dengan Anwar sendiri apa peranan dia semasa Ops-Lalang dilaksanakan oleh pihak PDRM. Mengapa dia mempertahankan dan membela tindakan Polis menggunakan ISA pada masa itu. Sekurang-kurangnya, teruk-teruk Zaid Ibrahim pun, bila Kerajaan gunakan ISA menahan T-Kok, dia ambil tindakan bermaruah dan meletak jawatan sebagai Menteri Undang-Undang kerana tidak bersetuju. Apa Anwar buat masa Ops-Lalang? Dia diam membisu, dan kekal terus duduk dalam kabinet Tun Mahathir. Malah jangankan letak jawatan Menteri, dia langsung tidak membuat kenyataan membantah pun. Kenapa Kitsiang & Karpal tidak mahu bertanya Anwar sendiri? Ke Kitsiang & Karpal sudah nampak melalui kuda tunggangan mereka bernama Anwar ini, mereka boleh membuat dan mencipta sejarah sebagai kafir pertama meruntuhkan Kerajaan Melayu-Islam di muka bumi ini, dengan dibantu oleh segelintir Melayu-Islam yang sudah buta dan menjadi kalkatu politik murahan!

Adios amigos, grasias senor.


Wallahua'lam & Wassalam.


Zulkifli Bin Noordin

Selasa
12 Rabi'ul Awal 1432
15 Februari 2011

Jumaat, 11 Mac 2011

BERANI KERANA BENAR....

BERI AJE SAMPEL TU...Apa nak ditakutkan kalau Anwar rasa dia dipihak yang benar......
BEGITU juga puak-puak PKR dan penyokong Anwar yang percaya Anwar dianiaya....SURUHLAH Anwar serahkan sampel untuk buktikan kebenarannya...Dahlah tak sanggup bersumpah.Ummi Hafilda pulak yang beria bersumpah ketika berlawan ceramah dengan Anwar di Kerdau dan Merlimau.Sekarang ni bila mahkamah menolak bukti DNA dari barang bukti yang dikatakan diambil cara tidak sah,terpaksalah pihak pendakwa memohon kepada mahkamah supaya Anwar memberikannya secara sah....

Pihak pendakwaan dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk memerintah penasihat PKR itu memberikan sampel DNA untuk dianalisis.

Peguamcara Negara Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan, membuat permohonan itu berdasarkan peruntukan Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950, ekoran keterangan saksi terutamanya ahli kimia Dr Seah Lay Hong, yang telah mengesahkan kehadiran beberapa profil DNA di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.



NONE"Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan untuk semua pihak," kata Mohamed Yusof di akhir kes pendakwaan hari ini...sumber malaysiakini.




PERBICARAAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA....Mata dan telinga rakyat telah melihat dan mendengar segalanya.Penilaian sudah boleh dibuat.Rumusan sudah boleh diambil.....

USAHlah kita ambil kira pandangan orang UMNO atau orang BN...Juga jangan nilai CAKAP penyokong tegar PKR juga Pakatan Rakyat...  Rungkaikanlah pandangan rakyat jelata....

Khamis, 10 Mac 2011

Mereka Yang Paling Anwar Takuti....

SEMAKIN HARI TEMBELANG SEMAKIN PECAH...

DULU...............................'Kita akan beli wakil rakyat BN....Putrajaya akan jadi milik kita...
HARI INI..........................'HAH..Wakil rakyat kita keluar parti....  BN beli kah?......................

MEREKA INI DALAM SENARAI ANWAR PALING TAKUT...

                                                                        SAIFUL
                                                             

                                                                          ZAHARIN
                                                                  
                   
                                                                          NALLA
                                                                   

                                                                              UMMI





HE..HE..HE..Akulah orangnya..Semua dalam tangan aku...

Rabu, 2 Februari 2011

PKR Bengang dengan Pahang Daily...

PAHANG DAILY pula dituduh berkonspirasi......Susulan permohonan maaf yang dibuat secara terbuka terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung enam artikel kontroversi yang mengaitkan beliau dengan "penyakit misteri" baru-baru ini, banyak pihak yang menghentam blog Pahang Daily terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Malah, tidak kurang pula yang kecewa dan marah atas tindakan yang diambil. Malah, ada yang mengatakan Pahang Daily Online (PDO) telah dibayar untuk berbuat demikian. 

NONE"Justeru, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.
"Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya," 

Ada yang menuduh kami takut dengan pihak berkenaan lantaran menarik balik artikel tersebut. Namun, terus terang kami nyatakan tindakan drastik ini diambil atas kesedaran dan bukan didorong perasaan takut atau sebagainya. Kami juga berharap agar semua pihak dapat bersabar dan mengambil ikhtibar atas perkara ini. Harapan kami agar perbicaraan liwat II antara Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim itu tidk akan terganggu lagi dengan insiden seperti ini ...sumber pahangdaily..

NAMPAKNYA....Puak-puak PAS Pahang baru nak mengakui kebenaran setelah memendam sekian lama.Saiful tetap menjadi mangsa fitnah yang disebarkan oleh artikel laman blog Pahang Daily.Apakah tindakan saman Saiful bakal diteruskan...
 
Anwar dan puak-puak PKR pastinya akan terus menghentam Pahang Daily dan PAS Pahang...
Tuduhan terhadap Saiful amat berat hingga mencemar maruah diri...APAKAH Anwar berani bersumpah seumpama itu....BUKAN Puak UMNO saja menanti sumpah Anwar malah dalam PR pun kini bagai satu igauan....

Selasa, 25 Januari 2011

Rahsia burung hantu di malam yg gelap..

“Matahari terbenam, hari mulai malam. Terdengar bunyi burung hantu, suaranya merdu. Huhu…huhu…huhu…huhu…huhu.” Adik-adik yang pernah menonton kisah Harry Potter, pasti kenal Hedwig? YAH… itu adalah burung kesayangannya Harry.

Tapi, tau tidak apa burung hantu itu? Apa benar suaranya merdu? Apa benar tugas burung hantu adalah untuk menghantar surat?.
Burung hantu adalah burung yang tidur di siang hari dan bangun pada malam hari. Suaranya tidak semerdu burung lain yang berkicau. Suaranya terdengar melengking kadang-kadang bersiul dan berteriak. Burung hantu bekerja mencari mangsa pada malam hari. Jadi bukanlah menghantar surat seperti yang diceritakan pada Harry Potter.

Jika Adik-adik pernah mendengar suara “uhu… uhu…” pada malam hari, maka saat itulah burung hantu keluar dari sarangnya dan mulai berburu.Burung hantu merupakan haiwan pemaging yang buas. Menurut ahli sains ada sekitar 222 spesies burung hantu di seluruh dunia. Sebanyak 26 spesies ditemukan di Asia Tenggara dan 13 diantaranya terdapat di Malaysia dan Indonesia. Tidak seperti jenis burung lainnya, burung hantu ini memiliki muka rata. Disebut rata karena burung hantu adalah satu-satunya burung yang letak matanya seperti manusia, yaitu mengarah ke depan. Bukan dikiri-kanan seperti burung lain-lain. Selain itu, burung hantu memiliki kepala yang besar dan bulat, serta mata besar yang merenung tajam. Bulu-bulu burung hantu sangat halus dan ekornya pendek tapi burung hantu memiliki kuku-kuku yang sangat tajam , paruh yang mirip paruh burung helang, serta sayap yang lebarnya melebihi tiga kali lebar tubuhnya. Tapi, adik-adik jangan takut. Meski terlihat menyeramkan, burung hantu bukanlah hantu dan tidak mengganggu manusia.
Burung hantu tidak boleh memutar bola matanya. Sebagai gantinya, burung hantu boleh memutarkan lehernya hingga 180 darjah. Jadi, burung hantu akan memutarkan kepalanya jika ingin mengikuti gerakan mangsa yang dilihatnya. Nah, mungkin adik-adik bertanya, bagaimana burung hantu dapat melihat dan berburu dengan baik di tengah gelap malam?. Disinilah kekuasaan Tuhan. Burung hantu diberi keistimewaan untuk dapat melihat 100 kali lebih peka daripada manusia. Mata dan selaput keningnya sangat besar. Matanya lebih bundar dibanding burung-burung lain. Berkat keistimewaan itulah ia dapat melihat dan menangkap mangsanya dengan baik di malam hari.


Nah, ketika berburu di malam hari, burung hantu tidak akan
mengeluarkan suara. Burung hantu diberi kemampuan untuk dapat terbang tanpa mengeluarkan bunyi. Hal ini disebabkan sayap burung hantu yang halus seperti kapas. Kemampuan ini tentu saja sangat menguntungkan burung hantu kerana mangsa sasarannya tidak akan mengetahui kedatangannya. Makanya, kita hanya sesekali mendengar suara burung hantu. Biasanya burung hantu akan mengeluarkan bunyi “uhu..”nya apabila telah mendapatkan mangsanya.


Makanan burung hantu berupa binatang seperti serangga, katak, tikus dan lain-lain. Itu sebabnya burung hantu banyak bersarang di hutan yang memiliki banyak pepohon, di gurun, bahkan ada yang bersarang di tengah-tengah kawasan perkampungan...SEKIAN ADANYA.


Isnin, 24 Januari 2011

PAS......JANGAN KEROHKAN AIR YANG TENANG...!

SELAMA INI PENDUDUK SENDIRI YG MENGURUSKAN JENAZAH...Tak pernah pun bila ada kematian orang PAS datang menguruskannya.Takkan orang Felda Tenang tak pandai uruskan jenazah ahli kariah mereka.Hanya kerana menanti waris atau Imam sampai ,tiba-tiba orang PAS datang dan terus merampas tugas imam menyembahyangkan jenazah boleh tuduh imam dan penduduk tidak mempedulikan tugasan fardu kifayah itu sehingga PAS terpaksa mengendalikannya..Ini satu fitnah dan pembohongan BESAR PAS lebih-lebih lagi menuduh PM DS Najib tak mempedulikan dan tidak melawat jenazah Allahyarham setiausaha UMNO Kolam Air itu.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77 berkata..,  tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya.

LABIS 23 Jan. – Taktik kotor Pas mula terbongkar satu per satu termasuk yang terbaru mengenai penipuan dan putar belit parti itu yang mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lupa menziarahi’ jenazah seorang pimpinan UMNO cawangan yang meninggal dunia pada hari Perdana Menteri melakukan lawatan kerja sehari ke Felda Tenang, 18 Januari lalu.
Penduduk Felda Tenang berasa sangat kecewa lebih-lebih lagi apabila Pas mendakwa imam masjid Masjid An-Nur Felda Tenang, Mohd. Shariff Hassan, tidak mempeduli dan menguruskan jenazah berkenaan kerana sibuk meraikan kedatangan Perdana Menteri.
Penduduk juga sangat terkilan dan kesal dengan tindakan parti pembangkang itu yang sengaja menabur fitnah semata-mata hendak memburukkan Perdana Menteri dan penduduk kampung semasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang tanpa mempedulikan hukum hakam agama Islam yang menegah keras umatnya melakukan fitnah sesama Islam.
Sambil berharap supaya pengundi di DUN Tenang yang mendengar atau membaca mengenai fitnah tersebut supaya jangan mempercayainya, Hamzah berkata:
“Siapa kata orang Pas yang kendalikan semua urusan jenazah dari masjid hingga ke tanah perkuburan? Semua urusan itu kami yang lakukan kecuali imamkan solat jenazah dan itu pun, dia (orang Pas) tidak diminta berbuat demikian. 

AKU lagi bengang...Ini kampung aku ...aku tahulah bagaimana tenangnya kampung aku..masyarakatnya yang selama ini tidak mengira fahaman parti sentiasa bersatu dalam segala urusan sosialnya.Tiba-tiba musim PRK ni ada pulak- puak yang mengaku dialah Islam sebenar mengeksploitasi kesejahteraan masyarakat kampung demi kepentingan politik sempit mereka.

Ayah aku Hj Hamzah telah lama berkhidmat sebagai Pengerusi Khairat Kematian di Felda Tenang dan aku tahu betapa bertungkuslumusnya 'Ayahanda' bila berlaku sesuatu kematian...

JANGANLAH main fitnah-fitnah macam ni ...memang aku tak suka..KALAU NAK KEMPEN ..KEMPENLAH CARA SIHAT..

Selasa, 18 Januari 2011

Sejarah Kampung Tenang.

Sibuk dengan PRK di DUN Tenang...aku nukilkan sejarah kampung Tenang...bagaimana ia mendapat nama dan akhirnya menjadi nama DUN.....
 Kampung ini telah dibuka oleh Allahyarham Tuan Haji Mohamad Kamarul Afirin bin Alaudin bin Bahauddin yang digelar ‘ TOK TENANG ’ pada tanggal 22 Ramadhan 1221 Hijrah bersamaan dengan 03 Disember 1806 Masehi, Hari Rabu.
Kampung ini dinamakan dengan nama Kampung Tenang bersempena dengan jolokan nama Tok Tenang yang membukanya. Tok Tenang telah disemadikan di sebuah makam yang terletak di kawasan tanah perkuburan lslam Kg.Tenang, lalu makam tersebut juga dinamakan ‘ Makam Tok Tenang’.
TOK TENANG, datang kesini dengan memudik Sungai Tenang dari Muar melalui Sungai Segamat. Beliau yang dipercayai seorang mubaligh yang berasal dari Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia, itu kemudiannya berhenti rehat lalu menunaikan solat asar ditepi tebing Sungai Tenang. Memandangkan kawasan tempat beliau berehat itu sungguh tenang dan damai, lalu beliau mengambil keputusan membuka tempat ini.
Semasa berehat dibawah sebuah pokok semasa berehat telah gugur tiga helai daun dihadapannya. Petanda tiga helai daun yang gugur yang mana sehelai tertangkup dan dua helai lagi terbuka memberikan petanda yang amat bermakna kepadanya iaitu mengikut firasat “Tok Tenang” tempat ini amat sesuai untuk di jadikan pusat penyebaran ilmu agama dan Pertanian juga Penternakan.
Beliau juga telah membina sebuah tempat untuk beribadah (Masjid) dan Pusat Pengajian Ilmu Agama untuk Penduduk disini. Masjid yang dibina amat unik dengan menggunakan putih telur sebagai pengganti simen. Masjid ini telah diperbesarkan dan dinamakan dengan nama ‘Masjid Darul Iman, Kg.Tenang, Labis’ dan masjid tersebut kekal hingga hari ini.

Isnin, 17 Januari 2011

Sewa naik 4 kali ganda....!

Penasihat Ekonomi Negeri nampaknya tidak melakukan apa-apa perubahan sebagaimana jawatan yang disandangnya. Apa yang dia mahu buktikan kepada rakyat walhal semua janji-janjinya tidak dilaksanakan,”
Betapa hibanya kita mendengar rintihan terbaru dari penjaja-penjaja di Taman Puchong di Majlis Perbandaran Subang Jaya,Selangor.

PUCHONG - "Kami lebih rela bayar saman sebanyak RM50 sebulan daripada bayar sewa tapak yang naik empat kali ganda."
Demikian luahan hati sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah di sini apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.
Menurut seorang peniaga bunga, A. Perumal (gambar kecil), 71, tindakan MPSJ itu terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata pendapatan peniaga di situ tidak begitu besar.
"Modal saya berniaga sehari cuma RM50 dan keuntungan yang saya dapat sekitar RM25 sehari. Kadangkala saya dapat RM7 sahaja sehari, cuba bagi tahu saya bagaimana saya boleh bayar RM1,490. MPSJ memang kejam," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.
Pasar tersebut yang telah wujud sejak tahun 1998 turut menempatkan seramai 150 orang penjaja dan mereka diberikan tapak seluas tujuh meter persegi untuk setiap petak...sumber kosmo.


Komen UG...Kalau pendapatan A.Perumal sekadar RM7 hingga RM25...beliau boleh dikategorikan miskin.Itu tidak diperincikan perbelanjaan hidup dan tanggungannya.Ini nak bayar sewa petak RM1,490 setahun..kira-kira RM161 sebulan.Tindakan MPSJ seolah-olah mahu membunuh penjaja kecil.Kemana arah mereka sekiranya sewa itu tak mampu dibayar?


Kenapa sesetengah pihak tidak mengkaji kesan terhadap rakyat bawahan bila membuat sesuatu keputusan.Apakah mereka fikir semua peniaga dapat laba yang besar....NAMA PUN PENJAJA..PENDAPATAN KECIL,KEKADANG TAK CUKUP UNTUK MAKAN...

FIKIRkanlah Wahai Penguasa......

Sabtu, 15 Januari 2011

Skim Tuisyen Felda berjaya capai sasaran.

Generasi baru Felda terus menguasai bidang-bidang pendidikan meliputi peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya profesional .

Kini Felda terus menampakkan kejayaannya menerusi skim bantuan awalan pendidikannya iaitu STF atau Skim Tuisyen Felda.
Skim Tuisyen Felda mula dilaksanakan 7 tahun lepas untuk pelajar-pelajar UPSR.Bagaimanapun pada tahun 2010 Felda memfokuskan kepada calon berpotensi seramai 573 pelajar dari 32 sekolah  diseluruh rancangan Felda . Hasilnya 2010 mempamerkan kejayaan cemerlang bagi pelajar-pelajar STF ini seperti jadual dibawah..

Analisa Pelajar Skim Tuisyen FELDA (STF) 


Bil


Calon

CEMERLANG
5A

MENGUASAI SEMUA
MATA PELAJARAN

GAGAL

BIL


       %


BIL

        %

BIL

%

573
198
34.55
573
100
0
0
  PRESTASI 10 SEKOLAH TERBAIK DALAM RANCANGAN FELDA 2010

BIL

NEGERI

SEKOLAH
BIL
CALON
STF
5A
LULUS
BIL
%
BIL
%
1
Pahang
Sk(Felda)Selancar 2
25
24
96.0
25
100.0
2
Pahang
Sk(Felda)Chini Timur 2
18
17
94.4
17
100.0
3
Pahang
Sk(Felda)Sungai Koyan
25
23
92.0
25
100.0
4
Kelantan
Sk Kemahang 1
25
23
92.0
25
100.0
5
Johor
Sk Lktp Maokil 1
25
21
84.0
25
100.0
6
Johor
Sk(Felda)Kahang Timur
25
21
84.0
25
100.0
7
Terengganu
Sk Kertih 1
21
17
 81.0
21
100.0
8
Terengganu
Sk Seberang Tayor
10
8
 80.0
10
100.0
9
Pahang
Sk(Felda)Selancar 1
17
  13
76.5
17
100.0
10
Pahang
Sk(Felda)Tementi
11
8
72.7
11
100.0



Cukup jelas agensi kerajaan yang bernama Felda ini telah berjasa dan membantu orang Melayu yang menjadi peneroka . Bahkan kejayaan Felda ini juga turut sama dinikmati kaum lain hasil usaha dari generasi pertama Felda sehinggalah sekarang. Berapa ramai anak-anak felda yang telah berjaya menjadi jutawan , CEO , Managing Director , Director , Pengurus , usahawan dan profesional bahkan dalam tempoh 20 tahun Felda telah melahirkan lebih 180,000 graduan yang sedia mengisi pelbagai sektor kerjaya.

Mercu Menara Felda dan kesemua anak syarikat Felda sedia menanti Generasi berilmu ini mengisi perjawatan yang ada demi membawa Felda terus menggapai kegemilangan...

Sesungguhnya BAKTI yang disemai BUKTI telah diTUAI......