Pages

30.4.11

sahabat terbaik

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.
 Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat'.
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Benarlah kata-kata hikmah yang selalu kita dengar iaitu "sahabat yang tidak jujur itu ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Sahabat yang setia itu bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."

Sahabat suka dan duka kita kongsi bersama
silaturrahim kita hanya kerana Allah.
engkau ajarkanku erti hidup hanya untukNya
memberi keranaNya
menerima seadanya
Hidup bukan hanya untuk dunia semata
tapi untuk akhirat yang lebih utama..
ukhuwahfillah..

mari sama-sama berlari untuk menjadi sahabat terbaik..untuk menggapai redha Allah.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga..

28.4.11

mukmin sebenar..

26.4.11

Lihat...


Lihat langit, ingat Allah
Lihat gunung, ingat Allah
Lihat pohonan, ingat Allah
Lihat sungai, lihat laut
Lihat haiwan di sekeliling mu, Ingat Allah..
lihat dirimu, ingat Allah.. Yang Maha Bijaksana mencipta..
 atau engkau berpura-pura butakan mata??...


11.4.11

cari jalan pulang

 
Muhammad bin Basyir berkata:
Semalam kamu lewat sebagai saksi yang adil.
Harimu ini juga menyaksikan perbuatanmu.
Jika semalam engkau berbuat buruk.
Lipatkanlah kini dengan kebaikan, engkau terpuji.
Jangan kau tunda perbuatan baikmu sampai esok.
barangkali esok akan datang namun engkau telah tiada.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 17:
“Sesungguhnya taubat yang diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang
yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian (ketika mengetahui perkara itu dosa) mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu)
taubat mereka diterima Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.