Banyak kata yang tak terucap. Tak mampu diucapkan.
Mata bagai dikaburi. Tak terlihat seninya, serinya.
Puluhan aksara bagai telah hilang. Lantas ada yang tak tertuliskan.
Keghairahan menulis semakin pudar. Kata hanya sekadar kata tanpa makna.
Masa terasa semakin cepat. Semakin singkat. Menjemput ke tarikh keramat.
Mungkin esok atau lusa?
------------------------------
- Sebelum esok atau lusa-
Mungkin esok atau lusa
aku tak lagi mampu berkata
suaraku tak lagi didengari
semuanya hanya sepi
Mungkin esok atau lusa
aku tak lagi mampu melihat dunia
menikmati indah ciptaan-Nya
menatap wajah yang aku cinta
Mungkin esok atau lusa
aku tak lagi mampu mendengar
lunak bunyian makhluk-Nya
mahu pun riang tawanya
Mungkin esok atau lusa
aku tak lagi mampu di sisi
menemani saat dia sunyi
menjaga kala dia dibuai mimpi
Mungkin esok atau lusa
aku akan pergi sendiri
dan tidak lagi diingati
sekadar nama di nisan berpaksi
Sebelum esok atau lusa
izinkan aku melakukan segalanya
mencurah kasih pada yang setia
sebelum lena buat selamanya.
Monday, April 23, 2012
Thursday, April 12, 2012
Sabar
Entry pertama untuk bulan ni. Erk.
Lama jugak tak bukak blog. Kesibukan yang melanda memisahkan aku untuk menulis. Idea pun tak datang bila badan penat. Tau nak rehat je. Tapi mata tetap susah nak lelap.
Tak boleh tidur.
Macam-macam penyakit datang. Silih berganti. Sabar je lah. Dugaan namanya. Hehe.
Sabar.
Cakap pasal sabar, setiap hari mesti kena bersabar. Ada je dugaan yang datang kadang-kadang menguji kesabaran.
Terumbang-ambing kewarasan minda yang dangkal.
Sabar menanti, menunggu. Sabar dalam mengejar apa yang aku nak. Pokok pangkalnya sabar. Semua kena sabar.
Mungkin ni bahagian aku. Bahagian orang lain aku tak tau. Mungkin lebih menguji kesabaran. Lebih dari aku.
Ada yang cakap sabar ada batasan, tapi setahu aku sabar tak ada batasan. Tetap kena bersabar walau macam mana pun.
Aku cuba bersabar. Cuba.
Aku harap "dia" pun akan terus bersabar. Sampai masa nanti semuanya terjawab, terbalas. Hasil dari kesabaran. InsyaAllah.
P/s: Sabar lah sayang. Chill !!
-------------------------------------
- Sabar -
Dalam kita merangkai kata
Setulus mungkin berbicara
Riak wajah penuh emosi
Mencermin perasaan dalam diri
Sabarlah sayang jangan mengalah
Kuatlah sayang jangan lemah
Terus melangkah walau perlahan
Tetap teguh kita bertahan
Aku yakin suatu hari
Tergapai jua yang kita impi
InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)