BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 27, 2011

kau yang teruk! fikirla sendiri!

nak tulis je ape nak tulis!

Ya allah, kenapa la teruk sangat aku ni.. Aku ni dah jadi cepat marah. dengan family pun cepat marah. Padan la muka takde orang sayang ko tau tak! family pun tak sayang ko. pergi la hidup sorang2 jadi ape pun lantak ko la. semua ko je betul. Ko punya marah je ko fikir kan. memang takde orang sayang ko. ko ni elok duk dalam hutan je ha. takde orang buat ko marah, takde orang yang kena marah, sakit hati ngan ko. kalau ade pun harimau je baham ko, senang cerita!

Apesal eh ko ni nak marah2 je? Ko tensen tempat keje ke? Apesal ko tensen? Sendiri prob ? hah?! Ko tak boleh cakap ke kalau ko tak nak wat apa abg/kakak/ adik ko minta?Apesal ko tak nak wat ape yang diorang minta? Susah sangat ke? ke ko malas?? apesal ko malas weh? cakap sikit.

Sudah la faziera tak yah banyak alasan...Ko tu memamng tak layak nak disayangi. Kalau org yang boleh sayang diri ko, Allah je la, ngn ko sendiri..orang lain, jangan harap la kalau ko sendiri perangai macamtu. lebih baik la, dan memang dicadangkan la ko duduk kt hutan je. tak pun ko jangan bayak cakap! sebab kalau banyak cakap ti banyak sakitkan hati orang.

Kau fikir la sendiri!

Saturday, July 23, 2011

ucapan = doa

Bismillahirrahmanirrarhim...
fuh! bersawang dah blog ni. lama nye tak menulis. :)

Topik kali ni ucapan itu doa.

Ya! ucapan memang doa. lately in terms of kerja, den tiap2 hari down. ya i know. it is bcz of my poor performance. ok. aku x salah kan org cakap aku buat kerja aku x betul. i know i need to improve fast, need to catch up faster.tapi tula sometimes banyak sgt -ve word buat otak aku byk unsur negatif, blank. So +ve word MUST take place. thanks for who are always give me moral support. your words are dua' for me.
hadui everyday mesti ade salah. how?

Pause -> Think -> Reflect -> Mature

ok. dah ade formula. but how to do?
berapa lama Pause? Berapa lama nak Think? Apa nak Reflect? which part to be Matured? kenala manage sendiri. ya Allah. engkau saja la tempatku mengadu atas apa2 kemudaratan yg menimpa.
"KepadaMu ku sembah, padaMu jua aku memohon pertolongan (Al-Fatihah:4)"

try untuk siapkan kerja seawal mungkin, then recheck semula before spread to others. (Please istiqamah =p).

Baru-baru ni birthday aku. Alhamdulillah ramai yg wish diiringi kata2 seperti semoga segala kebaikan dipermudahkan, semoga rezeki dilapangkan. Ya Allah, alhamdulillah... ini semua DOA. terima kasih, syukran, thank you, arigato dan segala perkataan yg sama erti dengannya. dengan kata2 & ucapan korang, terasa dekat benar doa2 korang. So ucaplah selmata hari lahir dengn ucapan yg baik pd kenalan korg. even benda tu namapak simple, tp kalau lebih 40 orang ucap benda yg sama dengan hati yg ikhlas, insyaAllah dimakbulkan. Kita rasa benda tu simple tp utk si penerima, mungkin jadi manfaat besar pada dia.
Alhamdulillah sebahagian tugas terasa dipermudahkan pada birthday aku hari tu. Ahamdulillah sangat.. kurang wat kesalahan. hope that can continue improve time to time.

So watch your word !
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa~
Selamat beramal ^__^


ucapan = doa
kelana jaya
Tulipputeh~

Thursday, January 21, 2010

Dabus Rohani - Kopratasa


Baju putih, selendang putih,
Mari dibawa pergi sembahyang.

Allah kasih, Muhammad kasih,
Rasulullah terlalu sayang.

Ertikan kehidupan ini,
Ucapkan syukur kepada-Nya,
Rabbul 'Izzati Tuhan sesungguhnya,
Pasrah dan redha akar insani.

Waktu hidup di dunia,
Janganlah leka terpesona,
Oleh jaring segala kepalsuan.

Dengan wajah keindahan,
Tabir halus yang mengasyikkan,
Terkapar hayat sampai ke akhirnya.

Lagu: Sani Sudin / Pak Ngah (Hakcipta : Pak Ngah Production / Pustaka Sri Nada)
Lirk : Tradisional / Khalid Salleh (Hakcipta : Pustaka Sri Nada / Hakcipta Terpelihara)

Sunday, December 27, 2009

.:kapasiti tinggi & diarea:.

urkkk..alhamdulillah....

ehem...ehem...
tajuk kita pada kali ini
kapasiti tinggi..
apakah point yg boleh dibincangkan ttg...kapasiti tinggi?

kapasiti tinggi ni individu yang mempunyai perut dengan kebolehupayaan untuk menampung makanan dalam kuantiti yang agak banyak. ^.^

maklumat tanbahan, kapasiti tinggi terbahagi kepada dua kategori iaitu kapasiti tinggi A (kpA) dan kapasiti tinggi B (kpB). kpA adalah individu yang makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit manakala kpB pula adalah individu yang makandengan kerap dalam kuantiti yang agak banyak...(tafsiran sendiri....~)

nak dijadikan cerita, beberapa hari yang lepas saya telah mengalami sindrom kpB selama 2 hari berturut2...dari pagi mengunyah hingga ke petang....non stop!

kerepek ubi > nasi lemak> roti > air soya > nasi putih + lauk lemak putih >biskut > mee goreng > nasi beriani. esoknya nasi lemak +sandwich > nasi putih + lauk

wahh, sangat banyak makanan masuk dalm perut utk tempoh 2 hari! berat boleh naik berkilo2 ni...
setelah 2 hari menjadi pengidap kpB, malam hari yang kedua saya telah mengalami diarea....huhu...[tulah sebab makan banyak sangat]
bukan apa...tak nak membazir je....(*ayat defense*)

di bawah adalah sedikit petikan berkenaan dgn diarea.

"Punca masalah ciri-birit boleh berlaku akibat masalah psikogenik (ketegangan emosi dan kerisauan), neurogenik (gangguan sistem saraf), selepas pembedahan, gangguan sistem kelenjar (edokdrin), rengsaan, osmotik, pemakanan, alahan, masalah penyerapan makanan dan garam mineral, jangkitan serta radangan."

Rujukan : http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik1.html

cerita pasal diarea ni...beberapa minggu lepas kena diarea jugak.x tau la sebab ape. mungkin sebab makan terlalu banyak...tapi kawan saya pun ada yang kena diarea..musim ke sekarang ni?..pae2 pun diharap semua dapat menjaga kesihatan masing2...

bagi atlit silat ukm, jaga kesihatan...game dah dekat...yang berat tak 'in' ...berusahalah! and pasti boleh ^.<

kepada sahabat2 yang lain, semoga kita diberikan nikmat kesihatan utk terus beribadah kpdNya



.:kapasiti tinggi:.
.:bangi:.
.:tulipputeh:.

Thursday, December 24, 2009

..:dont judge a book by its cover:..#1

tak sempat kot nak wat post...letak gambar je dulu...
t tgk gambar ni teringat kot nak tulis apa~

..:letupan dalaman:..

hehe...
mesti ade yang gelak bila baca tajuk post kali ni..
jgn fikir bukan2 ...
actually letupan dalaman ni istilah famous di kalangan bdk2 silat..UKM terutamanya...
[ade kot yg xtau...]

kes ni selalunya terjadi x kira la org tu main seni ke, olahraga ke...semua akan rasa..
insyaallah =)
nak kata boleh elak , rasanya sesapa yg x kena lagi bakal kena kot...
tapi.....
bila dah terjebak...pandai2 la jaga dgn baik.....


oppsss...banyak melalut ni..
tapi letupan dalamn tu pae pun x gtau lagi.

hmmm,
letupan dalaman ni cthnya la...
cth yg plg famous..
sakit lutut...
lutut tu punya skru cam dah longgar
[definisi sendiri...he~...]

so,
tetiba rasa nk tulis post ni cz recently lututku rasa longgar2 & meletup2..
puas la pakai knee guard...
menza guna samapai dah hilang2...
pasni kena la jaga baik2 lutut..
boleh la kiranya daftar jadi ahli
Kelab Pencinta Lutut....
haha

k, takat ni je kot post yg sempoi & simple
sekadar berkongsi..
sementara menunggu orang..
mesej pun da masuk...mintak diri dulu

assalamualaikum...^.^



Monday, October 5, 2009

..:celaru hati:..

Assalamualaikum..

Lama benar memendam apa yang ingin ditulis..Pertama-tama sekali ingin hati ini meminta maaf pada kalian sama ada yang mengenali saya atau pernah mengenali saya. Maaf juga kerana jaranag benar mengupdate blog ini…saya akui saat dan ketika ini , diri saya masih tercari-cari. Masih tercari2, mencari titik temu antara ilmu dan tarbiyah yang diberi pada saya dengan realiti hidup saya.Cemburu saya melihat sahabat2 yang yang sudah matang, berfikiran kreatif dan tabah dalam menghadapi mehnah kehidupan serta mengaplikasikan tarbiyah mereka. Sungguh saya mohon pada Kekasih yang di sana,utuslah seseorang yang boleh membimbing dan menemani hambaMu ini….[terasa kerdil untuk membuat permintaan seperti in, tetapi hanya pada Kekasih yang di sana lah saya boleh meminta, kerana Dia Maha Mengasihi. & Maha Berkuasa…

“..Buat hati,yang mudah rapuh...jangan mudah merajuk hati dengan mereka yang tidak memahami,belum memahami,dan juga seolah2 paham...namun tidak memahami,kerna mereka juga manusia biasa...ditarbiyyah dan mentarbiyyah...jangan mencari titik perbezaan..namun carilah titik keserasian..kerna itu lebih baik buat hati2 yang kuat cintaNya pada KEKASIH TERAGUNG...ketahuilah cinta ilahi itu tidak memilih dari mana kamu datang,kamu berada di mana.hanya taqwa ukuran tertinggi disisiNya...”
Kata2 yang saya petik dari sahabat yang saya sayang..tapi saya makin jauh darinya. Kalaula dia tahu betapa saya rindu pada keletahnya, pada tegurannya..……ah~semuanya seolah2 menjadi dedebu kenangan yang berterbangan~……..namun, dari tulisannya saya rasa dia dekat dengan saya walaupun kami sudah jarang benar berbual…jarang benar..[saat ini , air mata berlumba2 mahu keluar. Ya Allah saya benar rindu padanya….].dari petikan yang saya ambil dari tulisan sahabat tadi, terkadang saya terasa sayalah insan yang tergolong dalam mereka yang seolah2 faham..tetapi tidak memahami… saya seperti hilang arah tujuan, saya seperti orang yang rajuk membawa diri…saya tak tahu mana mahu diadukan celaru hati…hanya pada Kekasih Agung…hanya Engkau yang memahami…maka hamba mohon dengan sangat Ya Allah,bantulah hamba Mu yang lemah dan jahil ini Ya Allah…terasa diri ini telah banyak benar melakukan kesalahan , menyakiti hati insan2 tersayang di sekeliling saya, saya tahu antum semua menyayangi saya tanpa alasan melainkan kasih sayang kerana Allah…tapi saya seolah2 tidak menghargai kasih & sayang antum…maaf kan saya…namun jauh di sudut hati ini, saya sangat bersyukur dengan kasih & sayang yang antum berikan. Terima kasih juga atas layanan antum melayani kerenah saya yang bukan2….jauh di sudut hati juga ingin saya member kasih & sayang saya pada antum semua sebaimana antum beri pada saya….sekali lagi MAAF yang saya pinta

Kalau diikutkan hati banyak perkara yang ingin saya coretkan. Sudah berulangkali juga saya mengatakan kalimah sebegini sebelum ini tapi belum tertunai lagi. Bercerta mengenai sahabat2 seperjuangan , mengenai keluarga yang dicintai….Ya Allah, tempatkan hambaMu ini di kalangan mereka2 yang yang saling memberi peringatan padaku…..

p/s : Jika ada yang tersinggung moga dapat ditegur. mohon dimaafkan segala salah dan silap.


..:tulipputeh:..
..:bangi:..
..:hamba kerdil & jahil =( :..