November 10, 2010

3bulan berlalu

lama nya tak hapdet diari (cewah..tuka nama plak)

10hb 3 bulan yg lalu...di waktu lebih2 kurang semasa ini, aku da selamat beranak (bunyi mcm kucim) kan nik umaira ameena di ats katil spital SALAM. bersalin (tuka) kali ke2 lebih sakit berganda2 dr bersalinkan nik ummar mozaffar..*amaran: setiap ibu lain2 yer feeling nya. tp proses nya lebih cepat beganda2..jumlah ms dr start sakit yut+keluar tanda..sampai la selamat melahirkan = 3jam 16menet (saat tak dan nak kiro) alhamdulillah

tada mood sebenarnya ni..hari2 gaduh ngan umar, amok bla3..pastu nyesal marah2 ank. mcmmana nak meningkatkan kesabaran nak mendidik ank ek? da msk umo 3 thn ni, lain mcm degil plak perangainya. ke sbb 3tahun da ada adik? tunjuk protes kah? aku dulu takpon (yela tu)..hmm kwn2 ada tak doa2 nak lembutkan hati ank dgn mak sekali..

sekian

July 27, 2010

@ 38wks pregnancy

alhamdulillah..msh kuat lg sehingga harini. byk dugaan betul mengandung kalini, mcm2 berlaku...ada suka ada duka..takpalah..perancangan Allah sudah terbaek utk hambanya. hmm minggu2 terakhir sebelum menerima ahli baru dlm famili kecik kami, sangat mendebarkan. teringat2 blk kesakitan ms melahirkan nik ummar mozaffar lebih kureng 3tahun dulu. semoga kalini dipermudahkan & selamat semuanya (ibu&ank) amin. plan bersalin di SALAM seksyen 19, wpon dgr byk gak cerita kureng enak, aku berdoa&tawakal kpd Allah utk melindungi hambaNya ini. da tak sempat nak pikir spital lain kan. redah aje la kan. hmm jauh disudut hati, rs sgt sayu..masih terkenangkan my late sister, sya. seminggu sebelum dia pergi. aku sempat bgtau dia yg aku mengandungkan baby girl. ms last visit aku ke penang, arwah beria suh aku p scan kat klinik dekat2 umah dia..dia nak sgt tau gender baby aku ni =) siap berbincang2 nama baby lg. dia cdgkan letak nama nik amena dalila..cantekkan nama tu? hmm hanya Allah saja yg tau, aku tersgt2 rindukan sya.alfatihah

harini nifu syaaban kan..alkisah hubi yg jauh di laut, tersilap bg info. dia ckp semlm 15 syaaban..mlm sebelum tu aku bc la yaasin 3x. owhh rupa2nya haini br 15syaaban. takpala hehehe bc yaasin byk2 dpt pahal byk2 jgak..insyaAllah.

hmm tertekan sebenarnya dgn saiz badan skang ni..mmg la preknen, tp tetap jgak nak rs tertekan..besar laa..huhu kalu tak caya tgk gamba bwh, me with ank bujang tersayang, umar. ms ni 36wks kot. besar sungguh keh? huhu



**lepah pantang nak join aiza erobik kat gym seksyen7...nak mantopkan bodi..berangan tak hengat..hehehe

July 22, 2010

rumahku syorgaku - part2

br leh trf gamba..slow la kijoan mak buyung akhir2 ini.

introducing our new home sweet home..no4, pesona kemuning, seksyen 25, SA..tadaaaaaa....sila yer kwn2 dtg bertandang.



.::bukan corner lot tu..hehe tp yg ada keta merah menyala depan tu::.

juga tak lupa langsir yg dibeli dgn wenn+anis...dlm byk2 barang kat umah baru ni...langsir2 inila yg plg aku suka hihi



.::dining area::.



.::main hall::.



.::ini cermin yg dibeli di ikea..motif?::.

ok, tu je..lain2 akn di hapdet later.

eNd

July 19, 2010

cerita semalam..hari lahir sy pd tahun 2010

semalam hari lahir sy yg ke29...hepi birthday to me! waaawaaa da agk berusia, kalo dulu2 (ms sek men) tgk org yg umo mcm baya sy skang ni, mmg da chop org tua da hehe 2,3 tahun lg da bole pggl macik..wopss *lepas bersalin kena telan jamu byk2. hadiah? seperti thn2 yg lepas...tada hadiah..uwaaaa..sedihnya, kenapa somi sy sgt tak romantik? huhu adakah sbb sy juga spesis kayu kayan yg tidak romantika di tampoi? tp rsnya tak perlu romantik kot setakat nak belikan isteri hadiah. nasib badan la kan. ishh3 ni yg rs nak beli hadiah utk diri sendirik nih..

semalam juga genap 40hari pemergian arwah sya..sekejap je ms berlalu. semoga Allah mengurniakan rahmat ke ats rohnya. wiken yg lepas blk kelate utk majlis tahlil, memang rindu yg teramat kat arwah, senyap2 2,3 kali sehari jgak la menanges. biasanya kalo blk kg *misti la ada stori hot kan* misti akn kol@sms dia, nak share, mengadu etc tp la ni tiada lg tempat mengadu. semua sy telan sendirik. harap sy tabah.



kenangan..dpt dr blog arwah..alfatihah

cerita semalam juga..sy telah selamat berpindah ke rumah sendirik di pesona kemuning..memang penat teramat la. siap merayu kat somi supaya berhenti kemas&cuci dapur..sy mau tidoo....sy tak tergamak la nak tido dgn enak2 sedangkan org lain sedang berusaha mengemas umah huhuhu tp apakan daya, sy sgt penat, pinggang rs nak tercabut, perut rs kerass, kaki rs nak patah, napas tercungap2..tp sy tido jgak la lepas tu hehehe sy kan ppuan yg sarat mengandung. lemah tak berdaya. hasilnya, kaki kanan ku krem pd jam 345pg..uwaa sakit sgt2, lama lak tuh. sekali lg tumpah airmataku.

yang belom siap utk rumah tu hanyala kitchen cabinet, partition & grill utk pintu dapur. owh langsir bilik juga belom dibeli..partition da ada org dtg psg pg td..tatau la apa resultnya. langsir mayb satg kuar p beli jap..kat jusco..murah2 suda. berikut design partition yg ditempah *ayt tak bleh blah sggh



kalo da siap harini esok leh upload yg da siap..utk tatapan teman2 rapat je.

yang ni design kitchen cabinet sebelum pecah pintu dapur...keluasan dapur sgt kecik, tak sesuai utk chef mcm i.



haa yang ni selepas pecah pintu dapur...kabinet utk dry area remains, tuka utk bhgn wet area je. mcm ni br la semangat nak memasak. yang..sebut je nak mam apa..meh mama mskkan.



tp kan ada masalah sket ngan ruang dapur ni..ruang yg ala ala nak besar ni mendatangkan masalah mana nak letak peti es, kabinet sedia ada (dr umah lama, sayang..hangkut bwk sekali..leh muat brg2 gak) ngan mesin basuh. hmm kena tunggu dan lihat je la dulu, sampai kitchen cabinet siap dipasang. bole? boleh laa

eNd

*lapar la..somi ku ni tak tepon tak sms..hmm dia kalo da duk kat rumah tu, mmg bertuka menjadi mr muscle selaluh. yela..kalo dia tak buat sebelum p keje khamis ni jawabnya keaadaan yg sama la ms dia blk lg 2minggu hehehe

July 14, 2010

sakit perut

minggu ni da msk 36wks & 2days..ada lebih kureng 3wks++ more to go... a bit nervous sebenarnya, risau kesihatan baby dlm perot (sbb kalini mama mmg tak menjaga langsung kesihatan dr segi makanan, aktiviti, emosi etc)..semoga Allah memudahkan semua urusan kelahiran baby yg baru ni.

2,3 harini sakit perot & mual2 sgt la mengganggu perasaan..huhu tiap2 mlm tido dlm keadaan kesakitan pinggang, perot, kaki yg amat (sampai menitik air mata) huhu dugaan sungguh mengandung kalini. takpa2..pasni nak rehat puas2.

preparation utk pantang hampir lengkap..tinggal lg nak beli ubat barut, bengkung, ngan mandian herba instant dr NR. nak beli complete set kang, takuk membazir..haitu da terbeli set alfiat. hehe *beli je la..mkn belom tentu.

nak p klinik la sat...terasa sakit2 yg mild *mcm nak peot je ni. kaki pon lenguh len mcm je ni. huhu owh baby tunggu la bln 8 ek.

July 08, 2010

rumahku syorgaku - part 1

mls nak menulih..nak upload pics je. keadaan umah (bhgn dapo)extend pintu dapo ke belakang lebih kurang 4kaki jo...nak buat major renovation pitih tada. buat je la sikik2 dulu. lg 2,3 hari siap la kot..pastu leh proceed ngan kitchen cabinet&redesign sinki&masak2 area. harap2 by nxt week da bole pindah msk rumah baru.



pic 1



pic 2

bila da siap reno..akanku upload pic lain..tunggu kitchen kabinet siap lah hehe

**post ini adalah ats ujaan ya menghapdet koleksi lampu kelip2 umah beliau huhu

June 21, 2010

alfatihah..kehilangan yg tiada gantinya

Selasa 8 Jun 2010, 3pm..kakak tersayang, Tuan Syahirah Tuan Yaakub telah kembali ke rahmatullah pada usia 32tahun setelah 4tahun bertarung dengan penyakit kanser. Ya Allah, ampunilah dosa hambamu, Tuan Syahirah bt Nik Yah, tempatkanlah rohnya dikalangan org2 yg beriman. Semoga arwah tenang bersemadi disisiMu.

Walaupon pedih & susah utk menerima hakikat kehilangan kakak, kawan yg paling rapat, kami adik beradik redha dengan qada' qadar Allah. sesungguhnya ini ujian yg paling berat.

Kepada abg shidi, terima kasih di ats kesabaran&kasih syg yg telah diberikan kepada arwah, menjaga arwah tanpa jemu semasa hayatnya. hanya Allah yg mampu membalasnya..

tak ada satu hari yg berlalu tanpa kami mengingatimu...alfatihah

in memory..Tuan Syahirah Tuan Yaakub 28 Ogos 1978 - 8 Jun 2010

June 01, 2010

hati pedih

khamis 27may, ptg lebih kurang kul6 kami (aku, umar & aje) sampai umah mil sya di teluk air tawar. ms tu tgk sya tgh bersandar ats katil bujang depan tv. kurus, cengkung, pucat...air mata aku takyah ckp la..laju je terembes keluar..siap pakej sekali ngan air hidung lg...sesungguhnya tak sanggup tgk keadaan kakak kesayanganku tu. ms tu seboleh2nya buat2 fikir menda lain, sbb malu la nak nanges beria kat umah org. aku est berat badan sya tak lebih 45kg. aku tgk lengan aku da sama besar ngan betis dia..masyaAllah..da 2minggu sya tak mkn, minum air pon sikit je. ulser penuh di mulut&lidah. beratnya dugaan yang kakak ku sedang hadapi. Ya Allah..kurangkan kesakitan yg di alami kakakku Tuan Syahirah binti Nik Yah. Amin

jumaat 28may, siangnya mcm biasala..kdg2 sya mintak urut bahagian dada, tangan belah kanan, kiri & perut. kdg2 tgk dia mcm sesak nafas. tp condition sya haritu mengikut kata mil dia, ok berbanding hari2 lain. sbb haritu ada la ms dia tido nyenyak dlm sejam 2. terus aku membayangkan hari2 yg biasa sya hadapi. ya Allah..kurangkan kesakitan yg dialami kakakku Tuan Syahirah binti Nik Yah. Amin

Sabtu 29may, dr jumaat mlm hingga pg sabtu..sya tak tido..hubi ksya pon tak tido sepanjang mlm, duk urut2 dada, perut, tangan sya. ms tu aku mmg tak tertahan da rs sedih, pedih yg teramat. nafas dia turun naik dgn tersgt laju..kalau boleh aku nak share rs sakit tu. tak sanggup tgk muka dia berkerut2 menahan sakit. igt pesan hubi, aku bc yasin setiap kali ada ms terluang..utk meringankan segala2 yg sya dihadapi. betapa aku insaf tentang nikmat kesihatan yg aku sedang rasa, berbanding kakakku yg berjuang melawan sakit.

pg tu kami pujuk sya mkn ubat yg kza beli, 4life transfer factor plus; utk tambah imuniti badan..ada byk testimonial pesakit kronik yg terlantar, berupaya menguruskan diri sendiri selepas mengamalkan ubat tu. 3biji x 3kali sehari. taget kami badan sya kembali fit utk meneruskan rawatan kanser. sabtu petang condition sya sama jgak, sakik2 & sesak nafas. saspen jgak sbb mlm tu ptt nya ada appoinmen ngan ust lokman rawatan syifa-alhidayah di bayan baru. kalau ikut condition dia, mmg rsnya dia tak larat. bayangkan minum air kosong seteguk pon sya tercungap2 penat. inikan pula nak ke bayan baru. huhuh alhamdulillah, kuasa Allah memudahkan semua kesulitan..mlm tu dlm kul8, sya setuju nak p bayan baru. appoinmen sepatutnya 12:30am, no giliran 164/200 (no tu abeshidi dpt selepas beratur 2jam dgn mendukung haidar yg tertido dibahunya)huhu kami siap2 awl, taget kuar umah kul11. dgn bawa wheel chair, tong oxigen (sya mmg 24hrs pakai oksigen) kami bergerak ke penang. 1215 kami sampai kat bwh apartmen tempat rawatan, abeshidi nek ke tingkat 9 nak check giliran sya. hmm dugaan kecil, dpt tau no giliran 150-200 di sambung rwtn ke hari ahd kul 11pg..sekali lg Allah telah memudahkan kesulitan hambaNya...tuan rumah, dato' Z bg sya slot in utk rwtn mlm tu jgak. siap tunggu dpn pintu, dan dia mintak ust lokman ke ruang tamu mulakan rwtn utk sya. Alhamdulillah3x. lepas scan condition sya, ust lokman bg ayt2 dr 2surah..utk kami amalkan. ust lokman tak guna perantara lain (jin dsb), sbb tu semua pesakit yg nak rawatan kena jumpa dia dulu. next appoinmen 26jun, juga ats pertolongan dato' Z tu. sepatutnya nxt appoinmen 31julai..Alhamdulillah, Allah telah memudahkan kesulitan kami. Dlm kul2pg kami sampai di rumah teluk air tawar..perjalanan kami dimudahkan, sya tada sakit2 @ sesak nafas sepanjang perjalanan. Mlm tu sya tido nyenyak sampai kul6 pg...Alhamdulillah
ya Allah..kurangkan kesakitan yg dialami kakakku Tuan Syahirah binti Nik Yah. Amin

Ahad 30may, pg tu sya da bole ckp sikit2..mintak nak mkn telur msk separuh, 2bijik lg..Tuhan je yg tau betapa leganya hati tgk perubahan dia tu. Boleh la aku blk shah alam dgn senang hati...tak perlu nanges2 sebelum berpisah. huhu aku doakan keadaan sya akn semakin pulih, wpon akn ambil ms bertahun, aku yakin sya akn sembuh dgn izin Allah. Amin3.

Nikmat dr sakit kanser sya tu, aku rs aku lebih sayangkan dia dr dulu..dan kami adik beradik jd lebih rapat. Allah tak menduga hambaNya diluar kemampuan kita. semua nya ada hikmah yg tersembunyi.

Ya Allah...sembuhkanlah penyakit kanser yg kakakku hadapi. Amin

May 11, 2010

salah siapa

ecece tajuk post..tak bley blah..mcm tajuk lagu kru...hehe da lama tak menulih...mls+tada feel nak menulih. biasala kan kata alahan mengandung..iyola tu jenab. walhal da mmg dasar pemalas kuikuikui courage utk menulih blk ni pon sbb bc blog wenn =D

hmm minggu ni lepak gila..studen da stat cuti, paper final da abih marking, tinggal nak key in je lg. indahnya perasaan ini, tak terucap rsnya..lg indah kalo somi pon coti ms ni..ohh *smbl koya. again..terbukti..dasar pemalas huhu

ckp psl markah studen..owhh sungguh menduka citakan. produk sulung ku nampak gayanya ramai yg fail huhu salah sape ek? aku ke yg tak reti mengajar? hmm

*benti la lu..key in markah lu br leh komen panjang2