Showing posts with label E-day preps. Show all posts
Showing posts with label E-day preps. Show all posts

Mar 8, 2011

~5 hari lagi~

ouh.. minggu yang nak buat sy rasa nak tersenyum je sepanjang masa...
*senyum lebar-lebar*

lagi 5 hari ya..

oh! ada lagi 5 hari nak menggatal-gatal..
sebelum menjadi tunangan orang.. haha

excited dah ni sampai hilang mood nak kerja..
( macam mana nak jadi top sales ni? )

wah! 5 hari lagi!

Mar 3, 2011

~10 days!~

oh!
10 hari lagi ya..

apa persediaan? 2 perkara yang penting selama 10 hari.

1. jauhi fast food
2. elakkan jerawat di muka

oh ya. tqa tengah cari tempat untuk boarding kucing. tak muatla pulak kereta nak bawak balik anak-anak tu minggu depan. nak tinggal kat rumah, macam tak percaya je.

ada suggestion tak?

Mar 2, 2011

~map budak-budak~

oh ari ni saya struggle buat map untuk kawan-kawan datang masa E-day nanti..

inilah hasilnya


semua dijemput hadir ya..

=)

p/s: saya budak baru belajar.

Mar 1, 2011

~paperbag photography~

entri kali ni bukan pasal paperbag doorgift lagi ye..

ni nak review photographer antara yang terbaik di abad ini..
dia ni one of tqa's bff since dari matrik..
kalau kat fb, korang boleh jumpa dia dengan nama ni, Yeirkif Abdullah

jom tengok pic2 dia..
*jeli, aku pinjam sat na =) *











cantik kan?? tqa dah lama verangan nak dia amik gambar E-day, wedd tqa..
tapi memandangkan budget untuk E-day ni tak berapa nak ada..
terpaksa la tolak ke tepi.. =(

tapi, untuk kawin konfirm tempah dengan dia je!

sekarang, dia dah ada team sendiri, Paperbag Photography namanya.
Siapa-siapa nak booking diorang, boleh la klik kat link tu .
Harga dia pun berpatutan and sesuai dengan kualiti gambar..

=)





Feb 28, 2011

~beg doorgift~

Hype!
kali ni nak share beg doorgift yang tqa da beli & siap packing..

1. warna putih :
tqa suka sangat reben dia.. sebab polka dot!
dah suka, tak pikir nak survey da.. belasah je.. kui2..
ni harga dia RM 1 sekeping
material dia bukan kertas, bukan kain.. tapi tak menyerap air..
(sebenarnya memang xtaw nama material dia).. hehe


* ni untuk guest*

2. bunga-bunga:
murah je.. ari tu survey kat Semua House, mahal kot.. dekat 1.50 satu..
tapi yang ni mak beli kat Cowboy, 70 sen je satu!
material :kertas


* ni untuk pihak lelaki & saudara mara*

3. beg kanak-kanak:
erm yang ni kalau tak silap, dalam 30 sen rasanya sekeping..
budak2 tak boleh dapat beg mahal2, nanti rosak..kui2


* untuk anak-anak kecil*

kenapa banyak sangat beg nya kan? haha..
ari tu tqa beli yang warna putih tu 100 je..
then mak kata tak cukup, sedara mara je dah lebih 50 orangkan.. (btoi jugak)

so, dia decide nak beli design lain untuk bagi kat pihak lelaki..
hasilnya dapatlah yang bunga2 tu..
cute tak? =)

sesiapa nak beg2 comel ni, moh datang ke Majlis tqa..
(macam promotion plak kan)


p/s: 2 minggu lagi =)





Feb 26, 2011

~my hand bouquet~

excited sangat today sebab... sebab...
........
........
........
........

dah berjaya dapat hand bouquet idaman hati!

*suka*

sila tengok.. seperti biasa, hasil kerja tangan wedding planner terbaik di abad ini.. my MOM *bangga*


tak jumpa calla lily macam kat sini..
susah sangat2 nak cari yang artificial..

tapi dapat yang ni pun dah suka sangat2!

*excited*


Feb 24, 2011

~jeng jeng jeng~

hoye! hehe.. excited sket hari ni..

layan~~

* almond rose utk isi dalam beg doorgift*

biskut almond ni Mak Ndak yang tolong buatkan. sedap taw.
siapa nak tempah boleh email tqa, untuk raya ke kawin ke. =)
p/s: tapi ni mak yang sponsor. hehe


* my dress *

oh baju ku! thanks auntie Lip Hua. heart sangat dress ni walaupun sekadar baju kurung. *suka*
nanti nak raya boleh tempah kat Auntie lagi.
p/s: tak mampu lagi nak tempah kat designer *sigh*


* tudung *
(terpikir nak tambah batu2 kat tepi2 tudung ni)


tudung layer ni beli kat Aalia je.
ari tu tengok dalam butik pengantin, ada model pakai tudung layer + letak aksesori je kat kepala untuk majlis tunang.
simple & sweet.


*aksesori kepala*

aksesori ni murah je, beli kat SEMUA HOUSE.
tak sampai 50 pun.

weekend ni nak balik Kuantan and setelkan yang lain-lain.
nanti tqa update lagi.

*suka*

Feb 23, 2011

~18 hari lagi? ~

erk?? lagi 18 hari ke?

jom buat senarai semak. apa yang blom settle lagi ek?..urm..

Outfit
1) Baju - done
2) Tudung - done ( tinggal nak tambah diamond2 je)
3) Aksesori - done
4) MUA - done
5) Hand bouquet - pending

Hantaran
1) Bekas cincin - pending
2) Bunga rampai - done
3) Kain pasang- done
4) Sampin - done
5) Perfume - done
6) Cupcake - pending
7) Buah - pending
8) Chocolate - done
9) Sirih junjung - pending
10) Kuih Bekang - pending
11) Nasi Manis - pending

Lain-lain
1) Canopy - done
2) Kemeja en Akmal - done
3) Beg doorgift - done
4) Almond rose - done
5) Jelly - pending
6) Gula-gula - pending
7) Photographer - done
8) Mini pelamin - pending

okay. banyak jugak yang done. yang pending kebanyakannya related dengan makanan.
and yang sedihnya still belum jumpa orang yang boleh buatkan Calla Lily bouquet.
Kena mintak tolong kat mak la gayanya ni.

oh ya. nak story sket decoration hantaran semuanya DIY. tapi bukan tqa yang DIY. Mak yang tolong. hehe. Untung dapat mak pandai gubah segala bagai ni. Mekaseh Mak! =D


* ni hasil tangan mak, cantik x? hee *

Feb 18, 2011

~baju dah siap~

alhamdulillah..
tadi call tailor, tanya perkembangan baju untuk E-day nanti..
dia kata dah siap!
thanks auntie Lip Hua
and thanks to kak Ayin sebab rekemenkan auntie ni..
bagus dia.. on time.

oyeah!
sangat3 gumbire!

hope baju tu PERFECT & tak ada apa2 masalah..

esok dah boleh ambil kat kedai dia..
tak sabarnya saya!

mood: suke

Feb 17, 2011

~calla lily bouquet~

teringin nak jadikan calla lily as hand bouquet on E-day nanti..

cantik kan?..


*sumber


*sumber


*sumber

2 warna ni je tqa nampak cantik..
probably nak order warna putih kot..

mood: suke
=)

~counting days~

today, 17th Feb
maknanya ada lagi 24 days sblom E-day..

tengok bilangan hari macam lama je lagi..
tapi kalau kira minggu.. ada lebih kurang 3 je..
adeyh..

semalam cakap telefon dengan mak..
buat checklist..

alhamdulillah..
banyak perkara dah settle..
canopy dah book..
bilik dah kemas..
hantaran pun dah 60% siap..

wah! suke2!
hehe

this weekend nak gi ambil baju kat tailor..
harap2 PERFECT la..
kalau x, menangisla.. isk2

weekend ni jugak nak cari kemeja untuk en Akmal..
nak menjelajah semua G2000 kat KL ni..
*cerewet sangat dia ni nak cari kemeja..haih*

tinggal nak setelkan doorgift je lagi..
maybe next week dah boleh setel kot..

wish me luck ye
dah mula risau ni..
=)

Feb 2, 2011

colours..





Dah dapat idea untuk warna tema..
cantik tak?

tak pernah terfikir pun nak gabungkan warna hijau & peach..
tapi bila beli kain hari tu.. & try gabungkan.. nampak cantik sangat!!

so, stick pada warna2 diatas untuk perkara yang lain2...

mood: excited!

Jan 31, 2011

oh No!

tadi termenung depan PC after baca blog2 B2B..
terfikir sekejap..
berapa duit yang perlu ada untuk event nanti..
and apa yang perlu & tak perlu untuk di 'cut' cost kan..

ok. jom buat list:

baju kurung moden - in progress
tudung - in progress
veil - perlu ke?
accessories- done
kasut - perlu ke?
MUA - masih mencari
hand bouquet - perlu ke?
perfume - kalau ada duit lebih baru beli

photographer - sedang menunggu quotation

dulang hantaran (11) - in progress
1)perfume set- done
2)kain pasang - done
3)kuih bekang- auntie
4)sirih junjung - mak
5)cincin- done
6) cupcake - x done
7) chocolate - x done
8) bunga rampai - x done
9) buah - x done
10) jelly - x done
11) tak tahu nak bagi apa

f&b - x done (sponsored by Abah maybe)
canopy - x done
mini pelamin - in progress
kain- done
bunga-bungaan - x done
doorgift paperbag - done
rose almond - auntie

ni yang teringat buat masa sekarang..

mau dekat RM 5k gak habis ni..
adoiyai..
mana nak korek duit lagi ni..~~
luckily dah banyak yang dah beli.. fuhh~~

oh No!

Jan 5, 2011

berangan jap~~

nak berangan jap..ececeh..warna tema apa nak buat untuk majlis tunang & kawin nanti ye..idea da ada tapi x tawla sesuai ke x kan.. urm..~~~


warna-warna ni nampak cantik & sweet..da cop untuk E day nanti.. hehe



warna ni buat untuk majlis sanding kan cantik..hehe




ni pun cantik..(pinjam jap dari zafie zainal)


nikah nanti wat tema krim..sweet~~

reception punya tema je x pikir lagi..tu kita serahkan pada en akmal & emaknya..jangan amik warna gelap2 sangat dah la..tenggelam saya yang sememangnya dah gelap ni..hehe

xoxo!

Jan 3, 2011

mencari perfect tailor+design~


pinjam jap dari: shadyna.blogspot.com


pinjam jap dari: shadyna.blogspot.com

haih~ baru je balik dari bercuti yang panjang.. 10 hari ye.. dah pening nak on kan course, n pening nak mencari tailor! memangla banyak tukang jahit kat luar sana, tapi nak dapat yang pandai jahit fit & cantik, memang susah.. duit pun kena keluar banyak..haih~

semalam pergi karnival pengantin kat stadium melawati shah alam, kot2 la ada orang terima tempahan murah2 kan..sekali tanya harga.. RM 1500++.. terus speechless..haha

kain dah beli, cantik sangat2..lace warna peach & satin warna hijau pucuk pisang.. mula2 cam takut je nak gabungkan..sekali dah tengok btoi2..haih memang lawa sangat gabungan 2 warna ni..xsabar nak tengok baju ni siap!

cadangnya nak buat baju kurung moden je, contoh seperti diatas..paling suka yang warna putih tu.. hope dapat jumpa tailor yang boleh realisasikan baju idaman saya.. kalau x, menangis la...isk3~~

nanti dah siap baju tu, gerenti I upload!!~

muahx!

Dec 23, 2010

shopping di sogo~~


set CK Eternity untuk en akmal
- pinjam jap dari perfume headquarter



ni la elizabeth arden punye make up set yang berjaya I beli semalam..berbaloi! hehe


lalala.. petang semalam after balik kerja, gi sogo dengan cik sara..kan tengah sale ni..so, waktu yg sangat3 perfect untuk membeli set perfume & make up! boleh buat hantaran..hehe.

memang rambang mata la bila sampai kat tengah2 ground floor tu kan...berratus2 set perfume & make up yang ada..fuhh!~ first, terpikat dengan estee lauder punye set, price around RM 338 kalau xsilap, dapat pouch COACH and barang make up yang memang lengkap: eye shadow+blusher+lipstick+lipgloss+eyeliner+compact powder+lipliner.. pendek kata, semua ada la..

dah memang terpikat sangat2 da.. pastu jalan lagi terjumpa la elizabeth arden punya set pulak... yang ni ada beg besar n barang mekap dia pun lengkap, juz compact powder je yg x ada.. harga plak RM 288.. ha, dah jatuh cinta kat yang ni pulak...hehe..

pikir punya pikir, amik yang elizabeth arden sbab I punya kulit agak sensitif dengan bedak, so, x berani nak amik sebarangan n xpakai kan... besides, I suka bulu berus yang elizabeth arden ni..hehe..

tapi..nak pakai ni set ni lambat lagi..lepas bulan 3 baru boleh guna, sementara ni pandang je la...isk3~~

then I beli, set perfume untuk lelaki.. ramai betul salesman yang tegur2 nak promote kan..n ada la sorang ni, habis semua jenis perfume dia offer, memang da mandi perfume kena sembur dengan dia.. so, untuk x nak menghampakan dia, belila dengan dia, tapi perfume tu dia x rekemen kan pun.. en akmal memang suka yang tu.. dah pening dah nak pikir perfume mana nak beli untuk dia, susah btoi..~ I suka CK free, tapi dia kata bau tu kuat sangat & x sedap, so just beli CK Eternity..sedap gak bau dia..nyum2~~ hehe..

harga set ni dalam RM 278, dapat perfume 100ml and deodorant stick and 2 samples CK Free, hadiah dari salesman tu..siap balut n packing lawa2 lagi..time kasih abang salesman!

kesimpulannya, kalau korang nak beli set perfume & make up, nak buat hantaran ke kan, nak dekat christmas and during year end sale ni la waktu yang paling berbaloi-baloi!.. serius x rugi.. yang rugi juz kena tunggu lama la lagi nak pakai kan..macam saya ni..hehe

happy shopping2 kawan2!~

Dec 14, 2010

~ Perfect Ring ~


adorable!~


simple & nice


- pinjam jap dr Lazo Diamond-

today I buang tebiat sket, surf internet, cari details pasal CINCIN!!~ hehe
well, the day will come soon.. so preparation kena la buatkan..nak bajet2 lagi.. btoi x? =D

here satu fakta yang di jumpa:
1) lelaki x boleh pakai cincin emas kuning / emas putih/ suasa..

sebelum ni just fikir yang mereka xboleh pakai emas kuning je.. rupa2nya putih pun xboleh..
so, mengecilkan lagi skop cincin yang kena cari untuk en akmal.. =)

choice yang tinggal: platinum & silver

so, diatas adalah antara choice yang ada untuk platinum ring.. cantik sangat!
orang kata platinum ni mahal..btoi ke? xtawla.. sebelum ni selalu x nak ikut mak pergi kedai emas..padan muka! =D
hujung bulan ni kena survey harga and kalau mampu, terus beli sebab YEAR END SALE!
so, mesti murah & dapat diskaun kan?hehe

wish me selamat membeli ye kawan2~ =))