moist chocolate cake / kek cokelat kukus lembab
sumber resepi k.nor@secubitgaram
dah lama simpan resepi ni, baru kelmarin mencubanya. memang terbaik rasa dan teksturnya tambahan pula selepas 24 jam dan disejukkan.
bahan2nya:
250gram butter
1-1/2 cawan gula (tc kisarkan dulu gula)
(resepi asal...1 cawan gula castor, 1 cawan gula perang)
4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar suam
1-1/4 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko (resepi asal 3/4 cawan.)
caranya:
panaskan kukusan.
griskan loyang
ayak tepung dan serbuk koko
putar butter dan gula sehingga kembang
masukkan esen vanilla.......putar lagi
masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang/gebu
masukan tepung berselang seli dengan susu suam, kaup balik sehingga sebati
tuang kedalam loyang dan kukus sehingga masak (45 -60 minit)
sejukkan kek sebelum dituang topping
tc masukkn dalam bekas plastik dan kukus selama 20 minit
masa mengukus bergantung kepada saiz bekas yang digunakan
untuk ganache
150gram cokelat masakn- diracik halus
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu segar / air panas
1 sudu besar butter
campurkan kesemua bahan diatas kecuali butter
menggunakan teknik double boil.....panaskan sehingga cokelat mencair sepenuhnya
masukkan butter dan gaul sebati
tuangkan diatas kek yang telah sejuk