Tuesday, July 31, 2012

talam lapis ubi kayu

talam lapis ubi kayu (gunakan loyang 7" x 7")

bahan A
450gram ubi kayu (diparut dan ditoskan)
250gram gula pasir (tc kisarkan sehingga halus)
180ml santan
30 gram tepung jagung
25gram tepung gandum
2 biji telur ayam
1/4 sudu teh garam
pewarna kuning

bancuh rata kesemua bahan diatas sehingga sebati. bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

bahan B

75gram gula pasir
75 gram gula merah
60gram tepung  gandum
60 gram tepung jagung
380 gram santan
2 bii telur ayam
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla

kisar kesemua bahan B sehingga sebati dan bahagikan kepada 3 bahagian

panaskan pengukus
tc lengserkan loyang dengan minyak dan kemudian tc alaskan plastik
tuang adunan kuning..kukus selama 5 minit atau sehingga adunan mengeras (jangan terlalu lama)
tuang kan lapis cokelat....kukus sehingga mengeras
ulang sehingga habis
selepas habis melapis..kukus lagi selama 20 minit
sejukkan baru dipotong



nota:
kueh ni tc siap mengukus kira2 2 jam lagi sebelum berbuka, jadi untuk memastikan kueh betul2 sejuk dan boleh dipotong, didalam bekas, tc letakkan sedikit air, kemudian tc letak kan loyang berisi kueh dan tc letakkan ketulan ais......menjelang waktu berbuka, kueh tokchik dan betul2 sejuk dan boleh dipotong


Thursday, July 19, 2012

kisah ibu tua

tokchik baru sahaja dihubungi oleh seorang rakan, sebak terdengar suaranya.....
"mak aku dah meninggal dunia" katanya
"bila??????" tc bertnya semula
"petang tadi...sebab bila adik aku tel mak aku tak menjawab panggilannnya" rakan tc bercerita dengan suara tersekat2.
"tapi aku rasa mak aku meninggal pagi tadi" dia meneruskan bicara.
"mengapa kau cakap macam tu"
"sebab ikan yang dibeli masih dalam sinki...mak aku meninggal masa tengah makan...meninggal kat meja makan, sedang duduk ..makanan yang dipinggan dah dihurung semut, kat tangan dia masih tergenggam makanan yang hendak disuap" sambung beliau sambil menahan esak tangisnya.
"aku harap kau bersabar, takziah daripada aku untuk kau sekeluarga ya" tc cuba menenangkan beliau.

Hari selasa yang lepas beliau baru sahaja membawa ibunya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagaimana yang telah ditentukan.
Almarhumah meninggah pada usia 74 tahun, arwah ibu rakan tc tu tinggal sendirian, bukan anak2 tidak mempedulikan tetapi orang tua...kebiasannya lebih betah dirumah sendiri.
kita sendiri esok lusa tak tau bagaimana untung nasibnya.

alfatihah buat almarhumah....semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang diberikan rahmat oleh yang esa.  kira2 3 minggu Arwah telah memberikan tips kepada tc bagaiman hendak mendapatkan kulit karipap yang rangup.....

Thursday, July 12, 2012

apam labu

resepinya
bahan A :
1 sudu makan yis segera
1 sudu teh gula
2 sudu makan tepung
60ml air suam kuku (jangan terlebih suam nanti yis tak mengembang)

campurkan kesemua bahan diatas dan perapkan selama 30 minit sehingga yis mengembang

bahan B:
200gram labu (rebus, lenyek dan sejukkan)
300 gram tepung
200ml santan
180 gram gula
2 sudu teh double action baking powder
1 biji telur
esen vanilla

penyediannya :

bancuh bahan B sehingga sebati, kemudian masukkan bahan A, gaul rata, dan perapkan selama 1 jam
tuangkan kedalam acuan
kukus dengan api besar selama 15 minit (jika acuan kecil seperti yang tc gunakan)

Thursday, July 5, 2012

roti arab aka puri aka roti kembung

terlanjur gulai ayam rempah darat tc masih berbaki, tc buat le roti arab/puri aka roti kembung
cukup mudah resepinya

500 gram tepung gandum
2 sudu besar majerin
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
6 gram yist segera
300ml air

campurkan kesemua bahan diatas, uli sebati dan perapkan selama 1 jam
tumbuk buang angin doh yangd ah kembang tadi,
ambil sebesar bola golf
canaikan anggaran setebal 3mm
panaskan minyak..... goreng doh dengan minyak yang banyk




 tips tokchik:
untuk mendapatkan roti yang mengelembung, setelah doh dimasukkan kedalam minyak panas dan doh mula timbul ketuk2kan bahagian tepi doh ...ketuk2 manja namanya...ketika itu kita akan melihat roti ni mula mengelembung
goreng kedua2 belah roti sehingga kelihatan keperangan

redhakah aku

kalau tengk makannan dalam gambr ni agak2 berapa harganya ya??

sesenduk lebih nasi
1 ekor ikan kembung masak singgang
sedikit isi ayam yg bercampur dgn leher ddan kaki ayam - macam masak ungkep
3 butir jering
sesudu samabl tempoyak..

RM 10.30.....dua kali tc bertnyakan harga nya...manalah tau tersilap...
rm 10.30.....ya allah...seseungguhnya aku tak redha dengan harga yang dichargekan kepada ku
kalau sekitar rm 7 masih lagi nampk rasionalnya. Ketika tu tc rasa macam nak pulangkan aja makanan tu......
sebelum ni pernah juga beli makanan kat kedai ni....terletak sebelah stsn petronas setentang dengan masjid batu 2 jalan kapar klang
lepas ni...tc tak akan kesitu lagi
kelmarin semasa makan di kedai makan roda2 di jalan batu belah, dengan ulam, ikan kembung mask lemak (sama macam saiz diatas), sambal, dan sayur tc baru dicharge rm 6.50

Wednesday, July 4, 2012

karipap putar

resepinya

doh kosong :
350 gram tepung
1 cawan air suam dicampur garam secukupnya

campurkan rata bahan diatas dan uli sebati....ketepikan

doh minyak:
150 gram tepung
1 sudu shortening
majerin secukupnya

campurkan tepung dan shortening, ramas sebati
masukkan majerin sedikit demi sedikit sehingga doh boleh dikepal

bahagikan doh tepung kepada 15 biji, setiap biji seberat +/- 37.2 gram
bahagikan doh minyak kepada 15 biji, setiap biji seberat +/- 15 gram

ambil tepung, leperkan dan masukkan doh minyak kedalamnya,


leperkan doh
kemudian digulung
leperkan semula doh yang dah digulung
kemudian digulung semula


potong doh sama tengah,
lenyek doh sehingga nipis



letakkn inti dan cetak atau di kelim tepinya


goreng dgn api sederhana
karipap dalam gbr ni terlebih goreng...hehehehehe


gulai ayam rempah darat

ini resepinya
1 ekor ayam - anggaran berat 1.5kg
1-1/2 biji kelapa - asing kan santan pekat dan cair
asam keping - 3 keping  (bergantung kepada besar kecil asam tersebut)
garam
gula sedikit

kisarkan :
10 tangkai lada kering (tambahkan kalau nak pedas
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang puteh
1-1/2" halia

titikkan:
4 batang serai
1" lengkuas

masukkan ayam yang telah dibersihkan kedalam periuk
tuangkan bahan kisar
masukkan serai dan lengkuas yang dititik
tuangkan santan cair
didihkan sehingga ayam empuk
kemudian masukkan santan pekat, tambahkan garam dan sedikit gula
masak hingga kuah sedikit pekat




Followers