Bismillah.
Kicauan
burung menghiasi pagi. Subhanallah, tanpa jemu mereka memuji-muji Allah.
Alhamdulillah
masih diberi nikmat Iman dan Islam.
20 Oktober.
Pertama
kali menjejakkan kaki ke Pulau Kukup, Pontian. Sebenarnya tu la kali pertama saya mendengar namanya. Menjejakkan kaki ke sana, moga-moga semakin dekat diri ini denganNya. Menghayati ciptaanNya sungguh memikat kalbu. Sungguh.. Allah itu Maha Hebat.
Menikmati
pulau yang hampir kesemuanya dipenuhi dengan bakau. MasyaAllah.. bakau sahaja
entah ada berapa banyak jenis. Subhanallah33. Sesekali mengimbas kembali apa
yang pernah dipelajari sewaktu kelas Biologi berkenaan bakau. Hehe.. merindui
Miss Low Mee Siam, Cikgu Biologi sewaktu tingkatan 4 dan 5.
Deruan
ombak di Tanjung Piai, Pontian sangat kuat. MasyaAllah. Sesekali mata melirik
pada kapal-kapal besar yang lalu. Luasnya laut ciptaan Allah. Kalau dicampakkan
manusia ke dalam lautan itu, sekelip mata sahaja hilang. Allahu Allah. Kerdil
sungguh manusia ni. Tidak layak untuk kita sombong menumpang dibumi Allah ini.
Moga
kesempatan mengembara ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia ini mengeratkan
lagi ukhuwah kami.
Wallahua’lam.