Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Wednesday, March 28, 2012

Sumbangan

Bismillah

Rasa bersalah.

Selalu rasa begitu bila tiba-tiba pandang orang lain dengan pandangan berbeza. Ada orang pesan, bila kita dah mula pandang orang dengan lain macam, kena la check balik diri. Risau pandangan itu disebabkan perasaan rasa lebih baik dari orang lain.  

Bila disemak kembali, rupanya diri ini selalu lupa tujuan hidup.

Hari tu ustaz tanya dalam kelas, "Cuba fikir dan renung-renung, apa sumbangan yang kita dah beri pada Islam? " 

Masing-masing diam. Memusahabah diri kembali.

Wallahua'lam.

Tuesday, March 20, 2012

TRUST

Kertas.

Sekali kita renyukkan sekeping kertas,

Apakah mungkin ia kan kembali seperti yang asal ?

Monday, March 12, 2012

Mendahului

Bismillah

Orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah) daripada Muhajirin dan Ansar dan orang yang menurut mereka kepada kebaikan, Allah redha kepada mereka dan mereka pula redha kepadaNya, serta Allah menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itu adalah kemenangan yang besar.

(At-Taubah:100)



Pada kepingan mata wang perjuangan Islam, Muhajirin dan Ansar mencetak peranan yang agung pada sisi masing-masing. Kedua-dua sisi ditempa dengan palu godam kesulitan, kenestapaan, rasa sakit, dan air mata lalu disapa dengan kerelaan dan cinta.

Terperanjat kota Qadisiyah menyaksikan pasukan Muhajirin dan Ansar menyeberangi sungai yang membatasi mereka dengan kem pasukan Persia. Bangsa Arab yang 'tidak mengenal air' ini menjadi begitu berani, saling bergandingan tangan, saling merangkul membelah Eufrat yang deras.

Ceritanya belum selesai, ada yang lebih mengejutkan. Rombongan besar itu tiba-tiba berhenti di tengah arus yang deras dan semuanya membongkok sambil meraba-raba ke dalam riak. "Bekas airku. Bekas airku jatuh", seru salah seorang anggota pasukan orang Islam. Hal ini membuatkan puluhan ribu tangan mengaduk-aduk Eufrat seketika mencarinya.

Panglima Persia dan pasukannya yang tegang menanti di seberang dengan pedang terhunus, tercekik tenggoroknya. Seluruh pasukan mengaduk-aduk Sungai Eufrat hanya kerana bekas air? "Lalu bagaimana apabila salah seorang daripada mereka terbunuh disebabkan kita?" serunya. 

Ya, mereka tidak pernah mengerti ukhuwwah sebelum merasainya. Apabila pedang menebas ahli pasukan Islam, orang yang kena pedang tidak berteriak kerana mereka hanya merasakan cubitan yang menghantarnya menuju keredhaan yang empunya segala. Justeru, yang berteriak adalah saudara seiman yang berada di sampingannya. "Aaahh..!" melengking teriakkannya. "Saudaraku, engkau mendahuluiku ke syurga. Engkau mendahuluiku ke syurga.." 

:: Petikan Biar Bidadari Mencemburuimu - Salim A.Fillah ::
---

Luar biasa. Semuanya adalah tiupan lembut nafas cinta.

Wallahua'lam.
.

Friday, March 9, 2012

Hati-hati

Bismillah.

"Berhati-hati dalam menguruskan hak Allah.'' 


Semua yang ada adalah pinjaman dari Allah. Apa yang ada adalah asas untuk melakukan kebaikan. 

Baru ku lebih mengerti mengapa kita tidak boleh mengubah apa yang ada pada jasad kita. Kerana, dalam konsep meminjam, kita kena pulangkan balik apa yang dipinjam dalam keadaan seperti yang dipinjam. Apa yang ada pada kita hanya pinjaman, sebab itu kita tidak boleh mengubahnya.

Seronok belajar dalam kelas Islam dan Ekonomi pagi tadi.

Salah satu aspek dalam ekonomi Islam adalah bekerja. Untuk menjana ekonomi itu perlu berkerja.

Wallahua'lam.

Monday, March 5, 2012

Belajar jadi lebih baik

Bismillah



Alhamdulillah... Program Sambutan Maulidur Rasul MKK dah selesai. Walaupun banyak 'kejutan' dan perkara-perkara yang tak terjangka, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Moga-moga usaha yang sedikit ni, dikira sebagai ibadah dan menambah kecintaan kami kepada Rasulullah s.a.w.

Semangat kerjasama penting. Kadang-kadang tu memang akan ada yang buat kesilapan. Tapi tak boleh la nak saling menyalahkan. Sama-sama menampung kekurangan masing-masing. Agak terkesan dengan ayat salah seorang exco ni, ''Kalau tak ada salah seorang dari kalian, majlis ni tak akan jadi macam yang dah jadi tadi." Maknanya, semua penting dan ada peranan masing-masing.  

Dalam kehidupan seharian pun begitu. Semua ada peranan masing-masing. Saling nasihat-menasihati. Iman tu kan sentiasa turun naik dan sentiasa perlu diperkukuhkan. 

Sentiasalah ikhlas dalam melakukan setiap sesuatu. Kalau buat kerana manusia, belum tentu kita akan bersungguh kan. 

Kadang-kadang memang susah nak buat sesuatu yang baik terutama menyerahkan jiwa dan harta ke jalan Allah. Kadang-kadang memang rasa terpaksa. Tapi andai istiqamah walaupun sedikit, InsyaAllah DIA akan bantu.

Hidup.. Bukan hanya ingin bahagia dunia tapi akhirat. Abi selalu pesan, 'Segala susah payah yang kita buat kat dunia ni agar senang di akhirat..'

*Hari ni, berkesempatan mendengar 'pengisian' dari mereka yang ku kagumi kerana berjaya dalam mendidik anak-anak menjadi hambaNya yang soleh dan solehah insyaAllah. Moga-moga Allah melimpah rahmat kepada mereka sekeluarga. Amiin. 

Wallahua'lam.

Friday, March 2, 2012

Suka

Bismillah.

Hari ni hari kedua sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Kadangkala hujan membasahi. Hujan rahmat. 

Gembira. Walau hanya menyumbang perkara kecil. 

Tapi kadangkala bersedih hati. Sesekali hati berbisik, ''Aku buat ni sebab tanggungjawab atau aku cintakan Rasulullah s.a.w. ??? '' Mulut mudah saja berkata cintakan Rasulullah, hakikatnya.... 

Allahu Allah.

---

Pesan Dr Asyraf, setiap hari kena pasang niat untuk berbuat kebaikan. Setiap hari, rancang secara specifik apa yang nak buat dan bila. Kemudian, usahakan... 

Saya sangat suka bila Dr ingatkan, bersederhanalah. Seimbang. Perjuangkan hak sendiri, dan jauhi (jangan ambil) hak orang. 

Kekayaan, bukan diukur melalui bilangan. Kaya hanya bila kita tidak lagi berhajat pada manusia dan bergantung sepenuhnya kepada Allah s.w.t. 

Carilah dan lakukan apa yang Allah suka. =)

Wallahua'lam.