Firman Allah yang mafhumnya :
"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)
Saturday, July 31, 2010
Friday, July 30, 2010
Hanya Sekadar Diari | 2 Minggu ni..
Meniti hari-hari dengan pelbagai tanggungjawab. Kadangnya rasa seperti masih belum ku laksanai semua tanggungjawab itu. Ya Allah.. apakah yang mampu ku katakan bila ditanya tentang amanah itu kelak. HambaMu yang lemah ini sering terlepas pandang banyak perkara. Ya Rahman.. Hanya keampunanMu ku harapkan.
Banyak perkara yang ku lalui dan banyak perkara yang ku pelajari. Dan pelbagai manusia yang ku temui. Dalam ramai-ramai insan yang baru ku kenali sepanjang 2 minggu ini, entah mengapa tiba-tiba hati tertarik melihat seorang insan ni. Sungguh… ku jatuh cinta pandang pertama padanya. Mungkin ketenangan wajahnya yang membuatkan ku sangat-sangat ingin mengenalinya. TakdirNya, semasa pesta konvo, kami sama-sama menjadi urusetia dan ditugaskan pada jadual yang sama. Tenang melihat dia tersenyum. Rasa dah 3 hari tak jumpa dia. Terlupa pula mahu bertukar-tukar nombor telefon dengannya. Apa-apa pun, ku pelajari banyak perkara sepanjang bersama dia. Selain tu, banyak perkara juga ku lalui bersama sahabat-sahabat lain. Kadangnya mudah untuk mulut berbicara, " Erti Hidup Pada Memberi"..tapi diri ini masih tidak mampu mengaplikasikannya lagi... Terima Kasih semua kerna menjadi sebahagian yang melengkapi hidup ini… Alhamdulillah.. Moga-moga kita dapat aplikasi dalam kehidupan ini demi redhaMu Ya Rabbi..
Tersenyum seketika ku ketika membaca komen dari adik-adik usrah tentang diriku ini semasa kami melakukan aktiviti “Pandangan Pertama Anda Tentang Dia”. Hati membisikkan sesuatu. Perkara ini lagi. Isu yang sama sewaktu zaman persekolahanku. Masih belum mampu ku ubah persepsi pertama insan lain terhadapku. Betullah kata seorang sahabatku dan seringkali dia menasihatkan agar senyum sokmo. =)
Hampir 2 minggu ku tinggal bersendirian dalam bilik ni. Alhamdulillah semalam, pelajar-pelajar rayuan asrama yang berjaya dah mula masuk bilik. Dan begitu juga bilik ni turut menerima penghuni2 baru. Tak tahu la nak ungkap perasaan macam mana. Nak kata gembira..mungkin. Nak kata sedih.. entah la.. Kemungkinan bercampur baur. Maklumlah.. dulu single sekarang bakal berteman. Cuma tu la.. terkaku seketika ketika mereka melangkah masuk ke dalam bilik ni. Ku hanya mampu menghadiahkan senyuman menyambut kehadiran mereka tanpa sepatah kata. Hanya menjawab bila ditanya dan kemudian senyum. Tetiba teraplikasi konsep bercakap bila perlu. Stress kejap. Huhu.. Nasib la 2 hari ni, mereka cuma masukkan barang je. Tak tidur sini lagi. Jadi..belajar2 la biasakan diri dengan suasana baru dan sesi taaruf bakal bermula kelak..Ya Allah.. moga dipermudahkan segala urusan kami.. Amiin..InsyaAllah..
Lagi satu, Alhamdulillah tadi ketika on d way nak balik bilik, Allah takdirkan ku terserempak dengan seorang rakan sekelasku dari tingkatan 4 hingga 5. Sebenarnya dia dah 3 tahun belajar kat sini, amik diploma. Maknanya setahun lepas, kami sama-sama belajar di sini. Pernah sekali dua ternampak dia tapi tak berkesempatan bertegur sapa. Dan akhirnya tadi.. kami terjejak kasih di tengah jalan. Sekarang, dia jadi pelajar tahun satu degree. Allah.. syukur sangat2. Dan sepanjang perjalanan balik bilik, ku tersenyum sendirian teringatkan zaman persekolahan kami..
Sekian.. terima kasih kerna sudi membaca..hehe.. ^^
Wallahua’lam.
Minggu Mahasiswa n Pesta Konvo
Wednesday, July 28, 2010
Pencari JalanMu
Jalan hitam di dunia
Tak terhitung salah menodai
Masihkah ada kesempatan
Bagiku mendekatkan
Hati dan cinta kasihMu
Ku ingin bersihkan diriku
Dari segala dosa
Yang telah ku perbuah hingga kini
Ku ingin bersihkan jiwaku
Terangilah dengan segala petunjuk jalanMu
Bersihkan, terangi, hidupku
Tiada yang ada selainMu
Yang selalu menjagaku meski kadang tinggalkanMu
Aku hanyalah manusia yang mencari jalanMu
Yang pasti kembali padaMu..
- dengar di sini -
Monday, July 26, 2010
Sunday, July 25, 2010
Dialog : iman n diri
Iman : Assalamualaikum.
Diri : Waalaikumussalam. Oh,encik iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?
Iman : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.
Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.
Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari en.nafsu?
Diri : Eh,tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat en.nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya. (sambil tersenyum..)
Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)
Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)
Iman : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok en.nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.
Diri : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)Iman : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat en.nafsu, bos.
Diri : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, en. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga en.nafsu, tak kiralah apa yang berlaku.en.iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-qur’an dan apa-apa yang patut.
Iman : Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin InsyaAllah.. bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai muttaqin.
Pengajaran:Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.
Sahabat saya pesan...
"Jangan mengeluh sayang.... takut-takut mengundang perasaan tak bersyukur atas nikmatNya yang terlalu banyak ni..."
Allah....
Lemahnya hambamu ini...
Wallahua'lam...
Saturday, July 24, 2010
Binnabil Huda
Selawat dan salam buat junjungan besar, Rasulullah s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga baginda s.a.w...
Malu pada diri kerna masih belum mampu mencintaimu tapi ku sedang berusaha untuk mencintaimu...
Wednesday, July 21, 2010
Didik Diri | Ikhlas
“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)
Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas?
Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah SWT, kita berserah apa sahaja kepada Allah SWT. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah SWT. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah SWT. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah SWT.
Pastinya ikhlas KERANA ALLAH SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti kita lakukan semua kerja kita kerana Allah SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti ikhlas kita merangkumi semua
Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas?
Kita perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita dijadikan oleh Allah SWT dengan memiliki pelbagai tanggungjawab yang telah ditetapkan.
Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah SWT memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah SWT. INILAH IKHLAS. Orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah SWT. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah SWT.Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah SWT.
Bersama-samalah kita tingkatkan kesedaran kita, InsyaAllah kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja.
"Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan."
Ya Allah.. bantulah kami dan kami memohon agar kami tergolong dalam golongan yang ikhlas dalam apa jua yang kami lakukan agar ianya semua keranaMu..Amiin...
Wallahua'lam...
Tuesday, July 20, 2010
Deru Ombak.
Firman Allah yang mafhumnya :
Monday, July 19, 2010
Senyum Sokmo
Sunday, July 18, 2010
Terima Kasih dan maaf
Syukur Ya Allah...kerna telah menegur hambaMu ni melalui insan-insan yang amat ku sayangi..
Enjoy d silence.. walaupun hakikatnya hati masih gelisah.
Terima Kasih untuk semuanya..
Maaf kerna melukai hatimu lagi..
Bertambah Umur sahabatku..
Saturday, July 17, 2010
Seminar MBTZ
:: Hanya taubat mampu mereputkan akar kejahatan.
Friday, July 16, 2010
Thursday, July 15, 2010
Pencarian Personaliti Unggul
Wednesday, July 14, 2010
Tuesday, July 13, 2010
Hanya sekadar diari : Memulakan sem baru.
Lebih kurang dalam jam 10 mlm, ku memulakan perjalanan dari Muar menuju ke Kuala Terengganu. Pengalaman pertama naik bas 2 tingkat.. Biasa je. Rasa cm sama je ngan bas biasa.
Sebelahku seorang mak cik yang naik dari batu pahat. Masa awal2 perjalanan, senyap je. Segan la kononnya. Akhirnya tanya gak dia dari mana nak ke mana. Mestilah nak gi Terengganu kan, sebab tu naik bas tu.. takkan nak gi JB pula kan.. Mak cik tu orang Terengganu. Ada gak tak faham bila dia speaking gune high level loghat Terengganu. Apa lagi, terpaksa la buat-buat faham..(maaflah..) ^^ Masa bas berhenti rehat.. kami pun rehat gak la. Time tu baru la ku perasan yang mak cik tu bukan keseorangan, tapi dengan anak perempuan, menantu n cucunya (umur x smp setahun). Mesra terlebih la pula masa tu siap main-main dengan baby tu.
10 Julai 2010
Akhirnya.. Alhamdulillah dalam jam 6 lebih, sampai la di stesen bas Kuala Terengganu. Ramainye orang.. Terpaksalah amik langkah naik teksi time tu bagi menjimatkan masa. Nasib baik masa tu ada ex-room8. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Nampaknya pagi tu kenalah menginap di rumah sewa dia sebab masa tu kunci bilik tak dapat lagi.
Lepas solat subuh, ex-room8 terus mengemas bilik yang patutnya dia duduk tu. Alang-alang dah ada kat situ, takkan la nak wat muka macam tak tahu cite. Maka, kenalah merajinkan diri membantu walaupun hakikatnya macam terdengar bantal memanggil2. ( Perasaan jahat yang mengganggu). Alhamdulillah lepas settle semua, dapat juga merehatkan diri seketika. Petang tu, terpaksalah merajinkan diri menjenguk bilik asrama yang ku dapat. Khabarnya masa tu, bilik dah dibuka kunci.. jadi boleh la masuk. Masa buka pintu bilik tu, tak tahu la perasaan apa yang nak digambarkan. Ya Allah.. bilik tu sangat bersepah dan masih penuh dengan barang sebab bilik tu sebelum cuti jadi tempat letak barang. Maka, turun la ku dari aras 4 tu dengan sedikit kecewa.
Petang, Alhamdulillah dapat berjumpa sahabat-sahabat yang dirindui. Sambut birthday kakak kesayangan kami juga. MashaAllah.. best sangat.. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dalam merai redhaMu.. Amiin..
Malam lepas Isya' , ada meeting. Malam tu, kena tido kat bilik sorang sahabat yang duk asrama gak. Bukan apa, takut meeting tu sampai lewat malam sangat.. takut nak balik rumah sewa tu sebab kena balik sorang2. Malam tu tido lewat la juga sebab berborak ngan Nik. hehe.. Klu dah borak ngan dia susah gak nak berhenti. Akhirnya terlena juga sebab kepenatan.
11 Julai 2010
Suasana yang indah melihat adik-adik memulakan hari pertama kuliah. Yang perempuan berbaju kurung atau berpakaian agak formal. Begitu juga dengan pelajar lelaki. Ada yang berbaju kemeja dan berseluar slack. (Terbawa-bawa keadaan di matrik). Nampak lebih kemas dengan berpakaian formal. Tak tahula keadaan lagi beberapa hari atau minggu2 seterusnya.
Pagi tu kenalah menapak ke fakulti sebab nak kena amik slip keputusan dan renew ke'sah'an kad matrik. Lepas tu, baru amik kunci bilik kat asrama. Nasib baik hari ni tak ada kelas.
Malam, meeting sahabat MPP. Harapan ketua kami tu, Mengharapkan momentum yang lebih hebat.. (nasib x tambah inersia.. daya tolakan.. tenaga..dll.. ) InsyaAllah..kami cuba yang terbaik.
Malam tu, tido di rumah sewa pula walaupun tak berapa boleh nak tido. Maklumlah tempat baru.
12 Julai 2010
Pagi, memaksa diri menjejakkan kaki ke bilik di asrama. Atas nasihat sahabat, terpaksa la bertindak kejam untuk mengeluarkan barang-barang yang masih tak diambil dari bilik ku itu.
Macam nak raya pula, mengemas bilik tu. Menyapu, mengelap rak, meja, kipas n tingkap dan membuang sawang. Tak best sungguh buat kerja sorang2 ni. Ingat nak suruh robot buat, tapi tak ada pula. Akhirnya, masa nak mop lantai.. tiba-tiba rom8 baru pun sampai. Alhamdulilah.. lega sangat2. Ada yang membantu. Lepas selesai mengemas bilik, kemas barang pula. Penatnya. Entah tiba-tiba ada perkara yang sememangnya tak diduga berlaku. Sangat tak sangka sebenarnya. Sabar jela. Teringat kata sorang sahabatku, "Yang lembut tak semestinya lemah, muslimat power..!!". (tetiba je teringat ayat tu..) Petang, ada kuliah. Best sangat pensyarah yang ajar tu. Alhamdulillah..
Malam, gi ziarah ngan sahabat-sahabat satu kos ke bilik adik-adik satu kos yang join usrah HEPA. Penat tapi sangat seronok.. ^^
Firman Allah yang mafhhumnya : “Tidak ada kesusahan yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (64:11)
Ya.. makanya.. jangan bersedih.. ^^
13 Julai 2010
Pagi ni, sambung balik angkat barang. Alhamdulillah.. hari ni semua barang dah dipindah masuk ke bilik baru. Banyak gak barang. Dah macam orang dah bekeluarga nak pindah rumah. huhu..
Rom8 baru ku ni agak peramah. Tapi mulut ku yang selalu banyak cakap ni pula tetiba cam berat je nak buka. Maka, jadi pendiam la seketika. Bak kata sorang sahabatku, ala..kejap je jadi baik tu, nanti nakal balik..^^ Segan kot sebab masih baru. Lagi pun awal2 ni, enjoy d silence dlu. =) Masih banyak yang perlu ku pelajari dalam meniti jalan2 kehidupan ini.. Kena rasa jiwa positif dan hidup bertuhan..^^
Pe2pn.. Maaf dan terima kasih tuk segalanya. Terima kasih kerna menjadi antara yang menyempurnakan hidupku ini.. Terima kasih sekali lagi.. =)
p/s: Diari, sekadar titipan tuk diri sndiri n sudi mnemani.Wallahua'alam..
Halaqah Sentuhan Qalbu - Kontrak Hidup
(PART 2)
(PART 3)
(PART 4)
(PART 5)
Friday, July 9, 2010
Penghayatan | Isra' Mikraj
ISRA’ MIKRAJ terdiri daripada dua perkataan, kata yang pertama adalah Isra’, bererti satu perjalanan yakni perjalanan Nabi Muhammad SAW di malam hari, dari Masjidil Haram di Mekah, ke Masjidil Aqsha di Palestin. Adapun Mikraj, adalah naiknya Nabi Muhammad SAW dari bumi yang menembus ruang angkasa, sampai pada langit yang pertama, seterusnya ke langit yang ketujuh, menurut kehendak Allah SWT.
Imam Nawawi seorang tokoh perundangan Islam, menyatakan dalam kitabnya Syarah Muslim: "Perkara sebenar yang telah disepakati sama ada oleh ulama fiqh (fuqaha), ulama ahli hadith (muhaddithin) dan ulama ilmu kalam atau ilmu tauhid (mutakallimin), begitu juga para sahabat dan para ulama dahulu serta mutakhirin, bahawa Nabi Muhammad SAW telah diisra’ dan dimikrajkan oleh Allah SWT dengan roh dan jasadnya sekali.
Begitu juga Al Imam Ibnu Hajar mempunyai pendapat yang sama dalam perkara tersebut. Menurut Imam Nawawi, tiada alasan untuk menolak hakikat Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW dengan roh dan jasadnya sekali, kerana peristiwa Isra’ dan Mikraj agung itu bukan atas usaha ikhtiar Nabi Muhammad SAW sendiri, sebaliknya Nabi Muhammad SAW menghebahkan kepada orang ramai bahawa baginda telah diisra’ dan dimikrajkan oleh Allah SWT bersama malaikat Jibril. Kenderaan yang disediakan oleh Allah SWT bernama Buraq iaitu kenderaan yang dicipta dari cahaya. Buraq kenderaan khusus untuk suatu pengembaraan Nabi Muhammad SAW dalam perisitiwa bersejarah diisra’ dan dimikrajkan ke langit. Ini bermakna bahawa Isra’ Mikraj adalah suatu peristiwa di luar kemampuan Nabi Muhammad SAW untuk melakukannya, sebaliknya ia dikehendaki oleh Allah SWT berlaku ke atas diri Nabi Muhammad SAW dengan dibantu oleh malaikat Jibril.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Al– Israa’:1)
Ayat ini menjelaskan tentang peristiwa Isra’ Mikraj dengan memulakan kalimah Subhanallah "Maha Suci Allah."Ertinya, Allah SWT itu Maha Suci dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Sekalipun peristiwa Isra’ Mikraj itu perkara luar biasa (ajaib) di sisi akal manusia, tetapi bagi Allah SWT Yang Maha Suci dari sifat kelemahan, maka Dia boleh melakukan apa jua perkara pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagi-Nya.
Ibrah Di Sebalik Isra’ Mikraj
• merupakan rentetan peristiwa yang berlaku ke atas Rasulullah SAW secara real sebagaisuatu anugerah dan penghormatan Allah kepada baginda serta pengiktirafan teragung kepada penghulu segala nabi dan rasul.
• merupakan satu mukjizat yang tidak diberi kepada mana-mana rasul sebelum ini.
• merupakan satu perutusan diraja untuk penyampaian anugerah yang paling agung iaitu solat. Kesemua ibadat seperti zakat, puasa atau haji disampaikan melalui malaikat Jibril,tetapi solat, oleh sebab ketinggian darjatnya, ia disampaikan secara langsung melalui satu peristiwa gemilang antara Rabbul Jalil dengan Rasulullah SAW.
• merupakan pengalaman yang paling manis buat Rasulullah SAW setelah mengalami tekanan perasaan apabila dua orang penyokong kuatnya, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib meninggal dunia.
Sesungguhnya, peritiwa Isra’ dan Mikraj juga adalah ujian yang amat berat buat sekalian manusia untuk mempercayai adanya Allah Zat Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa melaksanakan segala kehendak–Nya. Sebagai muslim sejati, kita penuh yakin bahawa Isra’ dan Mikraj Rasulullah SAW itu adalah berlaku dengan jasad dan roh Baginda. Peristiwa Isra’ dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT kepada junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.
Amat berbeza sekali, orang-orang kafir di zaman Rasulullah SAW langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi Muhammad SAW sebaik Baginda bercerita kepada mereka. Golongan orang-orang kafir tidak percaya kerana pada pemikiran mereka amat mustahil Nabi Muhammad SAW menjalani Israk’ dan Mikraj di dalam waktu begitu singkat iaitu cuma sepertiga malam sahaja. Pada hal perjalanan yang begitu jauh jaraknya iaitu dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidilaqsa di Palestin. Kemudian naik menjalani tujuh lapisan langit. Menurut dakwaan mereka, yang demikian itu adalah suatu yang tidak masuk akal jika dilakukan oleh manusia seperti Nabi Muhammad SAW.
Kemuncak Yang Paling Agung
Nabi Muhammad SAW berjaya menempuh pelbagai ujian dan rintangan sehingga ke Mustawa. Di sini Malaikat Jibril berhenti kerana tidak mampu melangkah lebih jauh lagi. Rasulullah SAW meneruskan perjalanan bersendirian hingga ke 'Arasy. Inilah kemuncak yang paling agung, di mana Baginda menerima perintah solat 50 waktu sehari semalam. Atas nasihat Nabi Musa, Rasulullah SAW merayu kepada Allah untuk dikurangkan sehinggalah menjadi 5 kali sehari semalam. Inilah mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Baginda sebagai satu pengiktirafan Allah kepada Nabi dan Rasul teragung sepanjang zaman. Nabi Muhammad SAW menerima wahyu terus dari Allah SWT berupa perintah kewajipan mengerjakan solat lima waktu sehari semalam yang diperuntukkan kepada seluruh umatnya.
Kesimpulan
Kesempatan ini, kita seharusnya meneliti semula perlakuan solat kita supaya solat yang kita tunaikan ini dilaksanakan dengan sebaik– baiknya samada dari segi lahiriah mahupun batiniah kerana sesungguhnya, nikmat yang paling besar di sebalik peristiwa Isra’ Mikraj ialah kewajipan solat yang kita sama– sama laksanakan setiap hari sebanyak lima kali sehari semalam.Seharusnya kita azamkan agar solat yang kita kerjakan sentiasa lebih baik dan bahkan lebih sempurna dihadapan Allah SWT. Kita kerjakan solat tersebut dengan penuh khusyuk dan ikhlas semata– mata kerana Allah SWT, bukannya kerana harta-benda, manusia, kedudukan dan sebagainya. Melaksanakan solat sehari semalam merupakan perbuatan yang sangat ringan bagi orang mukmin yang hatinya penuh kekhusyukan dan ketaqwaan kepada Allah SWT sehinggakan hatinya selalu dekat dan pasrah, semata– mata mengharapkan keredhaan-Nya. Sebaliknya, perbuatan mengerjakan solat dirasa sangat berat sekali bagi orang yang hatinya jauh dengan Allah SWT kerana ketaqwaannya tipis, hidupnya sentiasa didorong oleh kepentingan hawa nafsu syaitaniah dan angkara murka.
Wallahua'alam..
nukilan,
FariQ Fitri
ISIUKM
Tuesday, July 6, 2010
Sabar
"Dan pasti Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilahi raji'un' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"
(2:155-157)
Wallahua'lam.
Monday, July 5, 2010
Kongsi setiap saatmu
Tidak ada siapa yang boleh mengetahui masa hadapan melainkan Allah. Mohonlah yang terbaik daripada Allah dalam setiap yang kita inginkan, moga-moga ia adalah terbaik tuk kita dan mendapat keredhaan-Nya..
KOMUNIKASILAH SETIAP SAAT DENGAN ALLAH
.
Dalam hidup seharian, kita sebenarnya lebih banyak berkomunikasi dengan diri sendiri (mind chat) berbanding berkomunikasi dengan insan lain. Ye.. usahla berdalih. Jadi, adakah lebih baik kita berkomunikasi dengan Allah dari berbual-bual dengan diri sendiri.
Wallahua'lam.