Iklan jawatan kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial
tarikh tutup 5 Mei 2009
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
JAWATAN:
-PENGURUS KES (CASE MANAGER) GRED 23
Kelayakan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda
- Umur 23 - 45 tahun
- CGPA 2.50 dan ke atas
- Pengalaman dalam Kesihatan Pekerjaan
Iklan lengkap boleh didapati di dalam Akhbar Utusan malaysia Ahad 26 April 2009
Iklan jawatan kosong diLembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
Tarikh tutup 12 Mei 2009
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang berkelayakan sahaja untuk memohon jawatan seperti berikut di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
PEKERJA RENDAH AWAM (PRA)
maklumat lanjut jawatan kosong tersebut
muat turun borang
Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran sepang
Tarikh tutup 4 Mei 2009
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan
kepada rakyat negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi
kekosongan jawatan berikut:-
JAWATAN 1 : JURUUKUR BAHAN – GRED J 41
JAWATAN 2 : PEMBANTU PENILAIAN – Gred W17
JAWATAN 3 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N 17
JAWATAN 4 : PEMANDU KENDERAAN – Gred R3
JAWATAN 5 : PEKERJA AWAM (PRA) – Gred R1
maklumat lanjut jawatan kosong MPS
Jawatan : Pembantu Penguasa Kastam
Gred : W17
Kod Skim : 4611
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Kastam Diraja Malaysia
Jadual Gaji :
P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46
Syarat Lantikan:
(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; dan
(ii)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas :
Bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport/eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar/ masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.
Jawatan : Pembantu Penerangan
Gred : S17
Kod Skim : 3386
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Kementerian Penerangan
Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95
Syarat Lantikan:
(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(iv)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Membantu mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar, membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara, menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan, mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan dan membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media.
Jawatan : Pembantu Pendaftaran
Gred : KP17
Kod Skim : 4605
Kumpulan : Sokongan
Kem./Jab. : Jabatan Pendaftaran Negara
Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95
Kelayakan
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.
Iklan jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tarikh tutup 21 April 2009
Permohonan untuk jawatan dalam perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut :
1-PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)
2-PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 (KONTRAK)
3-PEMBANTU PENILAIAN GRED W17 (KONTRAK)
Iklan lengkap jawatan kosong DBKL
Iklan jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tarikh tutup 21 April 2009
Permohonan untuk jawatan dalam perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut :
1-PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)
2-PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 (KONTRAK)
3-PEMBANTU PENILAIAN GRED W17 (KONTRAK)
Iklan lengkap jawatan kosong DBKL
| ||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
| |||
| |||
Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Kinta Selatan
Tarikh tutup 23 April 2009
1 Pegawai Penilaian W41 - Tetap 1
2 Pembantu Teknik Am J29 - Tetap 1
3 Penolong Akauntan W27 - Tetap 1
4 Pegawai Khidmat Pelanggan N17 - Tetap 1
5 Pembantu Tadbir(P/O) N17 - Tetap 1
6 Juruteknik Komputer FT17 - Tetap 1
7 Juruteknik Awam J17 - Tetap 1
8 Tukang K3(Elektrik - R9
Iklan lengkap jawatan kosong MDKS
borang permohonan MDKS
Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Tapah
Tarikh tutup 30 April 2009
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-
1-PEMBANTU TADBIR (Perkeranian & Operasi)
2-PEMBANTU PENGUATKUASA
3-PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
4-PEMERIKSA KENDERAAN MOTOR
5-JURUTEKNIK KOMPUTER
6-JURUTEKNIK LANDSKAP
7-PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP)
Iklan lengkap jawatan kosong MDT
Iklan jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
Tarikh tutup 14 April 2009
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah berikut
1-Akauntan
2-Pegawai Teknologi Maklumat
3-Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
4-Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
5-Pembantu Pegawai Latihan Vokasional
6-Pembantu Tadbir (PT.PO)
7-Pembantu Tadbir (kesetiausahaan)
8-Pembantu Tadbir (kewangan)
9-Pembantu Ehwal Ekonomi
10-Pembantu Tadbir Rendah
11-Pemandu Kenderaan
iklan lengkap di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
Iklan jawatan kosong di kementerian Dalam Negeri
Tarikh tutup 17 April 2009
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan-jawatan berikut:
1-Tukang - K2
2-Tukang - K3
3-Tukang Masak
iklan lengkap jawatan kosong KDN
cara memohon
Iklan jawatan kosong di
PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SMIDEC)
Tarikh tutup 22 April 2009
SMIDEC memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan dinamik untuk bersama-sama membangun dan melaksanakan strategi pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) di Malaysia.
1. Pegawai Ehwal Ekonomi E48
2. Pegawai Undang – undang L44
3. Pegawai Ehwal Ekonomi E41
4. Pegawai Penerangan S41
5. Juruaudit W41
6. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27
7. Penolong Pegawai Perpustakaan S27
8. Pembantu Ehwal Ekonomi E17
9. Operator Mesin Prosesan Data F14
10. Pembantu Am Pejabat N1
maklumat lanjut jawatan kosong SMIDEC
borang pemohonan SMIDEC
Iklan jawatan kosong di Majlis Daerah Rembau
Tarikh tutup 13 April 2009
Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA. Keutamaan Rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-
1.Pemandu Kenderaan Bermotor Gred R3
maklumat lanjut jawatan kosong MDR
Iklan jawatan kosong di Perbadanan Putrajaya
Tarikh tutup 15 April 2009
Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan bagi jawatan-jawatan seperti lampiran disertakan ini. Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan berserta 2 keping gambar berukuran passport ke alamat seperti di lampiran selewat-lewatnya 15 April 2009 . Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-8888 7614 (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia). Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.
jawatan-jawatan yang ditawarkan ialah:
1-Pegawai Pertanian Gred G41
2-Penolong Pemelihara Hutan Gred G27
3-Pembantu Pertanian Gred G27
4-Juruteknik(Awam)Gred J17
5-Renjer Hutan Gred G17
Lampiran PPJ
Selaku penjawat awam atau bakal penjawat awam anda hendaklah mengetahui apakah itu amalan 5s. Tapi akah itu 5s?
5S ialah kaedah/alat pengurusan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat di negara Jepun. Amalan 5S ini boleh mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam organisasi, menentukan kepatuhan kepada standard serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan.
Budaya penambahbaikan berterusan perlu diterapkan dalam Perkhidmatan Awam bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan (service delivery) kepada pelanggan. Amalan 5S merupakan salah satu daripada inisiatif kualiti yang amat berkesan dalam usaha untuk menerapkan budaya penambahbaikan di kalangan warga Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Justeru Amalan 5S ini merupakan penggerak kepada inisiatif-inisiatif kualiti yang lain.
Fokus utama amalan 5S :-
* Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran di tempat kerja;
* Meningkatkan semangat kerjasama berkumpulan; dan
* Meningkatkan keberkesanan operasi.
Jadi apakah itu amalan 5s
diambil dari perkataan jepun
1-Seiri = Sisih
Mengasingkan dan membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.
2-Seiton = Susun
Menyusun barang-barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
3-Seiso = Sapu
Membersihkan dan memeriksa tempat kerja secara terperinci agar tiada debu atau kotoran di atas lantai, peralatan dan persekitaran tempat kerja.
4-Seiketsu = Seragam
Mewujudkan standard amalan terbaik di tempat kerja dan memastikan standard tersebut dipatuhi di samping memastikan tempat kerja itu bersih dan teratur sepanjang masa.
5-Shitsuke = Sentiasa Amal
Melatih pekerja untuk mengamal sistem Amalan 5S secara berterusan agar menjadi kebiasaan dan budaya kerja organisasi.
mungkin perkara berkaitan amalan 5s ini akan ditanya di dalam temuduga anda,,