Gembiranya papa bila dapat sms daripada ibu menyatakan yang darwisy telah dapat discaj..terus papa-mea war-war'kan pada semua orang-orang kampung..masa tu jam kul 12.00 tengahari..masa tu gak pak long dungun ada datang skuarga..so, kena tunggu biar papa dan tokwan mea ke hospital ambil ibu dan darwisy...kat sini, mudah jer proses nak keluar tak seperti di Penang, kena sign situ sini..pi kat bangunan lain untuk bayar (sekalipun ada GL)...kat sini semua setel kat wad tu jer...
Darwisy ada lagi kuning tapi tak tinggi, bacaan 161...kalau 210 mesti dah kena tahan lagi kat wad..now ibu bagi ubat homeopathy sambil makan kapsul susu kambing, fully breast-feeding dan esok nak kena jemur under sun rise sekejap..semuanya supaya darwisy dapat dipulihkan daripada 'jaundice' ni...doakan agar ia tak menyebabkan darwisy kena masuk wad 2 semula huhu...
Papa, ibu dan mea ingin melahirkan rasa penghargaan la kat semua kat rumah kemaman ni yang bantu ibu mea dan darwisy selama 4 hari sebelum ni..khususnya cik nah, cik lah, pcik izami, pcik abg ma skuarga, especially bak dan mak, dan yang jauh-jauh di utara, selatan, timur dan barat yang tak tersebut yang senantiasa mendoakan kesihatan dan keselamatan ibu dan darwisy...
Ini adalah sebahagian catatan seharian Damia, Darwisy, Diya' & Daaris sekeluarga, with my loving ibu dan papa tersayang. Catatan dalam blog ini merupakan hasil aktiviti kami berlima dalam keluarga ini dan ia untuk kenangan dan bacaan santai sahaja. Tiada catatan berat di sini - Pengarang.
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.
Friday, October 31, 2008
Thursday, October 30, 2008
Darwisy 24 Hours

Wajah adik mea dari dekat..ada iras siapa gamaknyer yer? cuba anda teka? hehe..nanti nama adik mea ni akan ada perkataan 'darwisy' hehe..tidur jer darwisy ni..arini ibu telah discaj and terus masuk wad tingkat 1 untuk temani adik mea..kalau nampak, dah ada sedikit tanda-tanda macam nak 'jaundice' (kuning)..hope tak la ketara sampai kena tahan wad lagi lepas ni..

tokwan sedang membelah mulut darwisy dengan kurma dan air zam-zam...mea jadi pembakar semangat hehe..semalam bukan main ketat peraturan kat wad kuarantin ni, sampai orang lain tak boleh masuk dalam wad ni except ibu dan bapa..today, semua pelawat bedal masuk jer...maybe nurse tak terlarang, iya la nak 'main' dengan orang kampung sini yang garang-garang hehe..

tokki sedang membisikkan kalimah keramat kat telinga darwisy nampaknya tu hehe...semuge darwisy akan dapat kecemerlangan dunia dan akhirat deh! go go chayyooo...

mea ahh..seperti biasa la..dengan buas dan happy go lucky-nya...papa datang nak jenguk ibu, tapi terpaksa jenguk mea lebih...habis satu wad ditelusuri mea...last sekali, masukkan mea dalam kod baby ni..tersengih jap, perasan kecik hehe..
Wednesday, October 29, 2008
Adik Mea Lahir

Adik mea..selamat dilahirkan pada 12.02 tengahari tadi, 29.10.2008 di Hospital Kemaman di sisi ibu..dan papa juga sempat balik menemani ibu semasa dalam labour room..baby boy dengan berat 2.8 kg..now, papa dan ibu dah mendapat sepasang anak...alhamduliLlah, semua doa dimakbulkan..ermm...so happy! amin dan terima kasih semua!

wajah riang seorang 'ibu' memangku anak, setelah berpenat lelah selama 9 bulan dan setelah menempuh saat-saat mencabar melahirkan baby dalam labour room..puas hati ya ibu! hanya yang melaluinya mengetahui betapa pedih dan sakitnya saat itu..sebab itulah syurga Allah letakkan dibawah tapak kaki seorang ibu..
semua gambar-2 ni diambil secara illegal sebab di hospital kemaman ni tak dibenarkan ambil gambar, pelik tapi benar! buat 2 hari ni, adik mea diletakkan dalam wad pediatrik akibat ibu dah leaking more than 24 hours..semoge takde apa-apa...so, ibu duk wad tingkat bawah, adik mea duk wad tingkat 1...kalau ibu discaj tengahri ni..ibu leh naik tingkat 1 untuk teman adik mea...tak payah la naik turun sokmo..
Tuesday, October 28, 2008
Mea RiLEks
Mea seperti biasa rileks jer walaupun ibu dah masuk wad..datang ziarah ibu dengan membuas segelinap ruang wad hehe...masa nak balik, selamba jer bye-bye kat ibu..ibu mea sekarang menunggu masa jer untuk melahirkan adik mea..papa still kat penang..malam ni papa balik la kemaman ekk, nak setel kan dulu kerja-kerja sebagai setiausaha seminar yang akan bermula besok..kesian kat semua geng urusetia...sorry, tugas untuk mea dan ibu lebih penting!

Urusetia drp usm dan jakim sedang menyusun fail untuk peserta dan pembentang kertas kerja esok..nasib baik papa dapat pengganti 2 sesi sebagai moderator..tenkiu!

Untuk relaks, papa balik dengan driver kali ni...lalu ikut darat jer sebab firefly ke kuantan untuk hari-hari tertentu sahaja..tak patut-tak patut!
Monday, October 27, 2008
Demi tuGAs...
Selepas menunggu 'stand-by' dekat seminggu..ibu mea tetap tidak menunjukkan tanda2 akan bersalin, tempoh cuti yang dipohon pun sudah habis maka dengan berat hati terpaksa jugak la papa beredar ke penang semula...keseorangan mandu dari kemaman ke penang..jumpa studen aman damai kat highway jeli-grik menunggang juga as lone ranger...leh gok la dia papa ajak teman makan tengahari bersama-sama kat grik hehe..dalam pada itu kerisauan tetap ada di hati papa bila tinggalkan ibu di saat kesaratan ini iaitu jikalau ibu menunjukkan tanda-tanda, maka tentu papa tak sempat balik on-time menemani ibu dalam labour-room..tatkala itu, tokwan tentu akan ambil alih tugas papa...mesti kesian kat ibu sebab nak papa di sisi...kesian jugak kat mea sebab kena tidur bukan dengan ibu, dan bukan juga dengan papa...tapi takpe, mea dapat belajar plak tidur dengan cik nah! tapi kesian lak kat cik nah, sebab tidur mesti tak tenang lagi...
Sampai penang, ada sedikit malapetaka berlaku iaitu pokok kelapa yang membekal kelapa dan nyiur muda di belakang rumah telah tumbang baru2 ini..diberitakan oleh jiran, kejadian ini tidak disebabkan angin, ribut atau hujan..ia adalah serangan anai-anai...dahsyat noo anai-anai ni...malapetaka ini hanya merosakkan owning dapur jer..dapur plak harta usm hehe...so,nanti minta usm baiki semula la kut tempias bila hujan..semua sisa kelapa telah dibersihkan oleh jabatan pembangunan, cuma tinggal owning jer yang belum terbaiki...
Saturday, October 25, 2008
Mea 3 Wajah...

Seksi...damia dan danial sedang memperagakan bentuk badan yang kepanasan di tengahari seolah-olah mempromosikan brand pampers masing-masing hehe...cuaca tengahari arini memang panas even though kat kedah dan penang kebanjiran...tapi sebelah petang tadi hujan...


Selamba santai...duk lepak atas kerusi tokki sambil makan biskut...

Baru sudah menangis...biasa la, paantang pintu terbuka...nak keluar jer...padahal baru balik jalan-jalan tadi...sedih la tuh!
Subscribe to:
Posts (Atom)