I made this widget at MyFlashFetish.com.

RENUNGAN

Mar 17, 2012

JODOH (Perlu dicari atau hadir sendiri



Sesuatu yang amat indahlah bagi seorang gadis apabila dirinya disunting oleh seorang jejaka.Sesungguhnya jodoh sesuatu ketentuan Allah yang tidak dapat di nilai dengan tepat oleh manusia ,akan tetapi Allah memberi tips-tip dan pembayang samada bagi gadis atau teruna cara ,ciri dan bagaimana keadaan ketika mencari dan tercari jodoh itu.

"Wanita yang baik ,untuk lelaki yang baik"."wanita yang jahat untuk laki2 yang jahat". Usaha kita perlulah di sertakan dengan istikharah.Saudara-saudari dan yang dikasihi sekalian istikharah adalah petunjuk dalam membuat pilihan, bukan untuk menampakkan rupa gadis atau jejaka yang dipilih didalam mimpi.

Sesuatu yang tidak dijangka untuk melihat rupa dalam mimpi.dan rahsia Allah azzawajallaa…

Bagi wanita,usaha lah dengan istikharah.nescaya akan sampai lah jodoh mu.tidah perlulah memikat melalui suara,lenggok ,dan pakaian yang cantik ,jika telah sampai rezekimu berumah tangga Allah akan datangkan kan untukmu walaupun kamu menyukai pilihan kamu sendiri.

Tidak semestinya apa yang kamu suka Allah akan suka ,dan boleh jadi apa yang kamu tidak suka Allah menyukainya.

Renungkan lah……


 

Insan faker. S & I insyaAllah.....firdaus…….

Sep 30, 2011

JOM BERLAPANG DADA


Make a Ladybug Note at WishAFriend.com


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi...
Assalammualaikum..
Usai pulang dari tempat mengajar,dalam perjalanan pulang ke rumah...saya dan teman sekerja menhilangkan penat kami dengan bersembang...hinggalah keluar kalimah berlapang dada....mmmm..ia membuatkan saya terdiam seketika....berlapang dada...itulah sifat mahmudah yang paling rendah yang kita sukar untuk amalkan..
sebenarnya tak sesukar mana pun...bak kata pepatah tepuk dada tanyalah iman..
ia membuatkan saya terdiam seketika..dan muhasabah diri kembali....Ya Allah ...mengapa sukar sungguh hambamu ini berlapang dada...
Berlapang dada memang adakalanya payah terutamanya apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita. Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada keluarga mahupun sahabat terdekat kita, kita seringkali menjadi orang yang pertama meletakkan syak wasangka kepada mereka. Ayuh kita berlapang dada...agar kita mampu untuk bergerak dengan lebih teratur. Bukankah kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita? Mengapa perlu kita ada perasaan yang bakal mengganggu fikiran dan hati kita, dan itu juga mungkin bakal menjadi hijab atau penghalang kepada mereka.

Ayuh kita berlapang dada...sungguhpun payah, jika kita cuba dan sentiasa mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam diri bukan? Seringkali dikatakan bahawa perbuatan yang diulang sebanyak 21 kali itu akan menjadi sifat kekal di dalam diri kita. (dengan izin-Nya tentunya...)

Ayuh kita berlapang dada...kerana dengannya kita mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita senangi.

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)


Ketika kita meminta Allah menukar ibadah kita dengan secubit rezeki
Allah berikan sebesar-besarnya untuk kita perolehi
Usahlah kita menghitung dengan Allah atas apa yang akan diberikan Allah atas ibadah kita
akan tetapi hitunglah banyak mana amalanmu yang telah kamu laksanakan...
InsyaAllah..
..