Tuesday, March 30, 2010

Abbas Wanted Hamas Toppled in Gaza War

DiMalaysia heboh didedahkan hubungan APCO yang dikuasai oleh zionis dengan UMNO.APCO diberitakan oleh Ketua Pembangkang didalam Dewan Rakyat dibenarkan menyelidiki semua dokumen dokumen rahsia kerajaan untuk mewujudkan konsep 1Malaysia yang diambil ideanya dari slogan 1Israel.Persoalannya yang cuba dibawa oleh DS Anwar Ibrahim adalah bahawa eksekutif eksekutif utama APCO adalah zionis. Zionis amat aktif membuat khianat keatas negara negara Islam.

Selain daripada itu mengikut YB Azmin Ali didalam satu ceramahnya Di Taiping baru baru ini telah menyatakan satu pertemuan rahsia telah diadakan diantara DS Zahid Hamidi,Menteri Pertahanan dMalaysia dengan Ehud Barak,Menteri Pertahanan Israel di Paris tidak lama dulu.

Kebiasaannya pemimpin pemimpin sekular yang menguasai negara Islam kan meminta pertolongan Israel sebagai usaha terakhir untuk mengekalkan kuasa.Berita dibawah adalah satu contoh yang berlaku di Negara Palestine bagaimana rakyat Palestine dikhianati oleh golongan sekular Palestine saperti mana umat Islam Malaysia akan dikhianati oleh UMNO yang semakin bekerjasama dengan Zionis. UMNO tiada pilihan lain kecuali mengikuti jejak langkah golongan golongan yang sefikrah dengannya diserata dunia jika mereka ingin mengekalkan kuasa mereka lebih lama lagi..Anyway time is running out for them....

Beritadibawah dipetik dari


http://www.themalaysianinsider.com/index.php/world/57961-abbas-wanted-hamas-toppled-in-gaza-war

JERUSALEM, March 29 — Israeli Foreign Minister Avigdor Lieberman said today Palestinian Preside Mahmoud Abbas (picture) urged Israel to topple Hamas in the Gaza war last year, then turned around and blamed Israel for war crimes.

Lieberman said that raised questions over Abbas’s fitness as a leader with whom Israel could make peace.

“Over the past year, I witnessed (Abbas) at his best. In Operation Cast Lead, (he) called us personally, applied pressure and demanded that we topple Hamas and remove it from power,” he told Israel’s Maariv daily.

“A month after the operation ended, he filed a complaint against us with the International Court of Justice at The Hague for war crimes. Is that a partner?”

An aide to Abbas vehemently denied the allegation, accusing the right-leaning Israeli government of trying to deepen the deadlock over US-sponsored efforts to revive negotiations.

“This is not true. It is a continuation of the (Israeli) campaign of defamation ... to create an atmosphere that would destroy any chance of salvaging the peace process,” Abbas aide Nabil Abu Rdainah said.

Israel launched its three-week Gaza offensive on Dec 27, 2008 with the stated aim of stopping rocket attacks by Hamas and other Palestinian factions. Such attacks have tapered off since, though there has been sporadic cross-border violence.

The war’s Palestinian toll — 1,400 dead, mostly non-combatants, while Israel lost 10 troops and three civilians — drew fierce censure abroad and stalled negotiations between Abbas and then Israeli Prime Minister Ehud Olmert, a centrist.

Lieberman was not in government during the Gaza war. A spokesman declined to say on what the foreign minister had based his allegations. But a senior Israeli official serving Olmert at the time said Lieberman’s account was “essentially accurate”.

Islamist Hamas, which has already accused its rival Abbas of cheering Israel on in the war, saw Lieberman’s charge as vindication of its suspicions against the Palestinian president. “The grave statement reaffirms the fact Mahmoud Abbas is no longer fit to represent our people, who conspired against his people during a war,” Hamas spokesman Sami Abu Zuhri said.

Hamas has been locked in a power struggle with Abbas’s formerly dominant secular Fatah faction since winning a 2006 Palestinian election. It scorns Abbas for his recognition of the Jewish state and declared readiness to renounce armed struggle.

Abbas joined the condemnation of the Olmert government’s Gaza offensive. But he outraged many Palestinians by initially vacillating over support for a UN war-crimes report in September that focused scrutiny on Israeli conduct.

In the Maariv interview, Lieberman was largely dismissive about prospects for progress with Abbas’s government, whose mandate was cut down to the Israeli-occupied West Bank after Hamas seized the Gaza Strip and took full control in 2007.

Hopes of starting indirect talks between Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu and Abbas were dashed this month by the announcement of a new Jewish settlement project on occupied land where Palestinians seek a state.

The project, slated for an area of the West Bank that Israel annexed to Jerusalem, also drew US questions about Netanyahu’s seriousness about peacemaking. That dispute remains unresolved — Reuters

Monday, March 29, 2010

Kemana Perginya Saham Bumiputera RM52 Billion?

Kemana perginya kesemua saham berkenaan yang diperuntukkan kepada Bumiputera sebanyak RM52 Billion? Dari RM54 billion,yang tinggal cuma RM2 billion saham aje.Persoalan yang bukan persoalan timbul "Siapa kah yang memegangnya? Mengikut YAB Lim Guan Eng,Pakatan Rakyat mempunya maklumat pemilik pemilik saham saham berkenaan.Mengikut beliau saham saham tersebut dipegang oleh kroni kroni BN.Sehingga kini pegangan saham bumiputera cuma 19% sahaja. Dari 19% ini pulak kebanyakannya dipegang oleh lembaga lembaga kerajaan spt KWSP,Tabung Haji,SOCSO dll.jadi pasal apa org melayu masih lagi nak mengekalkan UMNO sebagai pemerintah sedangkan mereka gagal dalam misi mereka.Pencapaian selama 30 tahun hanya 19% sahaja.



Selain daripada itu YAB LIm Guan Eng juga menyeru agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat isu ini.Tambahan pula yang mendedahkan perkara ini Pakatan Rakyat tetapi adalah PM 1Malaysia sendiri.Mengapa Majlis Perundingan Melayu (MPM) tidak mengadakan demonstrasi membela nasib melayu? Bagaimana dengan penyokong penyokong UMNO? Kemana mereka ? Bukan ke ini adalah isu melayu? Atau mereka hanya akan bertindak jika disuruh oleh UMNO .

Sil ikuti berita dari The Malaysia Insiders ini dan nilaikanlah sendiri. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/57894-where-are-rm52-billion-bumi-shares-asks-guan-eng


By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, March 29 — DAP secretary-general Lim Guan Eng wants the government to investigate why RM52 billion worth of shares in public listed companies allocated for Bumiputeras under affirmative action policies were no longer in their hands.

He told reporters in Parliament today that the fact that the shares were no longer in the hands of Bumiputeras was an act of betrayal.

The Penang Chief Minister suggested a Royal Commission be set up to investigate such leakages.

He said that out of RM54 billion in shares allocated for Bumiputeras, only RM2 billion were still in their hands.

“According to a Bernama report, the Prime Minister had been quoted as saying that of the RM54 billion in shares allocated, only RM2 billion worth of shares were left in the hands of Bumiputeras,” said Lim.

“There is a leakage of RM52 billion which is not in the hands of the Bumiputeras. This is a betrayal. The government has to arrest and take action against the people who have hijacked the money,” he added.

When asked by a reporter whether Pakatan Rakyat had any ideas or leads as to who now held the shares, Lim smiled and claimed that PR knew who had control of them, and also why there was inaction from the part of the government.

“We in PR know who has the shares, it is held by the cronies of Barisan Nasional, that’s why the government have not taken any action. If the government really cares, they need to send a message to show their seriousness in taking action.”

“The government should set up a Royal Commission on the Bumi equity. This is an admission from the Prime Minister himself,” asserted the Penang CM.

Lim’s initial response was towards a newspaper report on which Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had commented on the distribution of wealth among Malaysians.

“He is talking about the distribution of wealth among Malaysians, who has got what and who did not, the ones who have got nothing are the rakyat,” said Lim.

The total Bumiputera equity currently stands at 19.4 per cent from its targeted 30 per cent some 19 years ago.

Tuesday, March 23, 2010

Mungkin Dalam hati Mereka Rakyat bodoh dan Pelupa

UMNO seringkali menganggap rakyat sebenarnya tidak ambil peduli dan mudah ditipu.Cukuplah dengan menyebarkan fitnah bahawa PAS dan PKR adalah kuda tunggangan DAP.DAP ada niat jahat terhadap orang orang melayu.Anwar Ibrahim memang seorang peliwat.
Pakatan Rakyat Perak menderhaka kepada Sultan. Pada UMNO rakyat tak tahu mana satu betul dan salah.

Jadi tak salahlah memberikan segala "feedback negative" kepada Pakatan Rakyat.Rakyat akan tetap percaya punya.Apa susah.Sudah 52 tahun mereka melakukannya.Mereka selamat sehingga sekarang.Kata orang putih "still in one piece".Mungkin betul atau tidak.Terpulang kepada rakyat untuk menilai diri sendiri.

Disini saya nukilkan artikel yang dipetik dari http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25619:mungkin-dalam-hati-mereka-rakyat-bodoh-dan-pelupa&catid=92:tohkong-masjid&Itemid=141

Jika rampasan kuasa di Perak tidak menjadi masalah kepada mereka, malah disokongnya, apa pula yang nak dibisingkan pada perancangan 916 yang tidak kesampaian?

Tak apa, rakyat dah bosan dengan isu Perak… mereka pun dah lupa. Itu kita tak rampas, mahkamah yang kata Menteri Besar kita sah…. Itu sahaja rakyat perlu ingat… ala.. mereka ini kalau ingat pun, tak akan ingat lama….

Mengapa mereka begitu percaya pada satu kenyataan pengkhianat amanah rakyat yakni ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menghebohkan tentang konspirasi 916 yang telah berlalu sekian lama?

Apa pula yang tak percayanya…. Tak kisahlah siapa, asalkan cerita itu daripada orang yang benci Pakatan Rakyat, kita akan percaya. Rakyat bukannya kisah… tengok tak ada reaksi pun…. Lambat-laun mereka lupa jaga Zahrain itu seorang katak….

Mengapa pula mereka tidak pula pergi membuat laporan polis terhadap 8 ahli Parlimen daripada BN yang didakwa akan melompat sekiranya 916 berlaku untuk mengesahkan kesahihan dakwaan pengkhianat rakyat tersebut?

Mereka itu masih duduk dalam BN… kita pentingkan persahabatan. Mereka belum lompat, jadi tak boleh kata mereka ini pengkhianat. Ya, kita tahu 916 itu tak menjadi, tapi masih kena siasat ….kita kena cipta isu supaya rakyat jangan hanya teringat pasal GST, Model Ekonomi Baru, kapal selam tak leh selam, jet engin yang dijuallah…. Oops.. silap bukan dijual.. hilang lah… tu lah. Kita kena kaburkan minda mereka…. Tak susah, mereka tu bodoh…

Dalam isu royalti minyak pula, apabila kehabisan hujah untuk menangkis kenyataan-kenyataan berfakta Tengku Razaleigh Hamzah, ketua mereka mengambil pendekatan untuk melakukan serangan peribadi dengan berkata:

"Masalahnya, hari ini saya melihat Ku Li (Tengku Razaleigh) mungkin mengumpan parti untuk buat sesuatu kepada beliau kerana saya nampak dia tidak akan keluar parti. Dia tidak akan buat kesilapan yang sama dua kali ketika keluar parti dahulu, dia mengumpan kepimpinan parti untuk memecatnya atau dikenakan tindakan kerana mahu dianggap sebagai hero."

Hahahaha… si rakyat mana yang ingat masa Gemilang, Terbilang dan Cemerlang dahulu apa yang berlaku kepada wang ehsan di Terengganu, kan?? Monsoon Cup, Patrick Badawi…. Sshh… sshhh, senyap, jangan ungkit…. Rakyat kan dah lupa pasal kisah aku menantu…



Selepas berudu bertukar menjadi katak-katak, PKR kehilangan majoriti kerusi parlimen dalam Pakatan Rakyat, ketua mereka pula cepat menyibuk dengan berkata:

“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar. Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar.”

Rakyat kan bodoh… mereka ini suka berita sensasi… kita besarkan isu, mereka semua akan lupa yang aku ini bukanlah menteri… yalah … aku tahu orang yang aku tewaskan pun dapat jadi Timbalan Menteri… sebab itu aku tak boleh kalah publisiti.. kena reka isu untuk tonjolkan bahawa aku ini lebih berkaliber dalam menghentam PR…. Tu aje..

Baru-baru ini, tanpa sebarang siasatan dijalankan, ketua mereka terus menyuruh rakyat untuk menilai kredibiliti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendedahan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai rancangan “16 Sept” di Parlimen.


Nak siasat apa, asalkan kita mainkan isu ini tiap-tiap hari supaya ia “stick to the mind” pada rakyat… ia akan jadi benar… rakyat kan bodoh, dahlah pelupa…. Kita tak ada hujah nak lawan dalam banyak isu, sebab itulah kita kena jatuhkan imej mereka ke tahap kita… rakyat tak akan perasan… asalkan kita buatkan mereka sama jijik seperti kita, rakyat akan percaya… kan mereka bodoh…

Soalan Cepu Emas:

Sekiranya rakyat betul-betul bijak, beranikah mereka membuat kenyataan-kenyataan seperti di atas tanpa mengambil kira kesan politik terhadap mereka?

Kesimpulannya, terdapat 3 modal politik yang boleh menjamin kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, 1. Kebodohan rakyat, 2. Sikap mudah lupa rakyat dan 3. Pakatan Rakyat membuat kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Sekiranya rakyat dapat menilai prestasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional secara adil, dan mengelakkan diri sendiri daripada tertipu oleh media arus perdana, percayalah Barisan Nasional akan dapat dikalahkan dengan ketiadaan modal (1) dan (2) jika dan hanya jika tanggapan (3) tidak berlaku.

----------------------------------------------------------------------

Li Fook Gao ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada staf-staf harakahdaily dalam menjayakan pelancaran web baru harakahdaily.net/en pada 22 Mac 2010. Artikel ini hanyalah hasil nukilan imaginasi penulis….

Sunday, March 21, 2010

Pendedahan Zahrain Menyusahkan UMNO balik

perkara ini memang lucu.Zahrain punya bebalnya.Dia keluar sebab mendapat upah dengan UMNO.Dia keluar kononnya kerana dah tak thiqah dengan PR lagi dah.Tapi pasal apa dia dedah semua sekali sehingga terkena beberapa pimpinan UMNO sendiri.Keh keh keh...Memang lucu.Kuda tunggangan UMNO sendiri mengelepar sehingga tuan sendiri terjatuh keh keh keh.Berikut adalah pendapat yang saya petik dari

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25608:-pendedahan-zahrain-bala-buat-umno&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46.


Dalam Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim 'enak' menghentam parti yang banyak berbakti kepadanya. Pimpinan UMNO mula bercakaran sesama sendiri.

Lapan Ahli Parlimen yang didedahkan namanya oleh Zahrain mula kebinggungan dimedia. Bukan sahaja Tunku Razali Hamzah, Timbalan Speakar, Datuk Dr. Fuad Zarkasi dan lainnya sahaja, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga 'diserkop' oleh Zahrain.

Dalam pengetahuan pencatat ada beberapa nama 'besar' lain tidak disebut. Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan Zahrain malu mahu menyebutnya. Ataupun Zahrain tidak tahu maklumat lengkap.

Nampaknya bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja dibelasah. Pemimpin UMNO, Angkatan Tentera Malaysia dan Tuanku Mizan juga diseret dalam Dewan Rakyat tempohari.

Ada ahli UMNO berkata, "Zahrain ni kuda Trojan Anwar ke... ?. Pencatat enggan mengulas spekulasi ini. Ia agak rumit untuk dibicarakan disini. Apa yang pasti pemimpin UMNO kini tersipu-sipu dengan pendedahan Zahrain.

Adakah ia bertujuan menghancurkan Pakatan Rakyat atau menjahamkan UMNO ? Ini yang menjadi perbualan ahli UMNO kini.

Pada masa yang sama di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan negeri lain lebih 1,000 jemaah telah menamatkan sholat hajat mereka yang berakhir malam tadi. Ia dilakukan 7 hari 7 malam di lebih 10 masjid dan surau.

Ia ditujukan kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan MP lain yang curang pada undi rakyat. Ada yang perpendapat sholat hajat itu kian membuahkan hasil.

Bukan Mohsin dan 'rakan-rakan kataknya' sahaja dilihat memalukan diri sendiri. Jelas dimedia MP tersebut seperti cacing kepanasan.
UMNO dilihat semakin huru-hara kerana tindakan kotornya 'membeli' MP Pakatan Rakyat. Jika pembaca tidak yakin dengan sholat hajat itu. Kita tunggu dan lihat sahaja kesudahannya.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Friday, March 19, 2010

UMNO DAN ARAK

Artikel yang dicilok dari http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/03/umno-dan-arak.html

Sesiapa yang berhajat nak tengok gambar gambar yang berkaitan sila layari blog berkenaan



Posted by Anak Sungai Derhaka at 5:13:00 PM

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.



Gambar siapa ni di Herritage Mansion?


Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.


erapakatan.com


Sunday, March 7, 2010

Zulkifli Noordin dipecat dari PKR

Akhirnya Lembaga Disiplin PKR telah bertindak dengan memecat Ahli Parlimen Kulim yang sering menggamit kontroversi dengan kenyataan kenyataannya yang dengan dasar dasar umum PKR dan PR.

Sebenarny kalau kita perhatikan YB Zulkifli ni saya sendiri pun kurang faham cara pemikirannya.Beliau cuba menjadi jaguh melayu didalam isu isu remeh seperti penggunaan kalimah Allah .Sedangkan isu isu yang lebih penting saperti rasuah jarang pulak diketengahkannya. Mungkin pada beliau isu rasuah ni kecil sebab ianya dilakukan oleh UMNO jiak dibandingkan dengan isu kalimah Allah yang tidak sebarang fatwa pun yang melarang penggunaannya oleh pihak Kristian.

Apa sebenarnya yang dia mahu dari Pakatan Rakyat? Mengikut segala kemahuannya?Jika beliau ingin memperjuangkan isu melayu yang sempit maka pentas yang sepatutnya beliau menari adalah UMNO.Mengapa beliau tidak menyeberangi kepada UMNO?Adakah betul tuduhan tuduhan selama ini bahawa beliau adalah agen UMNO yang ditugaskan untuk menghancurkan PKR dari dalam? Ada yang mengatakan beliau di turnover sewaktu ditahan dibawah ISA tidak lama dulu.Mungkin juga betul..

Langkah selanjutnya dari YB Zul adalah amat menarik.Jika beliau masuk UMNO memang tepat lah pilihan beliau.Itulah platform yang sesuai bagi beliau.Atau adakah mungkin menjadi Ahli Parlimen bebas yangmenyokong UMNO? Atau mungkin kah beliau ni adalah "genuine troublemaker" pada semua pihak termasuk UMNO??