Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Selasa

Biarkan langkah bergerak...


✓ بسم الله الرحمن الرحيم  ✓

*  *  *  *  *  *  *  *  *

Langkahku disusun rapi menuruni anak tangga maktabah di universiti kami, bebola mataku mencari2 kelibat seseorang yang berpakat denganku utk pulang ke rumah bersama.Langkahku bergerak menuju ke pintu keluar.Tiba di luar, udara segar terus dihirup bagi memastikan kandungan oksigen didalam badan mencukupi,  lantas menghembuskan nafas melepaskan karbon dioksida bagi melengkapkan kitaran pernafasan bagi seorang manusia. Angin syita’ berlalu seketika, meyapa lembut tubuh badanku yang berpakaian agak nipis kurang sesuai dengan etika pemakaian semasa musim sejuk.Bayangan sepotong tangan dihulurkan secara tiba-tiba kepadaku, tanda seorang sahabat menepati janji.


Suasana didalam kuliyah syariah hambar, begitu juga dengan kebanyakan kuliah2 lain. Hampir dari semua pensyarah2 didalam universiti kami tidak lagi mengadakan kelas bagi memberi peluang kepada pelajar2 untuk mengulangkaji pelajaran dirumah masing2.Sudah menjadi adat university kami, seminggu sebelum bermulanya imtihan nihai’e (final exam) ini merupakan fatrah “study week” bagi universiti kami.Segelintir dari pelajar2 masih lagi ke universiti walaupun masing2 mengetahui kelas mereka telahpun tiada. Masing2 ingin mencari ketenangan dan suasana pembelajaran yang  efektif yang kebiasaannya sukar untuk didapati di rumah2 pelajar.
Enta nk ke mana cuti sem ni …?Perbualan saya dengan seorang sahabat bermula.

“Wallahua’alam, ikut kemana sahaja taqdir Allah tetapkan…” Sambil kami berjalan pulang menuju pintu pagar janubi utk menunggu coaster  yang akan membawa kami pulang ke rumah.

“Allahuakbar… (baca dgn laju serta bernada pendek), umum sangat rancangan cuti enta tu akhi, sekurang2nya rancanglah dengan rapi…. Biar hilang masa lapang yang terbiar & rasa ragu2 enta ketika cuti nanti…”

“Gurau je akhi, jangan lh marah… kena jual nanti..” ujarnya lembut.
“Ana sebenarnya tak merancang utk kemana-mana pun lagi, bukan apa… duit ana mengalir laju dalam semenjak dua ni. Lagipun memang time2 ini ramai yang kekeringan duit, dengan yuran semester dua akan datang, sewa rumah, harga barangan asas yang nmpak mcm nk naik time2 musim sejuk ni lagi…, ” sambungnya lagi. Sayu nada suara yang dilepaskannya itu.

Suasana gamit seketika.

“Sabar akhi, nk buat mcmna mungkin  tahun ni bukan rezeki enta lagi utk ke mana-mana…, mungkin jugak masa ni Allah letakkan kat enta peluang  utk enta lebih rapat dengan-Nya. Ana bukan apa akhi, Cuma ana teringat pesan Allah dalam satu kalimah ((واليتلطّف)) dalam surah al-kahfi yang mengajarsupaya kita lebih rapi dan tersusun dalam merencana sebarang tindakan… sbb tu ana tegur perancangan enta yg menyerah bulat2 tu, ensyaAllah ana akn doakan yang terbaik untuk enta….”

“Ameeeen…” hampir serentak lidah kami menuturkan kalam yang sama.

“Jaga Mu’tah lah ana jawabnya cuti ni…hahaha..”ujarnya kembali dengan nada penuh gurauan. Ketawa kecil kami berdua menceriakan suasana di universiti yang agak sunyi dari pelajar2 Malaysia dan masyarakat Arab setempat.

*  *  *  *  *  *  *  *  *


Cuti fasal awwal kebiasaannya jatuh pada akhir bulan Januari.Rata – rata pelajar Jordan menghabiskan waktu cuti mereka dengan bermusafir keluar Jordan, menjelajah Negara-negara luar.Jordan merupakan diantara negara yang strategik kerana mempunyai negera-negara bersejarah yang bersebelahan dengannya. Mesir, Syiria, Madinah, Mekah, Turki, Negara2 Eropah dan sebagainya. Tidak kurang ramai yang memasang niat untuk ke Mesir pada hujung semester ni, salah seorang darinya saya sendiri. Sudah menjadi kebiasaannya pada cuti fasal awwal ini akan diadakan ma'rad kutub berskala besar setiap tahun. Semestinya menjadi peluang yang baik sebagai tumpuan pelajar-pelajar Jordan untuk bertandang ke sana.

Dua jalan yang menghubungkan perjalanan untuk ke Mesir dari Jordan, jalan laut dan jalan udara.Harga tiket pergi dan balik kapal terbang dalam anggaran JD200, kebanyakannya dari pelajar2 Jordanmemlilih syarikat Egypt Air.Mendarat di lapangan terbang Cairo, kawasan yang agak hampir dengan petempatan kebanyakan pelajar2 yang menyambung pelajaran di Mesir.  Berbeza pula halnya  menaiki kapal harga yang ditawarkan oleh syarikat perkapalan AB Maritine, kosnya agak rendah jika hendak dibandingkan dengan kapal terbang, mana tidaknya dengan JD100 sudah mendapat tiket pergi dan pulang.

Kali pertama menaiki kapal menjelajah ke negara jiran, merupakan suatu pengalaman yang indah dan sukar dilupakan.Coolpix L16 Nikon tidak lengang di tangan saya, lantaspunat kamera ditekan, gambar yang terpampang di kamera digital lantas diratap tenang.Kamera digital 7.1 mega pixel ini, dipinjam dari seorang sahabat serumah.Jauh di sudut hati menanam azam untuk memiliki sebuah kamera DSLR.Berminat, namun terpaksa disenyapkan dahulu, kerana wang yang ada mempunyai banyak kegunaan yang lebih utama berbanding memiliki DSLR.

kapal AB maritime yang saya naiki

suasana didalam kapal

Nuwaiba’ menjadi stesen kami yang seterusnyamerupakan tempat kapal kami berlabuh.Seusai solat subuh secara berjemaah di luar kabin kapal,zikir dan Al-Quraan diratib dibibir sambil menanti matahari mula menyinar.Dalam kegelapan pagi, peluang diambil untuk menjelajah setiap penjuru didalam kapal.Angin laut yang lembut dan dingin bertiup menyegarkan mata, menjadikan saya untuk tidak terus kembali ke tempat duduk yang disediakan.

Sinar matahari kian menyinar,saya dan teman2 sengkatan menuju ke tingkat atas bahagian kapal untuk menikmati pemandangan matahari terbit dari bahagian hadapan kapal.
Hening suasana pagi mesra dirasai.Nyaman.

“Masih lagi terbit dari sebelah timur…”aku bermonolog sendirian..

Dalam keasyikan mengambil rakaman video dan menangkap beberapa keping gambar bagi menyimpan pengalaman yg diperoleh, Hafiz, seorang teman semusafir menyampuk.

“Kita dh nk sampai..” sambil jari telunjuknya melunjur ke kawasan lapang yang dipenuhi kontena2 besar.

Mulut masing2 mengoyak senyuman tanda tidak sabar2 untuk turun ke bumi Anbiya’ yang diceritakan didalam Al-Quraan dalan surah Baqarah.. “Ihbitu misraaan fainnalakum ma saaltum” yang membawa maksud(( pergilah ke bumi Mesir, di sana terdapat apa yang kamu kehendaki ))..

Turut menjadi kenalan kami diatas kapal, seorang warganegara mesir. Ahmed namanya.Umurnya sekitar 30’an,seorang yang agak peramah dan mesra alam. Bertanyakan khabar dan bertaaruf  menjadi titik permulaan perbicaraan kami. Kami bersembang agak lama, dia menceritakan keadaan masyarakat mesir yang dipenuhi pelbagai ragam..pendapat mengenai isu2 semasa dikongksinya, juga pelbagai lagi topik yang menjadi perbualan kami. Tutur bicaranya kebanyakannya difahami oleh kami, berbeza dengan kebiasaan masyarakat mesir mempunyai loghat yang agak berbeza dan sukar untuk difahami.

Saya, Ahmed dan Hafiz
Pesan naqib, selaku senior di Mu’tah  “antara teknik jangka panjang penjajah mesir, memperkasakan bahasa amiyyah digunakan secara berleluasa di mesir, kuasa multak kerajaan ketika itu (sebelum thaurah  kebangkitan rakyat) mengakibatkan ramai diantara mereka yang kurang fasih untuk bertutur secara fushah, secara tidak lansung Quraan tak dapat dibaca menepati kehendak bacaan yang tepat, lantas sesetengah antara mereka meninggalkan terus Quraan dalam sehari2an mereka….”

“Teknik Yahudi laknatullah melenyapkan Quraan dari dada2 orang mukmin..”Ujarnya ringkas ketika usrah kami dijalankan. Kenyataan ini secara tidak lansung menjadi semangat motivasi buat diri yang leka ini agar belajar dan melazimi bertutur secara fushah sebagai bahasa kedua, dan bukannya bahasa arab amiyah sahaja.

Tiba di pelabuhan, masyarakat mesir berebut2 untuk turun dari kabin kapal.Suasana menjadi riuh rendah seketika, hiruk-pikuk jeritan dilepaskan bertalu-talu. Kami memberikan peluang untuk ‘tuan rumah’ menyelesaikan perebutan mereka dahulu sebelum kami turun ke pelabuhan dengan tenang. Dalam masa yang sama, Ahmed memberi isyarat kepada kami agar mengikutinya. Ada  sesuatu yang ingin ditunjukinya…


BERSAMBUNG....
siri ke 2

*  *  *  *  *  *  *  *  *

Kisah diatas diadaptasi dari kisah sebenar saya sebelum menjejakkan kaki ke bumi Mesir.. Method penulisan saya kali ini berbeza sedikit dari biasa... Lebih berkecenderungan mengikut cara travelog.. gaya ala-ala novel... sebarang salah silap diharap dapat ditegur.


*  *  *  *  *  *  *  *  *
Malaysia Hari Ini

Tidak kurang 90hari lagi Malaysia akan membubarkan Parlimen... Pengamal sistem Kapitalisme tidak berhak memimpin kerajaan. Kepentingan peribadi dicari untuk menguntungkan diri sendiri. Tidak kurang yang cakar-bercakaran dan cuba jatuh menjatuhkan sesama sendiri, berada dibawah panji Islam yang sama, mempunyai darah bangsa yang sama. Menggadaikan tuntutan syariat merupakan sesuatu pekerjaan yang dipandang hina disisi Islam.

Bertasammuh diajar didalam Islam. Kes Nurul Izzah nyaris ditumbuk dipaparkan didalam akhbar Sinar Harian 28 Feb lalu membuktikan kurangnya penekanan tasammuh didalam masyarakat kita sekarang. Rakyat tidak layak dipersalahkan didalam hal ini. Bukan salah mereka 100%.


Bahkan suasana yang dibina oleh kerajaan sendiri menjadi faktor utama kadar jenayah di Malaysia meningkat tahun demi tahun. Masyarakat hidup dengan suasana maksiat dengan kurang penekanan mengenai syariat Islam. Perkara-perkara pokok yang diabaikan menghasilkan ranting dan buah yang rosak. Isu aurat, percampuran lelaki dan perempuan tanpa segan silu, mencuri, minuman keras, rokok, dan lainnya memberikan tiket kepada masyarakat untuk bebas melakukan apa sahaja sekiranya mereka memiliki wang serta kudrat.

Bayangkan anak yang baru lahir dibesarkan didalam kepompong maksiat, diberi pendidikan oleh ibubapa yang kurang menjaga etika moral dan penghayatan islam, anak kecil yang nantinya akan besar.. dibiarkannya  keluar tanpa bertudung, berkawan rapat dengan teman yang rosak akhlaq, keluar dengan teman berbeza jantina tanpa muhrim, membawa teman lelaki / perempuan kerumah, dan seterusnya hingga berlaku pembuangan janin di merata-rata tempat. Suasana sebegini yang dibina dalam institusi keluarga. Institusi keluarga dibina melalui suasana masyarakat setempat, suasana masyarakat pula melihat kepada suasana Negara yang kurang memberi penekanan terhadap isu-isu keAgamaan ini.

"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. 
Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." 
(Al-Mustadrak ala al Sahihain)

Ayuh! bangkit saudara-saudara seIslamku,
sedarlah dari lena panjangmu,
galasilah tanggungjawab membantu teman2mu,
menuju gerbang Islam, addin tuhanmu.

"2012!! All righteous Malaysians will vote, for the birth of a new Malaysia.. All virtuous Malaysians will rise, to reform Malaysia for our children, and grand children; This will be the year of Hope, for all Malaysians..." 

*  *  *  *  *  *  *  *  *


Glosari kata :-

Imtihan Nihai'e (امتهان نهائي) = Final exam
Fatrah (فتره) = Tempoh
Amiyyah (أمية) = Bahasa pasar / loghat
Thaurah (ثوراة) = Revolusi
Cuti Fassal awwal (فصل الأول) = Cuti Semester pertama
Ma'rad kutub (معرض كتب) = Pameran buku
Tasammuh (تسموه) = Bertoleransi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...