Created by Ibnuyusuf Creative

Sekapur Sireh

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Karya yang didapati di blog ini mengandungi pelbagai tema diantaranya kembara penulis di rantau orang, perkongsian penulis sepanjang pengajian di timur tengah, cerpen islami, artikel-artikel yang bermanfaat yang dipetik di laman sosial yang lain, isu-isu semasa yang dimainkan media di serata dunia, isu politik dalam negara, dan sebagainya.

http://technolutions.com/fw/framework/action/128/apps/blockdevice.png Sekiranya terdapat kelemahan & kekurangan di alu-alukan untuk menegur. Boleh di e-mailkan kepada elfarisi_islamique@yahoo.com atau menghantar mesej di akaun sosial Facebook Anas Abd Rahman.

Kenali El Farisi

Saya merupakan mahasiswa dari Universiti Mu'tah, Jordan, pengkhususan dalam Fiqh Wal Usuluh. Seorang penulis sambilan di teratak tintaelfarisi ini. Jika sesuai, anggaplah saya sebagai salah seorang rakan berbicara. Saya akan meluangkan masa untuk membantu.

-Selamat Berbicara-

Pengikut

Ahad

Subahanallah...

Maha suci Allah,,
Terpana saya sedetik pabila melihat gambar2 ini...


Saya berharap ia memberi kesan kepada iman kita tentang kebenaran ALLAH di muka bumi-Nya ini..


Ia merupakan gambar senaskhah Al-Quraan yang secara nyatanya tidak hangus walaupun berada di dalam van yang sudah hangus dijilat api.. Walaupun hampir 100% dalam van itu terbakar, tetapi dengan kekuasaan ALLAH,, Al-Quraab yang berada di ruangan tempat duduk belakang van itu tidak terbakar dan hanya sedikit terbakar di bahagian kulit Al-Quraan itu..


ini lah rupa van itu..,
jika mahu melihat bagimana rupa Al-Quraan yang terbakar itu klik pada tajuk entri ini atau klik read more





Pesan buat Diri Yang Leka..


Segala puji2an hanya layak bagi ALLAH kerana kesempurnaannya tiada dapat ditandingi mana insan..

Selawat serta salam didahulukan terlebih dahulu kepad junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,,

Baiklah.. kembali lagi saya kali ini diringi satu perkongsian artikel khusus but jiwa remaja yang ramai dizamn ini leka diulit cinta... Ini merupkan salah satu artikel yang berpeluang untuk saya kutip tikamana saya mempunyai waktu kosong untuk melayari internet..


Ok2,, apa2 pun.. sama2 kita teruskan bacaan dan hayati sedalamnya makna tersurat & tersirat di dalam artikel di bawah.. Moga ia bermanfaat



***************************************

:: Mana Satu Pilihan Hati ::





Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

Selasa

,;:: Intikhobat Jordan ::;,

Intikhobat..??


Sejenis apakah ia...  Jujur saya katakan,, Inilah kali pertama saya perkataan tersebut singgah ke telinga saya.. didalam arabnya di eja sebegini    "انتخبات"  ... Ia membawa makna pilihanraya..

Rupanya di Jordan ini terdapat juga pilihanraya.. Pilihanraya umum yang berlansung 9/11/2010 yang jatuh pada hari selasa ini merupakan hari kami (pelajar universiti) mengalami suka & duka..


Pada tanggal ini semua penduduk negara ini akan dihadiahkan hari Cuti Umum..,, Penduduk di setiap pelusuk Jordan akan keluar mengundi di kawasan2 umum yang ditetapkan kerajaan. Seperti sahaja Malaysia, Kawasan sekolah menjadi pilihan untuk masing2 membuang undi bagi memilih kepimpinan yang akan mentadbir mereka. Dan yang saya tidak tersangka situasi kurang enak yang sama dengan situasi di Malaysia adalah mengenai "rasuah", memang saya rasa virus ini berada dimana2 hatta di kutub utara sekalipun..,,

Apa yang berbeza mengenai intikhobat di sini dengan di Malaysia pada malam sebelum pengundian, hari pengundian, dan pada malam keluarnya keputusan undian adalah....

Isnin

يوم العيد اضحى

.,;: كل عام وانتم بخير :;,.

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua muslimin muslimat umat islam..

Khususnya buat yang mengenali diri saya ini secara realiti atau maya,,
Di kesempatan ini saya mengambil peluang & ruang ini agar salah silap saya mohon dimaafi dengan harapan supaya masing2 tidak terbeban di madang mahsyar kelak..,, kosong-kosong,,

Suka untuk saya berkongsi disini mengenai kemeriahan berEid Adha di mu'tah Jordan ini..
Sambutan Eid Adha di Mu'tah thn 1431h
Segala2 bermula sejak dari malam raya.. Semua ahli permata dipinta berkumpul di rumah persatuan PUSMA bagi syabab & WISMA bagi akhowat... selesai sahaja berbuka puasa (ifthor) secara beramai2, kami kemudiannya menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah.. Sesudah itu kami dipinta untuk membuat bulatan kemudiannya kami berTakbir, berTasbih, berTahmid beramai2.. ,, ALLAH~ sayu sungguh rasanya.. kampung halaman bermain2 didalam fikiran..,, syahdu sungguh.. ALLAH..

Rabu

~ Hati itu ~



Sedikit perkongsian kali ini berkisarkan kisah seorang dai'e yang mempunyai masaalah hati... Saya ikhlas merasai apa yang cuba disampaikan melalui kisah ini... Saya berharap sangat agar daie' muda dapat masyi dan masaalah sebegini sepatutnya tidak timbul... apa2pun.. sama2 hayati artikel ini..

************************************

Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. Menyaksikan padang universitinya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. Sudah tiga hari hujan turun tiada hentinya. Keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri di pantai timur.
Hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh. Tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini. Masakan tidak, dari kecil hingga  kini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.
Seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. Saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gulana. Alangkah merananya dia dalam keadaan ini. Hatta ibarat terkena minyak pengasih.
"Ya Allah, suburkanlah cintaku pada-Mu.." rintih Insyirah.
Insyirah terduduk dan beristighfar.
"Susahnya bila ada masalah hati ni," keluh Insyirah.

Selasa

..::Diam & Hati::..







Diam!!
satu kaedah yang saya pelajari ia didalam kitab madkhal liddarasah syariah islamiah disini... jikalau tidak silap saya ia berada pada huraian kaedah ke-5 asghor dalam usul fiqh..


"السقوت علامة الرضأ"








Hati??
Perungkaian masaalah hati manusia memang kebiasaannya susah.., lebih2 lagi jika hati kita mempunyai masaalah fitrah.. Fitrah manusia,, untuk contoh, saya rasa ia tidak perlu kerana bg saya fitirah manusia ini dicptakan berciri subjektif... Sukar utk ditafsir secara statik.. ada manusia cenderung kepada keindahan alam ciptaannya, ada yang berkecenderungan kepada beribadah, tidak kurang juga yang cenderung kepada cinta manusia... disini macam2 rangkaian hati kita buleh takwil..,, Jelasnya bukti kekuasaan Allah kepada kita selaku hamba-NYA,, didalam satu objek ciptaannya bernama hati.. pelbagai pengisian boleh dicabangkan-Nya..



Ziarah Mahabbah ke Ashabul Kahfi..








assalamualaikum warahmatullah~








moga2 allah sentiasa merahmati kehidupan kita dalam segenap perkara.. ameen~






Disini suka untuk saya berkongsi mengenai peristiwa menarik bagi diri saya iaitu berziarah ke Gua Ashabul Kahfi..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...