Dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH dan PENYAYANG.
Jam di handphone ana menunjukkan pukul 2.23 petang..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar..
Pejam celik pejam celik,tinggal beberapa hari lagi "UNIVERSITI RAMADHAN" bakal melabuhkan tirainya..Allahu Akbar..Andai pejam celik kemudian terus pejamkan mata buat selam-lamanya.Makanya ini RAMADHAN terakhir buat saya,kamu atau kalian semua.Marilah kita MUHASABAH diri sama2.Bukan..Muhasarawak..muhajohor dan sewaktu dengannya.
Baiklah,kebanyakan bloggers sudah byk buat entry tentang raya..Raya dan Raya..Makanya ana rasa nk menyelit sedikit.
Ana memang duk di kampung makanya tak risau nak balik kampung.Lagipun cuti sem kali ini panjang.Maka dah sememangnya ada di kampung sejak bulan 5 yang lalu.Belum kahwin lagi.Jadinya..xperlu "lat ta li lat" dengan en "ZAUJ" untuk balik kampung saper raya tahun ni..Kepada akak2 dan abang yang dh kahwen rasanya tok sah "lat ta li lat"..Fair n Square..(renung-renungkan)
Baiklah..straight to the point(practise make perfect)..Sebenarnya ana nak menyeru kepada yang "maleh" sangat masa raya nak berkunjung ke rumah saudara mara..Makanya tahun ini,kita lakar azam baru..Marilah kita beramai-ramai ziarah menziarahi sesama sanak saudara yang mungkin kita ziarahi "setahun" sekali.Pedas kenyataan itu..Namun itulah hakikatnya yang berlaku dalam kehidupan.
Teringat lagi dialog my boyfren a.k.a ABAHKU dengan sepupunya..
"kalau kita tak bawa diorang(anak-anak) berjalan rumah sedara mara..nnt bila bertembung di jalan pun tak mereka tak kenal"
Betul tu Ron..balas sepupu abah.(nama abah ana en.Haron)
Betul-betul,kak ngah setuju ngan abah:-).
Mungkin dah jadi trend sekarang bila raya saja,duk tercangok depan tv menonton drama dan filem disiarkan di TV.Pelbagai rancangan menarik menyebabkan salah satu faktor penyumbang "gejala" ini berlaku.Ana tak pula melarang kalian menonton rancangan tersebut.Cuma berpada-padalah ya..
Selain itu,persengketaan atau salah faham yang wujud antara kedua-dua belah pihak.Makanya di hari dan bulan Mulia,SYAWAL nanti kita jernihkan kembali hubungan silaturahim..Buang yang keruh ambil yang jernih,Yang Baik dijadikan sempadan,yang buruk dijadikan tauladan(betulkan "peribahasa" ini andai salah,dah lama tak mengarang karangan b.Melayu ting.6).:-)
Ikat kuat-kuat hubungan SILATURRAHIM itu biar jangan putus.Bagaikan air yang dicincang tak akan putus..(Banyak guna peribahasa hari ini dah macam Uncle Karam Singh Walia..salute kat Uncle..)
Rasanya,cukup sampai di sini..Andai nukilan ana mennguriskan hati kalian,mohon maaf zahir dan batin..Moga nukilan ini boleh dijadikan iktibar buat diri ana dan kalian.
Wassalam.
-ISLAM itu INDAH-
tinta hati :
mak dah 'cop" Sabtu dan Ahad..:-)
kemas rumah,pasang langsir,mop lantai..dan.....macam2 lagi
Demimu mak,angah rela(kan nak jadi anak yang baik..)