Wednesday, May 22, 2013

Berita - Tertonggeng Dalam Baldi

Berita hari ni, 22 Mei 2012

Tertonggeng Dalam Baldi

Oleh: Mohd Fauzi Abdullah

Kuantan: Hanya kira-kira dua minit meninggalkan anak untuk menelefon suami, seorang wanita sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14 bulan maut akibat lemas dalam baldi di rumahnya di Taman Putra Putri, Permatang Badak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Mohamad Bilal Mohd Zawawi ditemui ibunya, Surianti Zahari, 34, dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya berada dalam baldi berisi air manakala kakinya ke atas dalam bilik air di bilik tidur utama.

Sebelum itu, Surianti meninggalkan Mohamad Bilal bersama seorang lagi anaknya, Nur Arina Damia dan anak saudaranya dikenali sebagai Shira, masing-masing berusia lima tahun manakala anak sulung pasangan itu, Mohamad Eusoff, 8, mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di Jaya Gading.

Suami wanita itu, Mohd Zawawi Husain, 34, berkata, isterinya yang juga guru sebelum itu baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik tidur rumah sewa mereka bersama tiga kanak-kanak terbabit.


Foto
BILIK air tempat kejadian Bilal lemas dalam baldi.

Mohd Zawawi yang juga pegawai bank di Kemaman, Terengganu, berkata, Surianti kemudian menghubunginya untuk berbincang mengenai hasrat mereka membeli rumah.

Sumber: Harian Metro

p/s: Aku sangat ralat kalau terbaca berita berita macam ni yang melibatkan nyawa budak kecik. Serius. Memang salah terletak kat bahu ibu bapa. Malas nak ulas panjang. Masing masing boleh fikir.

p/s/s: Berdoa sangat agar kejadian seumpama ni tidak berlaku dan dijauhkan dari keluarga aku. Amin...



Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, May 17, 2013

Sabarlah Hati



Okey, jom layan lagu baru Elly Mazlein ni. Suka lagu nih. Hehehehehe.. Suka je. Takde maksud pape punnn...





ELLY MAZLEIN - SABARLAH HATI
Saat kau datang dalam hidupku
Ku sangka ini cinta terakhir
Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung
Menari aku dengan gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis
Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu
Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung
Menari aku dalam gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis
Meski hati sering dilukai
Takkan menyerah aku mencari cinta
Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu
Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang lah jiwa… uhh.. uhuu
Sabarlah wahai hati..
Jangan menangis..


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, May 10, 2013

Rayyan Yang Semakin Menjadi Jadi Jelesnya







This is so funny. Sakat Rayyan. Kesian dia. Hahahahaha.. Inilah budak yang makin menjadi jadi jeles dia.



p/s: Makin dekat dah nak dapat adik ni, boleh tahan mengada dia kan?


Thank you for spending time reading this entry yaw!

Friday, May 3, 2013

Marilah Mengundi!




Hah semangat rasanya nak mengundi Ahad ni. Daftar dah lama. Tapi ni baru first time nak gi mengundi. Dah semak kat mana nak mengundi?

Sila ke sini yer. http://daftarj.spr.gov.my/

Mak aku, abah aku, adik adik aku Apis dengan Wan, kami semua mengundi tempat yang sama. Sebab pakai alamat rumah yang sama kan. Adik adik yang lain semua belum cukup umur lagi.  Tapi Encik Suami plak pakai alamat sekarang. So, terpisahlah kami. Nasib lah bukan sampai kat Johor ke Perak ke. Hehehe...



Selamat mengundi yer!


p/s: Mengandung sakit sakit ni pun semangat nak pergi. Rasanya kalau pregnant, diorang bagi keutamaan dulu kannn..

Thank you for spending time reading this entry yaw!

Pregnancy Check Up : 33 Weeks




Hari ni dah minggu ke 33 aku pregnant. Which is I still have 4 more weeks untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sebab minggu ke 37 dah boleh bersalin dah. Fuhhh.. Semoga dipermudahkan..

Last update pasal pregnancy aku pun masa 18 minggu. Entri ni. Lepas tu aku dah tak update pape dah. Takde masa dan agak malas sebenarnya.

So far, sekarang dah buat monthly check up kat Hospital Pusrawi dengan doktor pakar. Tapi sekarang dah 33 minggu, doktor kata check up 2 minggu sekali pulak.

Semalam check up 33 minggu. So far, semuanya normal. Doktor kata berat ok, berat baby ok, baby normal. Oh yer, masa check up 22 weeks aritu, dah nampak gender baby. It's a boy. Takde rezeki dapat girl. Takpe, boleh geng ngan Rayyan ok! Janji baby sihat. :)

Sebelum pregnant, berat aku biasanya 47 kg.

20 Nov 2012 - 10 weeks - 47.4 kg (naik 0.4 kg)
19 Dec 2012 - 14 weeks - 50.6 kg (naik 3.2 kg)
17 Jan 2013 - 18 weeks - 52.6 kg (naik 2 kg)
14 Feb 2013 - 22 weeks - 56.6 kg (naik 4 kg)
14 Mar 2013 - 26 weeks - 59 kg (naik 2.4 kg)
11 Apr 2013 - 30 weeks - 62.9 kg (naik 3.9 kg)
2 May 2013 - 33 weeks - 63.2 kg (naik 0.3 kg)

Kiranya total kenaikan berat badan aku dari sebelum pregnant sampai la dah 33 minggu adalah 16.2 kg.

Masa minggu ke 30 doktor kira berat baby 1.8 kg. Minggu ke 33 doktor kira 2.2 kg dah. Ok la baby sihat naik berat badan dan saiz. Tapi lagi 14 kg tu amende la. Lemak, perut, uri, air dalam badan, breast, sume la kot. Fuh, jenuh nak kurus balik ni. Chayok!

So, next check up lagi 2 minggu! 16 May 2013.

Aduh, macamana la nak menempuh lagi sebulan ni sampai beranak. Sekarang pun dah mengah, jalan dah tak larat nihhhh. Masa pregnant Rayyan dulu takde la teruk gini kot. Pregnant yang ni berat and selalu sakit kat bahagian bawah (ari-ari) ni. Bila tanya doktor, dia bole cakap, "Actually, it's good." Ape yang good ntah. Sakit laa bukan tak sakit.

Doktor ada explain, tapi aku tak berapa paham sangat. Yang aku paham dia kata benda ni normal. And sakit tu menunjukkan positive progress la. Lebih kurang gitu la. Cuma sekarang ni aku kena kuat la sket. Kuatkan semangat sebab bila sakit ni datang, aduhhh.. Tuhan jela tau.


p/s: Semoga kuat menempuh hari hari seterusnya. :)


Thank you for spending time reading this entry yaw!