Friday, October 21, 2022

Jom Bercuti di The Haven Musical Extravaganza Ipoh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Masih merancang percutian pada bulan Oktober ni? Apa kata kita ke Ipoh! 

Pemenang Anugerah All Suite Resort, The Haven Resort Ipoh bakal mempersembahkan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama Selangor Symphony Orchestra dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC). Persembahan selama 3 hari iaitu;

27, 28 dan 29 Oktober 2022

Sambil menikmati pemandangan persekitaran resort yang indah, dapat juga mendengar muzik yang menenangkan. 'Sensurround' merupakan pengalaman pertama yang seumpamanya. Tetamu resort dapat membuat pilihan untuk menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka melalui pakej muzik yang telah disediakan. Kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok menjadikan alunan muzik lebih istimewa. 


Konsert ini akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, Dr. Hyungi Kim pemain biola antarabangsa dan Asyraf Farhan Adi Zairi penyanyi dari Malaysia. Karya antarabangsa seperti The Sound of Music, Phantom of the Opera dan Kitaro juga karya Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan. Persembahan akan dimulakan tepat jam 8pm. 

Ketua Pegawai Eksekutif The Haven All Suite Resort, Peter Chan berkata, "Selepas berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah lagi cara yang lebih baik kala bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort Ipoh dengan persembahan musikal ekstravaganza yang indah? Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalamn konsert muzik yang unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik yang dilengkapu dengan alam semula jadi di sekelilingnya.

Beliau menambah, "Diinspirasikan dari Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak, kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak kali acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian."


Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi bn Bharin@Md Daud berkata, "Sudah tiba masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Extravaganza di Ipoh. Usaha memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang berikhtiar untuk mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing."

 Katanya lagi, "Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Dengan kesan pandemik selama 2 setengah tahun, ia tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi."

"SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam memberikan penglaman deria aharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam suasana paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia," kata Eugene Pook, Pengasas Selangor Symphony Orchestra.

Pakej ini bermula dari RM390++/pax (*pakej termasuk penginapan di suite serba lengkap dan sarapan. Boleh juga ditambah dengan makan malam bufet antarabangsa berharga hanya RM75) dan boleh dibeli melalui;

Laman web: https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza

WhatsApp: +6019-759 8285

Cik Yee Lai Kuan (Jabatan Acara): +6012-5705498

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.thehavenresorts.com/ 

Jomlah kita bercuti di Ipoh!
Read More

Thursday, September 22, 2022

Sedapnya Cadbury Chocobakes!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Siapa penggemar coklat dekat sini! Cik Timm memang peminat coklat, sentiasa beli stok jajan ni dekat rumah. Kalau takda rasa hidup tak lengkap. Terjumpa satu biskut ni dekat area biskut, Cadbury tapi di'biskut'kan. 


Sedap tapi sikit sangatlah, kejap je dah habis. Setiap satu biskut tu dipack asing-asing. Satu kotak ada dalam 12 biji rasanya. Dalam biskut dia ada coklat cadbury yang melt setiap kali korang gigit biskut dia. Kiranya makan tu memang payah nak stop. Cik Timm beli waktu shopping groceries bulan lepas. Beli di Lotus harga dalam RM6.99. 


So, kalau nak cari di pasaraya mesti ada. Sedap makan sambil rilex-rilex tengok Youtube ke Netflix ke.. Cik Timm lanie banyak tengok Youtube je. Ke arah situ je sekarang ni. So kalau korang ada Youtube meh kasi link dekat komen or nama Youtube korang, nanti Cik Timm subscribe dan tambah views dekat Youtube korang. Thank you!

p/s: banyaknya nak luah dekat blog ni, tapi kekangan masa tu aduhai. Si kecik ni pulak makin melasak, pastu demam je sebab gigi tengah tumbuh. Dia rupanya kalau demam sakan mengada-ngada tu, asyik menangis nak ibu je. Semua kerja tak boleh buat, sabo jelah sementara dia nak besar. 
Read More

Monday, July 18, 2022

Berhujung Minggu di Padang Menonton Rugby

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ni dah kali kedua kami ikut Mr Roy ke padang tengok game rugby. Hari tu waktu cuti sekolah ada kejohanan rugby di Stadium Keladi, Kulim. Tapi kami bertiga sekadar penonton je. Kali ni kami dua je penonton. Mr Roy jadi referee, menunggulah kami dari pagi sampai ke petang dekat padang.



Hari Khamis tu Mr Roy ada game rugby juga di Pendang. Sabtu pulak dekat Bukit Mertajam. Tudia, puaih hati, sakan dia bersukan. Demi untuk kurus balik, hahaha! Awal pagi kami dah terpacak dekat Dewan Seri Mengkuang di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang. Dekat jer..



Bawa Azfa pusing-pusing padang sambil menikmati Vitamin D. Seronok dia dah lama tak keluar berjalan. Bekal dia semua dah standby takut lapar. Sejak dah pandai hisap straw ni, senang sikit kalau dahaga. Bawa je tumbler ke mana-mana. 


Seronok dia dok cabut rumput, sampai botak padang dibuatnya. Pernah dengar kena bagi juga baby ni main benda-benda kotor macam tanah atau pasir. Rumah kami ni semuanya bersimen, memang tak jumpalah tanah kecuali kalau balik rumah maktok. Sambil makan & minum, perut kenyang, tak adalah buat perangai nak menyusu sangat. 

Cuaca makin terik, kami duduk bawah dewan pulak. Kejap-kejap masuk dalam kereta sekejap sambil suap biskut & menyusu. Tidur juga dia dalam 2 ke 3 kali selepas menyusu. Duduk bawah pokok sambil piknik memang sejuk je setiap kali angin menyapa.


Petang sikit baru kami ke surau. Bagi Azfa mandi sekali dan tukar apa yang patut. Segar sikit, selepas game Mr Roy nak beli kasut sukan baru katanya. Yang dah ada ni sampai dah berlubang kasutnya. Bergolek di surau siap Azfa ni menyibuk tegur abang-abang tingkatan 1 dekat surau tu waktu solat Asar. Tak malu betul, seronok sebab ramai orang layan. Ke padang pun abang-abang tu yang bawak dia ke padang. Dalam pukul 6pm semua game selesai dan ada penyampaian hadiah.

Kami terus ke Design Village, Batu Kawan. Situ je tempat yang ada kasut sukan saiz besar! Kasut sport sebelum ni pun memang beli dekat sana juga. Dah lama tak ke sana, makin banyak kedai yang dibuka. Ronda punya ronda akhirnya jumpa juga kasut yang dicari. Saiz pun ada di OC, situ kalau orang yang betul-betul minat barang sukan memang masuk tak keluar dah. 


Dinner dulu di Burger King sebelum balik. Dapatlah rasa HERSHEY Sundae Pie yang pernah viral dulu sampai asyik habis stok katanya. Memang sedap & manis! Si kecik tu asyik nganga je lepas suap tu. Amboi awak, suka yer manis-manis gitu. Rasa sikit je yer.

Balik semua terbongkang, dah mandi baru selesa nak tidur. Azfa memang tak mandi dah, terus lena dari kereta sampai ke rumah. Letih betul dia. Harini kami bertiga tidur petang sampai ke Maghrib! Letih punya pasal!


Sampai bila Cik Timm nak join ke padang tengok rugby? Selagi si kecik ni pandai behave memang akan mengekor je ke padang. Tapi one day dah makin melasak dan mungkin ada adik-adik lain, memang duduk rumah jelah. Buat masa sekarang nak enjoy dulu anak sorang, hihihi. 
Read More

Tuesday, July 12, 2022

Selamat Hari Raya Aidiladha 2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Cerita raya korban tahun ni? Haih, kami duduk rumah je. Mr Roy busy betul dengan kerja dia. Mana tidaknya berapa minggu asyik sibuk dengan game rugby sampai tertangguh semua kerja hakiki lain. 

Aku pulak buat apa raya ni?


Pagi raya baru kalut masak nasi tomato. Kononnya malam sebelum tu nak prepare semua barang awal. Esoknya boleh terus campak masak je. Dengan Azfa yang makin melasak tidur lambat, kita bagi dia tidur sekali dengan kita lelap sekali sampai ke pagi. Aduhaii.. Masak pun ikut apa yang ada dalam peti ais je. Dah siap masak semua, tengahari baru keluar sekejap ke Lotuss cari sayur untuk jelatah. Tak sedap makan kalau tak ada jelatah! Pi Lotuss shopping sekejap je sebab orang tak ramai. Guna Scan & Shop lagi cepat. 

Mak mertua pulak tahun ni buat korban. Memang busy dengan kenduri lagi semua. Kakak ipar pulak holiday di Bukit Merah nuh. Tinggalkan kami bertiga ni ja dekat rumah krik krik. Malam Cik Timm hantar nasi tomato dekat rumah mak. Tahun ni raya haji rumah mak pun sendu. Kak Pah beraya KL, Kak Yu balik Melaka. 

Baju raya Azfa sorang je yang pakai pagi raya. Bagi semangat sikit! Raya kali ni rumah macam tongkang pecah. Dengan Azfa kerja asyik menyepah barang mainan, dengan Mr Roy dengan kerja dia je. Ruang tamu dah macam tempat orang sakit, dengan segala makanan situ, minum situ, nasib baik mandi pun bukan dekat situ. 

Fulltime Housewife


Dah dekat setahun jadi surirumah sepenuh masa. Ish, sapa kata jadi surirumah ni tak mencabar. Tambah untuk orang yang gila kerja macam aku ni. Hari-hari buat rutin yang sama setiap hari dan kerja yang tak pernah habis. Memang kena cari hobi lain untuk menghilangkan bosan! Buat masa ni tengah seronok bela pokok indoor. Senang jaga betul! Tengah sibuk dengan pokok indoor, dan-dan pokok outdoor lain pun naik elok pulak. Eh, waktu kita peduli dia asyik nak mati jer..



Tengah dok fikir macamana nak bagi landskap depan rumah tu kemas. Aku ni dah la tak pandai sangat bab pokok-pokok ni. Cukup bebel di sini. Nanti ada masa sambung di next entry. Bye semua! 

Selamat Hari Raya Aidiladha pembaca semua!
Read More

Friday, June 10, 2022

Cuti Sekolah yang Membosankan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Cuti sekolah nak habis dah dalam beberapa hari lagi. Sedihnya, kalau ikut planning hujung minggu ni kami ke Pulau Redang. Baru excited nak kenalkan laut dekat Azfa. Tengok-tengok Mr. Roy busy betul cuti sekolah ni dengan sukan rugbinya. Alahai, melangut kami duduk dekat rumah je cuti ni. Huwaaa!

Apa je aktiviti dekat rumah ni, melayan si Azfa jelah. Lepas tu balik kampung sekejap sebab pak cik dari Rawang balik utara. Lama tak jumpa sejak PKP dulu. Tau-tau jumpa Cik Timm dah ada anak seketul dah!

Azfa dah 9 bulan!


Lagi banyak perangai pelik-pelik keluar. Separation Anxiety paling teruk! Pantang kita bangun tinggal dia, menangis teruk macam kena pukul. Ish, risau jiran sebelah report pulis nanti. Hahaha! Cabaran betul kalau nak buat kerja memasak atau mengemas, nak kena pastikan dia tidur dulu. Dia tidurlah macam-macam kerja boleh buat. 

Lepastu, merangkak belum pandai tapi dah boleh menjuluq ke depan dah. Hari tu asyik bergolek ke kiri kanan je. Risau jugak, tgk anak org lain dah pandai merangkak dah. Kena ingat ya semua bayi tak sama perkembangan dia. Mak-mak ni biasalah risau saje tambah kalau makcik bawang tegur. 


Pencapaian terbaru adalah minum menggunakan straw. Adoi tak sia-sia ibu beli training mug Richell. Senang sangat sebab cup dia kita boleh picit untuk keluarkan air. Lama juga bagi dia main mug tu sampailah dua hari lepas dia dah mula sedut. Lega, senang sikit hati ni tengok dia minum air masak banyak. 

Next check-up di KK bila Azfa masuk setahun. Cucuk 9 bulan kelakar sangat. Mood dia punya baik sampai semua orang di KK pun dia nak tegur. Kena cucuk pun boleh gelak-gelak mentang-mentanglah nurse tu cantik. Oi, kecik-kecik dah pandai mengorat ye. Alhamdulillah sepanjang asyik kena cucuk ni tak pernah lagi dia demam. 

Banyak sebenarnya nak cerita dalam blog ni. Tapi kekangan masa menyebabkn terbantut nak bercerita. Jumpa lagi!
Read More

Wednesday, April 27, 2022

Berbuka di Hotel Seri Malaysia, Kulim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekali sekala merasa berbuka di hotel. Mr Roy minta carikan tempat makan buffet yang menarik & tak terlalu mahal. Jumpa pula posting buffet ramadan dari Hotel Seri Malaysia cawangan Kulim. Harga tak terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan buffet-buffet lain. 


Dulu pernah sekali makan buffet di hotel, tak silap Hotel Four Season di Penang rasanya. Waktu tu Cik Timm cuma kawan sekolah je dengan husband. Kali ni pi buffet hotel as a parent dah. Haha! Jodoh kan..

Makan buffet di hotel? Bagi Cik Timm kalau waktu berbuka memang tak best. Bagi Cik Timmlah sebab kita actually tak makan banyak pun semasa berbuka. Rugi banyak kalau makan buffet. So, kalau sampai beratus-ratus per person memang sangatlah rugi. Tapi kalau korang memang pemakan tegar ok jer makan buffet di hotel untuk berbuka. 


Buffet dekat sini biasa-biasa sahaja, sesuailah dengan harganya. Pilihan tak banyak, tapi masih ada kambing bakar. Favourite keluarga mertua, Cik Timm kurang sikit dengan kambing sebab tak suka baunyaaaa.

Nak tempah pun Cik Timm tempah dari Whatsapp je. Nak cuba juga? Boleh tekan link bawah ni ya,

https://wasap.my/60174786484/FoodDeliveryHsmKulim

Pejam celik pejam celik, puasa dah nak sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah, Cik Timm masih lagi steady puasa walaupun bf baby. Lagipun Azfa dah start solid food, tak bergantung sangat duduk susu ibu. Semoga dapat full puasa tahun ni, amin. 

Tahun ni juga first time beraya dengan baby. Tahun lepas baby dalam perut lagi. BerPKP pulak kita sepanjang 2 tahun lepas. Tahun ni mesti pakat raya sakan kan? Raya, raya jugak tapi jangan lupa, Covid-19 masih ada. Sama-samalah jaga diri sendiri, Cik Timm serik dah terkena Covid-19 sebelum puasa hari tu. 

Korang pulak apa cerita di sepanjang Ramadan ni? 
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com