Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Malasnya nak update cerita di blog ini. Cuti seminggu CNY melepet di rumah and last 4 days berjalan dengan anak-anak ke beberapa lokasi. Yang penat semestinya si ayah sebab drive pergi balik. Once dah check in hotel pun bukan boleh terus nak berehat pejamkan mata especially bila si kecik tu tak tidur lagi. Ok done intro kenapa lambat update hahaha.
 |
Arbat yang membawa maksud Pedestrian dalam bahasa Rusia. Betul ke..? |
Okay meh ler kita sambung cerita di Almaty. Selepas berehat lebih 4 jam setelah balik dari Panfilov park. Kami memulakan langkah untuk berjalan-jalan lagi. Dari Apartment kami hanya perlu berjalan kaki keluar dari exit arah belakang untuk menuju ke sebuah tourist attraction yang terkenal di Almaty iaitu Arbat G Almaty.
 |
Dari apartment kami just keluar dari arah belakang dan terus jumpa jalan ke Arbat G Alamty. |
 |
Jalan tak sampai 50 meter dari apartment dan cross laluan di bawah ini maka sampailah. |
Sebuah street mall sama seperti di Hay Street Mall di Perth Australia. Cuma di sini tidaklah semeriah seperti di tempat lain. Lebar atau jarak ruang pejalan kaki antara bangunan di sebelah kiri dan kanan juga sangatlah luas. Ada tempat kanak-kanak bermain, kerusi rehat dan beberapa monument menarik yang menghiasi keadaan.
Di sini terdapat beberapa kedai barangan branded samada dari Western atau dari Russia mahu pun dari China. By the way export barangan China ke Kazakhstan adalah yang terbesar iaitu sebanyak 11.55% dari total trade pada tahun 2024. Kedua-dua negara pun berjiran mestilah banyak barangan China di Kazakhstan.
 |
Apa yang menjual bunga segar di bawah laluan ini. Winter pun ada bunga fresh :D |
 |
Apartment kami berada di belakang bangunan yang berwarna Merun Putih tu. |
Bermula di Furmanov Street dan penghujungnya di Abylai Khan Avenue dengan panjang hanya 0.68km. Memang sesuai untuk bersiar-siar bersama seisi keluarga. Dan di sini juga terletaknya banyak restaurant dan cafe untuk kita duduk santai berehat sekiranya penat berjalan di sepanjang Arbat G Almaty ini.
 |
Dah try baca info yang ada tapi tak faham hahaha. |
 |
The kids bila nampak tempat permainan terus berlari nak main. |
 |
Sepanjang jalan inilah Arbat G Almaty Street Mall. Jarak hujung ke hujung 0.68 km. |
 |
Datang sini santai bergambar pun best walau tak ada niat bershopping. |
Disebabkan destinasi yang terlalu convenience buat kami. Maka setiap hari pasti kami tak sengaja akan ke sini especially mencari makanan halal yang ada banyak di sini. Dari restaurant, cafe, bakery, fast food sehinggalah covinence store memang ada banyak pilihan di sini.
Bila winter ni memang seronok kalau datang semata-mata nak lepak di salah sebuah cafe di sini. Kalau nak berbuka puasa juga sangatlah recommended sebab banyak pilihan. Pernah sekali kami datang melayan coffee and hot chocolate selepas solat taraweh di salah satu cafe di sini bersama the kids.
 |
Sini sepatutnya ada air pancut dan kolam air dan ia menjadi salah satu attraction di Arbat tapi masa kami sampai sini kering jer mungkin sebab winter kot. |
 |
Tak kesah la walau kering pun. Janji bila dah sampai wajib bergambar.. kan? |
 |
Terlihat Miniso antara brand China yang terkenal di Malaysia juga ada di sini. |
Dan antara yang sedap bagi aku dan suggest untuk korang try adalah Restaurant Fast Food Salam Bro. Sebuah restoran seperti McDonald, Burger King atau KFC. Dari sumber yang aku dapat dari cari di google ada lebih 10 branch Salam Bro di Almaty City setakat Januari 2025. Dan itu tidak termasuk small stall yang berada di dalam mall and so on.
 |
Restaurant Salam Bro - Wajib try beef burger di sini. Memang padu dan pure daging. |
 |
Lebih 5 kali kami datang makan di Salam Bro di beberapa cawangan yang berbeza. |
 |
Antara few tempat makam yang terakhir kami makan sebelum pulang ke Malaysia. |
Burger di Salam Bro ni bagi aku daging dia memang pure 100% meat. Kalau compare dengan Burger King jauh bezanya. One thing yang aku nak repeat kalau ke Almaty mesti aku nak cari burger di Salam Bro ini. Bila makan rasa puas kunyah daging yang padu memenuhi ruangan di dalam mulut. Sampai la ni teringat akan kesedapannya.
 |
Antara kedai makan yang mempunyai sijil halal Zheka Doner House, Waffle, Durum. |
Ia adalah produk yang dimiliki oleh seorang warga Kazakhstan yang masih muda iaitu Rasul Abdulla as Co-Founder yang menerima pendidikan di sebuah university di Istanbul. Dan Salam Bro ini bernaung di bawah KEX Group yang juga memiliki franchise fast food lain seperti Halal Slice, Qazaq Guys dan Zhekars Doner.
 |
TSUM Mall yang berada di hujung Arbat G Almaty. Bersebelahan dengan Abylai Khan Avenue. |
 |
Nak cari souvenir boleh datang ke TSUM yang mempunyai banyak kedai di seluruh 4 tingkat. |
Okay berbalik ke Arbat. Di sini terletaknya sebuah shopping mall pertama di Almaty iaitu TSUM - A department store and bazaar that's a popular shopping destination for local. Dibina pada tahun 1961 dan mempunyai 4 tingkat dan design by Kazgiproselstroy Institute. Nak cari souvenir dan traditional culture product insyallah boleh jumpa banyak di sini.
Di waktu petang ketika kami berjalan-jalan di sini kami terjumpa dengan beberapa Live Street Performance and Music Performance by the local dari yang muda-mudi sampai la ke warga tua yang bermain violin berseorangan. Macam best pulak layan music violin ala russian dari pakcik ni. Datang waktu petang memang happening di sini.
 |
Traditional Market atau Pasar Pagi Ahad yang ada di hujung Arbat bersebelahn Abylai Khan Ave. |
 |
Antara barangan souvenir handmade yang dibuat oleh peniaga sendiri. |
 |
Teringin nak beli pinggan tu tapi tak boleh dibawa sebagai hand carry kena masuk luggage. |
Dan di pagi Ahad ada pasar karat atau pasar pagi di penghujung Arbat Street Mall ini opposite jalan di sebelah kanan bangunan TSUM. Atau berjalan sahaja sehingga ke hujung street mall ini dan akan nampak kedai makan Menz a Sushi dan Pizza & Chicken Restaurant. Dan pasar pagi itu berada di seberang jalan.
 |
Topi Genghis Khan tu macam menarik la pulak untuk dibeli hihii.. |
 |
Athira kalau bab nak bergambar dia memang no 1. Sikit2 dia jer bergambar. |
Di sini ada banyak product handcraft yang dijual seperti pinggan mangkuk dan cawan, pakaian traditional seperti baju, seluar, topi, kain dan kasut traditional Kazakhstan. Barangan lama termasuk peninggalan Tentera tentera Nazi dan Tentera Soviet seperti pingat, lencana, topi askar dan lain lain lagi.
 |
Terdapat satu statue budak kecil berwarna hitam di hujung pasar pagi ini. |
Bagi aku kalau ke Almaty wajib untuk datang ke Arbat G Almaty Street Mall dan masuk ke TSUM Mall. Bagi aku TSUM Mall ini sama macam Central Market di Kuala Lumpur. Banyak menjual barangan kraftangan dan boleh lihat culture dari adat dan bangsa yang ada di Malaysia.
Dan cubalah beberapa local food yang ada di sini. Selain itu di sini juga kita dapat melihat culture dan life style dari warga tempatan baik yang muda atau yang tua. Dan jangan risau warga Kazakhstan insyallah baik dan tak mengganggu kita. By the way sorry panjang sikit sepatutnya 2 part tapi minimize jadikan satu entry.