Hari: Ahad.
Bulan manusia: Ogos 29
Bulan Islam: Ramadhan, 10 malam terakhir
Oleh sbb cuti, aku pegi tawarih. Surau dekat area rumah.
Jujur ckp, tak penah pegi tawarih lagi utk ramadhan kali ni.
Nak sgt pegi. Cuma hari-hari smpai rumah jam 9.30 mlm dr ofis, kecewa. Dunia. Bila rs mcm kosong, rugi. Pikir plk tuhan dan bagi chance utk ibadat bulan mulia ni, cuma 30 hari. Tambah, teringat masa tawarih kt kpg. Pelita-pelita. Decide jgk pegi. Even sorang. Tolak ajakan kwn2 yg dh lama tak lepak. 10 mlm last. Peluang. Mana tau ini ramadhan last. Niat nak pegi hari-hari. Amin. Teringin nk pegi masjid besar-besar, rs unite dgn umat-umat lain.
Ok, byk pulak kata ganda. :|
Jalan laju-laju sbb dah azan isyak. Kt kpg, jln laju-laju sbb lari dr mader. tawarih buat 8 ja. Balik awal. Mengesot pelan2, selit belakang sikit. keluar saf. Takot time mader bagi salam, nampak pulak. Kena tazkirah free. Tazkirah mader cuma senyum dan geleng :)
Ok sekarang otw ke surau.
Mana pelita? yg ada, cuma lampu liplap bergoyang kt balkoni-balkoni rumah. Pelita sini adalah lampu bulat yg melayut tinggi. Smpai surau. tgk kt tangga, apahal byk kasut besar-besar? Angkat kepala, deretan kain pelikat tgh sujud. Ok, tangga lelaki. Pusing belakang. Baru nampak kasut Krok.Roksi.
Keadaan surau: baik
Hadlaju kipas: bagus
Kebersihan telekung: bwk sendiri
Saf perempuan. Cuma satu baris. Mebi sbb ada masjid kt bhgn depan jalan, so semua org pegi sana. Mebi. Sbb smpai lambat, so aku solo sorang2 saf belakang. Semayang isyak. setel. Sementara tunggu tawarih stat. Doa-doa sikit. Dtg gerombolan kecil makcik2. Sister2. Join sebelah. Berderet fon canggih-canggih letak depan sejadah. Berkemampuan yg tak lupa tuhan. Bagus.
Nak bersin plk. Pusing belakang, bersin. Sj aku toleh kiri kanan, kalau-kalau kenai org sebelah. Gagal. Bersin lagi. Apahal ni. Aku bersin seminggu sekali. Itu pun sbb bau lori smpah lalu bwh rumah. Ini kombo ni. Kenapa. Ok tau.
Tiba-tiba teringat mader ckp,
"Manusia ni mmg. Kalau nak jumpa Sultan, baju tu nak beribu-ribu ringgit. Seterika seminggu awal. Sebolehnya nak lawa-lawa. Tapi time nk jumpa Tuhan, asal boleh ja. Kalau boleh kain telekung yg org sedekah balik haji 4 thn lepas still pakai. Kdg ada yg koyak pun pakai. Dah bau pun, tak ambik kisah. Kaler dh tukar pun pakai lagi, Sama la dgn lelaki pun.. "
Dr hasil pemerhatian. Benar.
Tima kasih Bunda
Time balik. Telekung still balut atas kepala.
Nak naik lif, selisih dgn pakgad. Dia bagi salam.
Aku jwb sambil tergelak sikit. Hihi~ bg salam la pulak, rs diri ini mcm ustajah puleee.