Qulil haq wa lau ka na murro. Maksudnya:“ Katakanlah yang benar walaupun pahit”
Bosan. Bosan dengan boikot. Itulah pejuang Islam yang alpa. Tidak sedar diri dan berangan.
Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine”
Ana terfikir sejenak. Maaf, ana rasa lebih sesuai kita berbahasa kau dan aku di sini, kerana ukhuwah kita yang mantap dengan rabithah hati mengikatnya. Hayatilah luahan ana. Jiwai mesej yang ana sampaikan.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff 61 : 2,3)
Psst..salahkah jika aku marah kerana Allah? Demi Allah dan Rasul-Nya, aku tak marah sangat ni, cuma nasihat..
Kau hebat berdemonstrasi di jalanan. Esoknya, kau pekena Mc’Donalds bersama temanmu. Aku? Aku pun peduli demonstrasi. Tapi, aku haramkan diriku dari semua yang menyumbang pada pembelian alatan perang Israel laknatullah. Wajib boikot barangan mereka. Sudah lama aku memboikot semua itu. Namun, kau masih meremehkannya. Bagaimana ekonomi mereka lumpuh, sedangkan aku yakin, kau pula sebaliknya. Aku dan kau berbezakah? Hanya taqwa membezakan kita. Kita semua pejuang Islam, ayat manisnya ‘kita semua mengaku diri sebagai pejuang Islam’. Walau kau hebat di mata dunia, pendakwah yang berkaliber, berkarisma dan berwibawa, pejuang yang tidak kenal penat, apalah gunanya andai kau pro-Amerika bertopeng Muslim..?
Apa yang kau bantu dengan demonstrasi?
Ya, kau menimbulkan kesedaran masyarakat untuk insaf dan prihatin terhadap isu Palestin. Bila prihatin, mereka menyumbang dana untuk membantu Muslim di sana. Ya, kau benar. Tapi, kau turut menyumbang pada musuh kita Zionis Israel laknatullah. Apa faedahnya membantu saudara Muslim dalam masa yang sama membantu Zionis membunuh mereka? Bila alatan perang mereka rosak, Amerika memberikan alatan baru. Kereta kebal yang canggih mengatasi kereta kebal Britain pun hasil sumbangan Amerika. Mana Amerika dapat duit sebanyak tu menyumbangkan pada mereka? Senjata peperangan yang canggih-canggih dibekalkan tanpa putus.Ya, kau yang membantu sama. Peluru yang tembus dada saudara Muslim di sana adalah hasil kenyangnya perut kita di sini. Dana dari pembelian produk Amerika oleh warga Malaysia menyumbang sama. Kau makan itu dan ini, kau gelak sambil makan, kau baca surat khabar di Mc’ Donalds tentang Palestin dan kau kutuk Yahudi dan menangis. Tapi kau? Kau yang sumbang sebenarnya.
Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: ” 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine” “Saya terkejut ketika ada sebahagian umat Islam mengatakan tidak mungkin hidup tanpa Pepsi, Coca Cola, Pizza Hut, atau peralatan modern produk Amerika.” Dr Qardhawi kemudian mengatakan, setidak-tidaknya dukungan seorang muslim terhadap Palestin itu wujud dalam niat jihad dan mati syahid untuk membela Palestin. “Siapa yang tidak pernah terlintas di hatinya untuk berjihad, maka ia mati dalam keadaan munafiq,” kata Yusuf Qardhawi sambil menyebut salah satu hadits Rasulullah saw tentang hal tersebut. “Wahai kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajiban bagi seluruh Muslim di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca cola, misalnya,akan menjadi sebuah peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan kemana wang itu dibelanjakan? .. “Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembalilah dan siapkan persenjataan kita. Kembalilah dan bangunlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka.!!! Allahu Akbar !!!” Demikianlah fatwa dari seorang ulama besar DR. Yusuf Al-Qaradhawi, pada hari Ahad, 8 Oktober 2000, yang disiarkan oleh Al-Jazira News Network, sebuah stesyen TV di Qatar.
Ya, kau kata peratusan sumbangan kau kecil, tapi kau tak kira sumbangan kawan-kawan lain sepertimu. Mari kita fikirkan: Pada suatu hari, (kisah orang-orang yang tiada kesedaran tentang boikot) seorang Pejuang Islam beli satu bucket ayam Kentucky Fried Chicken (KFC), yang seorang lagi beli dua set potato chips big size di Mc’ Donalds, yang seorang lagi beli dua set air kotak Nestle Milo untuk minuman ahli majlis mesyuarat (mesyuarat tentang isu umat Islam), manakala yang seorang lagi beli bedak Johnson n Johnson sebab bedaknya dah habis..dan lagi..dan lagi..lengkaplah satu hari apabila dijumlahkan semua sumbangan, Amerika pun menghadiahkan kereta kebal baru bagi menggantikan kereta kebal Israel yang dah nak hancur akibat anak-anak Palestin baling batu padanya. Kerja orang ‘bijaksana’ mana lah yang memalukan ini..? Penat adik-adik di sana bermandi darah demi memegang keyakinan bahawa mereka akan menang walau dengan balingan batu, rupa-rupanya di pihak kita, anak-anak pejuang Islam malah pejuang-pejuang Islam itu sendiri dok sibuk beli barang-barang Amerika dan Israel Laknatullah..untuk hancurkan mereka di Palestin..! ALLAHU AKBAR! Kau tak mengaku salah, kan? Kau pandang enteng soal boikot. Sedangkan Tun Mahathir yang berpemikiran kritikal pun pernah bangkitkan soal boikot ini. Kau jangan pandang sebelah mata, ingat ni! Lumpuh ekonomi mereka, menanglah ISLAM! Kenapa hebat berjuang, tapi dalam masa yang sama kau yang hancurkan Islam. Ironi bukan? Seandainya seorang pejuang Islam sendiri menggunakan dan memakan produk dan barangan Amerika yang pastinya sedikit atau banyak menyumbang kepada kematian saudara semuslimnya. Biarlah kerajaan jika tiada kesedaran lagi, takkan kita yang mengaku pejuang islam pun sama lembab dan degil seperti kerajaan kita? Maaf kata, perjuang Islam perlu dicabar nak bagi faham. Itu kenyataan. Nak tunggu seluruh Palestin ketandusan umat Islam, baru kita tepuk dahi menyesal?
Bermesyuarat hari-hari membincangkan isu dunia, isu negara, isu kampus. Kau bercakap bagai kobaran api. Lantang bersuara membuktikan kesal. Terharu dan sendu menjentik kesedaran sahabat-sahabat. Tapi, bila jawatankuasa mesyuarat hidangkan Nestle Milo, kau minum tanpa segan silunya..siap mengedarkan pada kawan-kawan. Aku melihat dari jauh. Air mataku tumpah ..Inilah umat Muhammad..Di akhbar hebat membantah, di masjid hebat bertazkirah, berdemonstrasi sana sini menghabiskan suara, nuqaba’ yang disegani dan dihormati..karisma membangkit ketegangan..tapi, iman senipis kulit bawang..diri sendiri mencincang saudara di malam pekat..tanpa kau sedari..nafsu bermaharajalela..kau yang menyumbang..kau sebenarnya..usah kau berdalih..andai seluruh hidupmu, ribuan kau sumbangkan buat peluru, senapang dan kereta kebal mereka..Kau makan itu dan ini, kata kau itu keperluan asasi manusia. Kau lupa saudaramu kelaparan di Palestin. Kau lupa kau turut berkompromi membunuh ketua-ketua keluarga yang menyara ibu dan anak Palestin selama ini. Orang lain syahid, kau pula terus memburu syahid..Kau kata kau ingin syahid, berjuang di Palestin. Tapi, kau lupa mujahadah nafsu pun kau belum lulus, bagaimana kau berangan untuk mujahadah jiwamu di jalan Allah, sebagai syuhada’?
Kadang kau malu dan makan di dapur, kau beli Mc’Donalds Take Away, sedangkan Allah Maha Melihat. Kau melahap daging ayam Kentucky, sedang hati kau meragui..kau tahu kau salah, tapi kau mudah memaafkan dirimu..kau pandang kiri dan kanan..bimbang kredibiliti kau tercalar..kau malu jika orang nampak silapmu..nafsumu hebat menyokongmu..ya, makan lagi..makan lagi… kau berbisik sendiri: “Ah, aku peduli apa? Aku yang mengajak kawan-kawan berdemonstrasi, aku yang tolong gerakan Islam, aku yang buat kertas kerja, aku yang sumbang dana kepada saudaraku di Palestin” Tapi kau..kau lupa.. bantuan Allah dekat sebenarnya..kau yang menjauhkannya..ya, kau berpeluh-peluh, bertungkus lumus ke sana sini, memperjuangkan Islam, melaungkan takbir di sana sini…tapi bagaimana Allah nak bantu pejuang Islam…sedangkan pejuangnya sendiri culas menjaga kewarakan..Membazir sahaja usahamu..tiada erti perjuangan tanpa keikhlasan.
Antara banyak-banyak pemikiran ulama’ Islam, kebanyakannya menasihati kita agar berusahalah menjauhi barang-barang yang syubhah selagi alternatifnya ada di pasaran..Jordan sudah membuktikan..paling kurang, seharusnya Mc’ Donalds sudah lama lumpuh di negara kita..paling ringan, KFC seharusnya sudah lama bankrup di negara kita, paling tidak, Pizza Hut seharusnya sudah berzaman menggulung tikar…kau pelik kenapa Palestine masih dibom, ratusan jiwa terkorban..tapi kau terus makan barangan yahudi..kau tahu tak kau ibarat daun keladi, yang dicurah air pun tidak berguna..berbuih mulut orang tua ulama’ menasihati..kau masih degil juga..kau juga yang letih berjuang nak membela umat Islam , tapi kau garu kepala kenapa Islam tak menang lagi..aku tak nampak benda ni susah sangat..aku dan sahabat-sahabatku bersungguh-sungguh mempraktikkannya..sedangkan iman kami biasa sahaja, kenapa antunna yang lagi hebat imannya , tak mampu laksanakan? Ya, ada yang sudah laksanakan boikot barangan Amerika dan Israel ke atas dirinya, tapi majoriti antara sekian banyak pejuang Islam di Malaysia masih memandang ringan perkara ni..kita ni kan buat kerja Islam ..usahlah mengkhianati agama kita sendiri..terseksakah andai tidak makan KFC setahun? Bukankah kita sudah ada RFC..Radix Fried Chicken..susah payah HPA nak dibangunkan..Matikah andai tidak dapat Nestle Milo dua tahun..Radix Koko pun sudah ada sebagai alternatif..membuatkan air mataku keguguran kerana sekian lama merindukan Nestle Milo yang aku haramkan dari tubuhku..Nescafe, Coca cola pun sama..masih menjadi santapanmu..apa semua ini?.. Jihad ekonomi sudah lama dilaungkan..BOIKOT! BOIKOT! Di Mesir, Muqoto’ah! Muqoto’ah! namun berapa kerat sahaja pejuang Islam yang istiqamah..? Yang lain hanyut dibuai mimpi dan angan tiada berkesudahan..hari ni wajib boikot, esok sunat boikot, lusa harus, dan tulat .. “takpelah untuk kali ini je kita makan”….ALLAHUAKBAR! Palestin, aku kasihan dengan nasibmu..Pejuang Islam negara lain tiada iman sehebatmu..maafkan kami duhai saudaraku..Berangan di siang hari bahawa Palestin akan kembali merdeka, namun setiap hari menyumbang untuk Israel yang celaka, mengkayakan Amerika yang lebih dikenali dengan polis dunia atau kata ‘sopan’nya syaitan bertopengkan manusia..janganlah menangis hiba menonton tayangan slide Palestine, tapi selepas tu, sibuk bershopping barangan Johnson n Johnson untuk anak sendiri..mengutuk dan menghina Israel, sedangkan kau yang mengisi machine gun mereka setiap kali kehabisan peluru..kau yang menjandakan ibu-ibu mulia di Palestin, kau yang meyatimkan anak-anak kecil di Palestin, kau yang membedil mereka siang dan malam tanpa belas ihsan..janganlah kau kata sukar, sukar sekali hendak jihad ekonomi..mujahadah nafsu..ketagihan jika tak makan KFC..orang yang lagi hebat gemarkan KFC dari kau pun mampu berhenti membeli dan makan demi kecintaan pada Allah dan Rasul-Nya..sedangkan pejuang islam yang lain mampu lakukan..pejuang islam macam mana kau ni? Andainya tidak sanggup berjuang? Jagalah kewarakan selagi mampu..kita umat yang mulia dilahirkan sebagai sebaik-baik umat, yakni mengajak kepada kebaikan dan menegah kemungkaran..
Wahai sahabat-sahabat yang aku hormati dan segani, inilah jalan dakwah kita. Menegur yang alpa, menasihati yang lalai..aku kan cerminanmu..kita kan sahabat seperjuangan..terimalah nasihatku, amalkan ia andai ada benarnya..Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Aku menyeru diriku dan dirimu, duhai sahabat dan saudara seakidah, demi Allah dan Rasul-Nya. Korbankanlah kemahuan dan kehendakmu, korbankan hartamu sehabis baik, selagi ada alternatif barangan Muslim, ayuh kita boikot! Boikot barangan Amerika dan Israel laknatullah demi Allah dan Rasul-Nya. Boikot semampumu, asalkan ada makanan halal untuk hidup, tak perlulah bermewah dengan makanan dan barangan yang diimport dari Amerika dan Israel. Demi Allah dan Rasul-Nya..aku merayu pada kau duhai sahabatku, kita berjuang siang malam, kenapa bazirkan semua pelaburan akhiratmu dengan membunuh saudara darah daging kita sendiri…
Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara keduanya merupakan perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang berwaspada terhadap perkara syubhat sesungguhnya dia telah menyucikan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang terjebak kepada perkara syubhat maka dia telah terjebak kepada yang haram, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, ditakuti meragut di kawasan tersebut. Ingatlah bahawa setiap raja mempunyai kawasan larangan dan ingatlah bahawa larangan Allah itu ialah apa yang diharamkan-Nya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Contohilah teladan agung Penghulu segala nabi, Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda yang mulia radhiallahu’anhum. Jalan kehidupan wara’ yang dijejaki oleh orang-orang tasawuf adalah hasil kecintaan mereka kepada Allah subhanahu wa ta’ala serta pegangan mereka terhadap hidayah daripada-Nya. Juga merupakan natijah kebimbangan yang begitu tinggi daripada terjebak kepada perkara yang tidak diingini oleh Allah s.w.t. Ini kerana sesiapa yang mengecapi kemanisan iman pasti Allah memuliakannya dengan taqwa. Sesiapa yang mencapai kesempurnaan taqwa nescaya dia wara’ daripada perkara syubhat, takut kepada Allah serta mengharap kelebihan-Nya sebagaimana kata-kata Syah Al-Kirmani: “ Tanda taqwa adalah wara’. Tanda wara’ adalah terhenti daripada melakukan perkara syubhat. Tanda takut ialah bimbang atau sedih dan tanda berharap pula ialah taat”.
Antara produk-produk berkepentingan Yahudi yang WAJIB diboikot!
Demi Allah dan Rasul-Nya!
Ayuh, kita boikot barangan Amerika dan Israel!
Wallahua’lam.
Dipetik daripada http://srikandiumar.blog.friendster.com (Asraarul Mufidah).. Dapat masa demonstrasi palestin di Kuala Lumpur...
p/s: bagi mereka yang berminat nak baca artikel "power" yang lain baik melawat laman tu cepat sebab admin dia kata blog tu akan dikosongkan dalam waktu terdekat ...cepat-cepat sebelum terlambat!
Label: Terus memboikot...
-Kontinjen Kedah
Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal...
Awal pagi (2.40a.m)tadi kontinjen anak kedah (sebanyak 3 buah bas) baru tiba lepas menyertai demonstrasi aman menentang kebiadaban bangsa yahudi laknatullah khususnya yang berfahaman zionis yang telah menghalang flotilla Life Line For Gaza (LL4G) yang membawa bantuan kemanusiaan kepada saudara-saudara di Gaza...kontinjen dari kedah ber"demonstrasi di bawah panji Aqsa Syarif yang memulakan perarakan dari Tabung Haji...
Biadap! Kejam! Zalim! Tidak Berperikemanusiaan!...ungkapan yang sinonim dengan bagsa yahudi yang sememangnya direkodkan dalam sejarah tidak pernah tunduk kepada perjanjian mahupun desakan dunia...angkuh!...biarkan kerana mereka mampu bersikap sedemikian selagi kekuasaan di tangan mereka...kelak setiap muslim akan menuntut bela atas setiap tindakan mereka di hadapan Al-Hakim di Yaumul Mahsyar
Ayuh, dunia! bukalah matamu...sahutlah seruan baginda ar-Rasul "Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan orang muslim,maka mereka bukanlah dari kalangan mereka"...bagi yang bukan muslim...bangkitlah kerana isu Palestin adalah isu kemanusaiaan sejagat... sedarlah bahawa bumi yang dipijak dan dihuni tidak lagi aman...di mana perginya ucapan "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"...laksanakan apa sahaja yang termampu
agar kita tidak disoal atas sumbangan kita kepada saudara semuslim di hadapan Allah kelak...
Teruskan memboikot semua barangan yang berkepentingan Yahudi serta agen-agennya...selamatkan bumi Malaysia dari segala bentuk anasir yahudi...
di sini ada sedikit liputan yang dimuatkan dalam Malaysiakini...
Demo anti-Israel: 10,000 berarak ke kedutaan AS
Jun 4, 10 2:25pm
Ribuan orang menyertai demontrasi Pakatan Rakyat di ibu negara selepas solat Jumaat bagi membantah serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin Isnin lalu.
Kumpulan itu membanjiri Masjid Kampung Baru untuk menunaikan solat Jumaat sebelum berarak beramai-ramai ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang, sejauh hampir 5 kilometer.
Dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka bergerak lancar apabila tidak dihalang polis, seperti kebiasaan dalam demontrasi besar Pakatan Rakyat sebelum ini.
Memorandum bantahan mereka berjaya disampaikan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat kira-kira jam 3.30 petang tadi tanpa sebarang insiden yan tidak diingini.
Selain itu, satu lagi kumpulan NGO melibatkan jumlah yang lebih kecil turut berarak daripada Masjid Tabung Haji dan berarah menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan tersebut. GALERI FOTO
Berikut kronologi perhimpunan tersebut:
2.00pm Demonstrasi anti-Israel bermula di Masjid Kampung Baru tanpa sebarang sekatan daripada pihak polis, walaupun amaran telah dikeluarkan semalam.
Diketuai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ribuan orang bergerak berarak pantas sambil bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
2.30pm: Berbeza dengan perhimpunan pembangkang, perhimpunan Pemuda BN di Masjid Negara telah pun tamat. Ia hanya berlangsung 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda BN. [Baca berita penuh]
Mereka kelihatan bertakbir dan melaungkan slogan anti-Israel.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddn dalam ucapannya berkata pihaknya berharap kerajaan sentiasa memberikan keutamaanya dan memastikan kepentingan rakyat Palestin terbela.
Pada masa yang sama, kumpulan Pakatan kini sudah berarak sampai Jalan Sultan Ismail dan melintas Hotel Rennaisance.
Slogan anti-Israel seperti "hancur Israel" dan "Khaibar ya Yahud" (perang Khaibar wahai Yahudi) dilaungkan.
Sementara satu lagi demonstrasi oleh sekumpulan aktivis NGO di Masjid Tabung Haji pimpinan Lifeline4Gaza sejak jam 2 petang tadi juga berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang.
2.55pm: Anwar dan pemimpin kanan Pakatan tiba di bangunan Tabung Haji dengan trak pikap. Mereka kini berada kira-kira 100 meter daripada kedutaan AS.
3.07pm: Kumpulan daripada Masjid Tabung Haji bersurai setelah wakil mereka Zulkifli Nani berjaya menyerahkan memorandum kepada kedutaan negara sekutu rapat Israel itu lima minit sebelum jam 3 petang tadi.
3.10pm: Polis membuat benteng manusia di kedutaan AS dalam jarak 100 meter. Hadirin cuba merempuh sebelum ditenangkan pemimpin Pakatan yang hadir. Mereka diingatkan bahawa perhimpunan itu adalah aman.
Selepas rundingan, 12 pemimpin Pakatan dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan AS.
Dalam cuaca mendung di ibu negara, kelihatan beberapa helikopter polis berlegar di angkasa.
Selain Anwar, pemimpin Pakatan lain yang turut serta ialah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
3.40pm Anwar berucap kepada ribuan rakyat Malaysia setelah berjaya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan itu.
Dalam masa yang sama, beberapa orang kelihatan membakar bendera Israel dan gambar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Dalam ucapannya Anwar berkata rakyat hari ini menunjukkan tentangan yang begitu hebat menentang kezaliman Israel.
"Saudara-saudara adalah pahlawan rakyat," kata anwar.
Katanya, dalam pertemuan dengan wakil kedutaan sebelum ini, beliau menegaskan mengutuk tindakan Israel tanpa tolak ansur.
"Amerika telah berlembut menyebabkan keganasan Israel. Kita minta Amerika mengekang kezaliman dan mendengar suara rakyat," katanya.
Anwar menjelaskan kedutaan Amerika berjanji akan membawa memorandum mereka ke Washington minggu depan.
3.50pm Kumpulan tersebut bersurai setelah mengutip kain rentang dan sampah yang dihasilkan.
antara gambar-gambar demonstrasi:
-sebelum turun berjuang
-sekitar demonstrasi
-antara tokoh yang hadir
Lim Kit Siang
Ustaz Nasharuddin
Anwar Ibrahim
p/s: kontinjen kami sampai lewat jadi tak sempat dengar wakil Aqsa Syarif bagi ucapan
-ucapan aluan Pengarah Program
-Persembahan pentomen dari pelajar SMAZ
-Persembahan nasyid oleh kumpulan Huffaz N.E
-Sedang mendeklamasikan sajak..
Alhamdulillah 'ala kulli haal...
Ayuhal ikhwah sudahkah kita mulakan hari dengan kesyukuran dan puji-pujian kepada pemilik alam buana ini? Kalau belum... sebelum menyingkap coretan ini "take your time" untuk mengagumi dan mengingati kebesaran allah...dah kan?...macam mana?...tak susah kan?...jadi lazimkanlah tabiat ini...ketenangan pasti menyusup di hati...
Baru-baru ni ada sahabat ana yang tak pernah tengok laman ni minta ana bukakan untuk dinilai...bila dibuka, terus berbicara "ni kurun bila anta tulih ni"..hehe...hakikatnya beginilah insan...begitu sukar untuk istiqamah dalam amal...semoga diberi kekuatan untuk terus memberi...
Sebenarnya terlalu banyak nak ditulis, tapi masa tidak mengizinkan...tapi untuk kali ini ana memilih untuk berkongsi sambutan 20 tahun SRAZ yang baru berlangsung pada 29,30 April & 1 Mei...bukan nak cerita semua aktiviti...tapi malam yang diadakan Malam Nurani Intepretasi Seni (MANIS) dan Air Mata Palestin...memang banyak persembahan yang ada..semuanya mantap-mantap belaka...bak kata orang sekarang "terbaik dari ladang!" (walaupun manusia sememangnya tak mau duduk dalam ladang pun)...malam tu Pengarah Program a.k.a Ust Syahir minta untuk ana deklamasikan satu sajak...punyalah panjang...5 muka...tapi setelah dihayati scara "personal" ana dapati puisi ni cukup menyentuh perasaan...jadi sekarang ana nak abadikan puisi tersebut (dikarang oleh Roha Hasan)dalam laman ni dengan harapan dapat menyentuh setiap hati insan yang membacanya dan maenjadikan kita mampu melihat dunia dari persepsi yang berbeza....
TAWA DUKA REMAJA NUSANTARA DAN DUNIA
Pembunuhan di Palestin
Pencerobohan di Afghanistan dan Iraq
Kebuluran di Sudan
Pembunuhan di Ambon
Penindasan di Cechnya dan Bosnia
Air mata derita di Aceh dan Sri Lanka.
WTC...
Politik...
Militan...
Dan pengganas...
Hanyalah alasan.
Insan kejam seperti Israel
Kerajaan rakus seperti Amerika
Yang gilakan kuasa seperti Britain dan Russia
Kanak-kanak
Remaja
Yang muda
Yang tua
Manusia, tanaman, bangunan, kehidupan
Jadi mangsa dan musnah
Oleh ketamakan dan kekejaman insan.
Kematian
Penderitaan
Kemiskinan
Kemunduran
Penindasan
Nasib umat Islam terumbang-ambing.
Air mata remaja nusantara dan dunia
Pernahkan kita teringatkan mereka semua.
Aduhai remaja!
Pernahkah terbayangkan kehidupan
Yang diulit jeritan peluru
Dan pekikan maut
Betapa sukar dan derita.
Sungguh kehidupan mereka penuh ranjau dan cabaran
Penuh darah dan air mata
Sukarnya untuk menuntut ilmu
Makan minum tidak ketentuan
Namun
Walau derita masih tersenyum
Walau kekalutan tetap tabah
Tuhan tetap di hati, agama disanjung tinggi
Maruah dan aurat diri dipelihara
Walau derita tetap mulia.
Aduhai Remaja...
Pernahkah terbayang
Kehidupan tanpa video games
Lepak-lepak di kompleks membeli-belah
Berkirim salam melalui internet dan berchit-chat secara maya
Berkunjung ke masjid, sekolah, membeli-belah dengan selesa
Manakan sama air mata tawa kita dengan air mata duka mereka
Sungguh hidup kita penuh kemudahan dan keselesaan
Sedang hidup mereka penuh pelbagai ranjau
Manakan sama hidup kita yang penuh tawa dengan mereka yang disaluti darah dan air mata
Manakan sama sabar kita dengan ketabahan mereka.
Tika kita selesa di dalam bilik berhawa dingin
Mereka kehilangan harta-benda dan tanahair
Tika kita selesa disaluti selimut tebal
Mereka tidur dalam kedinginan dan kelaparan
Ketawa dan ketawalah lagi wahai remajaku…
Kebanyakan masa kita kekenyangan
Kebanyakan saat kita suka-suka menonton drama, tayangan Hindi, nyanyian dan hiburan
Makan, pakai, belajar, beriadah, berekreasi ikut suka hati
Ketawa dan ketawalah lagi.
Wahai remaja penghuni tanahair yang indah, permai, subur, aman dan damai
Pantai nan bersih dan lautan terbentang indah
Dan nikmat Allah melata di bumi ini.
Sayang nikmat yang ada tidak disyukuri
Nikmat ini dikau balas dengan lepak-lepak
Black metal
Bohsia
Dadah
Maksiat
Dan pelbagai dosa…
Wahai remaja…….dalam tawamu, cuba kenangkan……
Pada teman-teman sebayamu di nusantara dan dunia yang dicerobohi hak-hak mereka.
Teringatkanlah pada diri
Kamulah pemimpin masa depan
Susunlah langkah-langkah mudamu
Menjadi batu-bata ummah yang sejati maruah diri
Kukuh akidah dan pegangan pada Tuhanmu yang satu.
Warnakanlah tanahair ini
Dengan wajah remaja pemimpin remaja
Dengan wajah remaja soleh lagi musleh
Dengan wajah remaja yang berakhlak dan berwawasan
Dengan wajah remaja yang impikan mati dalam iman
Dengan wajah remaja yang menjunjung tinggi agama.
Berhentilah ketawa seketika
Tadahkanlah tangan-tangan kita
berdoa untuk sahabat remaja kita di nusantara dan dunia
Agar mereka dilindungi, dirahmati dan diberi kemenangan oleh Ilahi.
Berdoalah jua untuk diri
Agar kita dan remaja tanahair ini
…..tidak ketawa lagi dalam kederhakaan dan kelalaian
…..tidak ketawa lagi dipenjara budaya kuning
…..tidak ketawa lagi dijajah tingkah-laku negatif
…..tidak ketawa lagi dalam maksiat dan dosa
Jadilah Remaja Mithali….Tonggak Kepimpinan
Hargailah kenikmatan.
Dan insafilah keadaan remaja lain di nusantara dan dunia.
Roha bt Hassan
p/s- sedarlah wahai sekalian muslim, sesungguhnya peringatan hanya bermanfaat bagi mereka yang beriman...
-kenangan bersama Ust Khairul
“Ustaz tu bangunan apa banyak-banyak tuh…” soalku kepada Ust. Khairul (tourist guide kami kat Mesir) tatkala melihat bangunan yg seakan-akan rumah tegak berdiri menghiasi padang pasir shara… “oh, yg tu hotel” jawab ustaz selamba… sejenak kemudian kalamnya disambung “hotel sementara sebelum ke padang mahsyar..”
Satu ungkapan yang ringkas namun…menggetarkan… itulah serba sedikit perbualan semasa kami sama2 bermusafir ke bukit Sinai…minda pantas menganalisis dan berfikir..Hotel?...benarkah alam barzakh yg pasti akan kita diami itu merupakan hotel bagi kita ataupun sebaliknya…penjara sblm penjara yg lebih dahsyat & tidak mampu digambarkan oleh mana2 aqal manusia… Astargfirullah.. Ya Allah layakkah diriku ini utk meraih jannahmu….
Ayuh sama-sama kita renungi surat cinta yang Allah berikan kepada kita, hamba-Nya melalui utusan-Nya yg mulia, Nabi Muhammad s.a.w.. Allah menyayangi kita semua, buktinya ialah Allah tidak pernah putus mahupun jemu dalam mengurniakan nikmat-Nya kepada kita meskipun seseorang itu kufur terhadap-Nya ..dan kerana kasih-Nya jualah Dia memberikan peringatan demi peringatan agar kita tidak leka dan tidak tersasar dari kehidupan..
26. Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. ingatlah akan hal orang Yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
27. dan (orang-orang Yang hadir di sisiNya heboh) berkata: "Siapakah Yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
28. dan ia sendiri yakin, Bahawa Sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
29. serta kedahsyatan bertindih-tindih;
30. (maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - Engkau dibawa (untuk menerima balasan).
31. (oleh sebab orang Yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang Diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
32. akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
33. kemudian ia pergi kepada keluarganya Dengan berlagak sombong megah.
34. (Wahai orang Yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
35. kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
36. Patutkah manusia menyangka, Bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
37. Bukankah ia berasal dari air mani Yang dipancarkan (ke Dalam rahim)?
38. kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
39. lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
40. Adakah (Tuhan Yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang Yang mati? (tentulah berkuasa)!
(Al-Qiyamah:26-40)
Persoalannya, setinngi manakah kita meletakkan cinta Allah dalam hati kita, moga dapat menjadi mau'izhoh (peringatan) yang berguna dalam hidup kita.. (terutama diri ini..) moga kita memiliki hati yang sensitif terhadap kematian.. sabda Ar-Rasul s.a.w "Cukuplah mati itu sebagai peringatan"
p/s: azam tak nak guna tulisan sms lepas ni (martabatkan Bahasa Melayu.he..he..)
Label: Pedoman dalam kehidupan