Keikhlasan dalam beramal...

Bismillah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah Azza Wajalla, pemilik seluruh alam maya kerana memberi kesempatan utk ana terus memberi... kerana erti hidup pada memberi....


Ramadhan datang lagi... Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana terpilih dalam kalangan mereka yg masih memperoleh nikmat Ramadhan.. dalam kesungguhan kita berlumba-lumba meningkatkan amalan dalam bulan yg mulia ini, terkadang kita terlepas pandang utk menjaga aspek yg terpenting dalam ibadah iaitu IKHLAS... sudah tentu artikel yg ditulis ini bertujuan utk mengingatkan diri ini yg sering lupa & mereka yg turut sudi utk mengutip 'ibrah drnya... Baru-baru ini ana terbaca sebuah kisah yg dimuatkan dlm majalah SOLUSI keluaran isu no.10 (Berkesankah Solat dan Puasa Kita?)yg ana rasa cukup sesuai dikongsikan bersama khususnya dalam bulan yg penuh dgn keberkatan ini... Kisahnya berkisar tentang Ikhlas...

Guru: Mari kuajarkan tentang ikhlas
Murid: Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya
Guru: Tak payah, bawa saja karung guni
Murid: Karung guni?
Guru: Ya, lepas tu mari kita sama2 ke pasar
(Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yg berbatu2)
Guru: Kutip batu2 yg besar dan masukkan ke dalam guni yg kamu bawa itu
(Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu2 besar yg ditemui sepanjang jalan)
Murid: Cukup?
Guru: Belum. Isi sampai karung guni itu penuh
(sampai di pasar mereka tidak membeli apa2. Berlegar2, melihat2 dan kemudiannya beredar. Melihat kepada karung guni yg kelihatan berat itu, org awam di pasar tertarik utk bertanya)
Orang awam 1: Banyak beli barang
Orang awam 2: Wah, tentu mereka ini org kaya! Banyak sungguh barang yang dibeli
Orang awam 3: Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot
(Sebaik kembali, si murid meletakkan guni yg berisi batu2 tadi)
Murid: Oh, letih sungguh... apa yg kita nak buat dgn batu2 ni tuan guru?
Guru: Tak buat apa2
Murid: Eh, kalau begitu letih sahajalah saya
Guru: Letih mmg letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas... kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal
Murid: Dengan memikul batu2 ini?
Guru: Ya. Batu2 ini umpama amalan yg riak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti org2 di pasar tadi memuji banyaknya barangan yg kamu beli. Tapi kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan mahupun keperluan, tetapi hanyalah batu2.....
Murid: Amal yg tidak ikhlas umpama batu2 ini?
Guru: Ya hanya berat saja ditanggung. dipuji org, tp tidak ada nilainya di sisi Allah. Yg kamu dpt hanya penat
Murid: Ya, sekarang saya faham apa akibat jika tidak beramal dgn ikhlas!

Pengajaran: Ramai manusia tertipu dlm beramal krn mengharapkan pujian. Padahal kata2 pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa krn terpaksa hidup dlm keadaan bermuka2. Rugi benar jika amalan yg kita lakukan tidak ikhlas. Rugi di dunia, rugi di akhirat! Renung-renungkanlah......